Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 March, 2012

Cambodia Hari 5 Part 1- Killing Field

25/1/2012 (Selasa)
Adoi saza snap gambo sampai nampak siling :P
Ni dlm bilik hotel: THE ANGKOR INTERNATIONAL HOTEL
8.25pagi kami check out hotel ($8 + RM1/night).  Masa keluar lobi hotel tu, driver tuktuk semalam quote $20.  Eh tak hinginlah aku, mahal!  Sudahlah pakai baju sama semalam, confirm tak mandi!  (Prihatin kan aku, baju apa dia pakai semalam pun aku ingat haha).
 Pisang yang di tanam dalam kawasan Royal Palace, cantik kan?

 Dalam Royal Palace, kat area ni boleh masuk tanpa tiket tapi nak masuk betul2 dalam Palace, kenalah beli tiket $8.. tak mahulah aku hehe

 Di luar kawasan Royal Palace

Maka kami decide ambil 2tuktuk lain, mereka quote $15 sebab masa berurusniaga tu, hanya Nina & Saza survey tanpa beg-beg yang banyak tu hehe.





 Driver tuk tuk tengah menunggu passanger

Kami buat short tour aje lah sebab BAGPACK AKU TAK BELI LAGI WEIIII!  Takkan la nak gendong beg ‘harimau malaya’ tu, malu la. Kami minta bawa ke Royal Palace.  Area Palace tu cantik + bersih.  Ramai tourist masa ni.   




Kesibukan di pasar
Post Office di Phnom Penh.. cantikkan building ni?
  
Awalnya kami nak masuk tapi entrance fee nya ialah $8 maka aku malaslah masuk.  Kalau tambah lagi $8.. aku dah dapat sebijik backpack deuter 60L kot hahahah memang masa tu otak aku nak beli bagpack jah, rasanya kalau tak pergi tour2 tu pun aku dah tak kisah (kan sudah menyesal tak beli awal-awal di Siem Reap tu!). 

 Tochure bed.. kotak tu ialah tempat untuk membuang air besar / kecil :-(

Not survive :-(
Pol Pot's rules :-(
  Oleh sebab geng lain pun tak nak masuk, maka kami teruskan perjalanan ke Museum kot (nama-nama tempat yang singgah tu pun dah tak masuk otak haha).  Kat situ pun sekejap juga.  Lepas tu driver tuktuk singgah di satu temple (tak ingat nama) tapi kena bayar $2.  Ah tak nak taknak.. aku nak cut cost nih, cukuplah masuk temple-temple kat Siem Reap tu.  

 Bantal & pinggan mangsa Pol Pot

The buildings (bekas sekolah ni sebenarnya, tapi dijadikan penjara)

 Sebelum gerak tu, driver cakap nak naikkan tambang kepada $18 sebabnya mereka ingat kami tak bawa beg, lagipun beg kami banyak dan berat + banyak singgah-singgah juga.  Kesian pula tengok mereka so kami setuju $18 tapi termasuk tips.  Mereka cakap ok.  


 The victims :-(

Tempat di mana tak boleh masuk tetapi aku masuk sebab seriously aku tak perasan ni kawasan larangan.  Rasa scarry la itu kalu hehe nasib baik tak naik sampai tingkat 3 (masa tengah taip ni pun aku rasa meremang pula)

Cara-cara gambar mangsa diambil.  Lihatlah kat kepala tu konco PolPot buat apa.
Buat macam ni supaya gambar mangsa akan nampak tegak dalam gambar :-(
  
Kemudian kami minta driver tuktuk hantar kami ke Killing Field.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit.  Masa on the way tu, ramai tourist mat/minah salleh yang veteran ambil 1trishaw setiap seorang happy je aku tengok mereka.. untuk santai-santai bolehlah, kami pun lambai-lambai kat mereka.



 Artis, lawyer, doctor, engineer pun turut jadi mangsa :-(


Masuk Killing Field dikenakan bayaran $2.  Juga worth to see.  Sesiapa yang nak masuk, sila behave ya!?  Jangan buat perangai ‘beruk mat yeh’ yang menjengkelkan tu.  Korang tak merasa azab seksanya mangsa ketika tu, memanglah akan cakap macam-macam.




Other cell.  Kat sini lagi sempit.  Lebih sempit dari public toilet ok!  Mangsa akan dirantai & diberi 1kotak untuk membuang air kecil / besar :(
 
 Memang aku terpana tengok gambar-gambar dalam killing field tu.  Otak terus ligat berimaginasi bagaimanalah azabnya mereka ketika di seksa tu.  Aku terpijak jarum pun sakit.. inikan pula diseksa dengan teruk sekali.  Aku rasa kalau korang tengok gambar-gambar ni pun sudah cukup menggambarkannya kan?  Picture tell the meaning.  Aku tak mahu cerita panjang sebab tak semua rajin baca.

Lihatlah orang MALAYSIA.. betapa tidak bermoralnya kamu pergi negara orang, conteng dinding di negara orang.  Sungguh memalukan! :-(


 Kalau boleh aku memang nak berlama-lama dalam tu, banyak cerita dan kisah-kisah yang masih survive tapi sebab mengejar masa, maka tidak sempatlah nak baca.  Cuma aku rasa terkilan dan ralat sebab di 1wall di penjara tu.. penuh dengan ‘handwriting’ dari MANUSIA YANG BODOH.  Sudah jelas lagi nyata amaran TIDAK BOLEH DRAW KAT WALL tapi masih buat. 

Kan sudah jelas bahawasanya TIDAK BOLEH TULIS / LUKIS DI DINDING?!
Tidak faham bahasa inggeris agaknya ermmm!
 
Dan yang paling  ‘best’ ialah MAKHLUK-MAKHLUK BODOH TU DARI MALAYSIA!  Jelas ia memang memalukan Malaysia termasuk aku sekali terasa malu walaupun bukan aku yang mencontengnya. Sungguh tak bertamadun... boleh tak hormat negara orang sikit?  Serupa kita pergi rumah oranglah tapi kita conteng kat wall orang tu.. ingat macam facebook ke nak tulis kat wall orang suka-suka hati?  Sungguh aku marah!

Besar juga kawasan killing field tu, ada lagi bangunan yang tersorok di belakang.  Aku pergi untuk tidak lepaskan peluang melihat sendiri.  Ada 1bangunan tu aku sebenarnya sungguh tidak perasaan dengan board NO ENTRY tapi aku pergi naik.  Tiba-tiba aku rasa bulu roma aku naik, terus aku berlari ke bawah.. dan barulah aku perasan yang aku salah masuk.  Oh maiiii, sangat scarry tau, walaupun siang hari!
 Ingat haiwan kah diperlakukan sebegini? :(


 Kejam.. baby itu tidak bersalah.  Tapi tidak mengapalah.. baby itu terus ke syurga.. yang mezalimi itu terus ke neraka!

Lepas penat aku stress tengok kezaliman Pol Pot, aku decide untuk lepak di luar bersama Kashaz.  Kalau tunggu lagi lama, dikhuatiri aku tak mahu keluar pula he he he!  Semasa nak melalui pintu keluar, ada 1meja ni dikeliligi orang ramai.. rupa-rupanya UNCLE BOU MENG yang masih survive sehingga sekarang.  


Ingat Angry Bird ke memperlakukan manusia macam ni?  :-(

Sweet je uncle Bou tu.. serious, kalau tengok pun jatuh kesian dengan dia tapi aku tak sempat snap gambar.  Unlce Bou masih terselamat kerana dia salah seorang kesayangan Pol Pot.  Bukan kerana dia konco polpot tetapi uncle bou ni pandai melukis.  Kalau korang tengok ilustrasi yang dilukis tu.. itulah dia hasil tangan uncle bou. Tetapi isteri dan anak-anak uncle bou semua meninggal gara-gara polpot jua.  Oh sangat kesian.  Actually memang aku menangis di Killing Field ni.

 Tidak mempunyai perasaankah? :-(

Maaf andai aku rasa gambar ni sedikit mencuit hati.
Tengoklah gambar lelaki yang paling kiri tu- boleh dia senyum?  Errr?!!!
Dan gambar lelaki sebelah atas kanan tu.. boleh dia jeling-jeling manja?!! Apakah?
Tak takutkah mereka pada para penzalim itu?
Inilah UNCLE BOU MENG.. the survival.. tengok in real memang rasa macam nak menangis.  Gambar ni hasil carian gugel.
Begitulah ceritanya beberapa jam berada di Killing Field, Phnom Penh.. destinasi bersejarah terkahir kami sebelum pulang ke Malaysia.  Bersambung lagi dengan kisah ronda-ronda tanpa arah tujuan di Phonom Penh lak... buah tangan terakhir hehhe.

6 comments:

  1. serius sedih giler baca coretan gep ni ...
    huhuhuhuhu...

    btw mmg kawasan larangan la bawak budak2 cinonet ni...ngeriiii beb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah budak2 better tak pyh masuk la (kalu buleh).
      Mmg nangis la.. tp tatau la org lain camne kan?
      Kat sini ngelak org nampak mata sbb mmg nangis huhu.
      That's y me kata.. KILIING FIELD IS A MUST PLACE TO VISIT.

      Delete
  2. Replies
    1. By the way.. ko tgk2 gambar tanpa baca kan? he he he.

      Delete
  3. dekdaa...
    iouls yg baca posting ko nih pon dah nitik air mata... mcm mana lah aku nak pi visit sana nanti... konpirm haku meraung pulak... sedihnya....huwwaaaaa....

    dekdaa... kau recommend pi toul sleng ngan killing field nih waktu pagi ker petang???
    brp lama kau spend masa kat sana? kalau aku nak buat trip nih petang ko rasa cam sempat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. farahnas- tu lah psl.. aku sebenarnya tahan air mata bila tgk gambar & baca cerita2 tu tp tak leh la beb.. mmg sedih gila..

      errr depend nak gi pg ke ptg.
      Kitorg gi nak dkt tghari haritu.
      Rasanya kalu tak rushing nak 'last minit' shopping.. maunya 1jam lg duk situ.
      Kalu agak2 nak lebih tahu sejarah lanjut, buleh amik guide (haritu kebetulan masa tasya / melur gi.. dia teserempak dgn guide haji musa so dia tumpang group tu lah).

      Aku tgk mat salleh mostly amik guide. Dorg lebih menghargai sejarah.
      Aku tgk dorg betul2 tanya itu ini dgn guide.

      Delete