Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label batam. Show all posts
Showing posts with label batam. Show all posts

04 June, 2013

Batam- Bengkong Laut

Batam Day 2
2 Mei 2013 (Khamis)
Bengkong Laut (Miniature Park / Go Kart / Polo Factory)
Lepas pergi Pasar Jodoh, Pak Uncuk bawa kami ke Chalet yang berhadapan dengan Singapore.
Tapi Pak Uncuk dah sound kami awl-awl supaya kalau guard tanya buat apa pergi situ, maka jawab je "nak survey challet" maka boleh la masuk, kalau tak.. meme tokleh masuk la hehe.
Kami just pusing-pusing dalam tu.
Chalet nya meme cantikla, rasa nak buat rumah macam tu je hehe.
Pastu snap gambar seberang tu Singapore.
Kalaulah boleh gi Singapore tang tu jugak, rasa nak pergi je,
tapi apakan daya.. kena kumpul duit dulula hehe.
 Kat situ dalam 30minit jah duk snap gambar pastu Pak Uncuk bawa kami ke Bengkong Laut sebab kami beriya nak tengok RUMAH KECIL (miniature park).
Mula-mula tu bertemu dengan Go-Kart dulu.
Ingat nak main tapi lepas survey harga, abam kata lagi mahal dari Malaysia so tak payah le main.
So terus pergi ke Minature Park tu, jalan kaki 5menit jah dari Go-Kart keke.




Time tu tak ramai orang pun, buleh bersenang lenang snap gambar tapi yang tak bestnya tak buleh la nak snap gambar berdua huhu.  Terpaksalah snap gambar sendiri (gantung kamera kat pokok kakakaka).
Dalam tu ada berpuluh-puluh rumah kecil yang ada di seluruh Indonesia la.

Siap tulis nama-nama rumah.
Lepas tu kami ronda-ronda area Park tu.  Mak oiii semua souvenir jual dalam USD sebabnya kat situ ramai tourist dari singapore.. maka semua barang jadi mahal la.
Jamu mata aje la!
 Then kami singgah ke Polo Factory yang femes ames sangat tu tapi saya bukan la kaki brand sangat so kami anggap semua mahal kakakak biasalah semekin kan?!

Tibalah masanya untuk lunch.
Ada ke patut Pak Uncuk bawa kami ke GOLDEN PRAWN which is semua segar-segar (ikan / udang / sotong bla bla bla), pileh sendiri dalam kolam & tukang masak akan masakkan.
Of course la mahal.  Guna USD pulak tu... sudahnya kami suruh pak uncuk bawa ke gerai biasa jahhhh!  heheheh!

Bersambung!


27 May, 2013

Hanimun- Pasar Jodoh, Batam

2/5/2013 (Khamis).
Hari ke-2 ni nak jalan-jalan sekitar Batam.
 Menu breakfast di TRINITI HOTEL, BATAM

Dia quote RP600,00 (RM187) dari 9-6ptg (9jam).
Kami telan air liur.. errr rasa mcm mahal je lagipun kami nak amik 9pg-3ptg (6jam).
Pak Uncuk tanya nak gi mana.
So kami just nak gi:
 Menu lagi

-  Pasar Jodoh (katanya tak perlu pergi, tak ada apapun!) tapi KAMI NAK PERGI!
-  Miniature Park @ Bengkong Laut / Go-Kart / Polo Factory
-  Resort depan pelabuhan yang nampak feri dari Singapore
 Haaa jual emas open camtu je uolsss~

Tu je, so macam tak berbaloi le bayar mahal, lagipun semua tempat-tempat tu dekat je kecuali Resort area feri tu amik masa 40menit.
 Tak tau jual kuih apa.  Pastu ikan kering orang kata glamer kat sini tapi saya tak beli pun

Sudahnya kami deal RP450,000 (RM140) termasuk hantar kami ke airport esoknya, terus dia setuju.
Padahal dalam hati kami kata tu pun dah banyak sangat dia untuk uhuhu.
Ok kita cite pasal Pasar Jodoh dulu le.
 Pasar lambak.. jual hp open jugak & mug terpakai jual camtu je.. wow~

Pasar Jodoh ni tak jauh dari hotel kami, lebih kurang 10minit jah.
Pak uncuk tak bagi kami pergi sebab katanya tak ada apa.
Siap tanya.  "kamu mahu beli apa?  Sayur?  ikan kering & buah?  Tp tak apa la kalau sekadar mau pusing-pusing" so kami decide pergi.  Dah alang-alang sampai, pergi je la!
 Lemak lintah satoooo :P

Mula-mula berjalan tu tengok banyak LAUK BASAH / SAYUR / BUAH / LAUK KERING pastu cakap "aiseh rugi tak dengar cakap supir" tapi tak apa lah nak beli EMPING MALINJO, MESTI KAT PASAR JE ADA.  Jalan punya jalan, masuk la mcm kedai ok sikit jual pakaian / beg / hp / medan selera.  Baru lega sikit.. ingat nak shopping baju tapi tahan nafsu hehe.
Kiri:  jual alat2 sex .. gulp!
Kanan:  buang karang gigi tak perlu jumpa dokto gigi.. huwaaa

Masa abam singgah beli kemeja tu, abam tanya la peniaga tu mana nak beli EMPING MALINJA.  Org tu mcam blur.. rupa-rupanya EMPING MALINJO hehehe mana le tau!  Pastu dia kata cari dalam pasar (bukan luar) & dia bagitau estimate harganya ialah RP40/kg.  Bagus juga dia beritahu supaya kami tak tertipu :-)  Bagus orangnya.
Jual secara lambak jugak! 

Pusing punya pusing.. aish tak jumpa pulak dalam pasar.
Saya dah pening tengok dalam keadaan pasar yang busuk & sempit tu huhu.
Tapi abam redah je sebab meme tak tau kat mana.
At last.. GOT IT!  Abam borong 5kg.. semua untuk doktor.. untuk kami langsung tiada sebab abam tak makan huhu.
Abam membeli kemeja tu murah gila je ok!
Pastu saya nak beli jubah purple tu comel sangat tp kena beli sepasang dgn kemeja.
Saya tak kasi abam beli sbb kemeja tu sebab tak sesuai le kalu pakai gi jln2 huhu. 

Selesai beli emping malinjo, terus balik ke taxi tapi supirnya tak ada.. adoi tercongok pulak tunggu dia.
Kata 1jam.. kami pergi tak sampai 1jam pun heheh.  Rupa-rupanya dia pergi minum.
 Sekitar pasar batam.  CD jual camtu je ok & kucing tu comel.. mcm nak bawak balik Mesia je

Ingatkan dah lama tunggu (tak sampai 10minit pun).. nak masuk la dalam pasaraya tu (ala biasa le pempuan pantang tengok pasaraya akakakak) tapi fikir-fikir balik.. masuk kangggg lambat pulak keluar so decide tunggu aje la.
 Haaa mbik.. abam telah shopping emping malinjo 5kg utk doktor gigi di klinik beliau.. fuh berpeluh bawa~

Lepas tu baru pak uncuk datang.  Dia pun terkejut banyak yang kitorg beli hehehe.
Ye la, dah namanya pasar kan?  Bukannya lauk basah je ada.. macam-macam adaaaa! :D
Hire pak supir nama Uncuk (supir Triniti Hotel).

Lepas tu pak uncuk bawak kitorg ke resort berhadapan singapore tu tapi dia dah sound awal-awal supaya kalu pak guard tu tanya.. jawab je "nak survey chalet".. ye la kalu tak cakap camtu, takut depa tak bagi masuk.

Bersambunggg!

13 May, 2013

Hanimun- Batam Hari 1

1 Mei 2013 (Rabu).

Kenapa kami memilih Batam sebagai tempat bulan madu?
Tiada jawapan, saja try & error beli sebab terpengaruh dengan kata-kata ex-officemate kata Batam tu best.
Kebetulan pula ada promo Firefly RM178 return, so beli terus.
So abam saya dapat hadiah tiket in advance la eheh.
BESTVIEW HOTEL @ Subang Jaya.  Kata 8pg dah ready brekfast tapi bila naik.. ada nasik lemak tanpa air je.. adus, brekfast kat airport je le!

Memandangkan flight KUL-BTH (Batu Putih) 10.15pagi, maka kami decide fly ke KL awal 1hari (kalau naik flight pagi sempat je kalau tak delay tapi kami fikir KOT DELAY.. so tak mau amik risiko le!).
Kota Bharu-KL 9.15malam & kami booking Best View Hotel Subang (sangat dekat dengan Subang Parade).  RM88/night.  Tak berbaloi le, sempit amat.. ala-ala Tune Hotel Putrajaya kot tapi kalu nak solat buleh le kat lantai tu hehe. Nasib dapat driver cab yang baik hati.  Siap rekemen kawan dia pulak fetch kitorg esoknya kat hotel :-)
Breakfast @ airport subang, tengah tunggu flight & dlm flight.

Lepas beli tiket baru studi pasal Batam.  Alamak baru perasan... itu BATAM.. BUKAN LOMBOK hahahaha aduh la super sengal!  Sebenarnya nak gi LOMBOK sebab abam suka pulau tapi tak apa lah.. BATAM PUN PULAU JUGAK.. tapi tempat untuk lelaki.. MAN PARADISE kaedahnya haha.
Yng Kee Restoran Sup

Batam ni banyak tempat shopping jah.. tak banyak produk indonesia yang boleh dicari.
Frust di situ!
Batam ni sangat dekat dengan Singapore & meme ramai orang Singapore shopping di sana + buleh naik feri jah dari Johor tu.
Penerbangan Subang-Batu Putih (Batam) pukul 10.15 pagi mengambil masa 1jam 20menit sajo.
Tapi delay so fly pukul 10.50pagi, sampainya 11.10pagi (waktu di sana lambat 1jam dari Malaysia).
1st time saya naik Firefly ni.. errr pening palo den huhuhuhu sorry to say! 
Imigresen airport sangatlah lembab, dahla ada 2kaunter jah.. lembab plak tu erkkk!
Handbag tu tak tau nak beli yg mana 1, takut mak tak berkenan.. sudahnya grab yg belah kiri tapi mak cakap besor.. adus nak kecik mana lagi?

Keluar je dari airport, sorang supir tanya nak gi mana.  Kami cakap nak gi TRINITI HOTEL.  Dia tau & dia nak RP85,000.  Mak oii mahalnya?  Banyak kali jugak dia pujuk.  Abam pulak ajak redah cari cab kat luar.  Masalahnya kami kurang studi so nak redah kut celah mana?
Kami bargain dapat RM80,000 tapi kami rasa still mahal.
Sudahnya dia amik passanger lain & tiba-tiba supir lain datang offer.  Dia kata ok la kalau supir tu bagi RP80,000.. ini last saya bagi RP75,000 (RM25), terus dia pergi amik cab dia.
Malu iolsss.. cab TOYOTA VIOS ok.. sedangkan iolss pakai vios pun terasa macam dah mahal.. Indonesia buat cab je kahkahkah!
Ramah le supir tu, nama apa tak ingat.
Macam fasih gila cakap melayu walaupun dia tak pernah datang Malaysia pun.. nak je tanya orang malaysia ka mula2 tu haha.
Tapi dia tau la pasal Malaysia semua2.  Siap kata ore Kelate keras hati pasal politik.. kakakak itu machiammm kaaa?

Dia tanya kenapa pilih Triniti.. lainkali kalau nak gi Batam, takyah book thru internet.. tipu je semua tu.. biasalah nak lakukan hotel dorang.  Dia kata biasanya SUPIR TAHU LAH NAK BAWA KAMU KE MANA.  KAMI LEBIH ARIF DI SINI.  KAMI TAHU HOTEL MANA YANG BAGUS UTK KAMU.  BOLEH SAJA CARI HOTEL BAJET YANG LEBIH MURAH & BAGUS DARI TRINITI. 
Mula-mula terpengaruh juga tapi ingat balik review blogger kata jangan percaya supir.. baru la kami neutral balik.  Saje le supir tu nak bawa ke hotel yang dorang buleh komisen hehe.

Budak jual DVD kat matahari mall.. ensem kan?  Asal medan hehe

Airport ke Triniti Hotel amik masa 20menit.
Bandar le Batam ni, tak nampak kampungpun.
Supir offer gi hantar lunch sup ikan yang glamer tu.
Dia mintak RP100,000 RM33) jah semua sekali tapi dia suruh check in dulu.
Kami setuju.

Masa pergi hotel macam jauh, supir kata "biasalah, memang jauh dari centre", tapi bila tengok flyers hotel.. 200meter je ke Matahari Mall tu!

Kami dihantar ke Yong Kee (resto sup ikan)... alahai dekat je!  Cisss tak berbaloi bayar 100,000!
Abam pun kata bukan sedap pun (walau orang rekemen).. saya makan je.. sup ikan tu rasa ikan bilis kekekek. Order sup ikan, tomyam campur, nasi 2pinggan, sayur & 2jus buah RP116,600 (RM38).  Mahal gile ok!  Sangat! 
RP5000 sajo.. murah tapi tak kenyang le ekkekeek.

Then jalan-jalan ke Lucky Plaza.. ala-ala Low Yat la.  Tapi kami bukan nak beli apa-apa gajet pun so pergi Matahari Mall / Nagoya Mall.  Mak oii besarnya.. sesat barat kitorg masa nak keluar balik.
Bilik hotel kami.. selesa :-)

Shopping aje la.  Tak ada la murah sangat tapi meme syurga untuk pecinta barang branded fake la hahahaha.  I'm not into it!  Just beli high heel RP75,000 & sling bag RP75,00.  Then beli handbag Polo kat mak RP175,000. 

Abam pulak siap beli kain pelikat.  Cantik la, kat malaysia tak ada.  Dia beli 6helai.. jual kaedahnya :D
Pastu tak ada apa la (mungkin sebab saya bukan kaki shopping sangat, so a bit boring le hehehehe!).
Lepak kat Raja Kopi.  Bakso + tehobeng RP5000 (RM1.60) saja oke!  Tapi lekat celah gigi la.. tak kenyang.. 5 6suap je dah habis huhu.

Malam di hotel kami.  Depan hotel ni ada futsal :-)

Balik tu sesat barat & dikejar supir.  Yang bestnya kami gi tanya kat pondok polis dorang kat mana muahaha.
Nasib la pak polisi sangat membantu!
Rasanya lebih 5km kitorg jalan haritu (termasuk dalam soping complex la muahahaha).
Dinner @ restoran DAPUR UNIK.. rekemended speciall air aloe vera he he he!

Balik tu rehat dulu le!
malam keluar balik pergi resto DAPUR UNIK.  Is a must try.
Abam cakap best.  Kami order ayam penyet, sup ayam, nasi goreng, teh tarik & air alovera (sedap!) baru RP78,000 (RM26).. meme rekemended lah!

Balik tu tanya orang hotel mana tempat menarik & dorang dah ada supir sendiri.
cuma kami je la kena bargain berapa2.  Sangat helpful la :-)

Sambunggg!