Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label vendor butik. Show all posts
Showing posts with label vendor butik. Show all posts

25 August, 2015

Pindah Kedai & Pembantu Kedai Diperlukan!

Waahhh tup tap tup tap... jarang lagi kita update blog.
Mmg bz gile la uolsss!
Nak-nak lg dpt bos yg super fussy... diam tak bertenet / jarang2 jenguk tablet & tak ter'ketekkk' bak ore kelate kato huhu.
Baru kau rasa dpt bos WANITA?  Pehhh!
Ni masa mula-mula nak pindah!

Ok back to my story mory!
kita nak pindah VENDOR BUTIK LA.
Dari Bandar Pasir Mas ke WAKAF CHE YEH.
Sbb tetiba kedai tu kosong.. so apa lagi, tanya & survey.. berkenan!
Kita pun rebrand as CHOMELISTA BOUTIQUE (dulu CORNERLOT BOUTIQUE).
Ada 2chiller.. masak nak angkut!
Nasib ada van buruk!

Mmmg superdekat le dengan umah kita.. 2.6km je.
Mlm2 pun boleh gi sbb mlm2 ramai org kedai mkn sebelah tu heee!
Selamat tinggal vendor butik pasir mas!

Kalau kat Pasir Mas, kesian kat abam.. tiap2 ari lps balik kija dia singgah so sampai umah pun dah 6.30pm,
then kita ofcourse la tak gi sbb jauh (18km dari umah).  Kita kesian kat Dina kalau amik lambat tiap2 ari.
Tuan kedai tak berjawab fon / sms / wassap.. walaupun dah berhari2 kita nak anto kunci, rupa-rupanya gi mengail kat laut huhu

So now bila dah pindah nanti, kita boleh singgah lps balik kija sbb mmg laluan kita tiap2 hari.
Sekarang masih lagi dlm proses ubahsuai & masuk barang.
Sbb kita kesian kat vendor2 lama.. 2minggu kita tak beroperasi..so sale vendor pun terjejas (kita lagi le.. dedua kedai kita byr sewa lagi utk ogos ni.. rabakkkk!)
Syg rak ni tapi terpaksa tinggalkan sbb tak muat van :-(

Proses pindah tu penat!
Tapi nasib baik ada van boleh la angkut sikit2 sehari.
Proses renovate pun mmg amik masa sbb abam sorg2, nak mintak tlg org kemain payah weh!
Kedai baru kita @ wakaf che yeh

InsyaAllah kita akan start beroperasi akhir Ogos ni.
So masih mencari vendor-vendor dari pelbagai barangan yang ohsem utk memenuhkan lagi slot kita!
Tapiiii... tapiiii... kita takde staff nih.. acaner?
Staff lama tak leh ikut sbb dia stay Pasir Puteh.. jauh gile.. tp kita syg dia sbb dia seorang staff yg bagus sobb!
Ni depan vendor butik kita!

Sesape yg tgh cari kija, tlg war-warkan k?
Tapi jgn lah mengharapkan gaji serupa diploma / degree.. luku kangg hehe!

VENDOR BUTIK KITA YG BARU:
  • DEPAN RTM WAKAF CHE YEH / SMK KOTA
  • SEBELAH RESTORAN MASAKAN THAI / TASKA ZHILAL AN-NUR
  • SABTU-KHAMIS: 10PG-6PTG (mlm to be confirm)

if minat jadi vendor kami @ nak jadi staff kami, sila wassap ke 017-9616119 / 012-3308551



24 July, 2015

Customer Vendor Butik Kita & Vendor Wanted

Assalam (entry autopublish.. taip awal2).
Nampak tak signboard tu?  Kedai kita dpn celcom tu haaa!

Sapa2 yg belum tahu, kita dah ada vendor butik kat Bandar Pasir Mas Kelantan.
Beroperasi 6 Jun 2015 yang lepas.

Bgtau ni bkn sbb nak berlagak tapi just nak inform k?  Jgn slh faham :-)
Vendor Butik ni based pada baby / kids / mommy.
So no wonder lah ramai para ibu2 suka masuk :-)
Asalnya kita cari vendor dari pelbagai barangan tapi ramai pulak vendor based baby / kids / mommy masuk so kita pikir2 balik.. better go on camtu je la kan?
Lagi pun kami sesatunya vendor butik yang terletak kat bandar pasir mas waima di jajahan pasir mas sekalipun.


Kalau kat bandar K.Bharu dah banyak sgt vendor butik berkembang pesat.
Kita sendiri pun masih lagi menjadi vendor di 1vendor butik kat KB & 1 lg kat Kubang Kerian.
Di Kok Lanas pun kita jadi vendor juga tapi bulan ini last lah kot eheh.
Kita nak jd vendor kat butik kita sendiri je sbb location kita senang access.. kat ground floor jah.
Akak ni nurse kat Klinik Abam.  Dia cam kita tapi kita tak cam dia huhu.

Vendor butik kita ada sorg staff jaga.
So kalau time office hour tu boleh la wassap dia untuk tanya stok.
 Kasut comel2 semua!
Boot ni RM40 sahaja.. nape, tak percaya ke? :D

Pelbagai barangan ada di sini:  TURBAN BABY KHUSUSNYA, headband, rompers, sleepsuit, jeans, kemeja, tshirt, blouse, pyjama, jubah, toys, kasut / selipar baby kids, pre walker shoes, alatulis, jubah, blouse wanita, tudung / shawl, handbag, kain pasang, baju kurung, jeans wanita, aksesori wanita, telekung, kosmetik, purse, biskut, coklat, kerepek.  Section chiller:  puding sedut, susu magic, air detox, air kotak dll.
 Ni yg sama2 join sukarelawan dgn kita dulu.  Sekarang kita susah nak bg komitmen dgn sukarelawan sumbang tenaga, tp insyaAllah ada sumbangan di sudut lain diberikan :-)
Kasut raya dina beli kat vendor butik kita je.. comel kan?
Tak menahan taste dina.. RM35 sahaja.. ada kaler putih & pink :-)

TAPI KITA STILL MENCARI VENDOR LAGI K?
IF SAPE2 BERMINAT NAK JADI VENDOR KITA, SANGATLAH DIALU2KAN.
TAK KISAHLAH BARANG APA SEKALIPUN, KITA TERIMA ASALKAN TAKDE YG SAMA KITA JUAL SEKARANG.

Haaa meriahnya uolssss!
Ni salah sorg vendor kita (kain pasang & shawl), sesambil hantar barang.. sesambil shopping :D

Kita cari vendor berikut:

  • BOTOL SUSU / STOKING BABY / SELIMUT BABY / BEDUNG / TOPI / CLOTH DIAPER / TOYS (sekarang ada soft toys sahaja) dll yang berkaitan dengan baby & kids
  • WANITA:  KASUT / SELIPAR, KURTI BLOUSE / JUBAH, KOSMETIK @ apa2 je.
  • LELAKI:  Kasut / selipar, baju melayu, kemeja, slacks, jam tangan @ apa2 je.
Boleh wassap abam k?  017-961 6119.
Sewa slot serendah RM30-RM100 sahaja :-)

Ajak maknya bergambar sekali tp takmo.. malu katanya.. jenuh asben dia paksa.. ekekek

Kami terima vendor dari mana2 negeri sekalipun, so far paling jauh vendor aksesori baby kids kita ialah dari KL.
No problem.. boleh pos kan?  Vendor kita tu jual headband / hair clip handmade.
 Tu dia, kita train dina dari kecik jadi usahawan.
Dina le yg paling sibuk layan customer dia.. mulut pok pek pok pek, duk hulur kasut / selipar suh customer try :P
Biar dina minat bisnes @ sukan
Mesti orang ckp "bestnya dah ada kedai sendiri".. best tu memang lah best tp bila dah ada kedai sendiri, otak memang sentiasa dikerah untuk berfikir.  Berbeza kerja mkn gaji.. tiap2 bulan dpt gaji tetap.  Bila dah bisnes sendiri.. takleh dah la rasa "dah ok sale 1k sebulan.. cukup lah tu"  (sebagai contoh la.. takkan la ada kedai sale 1k je sebulan dok?  tak logik la huhu)

 Baju kurung pun ado
Susu megik, air detox, puding seduts

Itulah org kata "org bisnes la kuat kuat berfikir utk memajukan bisnes"  (PM tu kuat pikir gak.. tp pikir nak memusnahkan negara.. ehhh relevan tak?  Tetttt!) :P
Lps tu cabaran tu mmg ada lah... bkn takde.. untung rugi tu biasa.. kalau takut rugi, jgn lah berniaga :-)  Kita ckp camtu bkn sbb kita sentiasa untung.. tak weh, ada 1hari tu kita mmg nak give up, rasa nak tutup kedai (padahal baru 1minggu bukak.. mana lah org nak tau lg kan heheheh sengal pulak kita ni).
Kemeja jeans Guess pun ada

 Customer cilik kita beli turbanbaby
Boleh follow instagram kita:  www.instagram.com/cornerlot.boutique
www.instagram.com/turbanbaby.borong

haa gittew, mesti 'orang tu' pandang enteng kat kita & kita tau 'org tu' nak tgk kita jatuh susah & papa kedana.
Tak apa lah, kita bertatih2 dari bawah, berusaha sendiri.. kita tak kaya tapi kita guna duit sendiri.
Doa2kan kejayaan kami k?
Sbb ni cita2 kita dari kecik, sejak darjah 3 lagi kita meniaga  :-)

ALAMAT:
NO. 153, JLN BESAR  PASIR MAS,
BANDAR PASIR MAS, KELANTAN
Sabtu-Khamis:  10pg-6ptg
Jumaat & public holiday:  TUTOPPP!
Landmark:  Dpn Celcom & cornerlot sebelum kilang roti florida 
(pandang kiri jah, jgn pandang kanan, kanan tu nak ke stesen bas, stesen keretapi bagai hehe


01 July, 2015

Terlalu bizi - kija & vendor butik

Waaahhh lama gila kita tak update blog.
Serius kita memang bz!
Sampai2 ofis je terus on pc & wat kija, memang takda masa untuk bukak blog.
(masa taip ni pun, berpuluh2 kali tersekat ok... bukan straight all the way taip blog dgn lancarnya heh).
Tiap2 hari balik lambat, kecuali Ramadhan ni la memang awal.. bos pun balik awal.. acaner?  hehe!
 Instagram kita:  cornerlot.boutique

Balik umah kita memang dah malas nak update blog bagai sebab bz layan anak & meniaga online bagai.
Memandangkan kita ada vendor butik yang start beroperasi 6 Jun 2015 haritu le bz.. haihh!
 Mcm2 ada jual kat vendor butik kita.
Jubah baby kain lycra RM25 sajo!
Tak pyh duk jual dgn harga tak masuk akal sgt lah sampai beratus2 rm utk baby.. tsk!

Mmg kita tak sempatlah nak gi vendor butik kita tapi abam yang akan gi setiap hari lps kija sbb dkt je dgn klinik dia.
Kita gi Sabtu je, teman staff kita hehe.
Dina pun kamceng benor dgn staff kita :P
Ni masa mula-mula cari vendor utk vendor butik kita.
Sekarang dah ada vendor, tapi masih mencari vendor utk meramaikan lagi :-)

Ni abam amik alih IG kita:  turbanbaby.borong
Mmg la IG abam tapi no.hp nya kita punya.
IG yang cornerlot.boutique tu saya upload tapi saya kasi no. hp abam.. heheh.

Vendor butik kita ada:  turban baby of course, pakaian baby & kids, shawl, jubah, blouse, baju kurung, sekkut, aksesori (pin shawl, key chain, brooch etc), puding sedut, susu magic, handbag.
(nak kena masukkan banyak lagi baru best.. so kami masih memerlukan vendor).

Itu aje la kot sempat cite wat masa sekarang.
Nanti kita cerita lagi lah :-)

VENDOR WANTED.
WHY MUST JOIN US?

  • satu-satunya vendor butik di pasir mas
  • di ground floor (tak perlu menapak naik tangga bagai)
  • strategik- betul2 di tengah bandar pasir mas (kiri kanan kedai- sebelum ke kilang roti florida)
  • sewa slot murah walaupun tengah-tengah bandar pasir mas :-)
  • Kindly wassap us:  017-961 6119




25 May, 2015

Spoiler- Kami Punya Vendor Butik

Alhamdulillah, akhirnya cita-cita saya tercapai ingin ada sebuah vendor butik.


NAMA BUTIK?
LOKASI?
WAKTU OPERASI?

Rahsia.. nanti kami revealkan (tapi tgh cari vendor.. camno ni eheheh).
Yang penting, lokasi tu masih belum ada vendor butik :-)
Walaupun belum promote cari vendor tapi udah ada 4orang yg berminat nak jadi vendor :-)
(mungkin sbb locationnya yg strategik + tingkat bawah= tak perlu naik tangga bagailah hehe!)

Kami dapat butik ni secara tak sengaja.
Betullah orang kata ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

To be continue :D



20 May, 2015

Barang kat Vendor Butik

Assaaaalaaamualaikum semua!  (ceyyy, mcm la blog kita ada reader heh heh heh!)
Wah dah lama kita tak bersiaran kan?
Bukan apa.. kita bizi gilerrrrrr kat ofis ni.  Hu hu hu.. ni pun ngelat lah kejap kan? :P
 Dina enjoy her moment

Ok la sambung cite.
Sejak april lps, kita letak turban baby kita kat 2vendor butik.




  • TrendlyWardrobeBoutique @ Berek 12 (1building dgn Selera Cik Siti), sewa RM90/month. Slot mmg best.. owner siap belikan rak bulat tu utk kita letak turbanbaby + headband.  Lps tu owner letak pulak patung kepala baby kat rak dorg.   Baru bukak April jgk la.  Sini best sbb luas gile + mesra baby / kids :-)  Kat sini gi letak je barang, nnti staff depa tlg susunaturkan
Nampak tak rak bulat bertingkat tu?  Owner belikan khas utk kita.  Atas sekali yg ada kepala patung baby tu pun kita punya.  
 Syok aaa dina boleh melasak.
Ada jual mcm2.. blouse, skirt, baju baby kids (tp bkn kita punya la)

Luas gile kan?  Ni bekas gym.. so owner ni sewa buat vendor butik lah pulak.. sewa 1.8k sebulan heee!  Kita tgh pilih puding cedut.. sedap :D  (padahal buat snd boleh je.. tp MALAS ke ke ke!)
 Aksesori pun ada
 Ni dari vendor yg femes di KL nun!
Dina mmg yo yo ooo je kalau bab2 minum ais ni hehe

Depan TrendlyWardrobeBoutique ni ada gerai sup best gile.. air kelapa pun ada, sentiasa ramai org! Kalau tak letak brg kat butik, tak tau kewujudan kedai ni huhu.
Dorg cekap & cepat serve mkn minum!


Lepas tu vendor boutique kedua ialah:
  • ModeOnBoutique @ dpn HUSM Kubang Kerian.  Sewa RM80/month tapi aksesori tambahan mcm rak2 ke apa ke, sendiri beli naaa?  Huhu.  Tak berapa mesra baby / kids sbb nya semua berasaskan kayu pallete.. lps tu still ada tajam2.. cantik tu mmg le cantik tp bg Irdina yg lasak gile ni.. mmg kena be carefull la.  Tp sini banyak sale heheheh!  Juga bukak April lepas.  Kat sini kita boleh susunatur snd nak letak cemana.
 Ni hari semua vendor2 letak barang,.. terkejut gak tgk sbb sempit heheh.
Tp selang sebuah kedai ni, ada DEARSISTERS VENDOR BOUTIQUE yg femes ames tu.. ok je sempit2 tu kan?   Hehehe.

Kat sini sentiasa pay attention kat dina, kot dia terjatuh kena kayu.. kang tak pasal pulak.
Cantik gak dlm nya :-)
Sewa kat sini 1.5k.  Sale ok la sbb tempat mmg tumpuan kan, walau kat level 1, mendaki anak tangga.
Kita ingatkan 1meja tu sorg je, rupa2nya bahagi 2 pulak erkk tp tak kisahlah.. kita bagi 3kepala patung baby je :-)  Dina happy gile sbb ada kwn2, mulut potpetpotpet.

Itulah cerita kami letak barang kat vendor butik hehe.

SAYA ADA IMPIAN NAK ADA VENDOR BUTIK SENDIRI.. MAMPOOOKAHHH?
KAMU RASAAAAA?