Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

23 July, 2014

Cuti 6hari

Wah kooo.. lamanya coti?
Hehehe ye la saya apply coti khamis 17/7/2014 (Khamis) kekonon nak gi KL amik stock kan sekali dah kena masuk penchuriiik maka tak jd le gi KL.. shopping kat KB je la.

Jumaat-Sabtu kelate kan mmg coti?!
Lps tu lps je sahur Ahad tu tetiba duk ulang alik toilet.. hadoi cherry berry so malas la nak gi ofis.
Sy decide EL je la (tak kose maaakkk gi klinik.. kena cari public toilet.. yek!) :P
Tarak hal punye la.. coti berlambak-lambak lg heee!
Lps tu Ahad mlm tekak perit sgt + nak selesema + demam on off.
Sudahnya sesambil malas nak gi kija dgn tak sihatnya, gi le klinik.
Ajaibnya dapat 2HARI MC hahahaha, gumbira tak terkate!
Barang yg nak dipos pada Isnin... hari Selasa lagi berganda, tu yg tak menang tangan!

Tp idok rehatla bagiku.
Bagaikan lipas tak cukup kaki & tangan... ku tak menang tangan amik customer order & pos barang2 dorg.
Secara otometik sihat hahaha boleh camtu?
Hari Selasa (MC hari ke-2) tu lg le.. nak minum pun tak sempat (opsss kantoi lah kan.. tak pose yg dibenarkan kekekke).  Ye la last day pengeposan, tetiba menderu yg order & nak pos haritu jgk.. letehhhh makkkk :P
Tp of course la 3hari tu anto Irdina ke nursery.. kalu tak.. nak menepek je kejanya.. silap haribuleeeennn.. makkk banyak tido heheh.
Tunggu aje la ye? :P

Terasa mcm best je tak payah kerja huhu!
Pasni kalau dapat untung RM500sehari.. kompim nak letak jawatan (tp jgn berangan lah kan kehkehkeh!).

16 July, 2014

Sedar tak sedar, 11/7 yang lepas genaplah 3tahun saya balik kerja di Kelantan.
Pada awalnya memang saya tak mahupun balik kelate sebab rasa macam tak best huhu.
Belum sampai 2tahun pun apply, dapat doh ehhh!!!

Ye la kelate apa ada?
Slh 1kegilaan saya di KL= run race.. bukan utk menang tp utk kesihatan :D

Wayang takde.. taman tasik titiwangsa pun takde.. kawan lagi le takde heh!
Walaupun kat KL most of time saya LONE RANGER (tgk wayang sorang2, jogging sorang2.. tapi pedehalll?)
Haaa jogging di tengah2 KL.. kau mampooo?  Dengan kenderaan banyaknya, kena hon nya hihi!
Bersama x-osmet ku.. jogging dari umah di setiawangsa ikut jalan besor kat jln jelatek, menuju ke pasar keramat.. tak naik kenderaan hokey... brisk walk + jogging!

Tapi akhirnya balik le juga setelah hampir 1tahun memohon dari JPA nak balik kerja Kelantan.
Tapi ada pulak makhuluk tu mengaku aku dapat tukar sebab dia yang tolong ejas.. amboi rezeki kat tangan dia kot, lucu.. ikut hati, memang tak hingin pun balik kija Kelate :D
Hiking juga menjadi kegilaan saya.  Sanggup bangun 5pg nak hiking nih.

Bila balik kelate.. duniaku hanyalah di rumah-ofis.. dull gila rasa huhu!
Nak jogging pun jauh benor kat Pengkalan Chepa nu + tak best erkk!
Nite run @ putrajaya!  5km aje... tak mampoo eh marathon 42km tu huhu.

1tahun lps balik kelate.. bertemu pulak dengan abam heee.
Dah beranak pinak pun sekarang, tapi still rasa nak kerja kat KL aduhaiii hatiiii!  :-(
Ini yang paling kugilai sangat2.. sminggu HARUS gi tengok walau sekali sorang2 kat MBO Ampang mahupun Wangsa Walk sampai org jual tiket tu tanya "sorg?  betul ke ni?"  aiii pelik ke sorg2 pun?.. ada aku kesah?!

Tp tak apalah, janji abam & Irdina ada dengan saya sepanjang masa hehe!
Irdina yang memang ratu mengamuk kalau tak dpt apa yg dia nak erkk!

09 July, 2014

Rumahku Dimasuk Pencuri!

Tanggal 6/7/2014 (Ahad) yg lps,
rumahku telah dimasuki pencuri lahabauuuuu ketika kami pergi kerja!
Penyangak tu buat kerja selepas sahaja kami pergi kerja (takdan beredan ore kelate oyat!).

Kisahnya...7.45pg masa kat ofis sy baru sedar yang saya tertinggal WIFI YES 4G kat umah so saya decide nak balik masa PERHIMPUNAN PAGI JABATAN.
1st sekali saya nampak ni la.. berselerak ok!  Selak langsir tu baru perasan tingkap cermin dah takde huhu.
  • 8.15pg saya gi pos parcel customer dulu kat lobi & siap gi isi minyak
  • 8.35pg sampai umah tak saspek apa-apa lagi cuma masa nak buka pintu tu saya terlintas kat hati LAAA NAMPAK TUDUNG AKU GANTUNG, BIASA TAK NAMPAK PUN!  Masuk2 umah, ingat nak on9 jap update stok, tengok kat kaki sofa... LAPTOP TAKDE (masa ni sy ckp "ermmm abam bawak laptop gi ofis la pulak.. takpelah").  Pahtu nak masuk bilik tu tengok tempat sidai kain terbalik.. still tak saspek apa2, sy ckp dlm hati "LORRR ABAM NI, PENYANGKUT TERBALIK TAK TLG ANGKAT PUN!"  Sekali tengok TABUNG & LACI MEJA SOLEK... TADAAAAAAAA dah berselerak.. hati berdegup kencang!  Ok terima kaseh penyangak.. duit tabung atas meja solek semua lesap (kecuali penyangak tinggalkan RM1).  Saya selak langsir.. OK FINE... CERMIN DAH TAKDE!  Tp grill tertutup!  Saya cek tabung bawah meja solek.. TAK TERUSIK APA2PUN LAGI... cincin / jam tangan still ada.  
  • Keluar bilik.. nampak pintu dapur terbukak.. saya cakap ABAM NI TAK TUTUP PINTU DAPUR, DATS Y PENYANGAK BOLEH MASUK.  Sy terus call abam cakap RUMAH KITA DAH KENA PECAH MASUK.. AWK TAK TUTUP PINTU DAPUR KE LPS JEMUR KAIN BLA BLA BLA?  Tp abam kata dia tak jemur pun lg & pintu dapur mmg dia tak bukak!
Lepas tu tengok sini.. laci dah kena selongkar.. dalam tu ada banyak hp (hp buruk dia tak amik.. citsss!) + duit belanja saya bulan ni pun kena kebas.  Tp duit raya laci kanan penyangak tak sempat dia amik!
Nampak tak tabung bawah meja solek tu... semua dia tak sempat amik.. alhamdulillah. (moral of the stori, jgn simpan duit kat umah heee!)

Sayapun apa lagi, pergi amik pisau kat dapur pastu jerit MU TUBIK.. BAKPO MU NUSSUK NYO? KALU BERANI TUBIK LA.. NAKKUT SANGAT DIONYAAA!  Sesambil gi bukak semua pintu bilik & intai kat bilik mandi kat bawah.  Sy jerit2 WEI NATTE, MU TUBIK LA.. TOK HALAL WALAU SOR SEN MUNG AMIK DUIT AKU!
Polis mai amik cap jari.

Wahhhh gile beraniii makkkkk kan?  Hahahah!
Pastu keluar rumah tengok kot dia ada lagi tapi takkan le penyangak sebodoh itu nak mengelurkan diri kan?
Saya gi cek semua bilik apa yang hilang- takde so pada firasat saya, penyangak tu baru lagi le masuk, dia tak sempat nak curi banyak barang.  Imagine la, saya gi kerja 7.10pagi, abam pulak 7.30pagi & saya sampai ke rumah semula 8.35pagi!  So rasanya dia buat kerja 8pg kot!?  Kebetulan pulak sepupu rumah depan tu balik kampung, syok le penyangak buat kerja!
Pak polisi ni kenal arwah mami.. katanya selalu datang dulu-dulu masa aku still kerja kat KL.. siap tahu rumah besar, comel, banyak bunga (dia kata semasa kami buat report kat balai polis pengkalan chepa).  Pak polisi dari balai polis nilam puri tu pun kenal arwah mami.. double wahhhh!

Tak lama kendian, abam pun balik.. cite kat dia balik semua-semua.. & polis peronda datang.. dia suruh pergi report kat balai.  Tapi nak gi report pun, kena la ada org kat umah maka mintak tlg pengasuh Irdina jaga kejap.. ingat nak gi amik dia, tapi tup2 dah sampai umah.

Tapi ok gak tak bawak balik Irdina dulu, bukan buleh kira penyangak ni buat jahat kidnep Irdina pulak ke kannn?!
Lepas tu baru la kami gi report kat balai.

Yang hilang:

  1. Laptop kecayangan ku (dalam banyak-banyak.. ini yang paling ku sayang sbb banyak data dalam tu weh!  Dah la abam baru buat format 'harga beli / jual & untung' bisnes kami.  Penat sajooo hu huu!  + gambar Irdina banyak gilers dalam tu!
  2. Handphone... baru je sebulan beli.. hp buruk tu takmo pulak dia amik cisss!
  3. Duit dalam tabung atas meja solek (duit raya, duit utk majlis Irdina, duit servis keta, duit gi oversea, duit servis keta) :-(
Apa-apapun, ada hikmah rupanya saya tertinggal wifi haritu.. kalau tak.. memang lesap segala mak neka duit la :P

*ada orang sengih & happy je rumah kami kena pecah masuk.. tp ada I kesahhh?  Pencuri TERHORMAT lagi keji.. CURI HARTA ORANG DEPAN2 PEMILIK HARTA.. lagi aku tak halal 1sen ke anak cucu ko, ingat tu.. dah jadi darah daging famili ko ok hihik.*