Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label sukarelawan. Show all posts
Showing posts with label sukarelawan. Show all posts

18 September, 2013

Barang untuk sumbangan- masih terbuka

Sesiapa yang mahu menyumbang barang-barang seperti peralatan ibadah (TELEKUNG / SEJADAH / KOPIAH / REHAL / TASBIH) serta barang-barang lain seperti ALATULIS / ALAT BANTU MENGAJAR / BUKU CERITA / SET IQRA' dan lain-lain yang dirasakan perlu.. boleh berhubung dengan ANIS YOHANNA (FB beliau)- membawa nama OUR TOUCH (pernah masuk newspaper) yang akan membawa barang-barang misi ke Kemboja.  Semua barang sumbangan akan diberikan di sana.
Photo: Again.... Kirim to cambodian kids @ masjid....  sape2 berminat nak bg.. Buleh sgt2..
Antara contoh-contohnya!

Semua barang-barang yang hendak di pos mestilah sampai sebelum 5 Oktober 2013 utk repackaging :-)


24 July, 2013

Worldless Wednesday - Parcel

Rutin tahunan... pos parcel ke Cambodia (untuk abe nasir / salim's family)
8.5kg.. tahun depan bajet 5kg aje lah.. bayaran pos tu tak menahan mahal hu hu hu!

14 February, 2013

Kampuchea Day 5 Pt 1- Misi Sumbangan

KAMPUCHEA DAY 5 PART 1
15/11/2012 (KHAMIS)
MADRASAH QAMARDUDDIN, KG STENGMAI, SIEM REAP

Kuey tiow goreng, kami masa brekpes, madrasah Qmaruddin & student madrasah

Tibalah masanya kami menyerahkan barang sumbangan yang kami bawa dari Malaysia (hasil sumbangan kawan-kawan).
Sebelum tu kami pergi breakfast dulu.
Pagi ni salim yang layan kami sebab abe nasir ada hal.

Kali ni saya makan kueytiow goreng which is asalnya meme bentuk kueytiow tapi dipotong halus jadi seperti mee hun.  Saya ingatkan makcik tu goreng tapi bila sampai… tadaaaa “rupanya seperti meehun soup yang dikeringkan kuah”.  Ok something new.  Sedap juga, rasa nak tambah tapi malu la pulak hahaha.
(Kan saya dah cakap, even benda baru buat saya.. kalau ianya sedap, saya makan & susah lah untuk saya cakap TAK SEDAP melainkan betul-betul tak sedap hehe).

Ustaz menyambut kedatangan kami, pelajar kelas dewasa, ustaz mengajar & white board kelas

Salim kata, Hj. Musa akan datang pukul 10pagi so kami rasa macam lambat lagi pukul 10 tu, sebab masa tu baru pukul 9.00pagi. 
Saya tanya tak buleh ke kalau nak pergi dulu sekadar pergi bagi?  Tapi salim tak berani, takut Hj. Musa kata apa pulak.  Hmm ok lah kalau macamtu, kami tunggu aje la.  Tapi kalau nak pergi untuk tengok-tengok sekeliling tu bolehlah.

Ooo ok maka kami pun menuju ke Madrasah Al-Qmaruddin tu, just untuk meninjau.
Kalau jalan kaki tak sampai 2minit tapi kami tetap naik tuk-tuk kekekek saja jah nak bermanja dengan salim :P
Parking betul-betul depan Resto Hj. Musa.

Kedatangan kami disambut oleh seorang ustaz yang boleh cakap melayu (tapi pelatlah) & bertanya apa tujuan kami ke sana maka orang sebelah lah yang berborak-borak dengan dia.

Dia benarkan kami masuk kelas & meninjau keadaan dalam tu.
Memang ada 2 kelas sahaja.
1 kelas untuk remaja (belasan tahun) & 1kelas untuk kanak-kanak.
Memang kekuranganlah keadaan dalam kelasnya.

White board ada lukisan-lukisan + ada gambar-gambar volunteer yang pernah pergi ke sana.
Tapi lantainya hanya beralaskan tanah berdebu… hmmm.


Tapi bila tengok kepada dressing pelajar-pelajar tu, saya tak rasa ianya SANGAT DAIF kerana semua pakaian elok-elok, ada yang pakai barang kemas (iolls pun tak pakai barang kemas nokkss.. kalau ada pun cincin tunang huhu tapi time tu idoklah bertunang lg pun heee),  ada yang pakai tudung lawa & ada juga yang lawa-lawa.

Sambil-sambil menungguh Hj. Musa datang, kami borak-borak dengan Salim.
Katanya kalau boleh.. KALAU BOLEH LA, next time if nak bagi sumbangan.. masuklah betul-betul kampong yang bukan tumpuan orang ramai seperti Siem Reap & Phnom Penh.  Sebab both tempat ni memang dah sentiasa ramai penyumbang.  Kalau diikutkan, banyak lagi kampong-kampung yang tersangat daif yang perlu di explore.

for your information, Hj. Musa tu pernah masuk Rasa Halal Kemboja :-)

Memang betul cakap Salim.  Banyak lagi kampong-kampung yang masih belum diexpose.
Katanya Siem Reap menerima berates-ratus ekor lembu / kambing untuk dikorbankan semasa AidilAdha sedangkan ada di antara kampong yang menerima 1-2ekor lembu sahaja setahun.  Sedihkan?

Salim kata sekiranya saya @ kawan-kawan @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menderma / buat korban di kampung-kampung yang tidak banyak terdedah dengan penyumbang, boleh la dia bantu untuk sampaikan (adalah ustaz-ustaz yang dia kenal tu).. insyaAllah akan sampai.


Memang betul apa yang salim cakapkan tu, kalau lah saya mampu.. nak je saya war-warkan kepada orang ramai supaya memberi sumbangan ke kampong yang lebih memerlukan.
Tapi siapalah saya ini, hanya sukarelawan persendirian yang tidak bergantung dengan mana-mana agensi @ persatuan maka mungkin ramai yang tidak mempercayainya @ langsung tidak mempercayai saya.  Terpulang, niat saya hanya ingin membantu sesama Islam di Kemboja khususnya & di Negara lain umumnya.

Tidak lama kemudian Hj. Musa sampai bersama seorang penolongnya.  Beliau bertanya pencil box yang saya bawa ada berapa kerana pelajar di situ mempunyai 167orang & beliau risau sekiranya ada pelajar yang tak dapat.  Kami cakap kami bawak lebih (tapi tak sampai 10la yang lebihnya tu).


Strict jugak beliau sebab dia nak cek satu persatu apa ada dalam pencil box tu.  Aduh, masak le kalau nak cek 1 by 1.  Just trust us la.. setiap orang dapat benda sama!
Kalau dah nak cek 1 by 1 itu kalu, rasa hangen la jugak sebab macam tak percayakan kami tapi diamkan je la sebab kita kat tempat orang.  Dugaan nak membantu orang ni bukannya senang!

Maka masuklah kami dalam kelas tu.  Aikkk ada jugak ibu bapa yang datang tiba-tiba masukkan anak-anak dorang dalam kelas which is anak-anak dorang bukan pelajar kelas pun.  Kami dah confused tapi tetap bagi jugak.. risau juga takut ada yang tak dapat.

 (kamera orang sebelah)


Saya cuak sikit nak bagi kat kelas remaja sebab dressing dorang tak macam orang susah pun + pencil box yang kami bagi tu pencil box basic je (ada pensil, pen, pemada, eraser & sharperner + color pencil).  Tapi taka pa lah, harap mereka terima seadanya.


Tengok depa happy, kami pun happy juga lah.
Saya agak gementar sebab saya ni meme ada public freight.  Saya meme tak suka expose depan orang ramai waima dengan budak sekalipun, rasa menggigil lain macam nak nak lagi si salim duk snap gambar kami huhu.  Saya suka kerja belakang tabir (macam retis lah pulak ahahahah).



 Kamera orang sebelah


Acara last sekali ialah bagi jubah + sibar kat 2orang ustaz anak beranak tu (bapa & anak) hasil sumbangan Pakcik Rahimi & Makcik Mariam dari Alor Star Kedah.

Akhir sekali saya meminta Hj Musa menyampaikan sumbangan pakaian, sumbangan zakat, sumbangan peralatan ibadah & sumbangan peribadi saya sendiri kepada 2buah masjid iaitu Masjid An-Niqmah Siem Reap serta Masjid on the way ke Tonle Sap.


Perkuburan sebelah madrasah

Berakhirlah sudah hari sumbangan kami kepada Madrasah Qmaruddin, Kg Stengmai, Siem Reap J
Kalau dimurahkan rezeki & panjang umur, semoga Allah permudahkan kerja-kerja sukarela saya kepada sesiapa sahaja.
Macam sunyi pulak sekolah ni dalam gambar, padahal riuh rendah hehe.

Oh ya, Hj. Musa kata kepada sesiapa yang sukarela untuk mengajar English kepada pelajar-pelajar di Siem Reap, bolehlah berhubung dengan beliau di musasoleh@yahoo.com Tak silap pendengaran saya, makan minum & tempat tinggal disediakan.  Kalau saya pandai English, saya berminat untuk volunteer tapi tak pandai pulak eh!  Kalau pandai sekalipun, tak buleh mengajar jugok.. saya garang hahahah!

15 January, 2013

Kampuchea Day 3 Pt 1- Sumbangan Kewangan



Entry khas ditujukan untuk pakcik Rahimi & Makcik Mariam di Kedah nunnn!
Maaf la makcik & makcik, excited cerita pasal benda lain hehe~  (walaupun mereka adalah silent reader).

Kampuchea Day 3 (13 November 2012 – Selasa)
Perkampungan Islam, Mongkul Borey

 van abe nasir, famili abe nasir, masri & gerai makan


Seawal pagi kami bersiap-siap masukkan barang-barang dalam van sebab lepas je selesai bagi sumbangan, kami akan terus shoot balik ke Siem Reap. 

Seperti biasa, pergi breakfast dulu dan makan kuewtiow sup.  Saya akan merindui rasanya sebab tak pernah jumpa lagi kat Malaysia rasa macam gitu.


Inilah fakri kehkeh, abang gigih potong ais buekkk, bongkok2 saya potong ais & diskusi dengan abe nasir mengenai sumbangan
 
Tapi sebelum bagi sumbangan tu, diskas dulu dengan abe nasir kat siapa yang layak dapat sumbangan tu.. takkan sebarangan nak bagi, ye tak?  Abe nasir siap buat list lagi.. ok juga, at least tau sampai kat tangan siapa.


Sesambil tunggu abe nasir buat lists tu, jiran & wifenya pergi tukar duit  kepada small notes, senang sikit nak hulur.  Abe nasir suruh saya pergi dengan wife nya naik motor.. TAPI HARUSLAH SAYA TAK MAHU.. Sedangkan ‘orang sebelah’ saya ajak naik motor pun saya tak nak, inikan pulak dengan orang lain?  Hohohohorlicks! :P


 Nama penerima sumbangan & para penerima sumbangan


Macam best pulak lepak-lepak bawah rumah makcik abang nasir tu.  Sayapun terbuai kat hammock, rasa macam tak nak bangun.  Mujur la orang sebelah tak kasi beli, kalau tak.. kat Malaysia nanti.. saya berat bontot.. asyik nak berbuai kat hammock je eheh.

Sumbangan ni diberikan kepada penduduk setempat tu je.. tak perlu naik van bagai.. jalan kaki je udah.
Penerima sumbangan ni ada ibu tunggal, anak yatim dan yang ramainya ialah warga emas lah.
Saya lupa nama-nama penerima sumbangan tu.  Tapi gambar-gambar tu sebagai bukti lah ya?


pekerja kilang besi, balu kepada tok siak & ustaz muda yang pernah belajar di Kelantan :-)


Yang saya ingat ialah, makcik tu balu tok siak masjid tu salah seorang penerima sumbangan.  Memang ramah mesra tapi macam biasala, mana la den paham.. saya sengih-sengih je la hihi.  Tapi saya tau dia happy gila dapat sumbangan tu. Siapa yang tak suka dapat duit?  Saya dapat duit pun saya sengih.. happy weh hehehe.

Ada juga ustaz yang menerima sumbangan.  Mula-mula saya tengok rumah dia, saya cakap dalam hati “mak aiiii ustaz duk rumah batu.. layak ke terima nih?”  pastu abe nasir cakap “rumah tu dia tumpang je”.. oo macam tu eheheh.


 Penerima sumbangan & rumah-rumah penduduk Islam di Mongkul Borey


Ustaz tu hensem tapi nama tak tahu la & dia boleh cakap Melayu.  “orang sebelah” tanya, rupa-rupanya dia pernah belajar di Kelantan bawah Ustaz Abdul Basit.  Oooo macam tu.  Dia kata tak datang Malaysia dah.  Taka pa lah ustaz, bagi ilmu agama di sana pun sudah cukup baik.

Ada juga penerima sumbangan yang tiada di rumah maka saya wakilkan kepada makcik abe nasir aje la tolong sampaikan, tak releven kami tunggu sebab kami pun dah nak pulang ke Siem Reap.


 Pasu yang sangat besar (sumbat saya pun buleh), rumah yang usang, ayam tengah lepak & 'orang sebelah' mengkidnep baby siapa entahh


Sesambil pusing kampong tu, kami singgah kilang-kilang buat besi.  Mula-mula saya imagine kilang tu besar, rupa-rupanya kilang tu sebesar 1-2pondok bas sahaja & pekerjanya ialah penduduk kampong tu juga.  Tak bagus juga banyak kilang besi sebab persaingan banyak~  1kampung je ada 6 7kilang besi huhu.  Tapi sabitnya tajam giler.. pergh ngeri~  1sabit tu $4 kot tak silap.
Pakcik-pakcik yang sepatutnya rest kat rumah pun still mengerah keringat huwaaaa sedih la mengenangkan nasib mereka mencari rezeki.

Penerima sumbangan terakhir adalah makcik abe nasir sendiri lah termasuk duit belanja selama kami berada di sana 3hari 2mlm, ye la.. udahla tumpang rumah orang, takkan nak duduk free aje kan?  Nasib baik saya ada bawa sedikit buah tangan untuk mereka, tak la rasa malu sangat.

Rasa sedihnya nak meninggalkan Mongkul Borey.
Tak pasti bila lagi akan jejak ke sana sob sob sob.
Kami meneruskan perjalanan ke Siem Reap.


Bye-bye nice people at Mongkul Borey

Nota kaki:  duit sumbangan yang diberikan adalah hasil sumbangan kawan-kawan yang bermurah hati untuk penduduk Islam di Cambodia, semoga Allah merahmati kalian :-)

15 October, 2012

Prihatin: Madrasah Qmaruddin, Siem Reap


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Dengan rendah dirinya, saya ingin mencari penyumbang untuk sekolah agama iaitu Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kg Stengmai, Siem Reap & Masjid An-Nikmah, Siem Reap.
(gambar kredit kepada saudara Nasir, seorang driver tuk tuk di Siem Reap yang banyak membantu saya mencari info mengenai kehidupan di sana).

Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kg Stengmai, Siem Reap

Saya akan ke kemboja pada 11-17 November 2012 ni (untuk kali ke-2 pada tahun ini).
Pergi sebagai traveller, bukan sukarelawan tapi atas dasar kemasyarakatan, saya sekadar mengambil sedikit masa untuk membuat kerja amal menghulur derma/bantuan kepada penduduk Islam di sana.
Jadi kepada sesiapa yang berminat @ secara sukarela untuk memberi sumbangan bolehlah la berhubung dengan saya :-)

Pelajar pelbagai peringkat umur

Info sekolah:  mempunyai 166 pelajar.
Jumlah guru:  2orang sahaja (lelaki)
Umur pelajar:  6-18tahun
Sesi:  Pagi & petang

Serba kekurangan, hanya buku / muqaddam & pensil? 

Sumbangan yang diperlukan:  alatulis, alat bantuan mengajar, dana (boleh request samada untuk saya beli @ hulur dana ni kepada pihak madrasah terus).

Ustaz (tengok dalam laci meja.. juga tiada apa-apa alat tulis.. kesian) :-(

Ingatlah, andai memberi walau sebatang pensil @ waima $1 itu sudah cukup membuatkan mereka tersenyum :-)
Semoga sumbangan anda diberkati & diberi ganjaran olehNya.

Masih kekurangan alatulis (sumbangan peribadi, saya beli sikit-sikit demi sedikit).. sesiapa yang berminat untuk menambah alatulis, boleh la pos kepada saya.  Need more:  pen, pemadam, gam, pembaris, pencil box (kat mydin only RM4.20 for 12packs), gunting, pengasah pensil @ apa-apa alatulis.

Jika ada pertanyaan, boleh juga emel:  deidaa@gmail.com
Akaun Maybank:  1640 1696 9083 (Nor Afida binti Mohd. Noor)
Tarikh tutup penerimaan sumbangan adalah pada 3 November 2012 (Sabtu) kerana saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 9 November 2012 (Jumaat).

Untuk Masjid An-Nikmah, Siem Reap.  If berminat, boleh sumbang barang contohnya seperti sejadah, tasbih, telekung :-)
Sekiranya ingin menyumbang duit, sila nyatakan samada ingin sampaikan duit itu kepada madrasah @pun ingin saya belikan alatulis / ibadah.
Tapi saya lebih refer anda belikan alatulis / ibadah terus & pos kepada saya :-)

*notakaki* kos luggage untuk membawa barang ini ke Cambodia,  akan ditanggung oleh saya sendiri.

(maaf, saya tidak pandai untuk mengarang ayat skima.. saya harap ayat saya ni jelas menunjukkan maksudnya) :-)


11 October, 2012

Tak Travel Ke Saya?

Dah lama sangat saya tak cerita pasal travel.
Travelog umrah April-Mei masih terbengkalai sehingga ke harini ini (makcik yang pergi dengan umrah saya sama tu pun baru meninggal dunia minggu lepas) :-(

Bukan apa, tiada mood untuk bercerita kerana pelbagai masalah itu ini,
mode excited nak cerita detail memang tak ada langsung!

 Tapi... saya akan travel 11-17 November ni ke cambodia untuk kali ke-2 pada tahun ni,
bersama dengan 3rakan yang lain.
Saya harap pemergian kali ini bukan dengan tangan kosong, 
tapi dengan misi kemasyarakatan sekali walaupun sekecil kuman :-)


Saya rindu Cambodia :-)


27 July, 2012

Misi Sinar Harapan Hari Pertama

20/7/2012 (Jumaat).
Inilah kali pertama dalam hidup saya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan (ada ke perkataan ni?).

Saya bertolak dari rumah usai sahaja Solat Jumaat bersama kawan baik saya iaitu Fizi & meet pointnya adalah di salah sebuah rumah saudara K.Elly di Rantau Panjang.
Saya sampai 3ptg seperti yang dijanjikan.

Dan apa yang menariknya ialah ITULAH KALI PERTAMA KAMI SEMUA BERSUA MUKA (kecuali kak elly & sepupu sepaatnya lah).  Sesi takruf dahulu dan whut a small world?  Saya adalah saudara mara kak elly juga, laaaa!  (tapi belum disahihkan lagi kesahihannya betul @ tak!)
Jalan kampung..masukkk nunnn ke dalam
Oleh sebab baru dapat info mengenai keluarga yang akan menerima sumbangan, maka kami agak kelam kabut apabila terpaksa membahagi-bahagikan semula antara barang yang hendak disumbangkan.
Kak elly membuat pertambahan telekung, kain pelikat, kain sarung, milo, susu & kopi.
Pada hari itu kami konvoi dengan 3buah kenderaan.

Karipap daging rusa

Tempat persinggahan pertama kali ialah di sebuah kedai di Rantau Panjang kerana kedai itu hendak meng'sponsor' 2pack meehun goreng.  1pack tu ada 12paket maka dapatlah 24paket.. alhamdulillah :-)

Promote meehun hehe
Selain dari itu, kami juga sempat merasa karipap daging rusa.  Saya tak tau apa rasa sebab saya memang tak suka makan karipap.. erkk!  Kami juga diberi Santan Wangi dari hasil minyak kelapa sawit :-)

Rumah penerima sumbangan pertama ialah keluarga Encik Hamat di mana 1rumah mereka dihuni seramai 13orang (bakal 14 tidak lama lagi) & anak-anaknya masih kecil.
Mula-mula saya dengar, agak terkejut juga kerana rumah usang itu didiami seramai 13orang termasuk ibu, bapa & anak-anaknya.

Encik Hamat ni dikira kategori OKU & hanya bekerja kampung (kalau tidak silap).
Kami sekadar menyampaikan sumbangan di luar sahaja kerana masih ada rumah yang perlu disampaikan.  
Bersama keluarga besar en. hamat
Bapa Encik Hamat sangat berharap sekiranya kami dapat menggantikan zink yang bocor itu.  Kami tinggalkan sedikit senyuman untuk mereka.  Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka.  Kak Elly berjanji akan memberi baju raya pada anak-anak mereka nanti.
Hanya kenderaan kecil sahaja boleh masuk.. kenderaan besar tidak boleh!
Sudahlah jauh ke dalam kampung hmmm
Rumah kedua yang kami tuju pula ialah rumah En. Nik Ludin Nik Wok, yang mempunyai penyakit jantung.  Mempunyai 3orang anak yang comel & petah bercakap serta pandai pelajarannya yang berumur 10 (dapat no. 1), 8 (dapat no. 3) & bongsu 6tahun (sangat petah bercakap).

 Ketika itu, isteri nik ludin tiada di rumah kerana bekerja sebagai Pembantu Kedai.
Anak ke-2 Nik Ludin pun seperti tidak sihat.. nampak macam lemah tetapi masih belum disahkan sakit apa.  Keadaan Nik Ludin sesungguhnya memang tidak bermaya.

Larat ke bangggg?  hehe
Saya sempat melihat di sudut tepi rumahnya.  Rumah ini juga uzur.  K. elly juga berjanji untuk memberi baju raya untuk anak-anak nik ludin.
Sisi rumah nik ludin

Siapa pula yang kenduri durian di tengah-tengah jalan ni ehhh?

Kak elly menemuramah nik ludin.  Comelkan anak-anak dia?
Kami sukarelawan di rumah nik ludin.

Pasangan suami isteri yang sakit
Seterusnya kami singgah solat dulu di Masjid (tak ingat kg apa).  Usai solat, jemaah-jemaah wanita tu tanya kami dari mana jadi saya beritahu lah mengenai misi kami & sorang makcik tu kata dalam ramai-ramai tu ada sorg ibu tunggal & dia mintak kami beri sumbangan tapi saya explainlah kami pergi ke rumah yang sudah ada nama.

Semasa borak tu, saya tanya di mana tandas?  Tiba-tiba sorang makcik ibu tunggal tu cakap "datang rumah makciklah sebelah ni aje.. nanti makcik pergi buka pintu.. makcik duk sorang-sorang je" & terus dia bangun balik rumah dia.  Saya rasa bersalah & kasihan tengok macik tu.  Jadi saya kata nanti saya beritahu Kak Elly kerana dia yang ketua.
Jadi saya keluar beritahu Kak Elly mengenai makcik tu.  Kami terlupa langsung yang kami banyak lebih meehun.  Kak Elly cakap barang kita ni semua cukup-cukup & tak boleh nak beri.  Tiba-tiba saya terpandang makcik tu berdiri di pintu rumahnya dengan rupa yang sangat berharap kami pergi rumah dia.  Saya rasa macam nak menangis.. saya rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu dia :-(
& seorang lagi makcik kata kat Kak Elly harap sangatlah bantu ibu tunggal tu sebab dia memang ibu tunggal, duduk sorang-sorang.  Dia tak apa tak ada orang bantu sebab anak-anak memang bantu.  Jadi kak elly ambil no. telefon makcik tu.. Alhamdulillah, semoga misi seterusnya dapat membantu makcik ibu tunggal tu :-)

Seterusnya kami kerumah yang terakhir kerana ketika itu sudah pukul 6lebih.
Kali ni agak tersasar kerana kereta yang mengepalai tidak tunggu (sebab jalan sempit, tiada tempat untuk menunggu).

Isteri en. rosli & anak-anaknya
Apabila sampai, kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk di laman rumah.
Pakcik tu memakai urine bag (if i'm not mistaken).. perutnya ditebuk kerana sakit (errr saya lupa sakit apa) & makcik itu pula demam.  

Misi kali ini sebenarnya nak membantu anak pasangan suami isteri ini yang bernama En. Rosli kerana mereka hidup susah.  Rumah (selayaknya di panggil pondok sahaja) :-( mereka tiada bekalan api/air.  Hanya menumpang bekalan dari rumah ibu bapa mereka sahaja (yang juga tidak sihat).

Keluarga en. rosli
Rumah ini yang paling saya sedih tengok pada hari itu kerana rumah mereka tidak mempunya bilik.. hanya ada ruang tamu yang ditutupi separuh dinding & di sebelahnya pula ialah dapur. 
Keadaan di dalam rumah..  hanya sebesar ruang tamu rumah saya :-(
Saya tidak dapat bayangkan kerana itulah tempat mereka tidur, berehat, makan, menonton tv & sebagainya.  Tv itupun diberi oleh orang.  Mereka juga mempunya 3orang anak yang masih kecil tapi saya sedikit risau kerana apabila bertanya en. rosli mengenai pelajaran anak mereka.. en. rosli tidak tahu kerana dia sendiri pun tidak pandai.  Tanya ibu.. ibunya juga tidak tahu mengenai pelajaran anak-anak mereka.
Anak-anak en. rosli
Apabila bertanya anak mereka sendiri dapat no. berapa, dia pun tidak tahu.  Er saya rasa anak mereka patut mengambil tahu untuk mengubah nasib mereka suatu hari nanti.
Tandasnya di luar.. open air :-(
Oh ya, en. rosli ni adalah seorang tukang urut.  Maka pendapatannya mengikut berapa sahaja yang orang beri.  Isterinya pula juga berniaga di kedai makan tetapi pada bulan Ramadhan dia tidak bekerja.

Haippp... sempat lagi kucim ini mengorat inche fizi.. tak buleh takbulehhh!  Hehe!
Itu rumah terakhir kami pergi & akan bersambung esoknya.
Penat tapi puas kerana dapat membantu memberi sumbangan tenaga.
Balik dinner @ Jln Salor.
Terima kasih Fizi kerana jadi driver & belanja saya makan hehe  :D