Selepas membeli kopi, kami dibawa ke Cultural Village lebih kurang 10minit perjalanan. Dalam perjalanan tu kami buat lawak suruh bawa ke rumah Salim. Katanya rumah dia dekat tapi jauh.. cemana tu? Kantoi haha. Maksud dia, di Siem Reap rumahnya dekat aje & yang jauh tu adalah kampung asalnya :D Dia kata tak boleh bawa ke rumah dia sebab bilik kecil. Aku kata “kami bukan nak pergi masuk bilik, kami nak pergi rumah je” hahahah saje je. Mahal juga sewa iaitu $150 (rasanya lah).. tak berbaloi sebab Siem Reap bukannya tempat elit hmmm..
Posing sakan sebelum masuk Cultural Village
Driver tolong membelikan tiket kami kerana katanya boleh dapat murah iaitu $11. Err aku tidak kisah, yang penting aku boleh masuk walau bayar berapa-berapa dolar sekalipun.. orang sudah tolong itu sudah cukup bagus (ciri-ciri malas pergi beli sendiri hihi).
Setiap tempat kalu boleh nak posing
Aku rasa lama gila kat luar sebelum masuk sebab bergambar punya pasal. Padahal boleh aje guna 1kamera lepas tu tag aje lah kat FB tapi taknak, nak juga dengan kamera sendiri.. dengan aku-aku sekali la tu kaedahnya hehe.
Patung lilin
Bila masuk tu aku fikir “CULTURAL VILLAGE NI MACAM GLOBAL VILLAGE KAT DUBAI KOT?!” Rupa-rupanya bangunan yang depan tu seperti muzium yang ada macam-macam seperti patung lilin, “radas-radas orang kemboja”, replika bangunan di kemboja, rumah hantu & show. Banyak juga patung lilin dalam tu. Ingatkan kat Hong Kong je ada patung lilin ni.
Fuh shekshi nya hihihi
Nasib baiklah driver kami boleh masuk sekali jadi mereka la yang explain itu ini. Kalau kami je masuk, confirm lah blur-blur dan tak tahu apa sangat + tak tahu mana nak tuju sebab Cultural Village ni besar.. tak payah nak redah-redah sangatlah, sesat karang! (Banyak sangat BUAH NASIB BAIK aku ni kekekekeke).
Bewok mawek bewok mawek!
Aku pegang bewok... ko mampuuuu? :D
Kami di Culturl Village lama juga iaitu dari 1.55pm – 7.15pm. Sebab kami tidak lepaskan 1show sekalipun. Bukan senang nak tengok kebudayaan orang kemboja ni. Antara show-shownya ialah:
Ini orang betul.. mula2 tu mati2 aku ingatkan patung kekekke (sape suruh masuk show lambat kan!)
· 2.30-3.00pm: The Immortal Life of Khmer Soul (lambat masuk beberapa minit maka aku sedikitpun tidak perasan perempuan yang berdiri tu ialah orang. Aku ingatkan patung! Nasib aku tak lemah jantung sebab perempuan tu tiba-tiba menari setelah lama berdiri statik) :P
Timetable untuk show di Cultural Village
Yang pegang mikrofon tu mcm Aidel Zafrel pelakon tu hmmm.
- 3.10-3.40pm: Khmer Wedding Ceremony II (yang 1st tak tengok sebab pukul 11-11.30am). A bit confused sebab masa mula-mula tengok tak faham siapa yang pengantin & siapa yang ibu bapa pengantin walaupun group aku dah duk seat paling depan. Mungkin sebab mereka cakap bahasa Khmer, manalah aku nak faham.
Pengantin.. laki tu mcm muka cina
Pengacara wedding tu mukanya iras-iras pelakon Aedil Zafrel yang berlakon Aku Tak Bodoh.. ralit aku tengok dia. Show ni tak berapa best sangat. Seorang lagi tu pula ada iras-iras Nubhan AF.
gambar dari hasil gugel (web cambodian cultural village itself)- chinese show
- 3.50-4.10pm: Chinese Traditional Dancing Dragon Son Across Border. Tarian Naga nya lain dari Malaysia & tak berapa menarik sangat lah. Tapi 1 group yang buat lawak ni (bukan Tarian Naga) memang meghiburkan hati + kelakar. Show ni aku tak snap gambar sebab migrain makin terasa siap ketuk-ketuk kepala. Rasa nak lepak je kat tuk tuk. (thanks to amiza sebab bagi panadol)
- 4.20-4.40pm: Dreamy Prince’s Daughter & Magic Peacock. Kelakar gila seorang pelakon tu. Muka memang melayu habis.. cheecky sangat. Aku yang migrain pun rasa terhibur. Aku suka show ni tapi akhir-akhir tu ada 2pelakon perempuan.. mak oiii ghairah gila.. kanak-kanak tak sesuai lah tengok erkk. Tiada gambar! Masa ni driver belanja air tebu.. waaaaa fresh rasa tekak.. thanks to them ;-)
- 4.50-5.20pm: Choosing Fiance. Show ni pun lawak juga specially pelakon lelaki tu lah sebab kelakar. Yang perempuan-perempuan tu memang cantik tapi semua watak-watak serius huhu. Sekali lagi pelakon lelaki yang muka Melayu habis tu berlakon juga. Memang tak puas tengok, siap buat lawak dengan audience lagi. Sorang lagi tu pula sebijik macam kawan boling aku dulu. Banyak kali membuat percubaan snap gambar tapi semua tak nampak muka.. frust nya!
- 5.30-6.00pm: KHANTREMMING DANCING. Tiba-tiba aku tak ingat langsung ni show pasal apa.
- 6.10-6.40pm: RICE PRAYING. Yang ni pun best juga. Semua jadi orang asli kemboja & pelakon-pelakon lelaki tu asyik duk usik audience je. Nasib aku tak duduk depan sekali. He he he. Orang kemboja gelak la tengok show ni tapi kami tak faham bahasa kemboja, ternganga je la hehe. Masih mencuba untuk snap gambar pelakon iras-iras kawan aku tu tapi masih tak berjaya.. kena ingat dalam hati ajelah erkkk..motif?
Yang aku kagumnya ialah, pelakon yang berlakon setiap show ni ialah orang-orang yang sama. Patutlah ada gap 10minit which is mereka nak tukar pakaian segala. Untuk pengetahuan anda, stage adalah di tempat yang berlainan jadinya, lepas show aje.. masing-masing pakat berebut nak pergi ke stage seterusnya supaya duduk depan-depan (duk belakang tak nampak sangatlah jawabnya). Stage tu bukannya dekat-dekat ye.. ada yang jauh, ada yang kena naik turun tangga.. adventurous sungguh!
Miniature kat cultural village (hasil gambar dari google)
Setiap show tu ramai orang ye.. bukan 30orang tapi lebih dari itu. Itu peri pentingnya membawa guide bersama sebagai jurupandu arah merangkap guide hehe banyak jasa nih!
Setiap show itu juga memberi peluang kepada audience untuk turut berlakon, siap dengan costume nya sekali diberi pinjam. Tapi kena ingat, audience yang ensem & lawa aje yang menjadi pilihan ye.. audience berjerawat macam aku confirm lah tak buleh haha. Juga bila dah jadi ‘pelakon sementara’.. anda harus sporting, jangan tak mahu buat pula.
Panadol kemboja
Selepas habis show, masing-masing nak balik lah... Nina & Faridah sempat snap gambar di replika-replika tu tapi aku malas lah because of my “kamera yang canggih” he he! Memang rasa rugi tapi tak apa lah. Driver cerita, show THE GREATEST KING JAYAVARMAN 7” tak ada sebab mereka repair stage which is show tu dibuat dalam tasik buatan tu. Oh rasa macam best, sangat rugi lah.. erm tak pe tak pe.. ada ciri-ciri aku repeat Seam Reap lagi ni :D
Masa nak naik tuk tuk tu memang aku paksa driver pergi farmasi jugak by hook or by crook sebab panadol tu memang dah dikira ruji aku la erkk! Dia suruh aku tunggu dalam tuk tuk sebab katanya kalau aku pergi sendiri dapat harga mahal & kalau dia beli murah sikit. Aku siap bagi contoh plastik BLUE FEVER untuk dia beli.
Murah gila benda alah ni kat sana.. kalau kat mesia berbelas2 RM koooo!
Oh terima kasih tapi sudahnya aku kena turun juga sebab tak ada Actifast. Beli jugalah panadol Cold tu, menyesal pula beli 2 papan sebab 1papan baru $1. Kat Malaysia 1 papan pun dah RM4.20paling murah hmmm). Blue Feverpun aku beli 2.. isk nyesal tak beli banyak.
Lega aku guna ni eh tp tak guna lagi.. sayang kekekeke cuma aku guna yang bawa dari Malaysia
Lepas tu seperti biasa isi perut di Restoran Hj. Musa. Menu tak ingat sebab rasanya budak-budak ni tak snap gambar langsung. Lapar wei! Kali ni Nina tnya kedai mana yang halal di Phnom Penh dengan Ustaz Hj. Musa. Lepas jamu selera, driver hantar kami ke hotel. Mereka minta bayaran malam tu juga tapi aku nak bayar esoknya dengan alasan kalau bayar malam tu terus, nanti driver tak pergi hantar kami dah kat van (padahal van datang ambil betul-betul depan hotel). Lagi pun kalau bayar malam tu, tak sempat lah aku fikir berapa nak bagi tips kat mereka. Jadi mereka setuju dibayar esoknya. Driver pula kata hotel kami diskaun $1 sebab hotel ada masalah. Aloh kedekutnya $1 jah? Isk.
(Diskaun sebab bilik kawan kami ada bedbugs & bilik kami pula pintu toilet tak boleh kunci + siap 1hotel blackout pagi tu isk isk).
Nak menapak ke Night Market walaupun dari 7.30pagi tak balik2 rehat langsung
Lepas balik hotel, kami sambung shopping di Nite Market. Aku beli lagi 2helai tshirt & seluar aladdin. Lain-lain barang aku tak beli, Cuma pergi jamu mata je.
Urut-urut $1 saje! Fuhhh!
& yang menyakitkan hati ialah ada 1kedai tu jual thsirt $5 untuk 3helai. Tak sakit hati ke sebab kami semua beli $2 sehelai huwaaaa! Terlambat sudah! Kemudian aku pun dah tak tahu nak beli apa, kecewa masih terasa sebab tak ada 1helai pun thsirt kemboja long sleeve.. argh!
Betapa ramainya mengurut.. tepi2 jalan sahaja oke!
Si Faridah pergi tukar size Tshirt.. confirm budak tu tension je tengok muka kitorg sebab siap minta thsirt free haha. Aku & Amiza bali hotel dulu sebab kaki aku sakit balik.
Night Market (will miss u lah ek kekeke)
Kemudian balik hotel packing & get ready untuk ke Phnom Penh esoknya. Sedihnya pulak!
Bersambung hari ke=4!
dok mampu nok pege bewok wehhh...geliii
ReplyDeletebestnya...refleksi di mana2 ye
Bewok plastik tu kak hahaha.
DeleteUrut tu ada di sepanjang laluan gi balik nite market.
Ada $1 utk 15min.. ada 20min eheh.
best laaa SR versi citer gep ni ...
ReplyDeleterasa teruja plak nak g sana plak..
ttp beberapa tahun lagi la...hihihihi
Amboi bertahun2 lagi yang tak tahan tu hahaha.
DeleteSmlm sy tgk tiket RM360 return je :D