Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label cambodia. Show all posts
Showing posts with label cambodia. Show all posts

07 March, 2013

Kampuchea Day 7 Pt 2- Balik Malaysia!

Kampuchea Day 7 Pt 2
17/11/2012 (Sabtu)
Mahu pulang ke malaysia!

 Nak beli aksesori tapi orang sebelah tak kasi :-(
Sebelum kami pergi ke airport, saya minta tuktuk hantar ke Russian Market.
Januari 2012 dah pergi tapi sebab pergi lewat petang maka banyak kedai tutup so decide tak payah masuk langsung.
Barang antik

Basahkan tekak dulu minum air kelapa.
1st time jumpa kids mat salleh, tak pernah lagi saya jumpa budak-budak kecik spesis kulit putih kat sana.
Comel gila.

Jom minum air kelapa dulu!

Lepas tu baru memburu.
Macam-macam barang ada, cakap je nak apa?
Baju, tshirt, seluar di dalam, seluar di luar, tayar, cadar, souvenir, perabot, peralatan semayang dorang, kasut, handphone, emas, barang antic, hardware, paintings, cik vavi, sayur, ikan, beg.. oihhh banyak aaaa tak terkira nak lists.  
 Budak mat salleh yang chomel gile

Mula-mula saya ronda dengan orang sebelah, macam tak reti nak beli apa.
Sebab saya pilih je dia tak berkenanan, sudahnya saya suruh dia tunggu dalam tuktuk jah, saya nak jalan sorang-sorang.  Bukan sebab rimas tapi saya rasa macam tak reti membeli kalau dia ada erkkk.
 View dalam russian market

Pusing punya pusing sorang-sorang, saya tangkap 3helai long sleeve.  Brand H & M uolss hehe.
Kedai 1st tu $4 pastu gi kedai 1lagi tangkap 2helai dapat le $5.. murah kan? :D
Kat Malaysia jangan harap le nak dapat price camtu!

 Macham machammm adaaa!

Bawak gapodio tu?

Lepas tu terus pergi airport.
Gaduh dengan driver tuktuk.
Mula-mula dia setuju tour sampai airport tu $15 so kami bagi la $20 so that dia bagi balance $5 tapi bila kami mintak, dia taknak bagi.  Berang la kitorg, terus saya rampas balik $20 & bagi $15.  Dia macam terpinga-pinga.  Geram betul.  Dia tak faham English.. susah!  Dia tipu kami, mula-mula cakap blh English.. arghhh!  Kami tak beri waima 1riel tips pun kat dia, ye la… tak faham!  Nak mengejar passanger je!

 Beg kami berdua.. sebelah sana dah panjang queue nya, pergi mana ntah

Patutnya flight kami 4.45petang tapi kaedahnya delay 1jam.. jenuh la menunggu!
So lepak-lepak bodo je la kat sana tak buleh nak buat apa pun selain tengok gelagat orang dan gelagat diri sendiri muhuhu.
 Padahal beg pink tu boleh je buh dalam cabin tapi malas nak bawa, berat buku hhuhu

Full jugak flight petang tu… pukul 5.50pm baru gerak.
Ohhh syahdu nya.. tiba-tiba buleh nanges di bahu orang sebelah sebab terlalu sedih sebab takmau berpisah dengan dia, ye la 7hari in a row bersama dia, tiba-tiba nak berpisah, tak ke sedih tu?
Errr buleh camtuh? Padahal lepas tu boleh je selalu jumpa.
Tapi orang sebelah tak pujuk pun.. malu aiii kat passanger sebelah huhu.

Pandai tak kami bajet?  Kami share luggage 25kg & hasilnya ialah 23.8kg :D
 
Sampai LCCT lewatlah petang tu..  Penat semua ada la.
Si Ayu tunggu kat balai ketibaan sebab nak amik Lonely Planet dia tu.

 Sedih nak balik Malaysia ke bang?

 Sorang makan sate, sorang makan pancake hmmm

Sedap gak sate ni weh~

Lepas tu saya naik bas terus sebab lambat-lambat karang sampai rumah lambat, penat!
Sebelum naik bas, kejadian diluar kawal berlaku.
Ahehehehehe mungkin sekali je seumur hidup berlaku.... (terlopong kejap kan bangggg?) :D

Jom menjamu selera!

Alih-alih dah sampai rumah abang.  Ooo cepatnya masa berlalu, kalau boleh masih mahu berada di kemboja.  Tak apa, insyaAllah panjang umur murah rezeki, saya pasti akan pergi lagi.

TAMAT!
 


26 February, 2013

Kampuchea Day 7 Pt 1- Toul Sleng & Gnocide Museum

Kampuchea Day 7 Part 1
17/11/2012 (Sabtu)
Toul Sleng & Gnocide Museum

Malas nak cerita banyak.. just view gambar aje la ye?  Huhu!
Hari last berdua jah dengan 'orang sebelah'... faridah balik esoknya.

 8pg singgah Central Market cari Lonely Planet yang kawan-kawan kirem

 Repair kabel elektrik.. fuhh!

 @ toul sleng

 Terpenjara.. tak sanggup!

 Tayangan video

 Chum Manh.. survivor Pol Pot

 Uncle Bou still sweet :-)
Tapi, mesti dia rindukan wife dia yang dibunuh pol pot kan? :-(

Orang sebelah dah tak larat sebab sakit perut.  Dalam tuk tuk 

 Cheong Ek Gnocide Museum

 @ stupa

 Agak-agak boleh tak saya control orang sebelah macam ni?  hahaha larikkk!~



Depan museum Gnocide Museum

Ok lah sambung.. takde mood nak cerita (maklumlah buat entry sekali harung.. buat auto publish je hahahah)

25 February, 2013

Kampuchea Day 6- Central Market Phnom Penh

Kampuchea Day 6
16/11/2012 (Jumaat),
Siem Reap - Phnom Penh - Shopping @ Central Market

Entrance THE BLISS VILLA HOTEL, SIEM REAP.. nak pergi phnom penh pulak.

Tibalah harinya pergi ke Phnom Penh.
Kali ni tuktuk seila angkor yang datang amik tapi yang bestnya tuktuk tu kami buat isi beg-beg kami je.  Kami pergi dengan salim.  Saja dera salim.. ye la, lepas ni tak tau bila lagi nak jejak kan?  Huhu!

 Pempuan tu tokey hotel.. sangat ramah, siap hantar kami ke tuktuk lagi ;-)

1st hotel masa kami pergi Sime Reap dulu... BUN SEDA HOTEL...sila stay sini kalau nak di BED BUGS kan hahaha

Van kami pukul 8.30pagi.
Salim sangat baik hati beri kami cucur badak pula.
Tapi saya & orang sebelah pun tak lupa untuk bagi tips untuk abe nasir & salim sebab banyak mereka bantu kami sepanjang di sana.

 Satu-satunya kereta mewah yang kami jumpa di siem reap

 Berpeluk sakan nampak?

Sebelum kami bertolak, orang sebelum siap peluk-peluk lagi dengan salim.. amboiiii tau la kat Malaysia pernah kerja kilang sama-sama hahaha.  Whut a small world kan?

Duk depan sekali, sungguh tak menarik!  Dah la tv kat atas.. pasang lagu.. 1ape pun tak faham

And tak disangka-sangka, kami dapat driver van yang kami naik dulu.  Haaa kecut perut nokssss!  sebab laju gila dia drive, dah la jalan tak berapa nak hensem kan hahaha. 2pm kami sampai… aci redah memang penat gile cari hotel sebab kami tak booking awal-awal.  Padan muka hahaha.  Rasanya kami pi mai pi mai dalam 1km ++ kot.

 Lychee & milo dragon @ D'Nyonya Restaurant, Phnom Penh

Yang extreme nya ialah ada 1driver tuk tuk tu duk follow kitorang tanpa jemu.
Perasaan berbaur.  Kesian + risau.
Kesian sebab dia mencari rezeki, urat semua timbul.
Risau sebab takut ditipu.
Memang follow walaupun kami kata taknak.
Walaupun rasa nak sebenarnya sebab panas gile oiiiii… dengan beg berat lagi.

 Depan Central Market, Phnom Penh

Kami makan kat D’Nyonya Hotel dulu.. lapar weh!
Tp abe azrin tu agak ramai customer so tak layan le kami ni huhu.

 Terjebak dengan Lonely Planet yang murah gila

Sudahnya  kami decide stay kat LS Hotel (cheapest hotel yang kami dapat cari la.. lelain tu atas dari $18/day).  Tapi ‘yang best’nya ialah dorang tak pandai English daaa!
So cakap macam ayam & itik je la :P
Bilik kami tingkat 3.. tiada lif, fuh berpeluh!
Bilek besar.. ala setakat nak tido je kan? :D

 Memburu baju anak kecayangan :D

Lepas tu, saya & orang sebelah terus pergi shopping kat Central Market.
Puas hati sebab 1st time pergi haritu tak dapat pergi sebab tutup sempena CNY.

Nak bontot macam JLo.. sila lah pakai ye hehe

Saya beli Lonely Planet Sri Langka $5 je!
Lepastu kami beli langsir untuk rumah kami.  As usual la bargaining hard hehehe.
Itu aje lah yang dibeli pun.

 Memburu langsir.. bargaining hard.. rugi beli 2 bidang je.. chanteks!

Lain-lain tu… saya tak beli apa-apa le… orang sebelah beli baju untuk anak-anak dia.
Tak buleh beli banyak-banyak, bajet takde ni hehe.

 Nak try jadi peniaga air tebu plaks

 Tak tahu tourist dari mana.. main snap je ahaks

 Sian pakcik ni kena periuk api.. dia minta bantuan untuk teruskan anak-anak dia sekolah so saya belilah 2buku tapi tak baca pun.. huhu

 Tak tau jual mende!

L.S Gueshouse.. tapi dorang tak pandai speaking english waima simple english sekalipun huhu

Malam tu ingat nak pergi Surya Complex.. tapi alamak… 9pm dah tutup daaaa.. kami sampai betul-betul 8.55pm.. dah tutup pun.  Phnom Penh ni boring la.. no night life!
Takkan nak pergi disco / pub pulak?  Sangat le tak sesuai!
Sudahnya kami bali bilik le lepak-lepak jah.  Si faridah awal-awal lagi tak turun sebab dia pening / sakit perut / muntah segala bagai hmmm.

Hasil perburuan kami.. ini jah, tak banyak pun

Wifi punya la hampeh.. kena duduk kat tangga level 2 sebab modem wi fi level 3rosak.. huhu sedeh!
Not recommended tapi kira dekat gak la.. walking distance ke Central Market tu tak sampai 10minit pun.
Banyak lagi hotel / hostel murah masa kami jalan balik dari Surya Complex tu.
Tapi memang takde dalam Agoda / booking la.  LS Guest House ada hehe.

 Double room @ L.S Guesthouse.. besar kan? :-)
Ok lah sambung!



21 February, 2013

Kampuchea Day 5 Pt3 - Shopping & Mengumpat

Kampuchea Day 5 Pt 3
15/11/2012 (Khamis)
Shopping & Mengumpat Dengan Abe Nasir + Salim

 Nak balik ke Siem Reap Town

Lepas balik dari West Baray, kami terus menuju ke Old Market.
On the way tu hujan renyai-renyai lah pula.
The best time to visit Cambodia ialah mid November till mid March.
Tapi nasib baiklah hujan kejap jahhh~

 Hujan lah pulak!  Kesian Salim kena pakaiankan "baju" kat tuktuk.  Tapi kejap je hujannya, tak lebat :P

Masa on the way tu ramai polis sedang berjaga sebab ada persidangan.
PM kita pun ada ketika tu.
Ingat nak snap gambar abe-abe polis tapi takut kena tembak keekekekek (motifff sangat!)
 Beli gapo bang?

Salim & Abe nasir tinggalkan kami & berjanji nak amik pukul 5.30pm tapi dah namanya PEREMPUAN & SHOPPING TIDAK DAPAT DIPISAHKAN, maka terlajak-lajak lah jawabnya.. nak-nak lagi si Faridah tu berapa pasang entah dia beli kain pasang kekekeek (sedap je mengumpat faridah) :P

 Aiyooooo sangat lucah benda paling kanan tu (sorry bukan aiii snap.. tapi orang sebelah ahahahahha)

Saya tidaklah shopping (macam besa la kedekot!), just beli souvenir. 
Untuk saya?  TIADA!  Tiada berkepentingan untuk beli apa-apa! 

Pusing-pusing dalam tu tengok macam-macam ada tapi haruslah kena BARGAINING HARD.
Kat Beijing berani la gaduh-gaduh duk bargain sampai mati keras.. kat cambodia tak reti eh!
Lepas tu balik le ke tuktuk.
Menunggu faridah punya lah lama adoiii~
 Busuk gile kat sini.. cik babi pun ada.. aiyakk!

Rasa macam makan aiskrim sebab kat petit u tulis MAGNOLIA tapi bila tengok dalam.. erkkk brand Cambodia.. terus matikan hasrat.. was-was lah weh.. karang buh lemak vavi ke, cengkerik ke.. matila aku noksss hihi.

 Comel senduk / sudu segala bagai tu, nak je beli huhu

Lepas tu balik hotel.
Malamnya tu macam biasa dinner kat Resto Hj. Musa.
Abe nasir datang.  Aduh macam nak pecah perut wat lawak.
Ye la bergelak ketawa puas-puas, lepas ni tak tahu bila pula nak jejak siem reap.
 Dinner @ Resto Hj. Musa

Abe Nasir ajak lepak dulu depan rumahnya.
Wah serious betul-betul rasa suasana kampong.

 Gamba yang paling tak buleh belahhhh.. ada lagi gamba lawok haahha (candid)

Nak tau kitorg buat apa?
Kitorg duk gossip la uolsss~
Tapi tak buleh la reveal kat sini~

 Amboi bang, nak mengulangi memori kat Sabah ke?

 Tak sangka, ada jugak orang kemboja gitu eh?
Ingatkan tipikal Melayu Malaysia je ada perasaan dengki iri hati bagai hehe (opss tetttt).

 Malam
 Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak lah cerita serba sedikit kat kami ni ya abe nasir & salim pasal kampong mereka di Siem Reap tu.  Kami betul-betul have a good time masa tu.
Rasa sebak nak tinggalkan mereka sebab mereka sangat baik.

Triple Room @ The Bliss Villa Hotel.. very rekemended!
Katil paling kanan tu aii punya, kemas kan?  Hehe (errr tapi katil 'orang sebelah' di bilik sebelah lagi kemas.. macam tak pernah diduduki)  huhu

Lepas tu kami bermaaf-maafan kalau ada salah silap sepanjang kat sana.
Then kami terus balik ke hotel untuk berehat sebab orang sebelah sakit dada (saya sedih wakkk.. awk jgn la sakit macam tu lagi).

Toilet ni bersih... ada berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun mandi, shampoo, shower cap.

Balik tu lepak-lepak & tido sajo.

Bersambung!