Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Tanah Suci. Show all posts
Showing posts with label Tanah Suci. Show all posts

26 April, 2012

Persiapan & Persediaan Umrah

Kalau dipanjangkan umur & diizinkan Allah, saya akan menunaikan umrah dari 27/4/2012 (Jumaat) - 9/5/2012 (Rabu) menggunakan pakej dari Al-Quds Travel berpusat di Kota Bharu, Kelantan.
  • KB-KUL:  27/4/2012 (Jumaat) 6.40am
  • KUL-MED:  27/4/2012 (Jumaat) 10.25am 

  • JED-KUL 8/5/2012 (Selasa) 9pm + 1hari
  • KUL-KBR 11/5/2012 (Jumaat) - singgah 2hari di rumah saudara di N.9

Pejabat Al-Quds Travel betul-betul berhadapan KB Mall (09-747 999)
  
Saya akan pergi bersama mami, abang & seorang makcik saya.
Perasaan sungguhlah berdebar sebab kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan samada secara sedar @ tidak.
Tapi saya memohon kepadaNya agar diampunkan segala dosa-dosaku.

Di dewan ceramah Al-Quds Travel
  
Pergi kursus seminggu sebelum pergi (tapi pernah lah pergi kursus juga, tumpang trip lain sebab untuk bagi lebih kefahaman- tapi aku masih lagi cuba untuk menuntut)
 
Mula-mula isi dalam beg harimau malaya tu lps tu mak suruh tukar ke beg merah sebab beg rimau tu tak tahan lasak hmmm.
Beg yg terbuka tu ialah hand luggage 4kg ++. 

Antara yang saya bawa:
  • jubah 3helai
  • telekung 2helai
  • sejadah
  • long sleeve 2helai
  • stoking 3
  • baju kelawar 1helai
  • pyjama 1helai
  • long pant 4helai
  • undies (pakai buang!)
  • selipar 2 pasang 
  • towel
  • tissue
  • ubat-ubatan
  • face mask
  • kamera
  • pisau
  • gunting
  • salotape
  • toiletteris (shampoo beli kat Mydin ada paket2 kecik, ubat gigi, berus gigi, shower gel, deodorant fragrance free), losyen, lip balm
  • travel adapter
  • cat food (motifnya, nak bagi kucing2 kat sana makan kalau terjumpa)
Itu je la kot, tak banyak pun.. less than 8kg pun lg utk luggage ehe.

Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk saya ya?
Berdebar sangat-sangat ni.

25 March, 2012

Berjauh Hati~

Saya menghitung hari untuk pergi ke sana.
Saya perlu fokus & mendambakan diri untuk perjalanan kali ini.
Saya bukan pergi untuk besuka ria, tapi menyerah diri pada Allah.

  Pasport / ic / visa piktur ready to submit

Hanya beri masa saya hanya selama 2BULAN untuk mendambakan diri & mendekatkan diri pada Allah & melupakan percutian lain buat seketika?  2BULAN bukan lama.  Saya pergi 26/4-9/5.
Tapi tidak mengapalah, ini semua dugaan.  Andai saya penyebab, saya rela undur diri dari percutian November nanti.
  
 Beg troli / sling bag / uncang kasut / lip balm gamat & losyen gamat

Perjalanan saya bulan depan ini bukan boleh pergi main terjah sahaja.
Kena ada ilmu walaupun sedikit.  Tak boleh pergi aci redah macam percutian lain.  Persediaan mental / fizikal harus ada.. juga bukan seperti percutian lain.
Sudahlah lah diri ni teramat banyak khilaf & banyak dosa.. tak mahulah saya pergi sana menambah lagi dosa dengan 'pergi saja tapi tak tahu nak buat apa'.

Sudah lama saya tunggu peluang ini. Jadi kenapa harus saya sia-siakan semata-mata untuk percutian yang masih lagi berbaki lagi 8bulan itu?

~pasrah.. hanya luahan.. maaf, aku tahu aku bersalah~

07 February, 2012

34 Tahun Lagi~

Apa yang 34 tahun lagi?
34tahun lagi ialah..... di mana giliran aku mengerjakan haji iaitu pada tahun 2046.

Aku pergi daftar tadi.
Kena gigih untuk guna PAKEJ le kaedahnya ni supaya cepat sikit tapi fulus mahu besar lah.. bajet 15tahun lagi kot.
Tak larat la mokcik tunggu sampai 34tahun, entahkan mati @ hidup lagi tika tu.



Jadi, kepada kawan-kawanku semua, tak perlu tunggu "sampai seru" baru nak pergi daftar.
Cukup lah sekadar akaun Tabung Haji anda ada minimum RM1300... sudah layak mendaftar.
Yang penting daftar lah ya.. semudah ABC..
A) Pergi Tabung Haji
B) Bagi Buku Akaun Tabung Haji dan daftar di kaunter
C) Tadaaaa siap sudah dalam masa kurang 5minit!

Tak susah kan? (padan muka aku siapa suruh lambat daftar he he he!)