Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

16 March, 2016

Bandung Day 1 Part 3- Pasar Baru

Sangat lama kan nak sambung cerita Bandung ni?
Takpe nanti saya usahakan sampai habis.

BADUNG DAY 1 PART 1
BANDUNG DAY 1 PART 2

Luar Pasar Baru


Lepas pergi Garaha Persona, kami terus menuju ke Pasar Baru.
Rasa mcm lama sangat dalam Avanza tu so kita tanya "Berapa jauh lagi ya pak yayat?"
Katanya "gaa jauhhhh... kalau tak jem, 30menit lagi"  huhu ok!
Yang ni dia nampak.. yang ni lah dia nak... duk heret je beg troli tu tapi nampak yang lain, dia tak nak dah beg ni hehe

Masa ontheway tu, lalu 1jalan yang kiri kanannya ada gerai2 jualan so tanya pak yayat lagi apa menda tu?  Katanya itu Cihampelas Walk.  Ohhh itulah dia?  Pernah masuk dalam SESAT kat Astro Ria.  Rasa mcm menarik jugak tempat tu.
Ok kita try beg spiderman pulak

Penat betul perjalanan asyik macet je tapi akhirnya sampai juga.
Kami sampai di Pasar Baru tu.
Keliru jugak mula-mula tu sebab masuk parking memang gelap sangat.
Cahaya pun malap-malap je.
Kitorg dah cuak sangat nih haih.. pak yayat naik dan terus naik.. eiii gerun pulak.. betul ke ni.. kang tak pasal kitorg jd mangsa bunuh huhu sampai camtu sekali kita pikir.
Kasut kanak-kanak

Bila sampai tu, kami dijemput seorang hero bernama HERO untuk mengendalikan kami.  Pak Yayat kata takyah risau.. dia akan tolong bawakan kita ke mana tempat yang murah & bagus.  Tak perlu bayar pun kat HERO sebab dia memang dari Hayukka Bandoeng tapi perasaan cuak + risau masih menebal dalam diri.. rasa macam tak caya je.. kot le tetiba HERO bawak kami ke tempat yang "udah diarahkan" iaitu kedai yang dia dapat komisen.
Kasut kanvas cantik tapi memang tak berkenan di hatiku

HERO bagus gile ok... setiap apa yang kita beli tu, mesti dia amik & bawa kan.  Kawan kita beli beg troli pun.. dia tlg bawak beg troli tu.
Kita "kehilangan" abam dari pandangan mata pun.. HERO tolong kasihtahu kat mana abam duduk (abam tu besa lah.. tak pandang dia 2saat pun.. cepat je ilang,.. kalah budak tecik hih hih).
Abam rambang mata pilih kasut

Pasar Baru ni memang banyak tingkat.
Kita start dengan yang paling atas.
Ada food court dorang.
Memang terliur tapi oleh sebab kami baru aje makan, makan lupakanlah hasrat.. nak minum pun kot kenyang sangat.
Lagi-lagi kasut
Beg troli pulak.. murah kot... tak tanya harga sbb tanak beli beg

Tingkat atas sekali ni jual kasut / handbag / bag.
Kita pusing-pusing tapi 1pun kita tak teruja dengan kasut-kasut tu.
Maaflah, bukan kasut depa low class tapi sebab attitude kita sendiri yang memang cerewet dgn kasut.. susah nak berkenan di hati.
Makan minum... sedap je nampak
Tak tahu nak bezakan Malaysian @ Indonesia yang tengah makan minum tu

Akhirnya di Bandung ni lah abam terjumpa size dia.... iaitu size 5.
Kat Malaysia susah weh nak cari size dia.. paling kecik pun asyik size 6 je!
Tu pun punyalah lama abam pilih... penat kita tunggu!
Bermacam-macam jenis handbag / bag tapi tak beli.
Berkenan nak beli tapi bila fikir2 balik.. kita bukan tukar beg tiap2 hari pun, koyak baru beli hehe

Dina pun sibuk duk mengetest kasut / selipar.
Tapi kita tak beli pun sebab takde size dia!
Dina sibuk duk gelek beg troli je hehe.
Sneakerz stylo mylo.
Bujang2 mungkin pakai lah kot, sekarang be simple jah la
Abah.. omeyyyyyy chuh tu (abah.. comey shoes tu)

Pastu pusing lagi.... kita belek-belek handbag.. ada lah yang berkenan tapi kita bukanla gile sangat dgn handbag maka tak beli lah.. lagipun kita fikir payah le nak sumbat2 handbag ni.
Budak ni pulak yang rambang mata pilih spek
Abah dina le mengjor buat mulot selpi nehhh!

Turun tingkat bawah... dina berkenan dengan spek.
Dalam banyak-banyak barang.. spek jugak dia minat hahaha.
Dapatla seketui harga 10ribu hahah!
Tengok benda lain dina tak minat pun mcm mainan apa semua-semua tu.. minat spek je.
Rumah kaos
Nak cari kaos cecantik & murah2... dtg kedai ni k?

Kita pusing-pusing lagi kekonon cari turbanbaby... tp alahai buruknya!
Sah lah memang kena order online je heheheh!
Pastu tak tahu nak beli apa... orang lain gile shopping,.. kita tak la shopaholic sangat (kaki shopping mesti bosan gile dgn kita!)
Antara kaos yang banyak pilihan

Turun bawah terjumpa satu kedai kaos ni.. cantik!
Kat Malaysia ada la jual kot tapi mahal.
Kat situ berapa rb je heheheh!
Kita rembat 3helai.
Kedai ni HERO rekemenkan juga.
Upah air untuk dina

Di Pasar Baru ni kita akan sentiasa diekori dengan penjaja2 seperti jual keychain / fridge magnet / beg / air / kipas dll.  Kita beli beg telekung.. 10unit = 100k.
Kita beli untuk kasi souvenir.
Fridge Magnet pun kita beli kat Pasar Baru.  1keping 50sen je pun hihi!
Jaket pun murah2 gila hokkay!
Abam rembat 1 (tak ingat harga tapi below rm100)
Dia udah uk ukkk!
Ingatkan kedai jual turbanbaby kids tapi rupa2nya pesen dolu2 punya turban.. hu hu beli online aja dehhhh lagi cantik!
Yang bawak beg kat depan tu hero kami nama HERO :P
Cakkkkkk!   Dina nih suka sgt main eskalator... pantang nampak.. kalau tak kasi dia jerit la sama itu Pasar Baru
Grosir kain batik & pelekat pulak
Kita turun lagi, aras jual kain pasang pulak.
Tak minat la.. so jangan ditanya berapa harga, kita memang tak berminat nak tanya pun huhu.
Ada kain cotton / renda / kain sulam / telekung / sejadah dll.
Pastu turun lagi... kita decide nak beli kain pelikat / kain batik untuk sedara mara.
Punya syok membeli... untuk kitorg selai pun nan hadooo hadoihhh!
Kat sini banyak gile abis... bukan beli yang dogol2 ye.. yg ini mahal sikitlah utk sedara mara rapat kannnn!  Borong dalam 25helai.
Dina dah penat
Masa nak turun lif ni.. tetiba jumpa mamat jual keychain cakap kelate.. huhhhh?!!!!
Kompius kita.. org kelate ke orang Indonesia?  Huhuhuhu!
Cihampelas Walk

Lepas beli kain pelikat / batik tu... kitorg decide nak balik.
Kalau ikut hati kita, nak sambung lagi sampai bawah sekali tapi oleh sebab kita pun pergi dengan kawan, kita kesian jugak kat dia.
Kita bagi tips sikitlah untuk HERO... tapi serius lupa lah nak snap gambar dia.  Sokmo senyum... eiiii baguih budaknya.. muda lagi dalam 20-an.
Dia tak nak amik pun sbb katanya dia udah dapat gaji dari Hayukka tapi tak apa lah, rezeki dia yang sangat murah dengan senyuman & ringan tulang angkut barang kitorg :-)

Kelihatan menggiurkan

Bila keluar bangunan Pasar Baru tu, macam nak singgah beli belah kat luar tu tapi malas lah sbb pergi ramai-ramai, tak syok aaa hehehe.
Kita mintak Pak Yayat singgah Cihampelas Walk kalau masih awal.
Mahu jadi apa?  Pilihlah coklat apa yang anda mahukan :D

Sepanjang perjalananan tu Dina tido.
Sampai C-Walk pun Dina tido adoiii.
Bila masuk C-Walk Mall pun dina tido.. tak dapat lah dia makan nasi goreng di Tea House.
Sedap ok!  Sila cuba!
Rasa nak try semua!
Kita jalan-jalan dlm C-Walk tu kejap je.
kawan kita makan kat McD.. hehheh kita tak minat la sbb kat Malaysiapun ada.. gi negara orang pun makan McD... bila gi negara orang, kita suka merasa makanan di sesuatu tempat tu.. janji Halal :-)
Kita try mkn roti tu.. sedap gak!

Lepas tu kita jalan-jalan kat Cihampelas tu.. kalau banyak masa, memang kita jalan je tapi tengok kawan kita dah tunggu dalam kereta so nak taknak memang kena cepat lah.  Kita cari tshirt utk staff dan ex-staff kita.. boleh dari takde langsung kan?
Masing-masing makan nasi goreng.
Abam nak order sama dgn kita tapi kita suh try lain le... at least boleh merasa kannn?!
Serius sedap!

Kat cihampelas tu mcm2 ada jual.. ala2 kat Wakaf Che Yeh la... pandai keccek kirro.. dapatlah murah. Area2 tu pun ada jugak mall2 yang jual murah2.  Pastu kita teruskan perjalanan balik hotel lah.
Penat gak sbb jauh dari hotel.. dekat 1jam baru sampai sbb jalan asyik macet je.
Tak puas berjalan huhuhuhu!

Ok kita sambung!

07 December, 2015

Bandung Day 1 Part 2- Brunch & Graha Persona

Ok sambung (punya lah lama utk sambung cerita yg dah basi kan haha)..

Lepas mandi tu, kita suruh Pak Yayat bawak makan.
Tak kisah lah mana2, janji halal & sedap.
Diskas gapo terrr?!

Actually tak ingatlah apa nama resto nih...
Jaya apa ntah (malas pulak nak selongkar plastik travel bandung tu hehe).
Masakan Padang... kita dah biasa makan hidang camnih... sbb kat kelate pun ada.. RESTORAN HOVER.
Meriah kan lauk kita?  Actually dah biasa meriah camnih hehe!

Kita & abam ngap aje yang mana berkenan.. kita tak waswas, cuma kawan kita mcm tak yakin dgn makanan tu heee apa2pun.. kalau tak yakin, ga usah makan.. kita di negara orang.. kalau ga boleh itu ini, susah mahu jadi geng travel kita :-)

kita try air melon.  Kita sangka melon itu watermelon, rupa2nya tembikai susu.. bedal aje lah.. nasib sedap :-)

Kami tak lepak lama sebab nak menuju ke destinasi seterusnya + dina as usual tokleh duk diam.. ada2 je dia nak buat (panjat kerusi lah, berlari situ sini lah, mengubang lauk lah- terima lah seadanya anakku) :P

 Cikuuuuu cak!

Masa nak masuk kereta tu, kami didatangi mas jalanan jual fridge magent.
Dia merayu untuk cari makan demi familinya.. aduh aku sudah jatuh kasihan sama dia.  Tapi kami semua ga mahu beli.. sungguh, riaknya memang betul2 berharap kami beli :-(

Usai berlalu dari situ, kami tanya supir, mahal ga fridge magnetnya?
Katanya itu udah murah.. boleh aja dibeli.  Oh begitu?
Tak ada rezeki untuk mas fridge magnet tu :-(
Kawan kita kanan sekali dah teruja nak beli tu!

Kemudian kami terus menuju ke Graha Persona (ni pun dari info dari supir lain supaya pergi ke sini kerana katanya di sini banyak kain2 sulam yg up too date dari tempat lain.
Bila masuk.. alamak, mati akal.. nak beli ke tanak?  Sbb kita bukan lah penggemar kain pun.. cuma jatuh cinta pandang pertama dgn kain sulam hijau tu, reganya 210rb (RM67) & beli 2helai kain.
Banyak pilihan.. telekung pun ada.
Mmg uptoodatelah kat sini.
Antaranya (amik kat gugel jah)

Asalnya kami tak nak beli apa2 tapi the end kawan kita beli jugak hihi.
Ada gak org Malaysia yg beli kat sini... borong abis.. tp kita tak boronglah, kita tak minat jual kain.
Penat nak kejar dina!

Sesambil tunggu kawan kita pilih, dina as usual la suka giler berlari ke situ ke sini.. main sorok2 lah apa lah, dah la sekali tu tak nampak dia.. mcm nak luruh jantung, rupa2nya di sebalik kain2 tu.. adoiii kejjut mak tawww!

Ok lah.. lps selesai beli.. kita menuju ke destinasi seterusnya!

Takleh cite pepanjang lah.. bz bangat derrr!

26 November, 2015

Bandung Day 1 Part 1- Check In Pop Hotel

hahahahaha lama gila nak sambung 1 entry lain kan?
Bukan apa, kita mmg tersangaaaaaaatttttttttttttlah bizi.
Bos takde pun mmg kita bz jugak.
Pegawai kita ckp "musim2 ni mmg musim tak bercakap dgn orang, nak2 lagi masuk November-sehingga settle dokumentasi PPSM"

Okeeelahhh SAMBUNGGGGG CERITA PENDEK AJE KOT?!
Banyak gambar!

8.00pg touch down Hussein Sastra Negara Airport, Bandung.
Tertunggu2 juga dalam flight, takde bagi departure / arrival card ke?
Booked thru agoda.
RM248.59 jah 4hari 3mlm.
Kita try reedem points utk kawan kita, rupa2nya tak boleh.. kena guna atas nama sendiri je.. aduh ruginya sbb 1426points akan expired ujung tahun ni :-(

Sekali sampai airport baru staff airport bagi... rasa mcm tak releven je kot sbb once dah sampai airport, seharusnya passanger2 ni semua nak cepat & masalah2 sendiri.  Tapi tak pe lah, small matter aje.
Kawan kita pakai tudung kelabu mengendap apa tu hihi!

Kita sangat terkejutlah tengok airport tu sebab SANGATTTTTLAH KECIK & SEMPIT.
Expectation ku mengatakan bahawa airport nya besar sbb tourist kan selalu gi sana.
Supir kami:  Pak Yayat dari Hayukka Bandoeng

Bersesak2 lah seketika masa amik luggage.
Yang bestnya, luggage kawan kita rosak handle hu hu hu.
 Tugunegara ke apa nih?  
Jalan Macet sbb memasing bz nak gi kerja

Once tiba kat arrival luar tu, terpampang nama FIZI... kita pun tuju kat dia.. kita tak tanya la nama dia sbb dah tau.  Cuma awalnya deal dgn Dicky Hayukka tapi dapat Pak Yayat Hayukka huhu.
 Dina teruja tengok pemandangan Bandung
Haaa tengok budak tu.. tak menahan betolll pakai sunglasess siang terang benderang.
Yg dokong anak tu, husband kawan kita yg gi sesama

Naik keta avanza.. kiranya mcm reasonable la price Hayukka Bandoeng ni, dari review2nya... cuma luck tak luck je dpt supir ramah ke tak.. kita dpt Pak Yayat  yang pendiam sob sob sob!
Dia cuma tanya udah berapa kali datang ke Bandung.
 Dining hall.  Ingatkan nak tumpang mkn minum lps mandi, sekali dah abis dorg kemas sobbb!
Check in hotel.. smooth jah la sbb ckp melayu + indon (kita buleh la kecek indon huduh huduh heheh) + staff POp hotel ramah

Perjalanan dari airport ke Pop Hotel memakan masa 25menit.
Kita kasihatau nak singgah brekpes dulu then Pak Yayat kata biasanya rumah makan (kedai / gerai) bukak dalam 10pg.
Sbb biasanya penduduk kat sana brekpes di rumah.
Wah ye ke?  Kagum nya?!!
Tengok, banyak tak beg?  Hehehehh itu beg utk 4org hokkay!
Dlm bungkusan KOKO & HITAM tu ialah TURBANBABY.. pos ke sesama Indon free aja, so kita borong 6kg turbanbaby hikhik!

Oleh sebab itu, kita suruh dia gi Hotel dulu utk early check in.
Kawan kita mengucap panjang tgk driver2 kat sana drive, tak kira sapeda @ motokar..
bersimpang siur, selit sana sini.
Kita dah biasa dgn keadaan tu so kita tak de la takut sgt heheh.
 Kita rasa ok je bilik ni, kita bukan nak gi honeymoon pun.. nak gi jenjalan aje.. bukan nak pi tido hehe!
Nampak tak yang cembong tu, itu le toilet.. ala2 dalam kabin gittew.
Yg size XXXL pun boleh masuk.. tp abam bocey nak masuk tak boleh kut huhu!

Sampai hotel... kita terus ke kaunter untuk early check in.
Our luck, ada 1bilik kosong so boleh la share dgn kawan sementara.
Bayar 184rb (RM57)... tak kesah berapa2, janji boleh mandikan Dina & Airis.
Sian dorang penat tapi kita mandi jugak la dah alang2 dapat bilik kan? :-)
Pak Yayat kami arahkan tunggu dulu untuk ke destinasi seterusnya.
 Bilik memang takde gobok.. memula kita frust jgk sbb tak boleh nak hang pakaian.. sekali terjumpa kat pintu.. ada rupanya.. comel jah hanger dorang :P
Dalam keadaan toilet & level 7 (yg biru tu ialah hot / cold water)

Pop Hotel ni takde kettle dalam bilik, cuma kat setiap level tu ada tong hot / cold water so amik je kat situ.  Mula2 tak perasan, turun le kita kat lobi tu amik hot water.
Then kalau nak guna iron, kena bayar (tak ingat berapa rb), kita pulak lupa bawak travel iron so pakai je berkedut2 gitu.. pasroh haha.
 Sila recycle!
Yang bestnya hotel ni ialah.. tiap2 kali nak naik ke level atas, kena swipe kad spt dalam gambar tu.
Mcm kita dapat level 7.. maka ada kad baru boleh tekan 7.. kalau takde kad.. duduk lah tercongok hang dalam lif tu sampai kematu hehe.  Kalau duk level 7, dpt tekan utk level 7 aje le!  Tekan selain level 7 is tak boleh!  So secure di situ!
Kalau lupa bawak segala mak nenek sikat / berus gigi / sabun / shampoo / shower cap bagai... boleh beli paket toileterries nih.. 10rb jah (RM3.20).. kita beli 3utk buat souvenir :P
Ok lah lepas mandi manda ala kadar, kita turun nak gi brekpes & ke pasar baru.
Pak Yayat tunggu dengan setianya.

Overall kita ok je dengan hotel ni.
Maybe orang lain tak suka kot sbb ala2 bajet gittew.

Sambung... (Tak tau bila boleh sambung haha)