Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label backpack. Show all posts
Showing posts with label backpack. Show all posts

26 November, 2015

Bandung Day 1 Part 1- Check In Pop Hotel

hahahahaha lama gila nak sambung 1 entry lain kan?
Bukan apa, kita mmg tersangaaaaaaatttttttttttttlah bizi.
Bos takde pun mmg kita bz jugak.
Pegawai kita ckp "musim2 ni mmg musim tak bercakap dgn orang, nak2 lagi masuk November-sehingga settle dokumentasi PPSM"

Okeeelahhh SAMBUNGGGGG CERITA PENDEK AJE KOT?!
Banyak gambar!

8.00pg touch down Hussein Sastra Negara Airport, Bandung.
Tertunggu2 juga dalam flight, takde bagi departure / arrival card ke?
Booked thru agoda.
RM248.59 jah 4hari 3mlm.
Kita try reedem points utk kawan kita, rupa2nya tak boleh.. kena guna atas nama sendiri je.. aduh ruginya sbb 1426points akan expired ujung tahun ni :-(

Sekali sampai airport baru staff airport bagi... rasa mcm tak releven je kot sbb once dah sampai airport, seharusnya passanger2 ni semua nak cepat & masalah2 sendiri.  Tapi tak pe lah, small matter aje.
Kawan kita pakai tudung kelabu mengendap apa tu hihi!

Kita sangat terkejutlah tengok airport tu sebab SANGATTTTTLAH KECIK & SEMPIT.
Expectation ku mengatakan bahawa airport nya besar sbb tourist kan selalu gi sana.
Supir kami:  Pak Yayat dari Hayukka Bandoeng

Bersesak2 lah seketika masa amik luggage.
Yang bestnya, luggage kawan kita rosak handle hu hu hu.
 Tugunegara ke apa nih?  
Jalan Macet sbb memasing bz nak gi kerja

Once tiba kat arrival luar tu, terpampang nama FIZI... kita pun tuju kat dia.. kita tak tanya la nama dia sbb dah tau.  Cuma awalnya deal dgn Dicky Hayukka tapi dapat Pak Yayat Hayukka huhu.
 Dina teruja tengok pemandangan Bandung
Haaa tengok budak tu.. tak menahan betolll pakai sunglasess siang terang benderang.
Yg dokong anak tu, husband kawan kita yg gi sesama

Naik keta avanza.. kiranya mcm reasonable la price Hayukka Bandoeng ni, dari review2nya... cuma luck tak luck je dpt supir ramah ke tak.. kita dpt Pak Yayat  yang pendiam sob sob sob!
Dia cuma tanya udah berapa kali datang ke Bandung.
 Dining hall.  Ingatkan nak tumpang mkn minum lps mandi, sekali dah abis dorg kemas sobbb!
Check in hotel.. smooth jah la sbb ckp melayu + indon (kita buleh la kecek indon huduh huduh heheh) + staff POp hotel ramah

Perjalanan dari airport ke Pop Hotel memakan masa 25menit.
Kita kasihatau nak singgah brekpes dulu then Pak Yayat kata biasanya rumah makan (kedai / gerai) bukak dalam 10pg.
Sbb biasanya penduduk kat sana brekpes di rumah.
Wah ye ke?  Kagum nya?!!
Tengok, banyak tak beg?  Hehehehh itu beg utk 4org hokkay!
Dlm bungkusan KOKO & HITAM tu ialah TURBANBABY.. pos ke sesama Indon free aja, so kita borong 6kg turbanbaby hikhik!

Oleh sebab itu, kita suruh dia gi Hotel dulu utk early check in.
Kawan kita mengucap panjang tgk driver2 kat sana drive, tak kira sapeda @ motokar..
bersimpang siur, selit sana sini.
Kita dah biasa dgn keadaan tu so kita tak de la takut sgt heheh.
 Kita rasa ok je bilik ni, kita bukan nak gi honeymoon pun.. nak gi jenjalan aje.. bukan nak pi tido hehe!
Nampak tak yang cembong tu, itu le toilet.. ala2 dalam kabin gittew.
Yg size XXXL pun boleh masuk.. tp abam bocey nak masuk tak boleh kut huhu!

Sampai hotel... kita terus ke kaunter untuk early check in.
Our luck, ada 1bilik kosong so boleh la share dgn kawan sementara.
Bayar 184rb (RM57)... tak kesah berapa2, janji boleh mandikan Dina & Airis.
Sian dorang penat tapi kita mandi jugak la dah alang2 dapat bilik kan? :-)
Pak Yayat kami arahkan tunggu dulu untuk ke destinasi seterusnya.
 Bilik memang takde gobok.. memula kita frust jgk sbb tak boleh nak hang pakaian.. sekali terjumpa kat pintu.. ada rupanya.. comel jah hanger dorang :P
Dalam keadaan toilet & level 7 (yg biru tu ialah hot / cold water)

Pop Hotel ni takde kettle dalam bilik, cuma kat setiap level tu ada tong hot / cold water so amik je kat situ.  Mula2 tak perasan, turun le kita kat lobi tu amik hot water.
Then kalau nak guna iron, kena bayar (tak ingat berapa rb), kita pulak lupa bawak travel iron so pakai je berkedut2 gitu.. pasroh haha.
 Sila recycle!
Yang bestnya hotel ni ialah.. tiap2 kali nak naik ke level atas, kena swipe kad spt dalam gambar tu.
Mcm kita dapat level 7.. maka ada kad baru boleh tekan 7.. kalau takde kad.. duduk lah tercongok hang dalam lif tu sampai kematu hehe.  Kalau duk level 7, dpt tekan utk level 7 aje le!  Tekan selain level 7 is tak boleh!  So secure di situ!
Kalau lupa bawak segala mak nenek sikat / berus gigi / sabun / shampoo / shower cap bagai... boleh beli paket toileterries nih.. 10rb jah (RM3.20).. kita beli 3utk buat souvenir :P
Ok lah lepas mandi manda ala kadar, kita turun nak gi brekpes & ke pasar baru.
Pak Yayat tunggu dengan setianya.

Overall kita ok je dengan hotel ni.
Maybe orang lain tak suka kot sbb ala2 bajet gittew.

Sambung... (Tak tau bila boleh sambung haha)

11 February, 2015

Bestnya Guangzhou!

Salam... pergh lama gila tak update.  Tak sempat campur MALAS :P

GUANGZHOU 5-9/2/2015
Just a short story!  (cerita panjang later later lah!)
My kazen 3org & jiran kat car boot sale :-)
Tertubuhlah juga pakej GI-MAGHI TEAM hasil idea kami laki bini.
(Jom amik pakej kami)
Kami dah bawak beg beranak 2ketui tapi masih tak cukup maka belilah beg hello kitty ni hihi

Yang nak follow asalnya 2orang, tertttiba jadi 7org hohoho.
Layankan je :-)
Muda mudi udah mau pulang ke Malaysia... beg masing2 beranak pinak hahha.

Sambung lagi!

07 October, 2014

Salam AidilAdha, Tapi Ku Tak Raya!

Salam AidilAdha semua!
Sudah lama saya tak bersiaran sebab TERLALU SIBUK & terlalu malas hi hi hi!
Cakkkk?  Apaaa?  Awak bizi, tak nak sembelihkan saya?  Alhamdulillah, masih panjang umur saya :P
Tukang kemasnya ialah Irdina.. org nak kemas, dia pun sibuk gak le!

Rasanya orang lain raya ni sibuk mengadap daging korban & ziarah menziarahi.
Tapi kami sibuk ngadap barang-barang yang nak diniagakan.
Maklumlah baru balik dari Guangzhou kan?
Sibuk melabel harga.  Ni di pagi raya hokeh hehe.

Kami takde baju raya sedangkan kawan-kawan sibuk bertanya "baju raya berapa helai?  baju raya tema kaler apa?"  oh whatttt?  Takde raya raya nya derrrr.
Duk umah sehari suntuk pakai kain sarung je hehe!
Tadaaa.. ni semua barang-barang hasil borong saya & abam ye?
3kotak, 1guni, 1 beg pooh.  Dalam bilik hotel ada lagi!
Untuk bisnes purpose :-)

Bukan apa, tengok le gambo dalam gambar kat atas ni.
Sesetengah kami wat balik, tu yg tak menang tangan.

Apa-apapun.. banyak sangat nak update ni hihi... selamat hari raya semua :-)



16 April, 2014

Hanimun Ke?- Ho Chi Minh

Hari ini pada tahun lepas (2013) kami berhoneymoon untuk kali ke-2 di Ho Chi Minh.
Ye-ye je.. mesti korang ingat ini tahun kan?  hehe.
@ LCCT

Ye la, saya tak buat entry detail pun pasal Ho Chi Minh sebab KEMALASAN :P
Gambar berlambak-lambak!  Rasanya kalau time rajin nanti, nak tepek gambar je kot.. malas nak cerita panjang, bukan korang baca pun :P
Jubah / baju kurung / kain tudung / telekung semua ada. Ada juga kwn saya yg typical minded siap tanya "ko ni biar betul... takkan lah kat vietnam ada jual baju kurung / tudung2 tu semua.. mengarut je!".. wah kesian duk dalam tempurung, dia standard borong kat siam kot!

Ok la ok la, sambung cerita!
Tak sampai 6jam depature, baru kami terkocoh-kocoh tukar ke USD sebabnya saya sakit gila time tu... sayapun macam malas nak pergi tapi memikirkan "lepas ni payah dah nak gi" maka pergi lah jugak! Dan-dan je pulak sihat segar bugar haha.
Jom masuk!

Stay kat AVA Saigon Hotel (sangat dekat dengan Ben Tanh) & setiap hari laundry free, siapa tak nak? :D
Pergi berlima dengan Lana, Faridah & sorang lagi apa nama tiba-tiba tak ingat huhu.
Tengah sakit gile nih... still gigih pilih cotton :D

Malas cerita banyak.
Just nak cerita, yang last day 8.30pg saya dah terpacak kat Benth Tanh untuk memburu cotton kat KEDAI AUNTY DAM.  Sebab Lana kata situ buleh dapat $7sepasang so gi situ la.. rata-rata tempat lain paling murah $8.
Kedai aunty Dam

Pagi tu dah start sakit semula so kat kedai aunty Dam tu pun asyik tahan sakit je walaupun dah makan ponstan.  Mula-mula nak beli dalam 4 pasang je (utk arwah mami, 2org sepupu & utk sy sepasang)sekali terbeli 12 pasang lah pulak hihi.
Untuk apa lagi beli banyak-banyak selain jual kan?  Ingat nak beli dalam 20-25pasang, sedap sikit jual tapi apakan daya dah banyak duit abis memborong tudung & telekung huhu.
Inilah Aunty Dam... so nice saleswoman.
Biarpun cakap ayam-itik tapi dia tetap layan kami dgn baik sekali.
Asalnya dia tak bg pun $7 tp sebab dia nampak Lana yang borong banyak sehari sebelum tu, terus dia bagi hehe.

Balik Malaysia, saya jual RM55 je sepasang cotton tu.. tak sampai 2jam dah habis.. tupun kwn-kwn cakap "apsal beli sikit sgt.. lainkali beli banyak-banyak".
Ye la... sebab biasa orang letak RM70... so sape yang tak mahu RM55 kan?
Resit aiii simpan, senang la tunjuk kat dia sebagai bukti kalau gi lagi... mmg boleh dpt $6sepasang tp haritu kejar masa :-)
Abam pulak jual telekung, jual RM55 juga habis.  Kawan saya yang tipikal tu jual sebijik sebijan RM85 isk isk isk :D


Aiii akan pergi lagi tapi pergi balik hari je kot, tunggu Irdina besau sikit :D

20 March, 2014

Medannn?!!!

Harini 20/3/2014 sepatutnya kami laki bini berangkat ke Medan kekonon untuk menyeleberate our 1st anniversary.
Ye la kami beli tiket tu dah lama la, 10hari lepas kawen.
Abam ada tanya "kalau awk peknen cemana?"  Hahahah jwb ku "itu kita pikir lain, tiket murah ni, rugi tak grab"  So apa lagi.. beli aje lah :P
Sekarang dah ada baby bagai, takkan le nak bawak kan?
Lagipun harini Irdina Ufairah baru 58hari.
Kalau nak tinggal.. kesian pulak.. tinggal 30menit masa gi Mydin haritupun dah rindu,
inikan pulak 3hari.. oh tidakkkkk!  :P
Tapi tak kisah le tiket burn pun sebab RM72 je return.
Biasala keja aku mmg burn tiket pun ekekeke!
Tak apa ah, tunggu Irdina besar skit, buleh le nak travel ke mana-mana pun kan?  :D :D :D

25 February, 2014

Kami berjaya Memburu Air Asia Free Seat

Akhirnyaaa!  Setelah bagai nak patah jari klik web Air Asia (gara-gara asyik masuk QUEUE & LINE ERROR), kami berjaya beli tiket.  (NASIB BAIK KALI NI ABAM YANG RAJIN NAK MENG'QUEUE'KAN DIRI hehe).
Setelah berhempas pulas tgk connecting flite dari KB-KL.. kena tgk sesuai ke idok dari KL ke sanun.  By the time duk banyak kali duk klik2 tu.. tetiba cepat pulak naik harga KB-KL time yg kami nak tu huhu!

Tapi domestik aje la.
Destinasi biarlah rahsia dulu...tempat meme femes TAPI... ABAM TAK PERNAH JEJAK LAGI OKE?!
Terkejut makkkk!  Masa diskas tu baru tau, tu pun setelah aku tanya "AWAK DAH BERAPA KALI PERGI *^&$%&#?  SAYA DAH PERGI 2X"  Then abam jawab TAK PERNAH GI.  Hahahahaha adeh kesian pulak.. tak pe tak pe.. nanti kita gi ok?  :P
See.. harga adults utk 2orang cuma RM110 return tapi untuk infants (2years above) RM100 return seorang... makan hati.. tiket baby lagi mahal dari kami sobbss!  Kami tak nak tinggalkan dia maka purchase lah jugak!  Udahle charge guna kad kedit RM32... serba serbi nak charge!  Dulu charge guna kad kedit RM10 jah!
Chanang beach on Langkawi
Pasti abam suka tempat gini.

Ikutkan hati abam, dia nak gi oversea tapi aku cakap ALANG-ALANG GI OVERSEA.. BIAR LE 4-5HARI PALING SEKEJAP.. KALU SETAKAT 3HARI.. TAK PUAS!  Betul tak?  :D
Boleh je nak gi seminggu sekali pun date yg kami berjaya purchase ni tapi memikirkan IRDINA KECIK LAGIK... KALAU DIA GI PUN, DIA TAK TAU APA2.. AT LEAST BIAR DIA BESAR SKIT & INGAT BILA BESAR ESOK2.  Kannn?
Photo: Yeaaaa.. Akhirnya umi & abah shaye dapat  tiket AA free seat bawak shaye travel sama2.  Tak dpt gi obersi pun tak apalah, muahssss.

cc utk abahnya:  Fiz Deidaa
Irdina Ufairah teruja kami dapat tiket bercuti bersama dia he he he!  (opss lupa nak buat entry dia dibotakkan heh!)

Takpla lah... Malaysia pun tak abis round lagi... 2014 KAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA?  Hehe!

29 November, 2013

AA Free Seat Lagik? Ahehehe!

2hari lepas promo ni baru aku tau yang AA buat FREE SEAT.
Sebabnya sekarang kan tengah peknen so tak amik tau sangat sebab kalau REQEUST nak beli, laki aku musti tanya ANAK NAK TINGGAL MANA?  Hu hu hu!
Travel dari 5 Mei 2014-31 Januari 2015.  (Padahal Januari 2015 tu dah buleh travel.. anak dah 1tahun daaaa, bawak aje le!).
Just try klik-klik 4 5tempat je, murah meme murah tapi apakan daya... aku bukan hidup seorang diri lagi nak grab tiket suka suka ati aku lps tu tanak pergi buleh burn suka suki je macam dulu.
Erm tak apa la, semangat travel aku tak akan pernah pudar.
Hope 2015 buleh start travel balik.  Kalau abam tak nak backpack, guna je Travel Agent (certain-certain country je la sebab agent mahal wooo).
Bawak anak nanti... buleh la guna Baby Carrier ni eh?  (Laki aku le jadi mangsanya tu bukan aku kakakaa larikkkk!).

*liyana lang:  hang baca dakkkk entry aku ni?  Project travel stroller tu hape mende?  Detail plis?  Air liur meleleh ni hahahah*


10 November, 2013

"Malas Layan!"

Suatu hari friend of mine tepek gambar 7-8-9ketui buku LONELY PLANET kat FB nya sebab katanya seriyus nak gi tempat tu.  (Ayu.. kalu ko baca, sila la komen ye hehe).
Maka aku berminat dengan salah 1tempat so aku kata la berminat nak gi.
Bila risik punya risik, bajet seorang all in 9k-12k (hampir 2minggu)- pergi sendiri lorrr, bukan agent!  Tiket flight saje almost 4k return.
Gulp sengih sendiri.. gile kentang 'semahal' itu (padan la dengan tempatnya hehe).
Harusla abam tak kasi pergi punya!  Maka aku teruskan pen'google' lanjut pasal tempat tu:
*climate / currency / attractions & seangkatan* pastu abam tertengok.
Pujuk-pujuk abam, katanya "MALAS LAYAN".... waaa sedihnya.. bukan nak pergi sekarang pun tapi tahun 2015, sempat le kumpul duit (sebab gaji bukan 30K pun sebulan.. 3k pun tak sampai tihtihtih!).
Johannesburg
Kuciwa di situ!
Kalau ikutkan, meme cukup bajet aku kalau 2tahun lagi tu (read:  1tahun ++ je lagi).
Sebab aku suka tempat-tempat camgini.

Pasrah :-(

06 November, 2013

Flamingo Hotel by the Beach- Penang

Cerita sebelum ni kat sini:  http://gi-maghi.blogspot.com/2013/10/hanimun-superstar-cruise-libra.html?showComment=1383695471408#c3019981300440279532

17 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

Lepas tido kat cruise 1malam, tido kat Hotel Flamingo plak.  Kiranya dalam pakej la.  SIL yang stay kat Penang ajak tido umah dia tapi kalau tak tido kat hotel ni meme rugi la, sebab dah bayar hihi.
Bilek kami.. besar gila kan?  Buleh main kejar-kejar!
Dapat double bed 2ketui.. huiii buleh tido4orang di situ eheheh!

Menarik jugak hotel ni.  Hotel 4bintang.  Kalau harga biasa DELUXE SEA VIEW RM220++ 1malam tapi dalam pakej GROUPON ni kira berbaloi la!  Nak suruh aku purchase sesaje hotel 4bintang, memang tak aaaa hehe.

Toilet (ni pun snap gamba kaaa?) :P
View dari beranda bilik kami (Tingkat 9 dari 17tingkat)

 Check in 2.20pm, dapat bilik no. 911 again (masa honeymoon kat Cameron Highlands dulu pun dapat bilik no. 911 hehe).  Best sebab menghadap laut, buleh la skodeng orang.    Wi fi laju gile pulak tu.    Bilik ni nak sumbat tido 4-5orang pun buleh sebab ada 2katil double + luas gile.  Semua ada 17tingkat tak silapnya.  Badan dah penat sangat, membuta dulu le!
Toiletteries
Ironing room (nasib baik ada 2ketui iron so iron la baju masing2 ye hehehe)

5.10pm gi iron baju kat bilik iron.  Then turun gi pantai.  Fuh ramai gile rupa-rupanya orang arab stay kat Hotel ni.  Best gamaknya + sesuai dengan bajet dorang yang kaya raya tu heh
Bilik no. 911

Buleh dikatakan 70% orang arab, 15%  cina,  10% melayu & 5% india.
Turun pantai, abam bawak aku jalan jauh tepi pantai.. adoi tak larat!  Penat hoooo… dulu buleh le kalu nak ajak jalan 3-4km pun aku sudi, sekarang tak buleh la!  Bukan berat perut tapi berat tapak kaki kihkihkih.
Background hotel kami
Sedikit gemuks (sikit jahhhh heheh)- 25minggu
 
Sedapla orang yang buat pakej PARASILING / BANANA BOAT / SCUBA DIVING tu.. harus la untung  gila.  Orang-orang arab tu main je walaupun ber’jubah’ & ber’buqa’ segala bagai :D  Dorang offer jugak kat abam.. kalau aku bawak diri sendiri, nak jugak try kalau murah eheheh.   Aku duduk melepak je kat kerusi tu tengok orang-orang arab buat aktiviti.  
Outdoor
Together forever (insyaAllah)
Lepak, tak larat eh nak berpeleseran jaun-jauh, abam je gi record video orang-orang arab naik parasailing dengan jubah +burqa bagai hehe!
 
Tengok ada budak makan eskrem.. eh sedap le pulak.. apa lagi, 7pm ajak abam balik bilik & singgah beli eskrem Cornetto.  Mak oiii RM10 utk 2cone.  Eh lupa pulak, barang jual kat hotel kan meme mahal so beli la jugak, dari aku kempunan terliur (dah la nak makan durian creepe tak dapat-dapat ni huwaaaa sedihhhhh!).
Kolam ikan depan swimming pool
Kesian parrot ni.  Stop animal abuse!  Parrot ni kat sebelah dining hotel.
Muka stress je dia, diikat & ada signboard "plis take my picture, don't touch me"... hmmmm hidup mereka di hutan, bukan di eksploitasi :-(


Balik bilik bersiap-siap nak gi Batu Ferengghi pulak... bersambung!