Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

24 February, 2015

Akikah & Birthday Irdina

12 Februari 2015 (Khamis) yang lepas selesai sudah majlis Akikah & Majlis Birthday Irdina yang pertama.
Plan asal nak buat Januari iaitu pada betul2 birthday dina 21/1 tapi banjir di rumah kami belum pulih so terpaksa tangguhkan.
Behave sangat birthday girl aritu.. takde meragam.
Gown ni beli kat guangzhou la. yg comey2 tak boleh beli selai2.. kena beli lot2.. huh!
Yg selai2 tak banyak pilihan but it's ok la, comey gak +++ MURAHHHH! :P

Takde la buat beriya2 benor macam retis2 tu.. cukup sekadar simple2 je.
Untuk akikah irdina, kami decide buat kambing golek.
Ai request bentuk rompers tp dia lukis camni.. adess!
Dah la lambat siap!

Mak mertua saya pulak masak nasik / ikan rebus goreng / ayam goreng / ulam2an / daging singgang.
Memang masakan orang kampung jah.

Pakcik tu peminta sedekah rupa2nya.. ingatkan orang kampung, punyala aku suh dia tunggu abam balik dari beli pinggan kertas.. tapi saya bg lah dia makan :-)
Kambeng golek tersorok.. cemana boleh lupa snap gambo ni ek!
Besday girl menjadi perhatian
Mulanya abam nak pasang khemah bagai.. amboila khemah apa mende pulok.. rumah punya la luas... tak perlu kot nak pasang2 khemah bagai, lagipun jemputan dalam 100orang je.. bkn 1000 org huhuhuhu.
My opishmet .ak.a geng2 gosip a.k.a geng2 brekpes
Geng2 klinik abam
Yang best nya 11.30pagi baru saya gi pick up kek besday sebab akak tu gi tempat lain dulu, sedangkan majlis start 12pm & paling bestnya lagi, geng2 brekpes ku di opis datang 12.15pg... melompat makkkk!  Makkk jemah tak siap pakai tudung lagi hahaha.
Nurse2 di Klinik Desa yang makkk & dina selalu check up pun sampai awal... sedangkan lauk pauk belum sampai sebab mak mertua masak kat umah dia huhu kelam kabut gilers.
HAPPY BIRTHDAY IRDINA pun tak sempat tepek :P
Yang kambing golek pun 11.30baru sampai, bila tanya 12.15pm dah boleh makan ke belum.. katanya 30minit lg baru blh mkn.. erk.
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar lepas start 12.45pm tu.
Kawan-kawan makk semua menambah nasik oke hihi.
Beshday girl kepenatan
Kawan-kawan abam pun ramai jugak yang datang.
Risau jugak awalnya kot ramai yang tak datang.
Tapi oleh sebab kami buat hari kerja, ramai je.. lainla buat jumaat sabtu.. kureng le yg datang (Kelantan pelik sikit kan huu).
Hahahahah kena kerumun
Untuk budak2 saya sediakan gula-gula & marshmallow.
Sebab kalau takde benda2 tu, sure dorang boring kan huhuhu.
Dan boleh pulak makkk lupa nak snap gambar2 menu tu termasuk kambeng golek adoiyaiii!
Ye lah, kelam kabut beb!
Letak marshmallow sikit2
Untuk sisa (gift), saya bekas dari Romantika (belakang made in china.. kalu ku tau ada di sana, ku beli je.. kompim lg murah).
Dalam tu kami letak buah limau sebiji & snek (abam beli dari tesco... aku pulak boikot tesco huhuhu).
At least kami beri lain dari yg lain (kalau bg benda2 merepek mcm towel lipat2 jadi eskrem lah apa lah.. kompim ke tong sampah jgk kalau makk dapat opsss sorry terjujur pulak).
Asalnya nak bagi gift lain tapi tak sempat siap sedangkan kita dah bgtau awal2 + banyak error org tu buat so tak jadi lah.. kita delay next year gift tu.
Ni je yg sempat kami sendiri makan=  botol susu hahah.
Ada jgk tetamu yg datang potong besar gile kek then mkn sorg2 pastu tak abis.. adoiii agak2 le.. tgk la icing tebal tu.. logik ke buleh abis portion besar?  Tahu lah free huhu!
(bkn tak suka tetamu tp jgn lah amik banyak kalau tak mampu nak habiskan hmmm).
Staff kambing golek ada 3orang.
Ada sediakan salad 5kg, potato mash 5kg, sayuran2 5kg, organ dalaman kambeng (seriyus sedap) & kambing itself la (yg besh nya takde gamba!).  Abam pesan kat staff tu bg sikit2 je la udah kambeng tu sbb ramai lg tetamu yg tak dtg.  Kambing tu cukup utk 40-50org mkn je sbb tp sebab sedap, ada yg menambah hehe.  Tak lama kendian staff kambeng golek balik sbb ada event lain pulak.. alhamdulillah so abam la control daging2 kambeng tu semua (kitorg pun makan ciput je.. sobbb kempunan!)
Pastu kawan yg kitorg terjumpa kat guangzhou aritu pun datang.
Boleh lepak2, mcm kwn dah lama benor hehehe!
Kita bantu dia, dia pun bantu kita (sbb slh sorangnya boleh ckp mandarin) :P
Tetamu terakhir ialah baby sitter saya pada pukul 6pm++.
Masa tu ada sikit2 lagi dah (sup tulang kambing je banyak gile).
Apa2pun majlis berjalan dengan meriah walaupun simple (tak havoc2 mcm majlis2 yg masuk tv tu). Dina dapat adiah toys tapi dia tak nak main hu hu hu budak bertuah :P
Pastu as usual lah orang kelate kalau melawat, mesti bagi GULA / BESKOT / SUSU.  Erkkk bg saya, kalau bg 2paket gula:  RM5.68 (better bagi RM5 je kat dina, at least boleh masuk acc. dia.. kalau bg gula.. mak pak nya je la yg guna huhuhuhu).  Apa-apapun, terima kasih semua :-)

12 January, 2015

Aku Mangsaaaa!

Salam & selamat tahun baru 2015.
Wah masuk 2nd week baru nak wish bagai.
 25/12/2014 (Khamis)-  2.05PG ADA JIRAN CALL SUH ALIHKAN KERETA YANG DI PARK DI JALAN RAYA DPN UMAH KAMI.
motor abam.. memang dia tak nak pun motor ni, simpan sbg tukun je... sbb tu dia tak kesah di'lindungi' banjir pun huhuh.

Lama gila kami laki bini bertapa.
Bertapa kat umah kakak ipar di Bachok.
Kenapa?
Apo lagik.. umah kami banjir la hahaha adoiyai!
1st time ever in my life, banjir masuk umah.  Paling teruk pun tinggal 1batang anak tangga.. tu pun tahun 1989 then takde dah.. selalu2 tu, takat betis je (kali ni takat dada aiii hokkays!)

1st time ni kena pindah bagai.
Tak pindah, takde api air weh... nak basuh kincin dgn hape?  
Takde api boleh tahan lagi hehe!
'Seat ajaib' Irdina.
Dia duduk dalam ni lah masa menyelamatkan diri.  Kami mengharung 2km selama 4JAM NOKSSSS perghhhh dasyattt! :D
Malam sebelum tu mak mertua & abg ipar datang umah kami, ingatkan selamatlah rumah kami.. rupa2nya tak selamat jgk huhu.  Time tu rumah mereka dah masuk banjir awal2 lg.

Next time la cite lanjut, malas nak menaip ni kekeke.
Ala aiii tahu ada org tu ckp 'padan muka mung'.. tp ada aku kesah ke?  Aku ok je... be happy always hiks!

-sekarang saya tengah cuti tanpa gaji dari awal januari - mid februari.  Sebab?  Sebab peribadi (mmg tujuan asal nak mengemas rumah, tak sangka pulak banjir ni menggila.. HAAA MBIK KAU.. KAU KEMAS LAH SESUNGGUH HATI hahaha).  Actually saya apply sebelum banjir lagi + memang tak tahu pun akan banjir sedasyat ini :-)

08 December, 2014

Emas- 1bulan 1gram

Masa tak berapa nak muda ni lah baru timbul kesedaran nak kumpul 1g 1bulan.
Ye lah harga emas kan makin naik so tak salah mengumpul kan?
Nak kumpul mcm mak2 kita 5-6-7-8kg tak mampooo hahah.
1gram pertama saya :-)
999.9

Beli je lah dari mana2 company @ individu yg jual 1g macam ni pun, janji ada simpankan?
Takkan RM100++ utk 1g sebulan pun berkira?  Beli tiket jenjalan lebih dari RM100 boleh pulak? Ngee :D
Slh 1 nya saya menang bid.
Lelain tu kami beli :-)
Blur pulok gambarnya:  999.9

2nd time kami laki bini banyak terus.
Asalnya saya menang bid 1g (bkn senang weh nak menang bid.. asyik kena potong tang corner je + kena ngadap kot org potong.. masalahnya saya bukan nya takde keja nak ngadap2 ni hehe).
Sekali pemilik emas tu offer harga murah sikit so apa lagi, kami grab 4keping sekaligus :-)
Lebih jelas.  Note RM1 lama tu kami dapat as free gift.. keras mcm duit baru lagi :-)

Tak rugi beli sebabnya harga emas makin naik, bukan makin turun.
Kot la esok2 terdesak... boleh jual balik :-)
-nak beli pamp 100g tak mampu lagi kekekeke-

Jom menabung dengan emas :-)


15 September, 2014

Hobi Irdina...

Ni hobi Irdina.

Dia marah pulak kalau abahnya stop... ish ish ish.
Yg ni memang tak buleh blahhh laaa... mmg suka sgt dia wat camni.
Meniru org nombor 1 heheheeh!

Akan ku bawak video2 ini masa gi Guanzhou nanti sbg pengubat rindu :-)

04 September, 2014

Jual Bukok Bonet Low Class?

Setelah beberapa minggu tak pergi meniaga (sebab ramadhan & syawal), kami pun pergi lah menega bukak bonet kat Pengkalan Chepa.

Letak camtu je lah.  Letak price tag sesiap.
Anak sulung abam bersama kami :-)

Sebelum tu kan saya penah cakap bukak bonet dpn Tesco KB.
Lepas tu kannn... ada lah MAKHLUK ALLAH tu cakap MU DAH MISKIN SANGAT KE MENIAGA TEPI JALAN?  KALAU DAH BANYAK HARTA, BUAT APA  MENIAGA TEPI JALAN!  LOW CLASS!
Irdina main jelir-jelir je sekarang ni hehehe.  Org yg mengata low class tu teringin datang car boot sale tapi takut kena boo kot hahahah

FUIYOOOO... tak semestinya banyak harta tu kena dok diam-diam je kat umah goyang kaki.
Keluar le dari umah TENGOK ORANG / CARI PENGALAMAN / CARI KAWAN kannn?!
Kiri kanan takde kereta sebabnya haritu 2kereta je jual camni hahaha takpe, janji bukan tapak haram... kami bayar ok!  Hasil jualan tetap ada :D

Kat negara mat saleh (glamer kau saleh! hihi), dah berzaman dah dorg jual bukak bonet je, bangga je dorang, dapat sambutan hangat lagi!  Orang duk dalam gua je kot yang tersekat fikirannya, maklumlah takde newspaper / tv / internet / hp kot kehkeh!
Stok barang tinggal tu je, ujung September ni kita gi borong sampai pengsan

Apa-apapun, saya laki bini bangga gile boleh meniaga cara camtu.
Janji seronok dengan hasilnya :-)

*MEH DATANG JUALAN BUKAK BONET SETIAP SABTU 5-7MLM DI QUEENSPARK, PENGKALAN CHEPA.  WALAUPUN TAK BANYAK KERETA YANG BUKAK BONET, TAPI KAMI TETAP MENEGA, KAMI JUAL SEMUA BARANG-BARANG BARU YE.. TIADA 2ND HAND.  KAMI JUAL BARANG BABY*  

27 August, 2014

Telinga Ooo Telingaku

Bangun pagi Khamis 14/8/2014, tetiba telinga kanan berdengung + kurang dengar.
Jenuh la korek2, still jgk tak dengar.. risau gila rasa!  Sbb biasanya kalau korek, terus boleh dengar.

Orang cakap apa-apa memang tak jelasla.. gi pasar pun, mengharapkan abam je la tukang translate balik apa yg org ckp huhu.
Kebetulan Ahad ada pemeriksaan kesihatan kat wisma so gi.
Doktor ckp TELINGA TERSUMBAT @ dgn kata lain tak best ialah TAHI TELINGA DAH KERAS hahaha.

Dokto kasi ubat titik dalam telinga.. pergh geli gila.
Buh sampai Ahad still jgk tak dengar.. mlm tu decide ajak abam gi Klinik Kesihatan Kota Bharu, sbb ada 2 3 kawan yang ada pengalaman ckp benda sama la.. suh gi cuci & doktor cakap benda sama la.  Saya tanya la "takleh ke korek?  sbb lps mandi sy mmg cuci dengan towel"  Dokto kata TAK BOLEH KOREK LA.. NANTI KOTORAN MAKIN MASUK.  Aiyoo abistu cemana nak kasi cuci?  Hairan aiii!
Lps tu masuk bilik dressing.
MA kasi sedut!  Fuhh gile kentang.. seketui keluar + air2 kaler coklat hahahah gile kan?!
4x dia sedut.. terus dengar... Irdina menjerit kat luar tu pun saya buleh dengar.
Lps tu agak penin2 lalat la skit heh!
Saya gumbira, telinga dah boleh dengar balik!
Yang tak bestnya malam la.. sebab pendengaran terlalu clear 2hari.. dengar je apa2 yg tak best, ngeri lah pulak tsk tsk tsk!
*sesapa yang kureng dengar, sila gi sedut telinga hihi*

21 August, 2014

Tudung 'Save Gaza'

Aritu tengok friend of mine buat iklan pre-order Tudung Aidijuma SAVE GAZA.
So apa lagik, grab la lagik.
My friend ni jual Tudung Aidijuma pun & SEBENARNYA, INILAH TUDUNG PERTAMA AIDIJUMA SAYA walaupun orang lain dah lama tergila-gilakan AIDIJUMA selain tudung "FA****A" walaupun harga tudung "F" tu tak masuk akal (matilah aku kena pukul dengan cotar sat gi wahahaha!).
Ok je harga tudung Save Gaza ni.  Setiap pembelian tudung ni didermakan untuk Tabung Gaza, membeli sambil menderma.
Saya tak malu pakai tudung ni :-)
Haritu ada orang amik pre-order jubah Gaza.  Mula-mula ada badan kaler itam line2 hijau merah tapi dah sold out, tinggal kaler badan tu kaler ijau line2 hitam.. ish tak mo le... MENYERLAH SANGAT huhu.
Apaaaaa?  Jubah Gaza kena tunggu 2bulan lagi?  Oh nooooo kata Irdina :P

Tak apa lah, next time kalau ada lagi kita beli... SAVE GAZA & KAMI MENYOKONG BOIKOT!

18 August, 2014

Irdina & Raya

Tahun ni 1st time Irdina beraya.
Seharusnya uminya tak fikir baju raya utk sendiri tapi utk Irdina.
Of coursela banyak baju rayanya hihi.
Ni masa abahnya gi semayang raya.
Kena paksa pakai peplum design tembikai hihi.
Pepagi dah selfie bagai.
Ni kat umah mertua.
Biasalah anak beranak ramai, kena buli itu kaluuuu.
Yg baju oren tu selalu geram kat irdina heheh.
Ini budak memang tak suka pakai knotted headband.. musti dia tarik punyaaa huuu!
Kat umah baby sitter saya masa kecik.
Irdina bersama Sufi Malika.  Irdina awal 2 - 3minggu jah tapi si Sufi 7kg++, Irdina baru 5kg++.. gile kecik haha.  Apa benda yang dorang borakkan tu ye? :D
Ni kat open house kawan abam.
Awal2 sampai ada 1famili ni duk pegang dia & duk halakan kamera.. awal2 lagi Irdina dah ready tgk kamera & sengih2.. orang lain baru duk ready2 kahakhakah!
Bakat terpencil dgn kamera wahahaha!

Sekian raya Irdina Ufairah :P