Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label pasar malam. Show all posts
Showing posts with label pasar malam. Show all posts

13 April, 2015

Pengalaman Pertama Kami Meniaga di Pasar Malam

Niiiilah pengalaman pertama kami meniaga di pasar malam.
Bukan pergi bodoh2 camtu je tapi studi la dulu.
Semangat tu... lps kija terus cari khemah, tak tukar uniform :P

1hari sebelum tu kami pergi cari khemah 10 X 10.
Then hari kejadian tu gi beli lampu pulak.
Pilih mana mauuu?

4.55pm kami hantar Irdina ke umah mertua... 1st time biasanya kami tak bawak, sian dia weh.
Kitorg sampai ke PASAR MALAM KUALA BESAR, PANTAI CAHAYA BULAN 5.35ptg.
Masa sampai tu, seller lain pun tengah pasang2 tent.
Halohh sheksi pulak abam shaye yg bucuk soram ni :P

Seller jual bundle sebelah ckp "sayang nyaaaa keta cantik2 buat meniaga kat psr malam"  huhu takde pilihan pakcik.. ni je yg kami ada sob!
Ingat nak guna keta abam tapi takde ekon hohoho panas melegit la jawabnya.
Pemandangan masa awal2 siap pasang... KOSONG sbb takde kepala patung baby.
Sebelah yg baju kuning tu kawan2 abam jual nasi / mee / kuewtiow goreng

Baekkk punya siap pasang semua... TADAAAAAA KAMI TERTINGGAL KEPALA PATUNG BABY okeh?!
Dah la itu nya SUBJEK UTAMA kitorg adoiii, kalau takde kepala, mmg orang tak nampak apa yg kita jual.. sekadar sangkut2 turban je, mana orang nak tau apa mende kan?
Akak ni dah rambang mata, baru sikit tu heheh. 

So nak tak nak, abam terpaksa balik amik redah 60km pergi balik okeh?
Nasib baik & ada hikmahnya juga kereta takleh parking belakang tent tu sbb ada bangsal kereta.
Kalau tak, takleh kuar dah la.
(YAKINLAH BAHAWA SETIAP APA YG TERJADI ADA HIKMAHNYA) :-)
 Time ni dorang pilih lama so sy decide snap gambar sbb dorg duk mengetest turban utk anak2 dorg :D

Masa abam balik tu, ada je customer dtg tp dorg mcm tak nampak la apa yg kami jual.
Dorg just tanya patung baby tu.. err kami tak juallah patung baby tu, just utk display je hehe.
Then bila abam sampai, cpt2 kami letak kepala baby, time tu la baru ramai yg singgah ke tapak kami.
Ada juga yang tak tau apa menda nya tu, ye la kami meniaga kat kampung2 nunnnn jauh masuk ke dalam + dekat dgn pulau2 so kami tak salahkan mereka :-)
Start jumaat akan datang ni kami laki bini seperate dah la.
Kita kat car boot sale, abam kat pasar malam.. sungguh sedih sbb clash masa pulak.
Tapi tak apalah demi mencari rezeki halal (GST ni sedeh weh.. kena catu bagai.. yg kaya makin kaya).

Ada juga bapak2 yang masuk dulu tengok & teruja, siap gi panggil wife depa lagi untuk datang beli.
++ dorang tanya SEBELUM NI TAK JUAL KAT SINI KAN?  Huhu terasa kerdilnya kami bahawasanya kami orang baru kat pasar malam tu.  Tapi alhamdulillah, peniaga kat p.malam tu ok, ada yang datang beli dgn kami jgk :-)
Wat masuk tagging kat turban baby

Tapi tak apa lah, nak meniaga kerana BERANI / CEKAL / JANGAN MALU JANGAN SEGAN (walaupun kite ni seorang yang pemalu amat sebenornya tapi kite sanggup kikis sikit2 sebab makkk minat menega).

KAMI TAK MALU PUN MENIAGA KAT PASAR MALAM.
MAYBE ADA ORANG CAKAP LOW CLASS & SAYA DOWNGRADE ADA DIPLOMA, KIJA GAJI RIBAN2 TAPI MENIAGA KAT PASAR MALAM.. APA CURLASTTT?.. tapi kami tak kesah pun.. bukannya tak halal tapi HALAL!  

08 April, 2015

Offer Menega Kat Pasar Malam!

Tetiba kami rasa mcm nak meniaga kat pasar malam.

Abam masuk grop ex-classmate dia pastu ramai yg jejak kaseh (jgn berjejak berkaseh sayang udah la ye?),
so slh sorang kwn dia ni meniaga kat p. mlm & dia dpt tau kitorg meniaga kat kat car boot sale so dia ajak kami jual kat p. mlm tempat dia meniaga tu.
Kawan abam ni lah yang offer kami menega kat pasar malam.. tapak sebelah dia mmg kosong

Lagipun kami jual barang yg takde orang jual lg kat p. mlm, dia suh gi tengok tapak dulu cemana.
Kalau minat just go on.  Saya pun apa lagi.. MEMANG CITA-CITA SAYA MENIGA KAT PASAR MALAM / PASAR SIANG  ni (mungkin orang kata saya cita2 bodoh.. tapi ada makkk jemah kesah, bukan mak jemah curi barang kemas orang pun.. opsss!)
Nampak tak full kuewtiow goreng dalam kuali dia tu?  Lps dia buh 4paket, kami pun pusing psr mlm tu, kurang dari 10menit sampai situ... dah abis licin kuewtiow dia okeh?! :P
Depan dia tu jual nasi kerabu.. pergh beratur panjang gile tp tak amik gambo pulop!

Mula-mula nak gi p. mlm tu mcm tak yakin sbb jalan makkk oiii gelap gulita, saya fikir dalam hati "errrr betul ke ramai org psr mlm tempat2 jauh ke dlm kg camnih?"
Bila sampai.. hambek kauuuu.. ramai gile!
Kebetulan pulak akak yang meniaga kat wisma ada jual pakaian kat situ so tanya dia "kat sini memang orang camni ekkk?"  Pastu akak tu ckp "ni tak ramai la dikkk.. sebelum GST aritu lg ramaiiii!"

Erkkk ku tengok ramai gile camtu dia kata tak ramai lagi, camno?  heheh!
Ok tak apalah, kita tengok jumaat ni cemana?
Cuma kami kena beli khemah & lampu aje la.

-jiwaku minat meniaga so ku akan lakukan apa saja-
(kerja hakiki tetap jalan- ni dah penat aiii rekod surat - tulis ok, bukan rekod guna pc... banyak gile tau tak.. tenet la pulok kikikiki)
Night Market screenshot 0
(pasar malam mana, dirahsiakan dulu la ye.. saya pun 1st time gi haritu hehe)
Nanti kita cerita lagi :-)