Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

19 December, 2014

Neelofa & Tauke Jambu @ KTC Kelantan

Ni kali ke-3 kami laki bini join festival (GLAM FESTIVAL).
RM350 utk 2hari.
Ada Tauke Rajalawak & Neelofa

Kami di tapak G29 (masuk entrance belah kanan).
1st time kat KTC tapi rasanya kami lebih prefer Dewan Jubli Perak sbb senang parking + luas.
Organizer nih, kami bagi full photo siap ada gambar turban2 baby tepi kiri tu, dorg crop plak hadesss!

Datang beramai-ramai ye?  :-)

11 December, 2014

6go-festival punya cerita

Selesai sudah 6go (Nego) Festival yang berlangsung pada 29-30 November 2014 yang lepas.
Sehari sebelum as usual gi setup.
Kali ni bawak banyak terus sbb nak sangkut turban setiap piece tu jenuh weh... ada 100piece ++.. semua saya sangkut lps tu topi / beanie pun saya sangkut!
Khamis petang lps kija kita setup.
Khamis kat kelate kan kija sampai 3pm je hehehe!

As usual jugak kami TAK MAHU MEJA.
Booth lain semua guna meja so booth kami kelihatan luas & tenang & tak berserabut la hehe.
Abam tengah pikir cemana nak setup booth
Akak ipar punya section kat belakang (yg ada kain pasang tu)

Mana tak nya?
Pada hari yang sama ada 3event.
1 yang kami join di DEWAN JUBLI PERAK,
1lagi Oosha Festival di KTC & 1lagi tak sure anjuran mana tapi jual barang 2nd hand terbesar.
Haruslah orang tuju yang murah2 kan?
Hari pertama.. belah pagi memang selow

Hari pertama tu agak selow (tapi saya tak pernah give up), sale kurang dari 1st time kami join sebelum ni.
Hari ke-2 OK :-)
Hari 1st tu kami dah kekurangan duit balance RM1.. risau weh!
Kami tak suka jadi slh seorang PENIAGA YANG AKAN KATA "TAKDOK DUIT KECIK LA DIK.. GI BELI TEPAT LAIN DULU LAH"  NO NO NO!
Sbg seorang peniaga.. u have to responsible with your business, label, product, dealing and so on!
Logo kami terpampang kat banner dorang sbb kami salah seorang vendor yg terawal hehehe!
Tp kena tukar lah itu logo.. tak ceria langsung huhu!

Kali ni organizer bawak AZZA ELITE (kerap sungguh dia datang meniaga kat Kelate) / Siti Fazurina / Nor Khiriah / Chef Riz & tunangnya Syikin Maembong.
As usual la saya bukan GILER RETIS pun so aiii tak peduli mana dorang ada ke tak.
Ek'eh budak ni.. dia takmo di 'kunci' kat stroller tu hihi

Alhamdulillah lepas sewa 2hari RM350 walaupun ada di kalangan vendor2 yang mengeluh kata tak ramai orang.

Sepanjang 2hari meniaga tau, sy nampak CHEF RIZ & SYIKIN MAEMBONG (tu pun kami selang 2 3booth huhu) then terserempak Azza masa saya cari toilet.  Lelain selebriti tak jumpa pung.
MC tu si Da'i dari TV3 (tak kenal weh)... kalau Pencetus Ummah tu kenal la hahaha nampak sgt tak berapa tgk tv lately nih.
Membeli sambil menderma.  Ini di booth saya ya.. buat atas inisiatif sendiri :-)

Kali ni saya share booth dengan akak ipar sy.
Dia jual kain pasang.
Kasi dia cari pengalaman dulu cemana tapi rasanya dia mcm serik je nak meniaga di festival sbb 2nd day tu dia tak nak meniaga terus dah huhuhu.
Takpelah, meniaga kat Car Boot Sale je nanti, masyuk apa walau kat tepi jalan? :D
Kali ni topi pun kami keluarkan.. duk dlm beg troli, sape nampak pulak kan?!

Seperti biasa, saya berjaya beli di semua booth2 di keliling saya.
Booth depan beli sandwich, mini kurung kain cotton & pencuci ajaib.
Booth kiri beli air koko & booth kanan beli karipap.
Booth kiri kanan saya je tak nak beli dgn saya hahah boleh camtuh?

Hari pertama kami bawak Irdina belah malam je.

Hari kedua as usual bawak Irdina belah pagi-tengahari.
Dapat kawan jugak Irdina booth sebelah siap bentang toto lagi (itulah untungnya pilih booth tepi dinding hihi).
Aunty sebelah tu lambat bg mkn karipap, Irdina marah hokkay hehe!

Model turban tido.
Canggih tak katil irdina? :P

Hari ke-2 kami jual banyak barang sebab akak ipar dah tanak menjual so bawak aje la ROMPERS / SLEEPSUIT / JUMPSUIT bagai.

Booth sebelah ada baby jgk, so boleh la kawan dgn Irdina hehe

Oh ya, kali ni kami buat tabung MEMBELI SAMBIL MENDERMA.
Setiap pembelian, kami akan masukkan RM1 dalam Tabung tu.
Saya akan teruskan sampai bila2.. tak jatuh miskin pun kalau share dengan orang yang memerlukan kan? :-)
Kawan booth sebelah
Sebelum festival berakhir, kami KOMEN KAW-KAW PUNYA.
Bukan nak kondem tapi utk penambahbaikan jika ada buat next time.
Ni my bespren sejak dari umur 5tahun oke.. Kenal kat masjid hahahah boleh camtuh? :P

Sampai umah penat tapi bila tengok hasil jualan... rasa penat hilang.
Alhamdulillah, sama2 kita menginfak untuk yang memerlukan jugak :-)
InsyaAllah join lagi tapi sebulan 1 @ 2x boleh la join.
Kalau tiap2 minggu.. tak padan la.. nak byr tapak sekali festival RM300-RM450.. tak kuasa aiii nokss hehe
Jom kita pulang!

Semoga ketemu lagi :-)

27 November, 2014

6-Go Festival (Nego Festival)

Ni 2nd time kami akan join festival yang mengumpulkan 130seller online / offline.
Hok duk Kelate tu, jgn lupo maghi beramai-ramai ke Dewan Jubli Perak, Kelantan.
28-29 November 2014 (Jumaat-Sabtu), 10pg-10mlm.
The poster

Kami kat booth N95 (tepi dinding).
Kami suka la festival sebab orang akan datang & bertumpu.
As usual borong turban sekat-sekat nok ore kelate oyat hehe.
Yg legging hitam polka dot tu supplier bagi dgn set turban.
Birthday Irdina ke 10bulan hahaha boleh camtuh? :P

Seperti biasa kami meniaga barang2 baby & kali ni mungkin akan fokus pada aksesori baby sahaja (turban baby / headband / harem pants (seluar aladdin).
Kecik2 dah pandai sort turban, besar esok2 jadi busineswoman ye nakkkk.. sambung legasi kami :-)

Kali ni kakak ipar saya pun nak join tumpang booth.
Dia jual kain pasang (macam tak switch je kan jual barang baby dgn kain pasang?  huhu).
Takpelah, kasi dia pengalaman.. next time boleh amik 1booth sendiri
Or else hari festival, saya kasi je la tapak Car Boot Sale kat dia.. situ pun masyuk walau 2jam++ :))

Produk baru dari kami:  harempants baby.  Atau dengan kata lainnya:  SELUAR ALADDIN.
Saya nak sebut HAREM pun mcm payah je.. kot tertukar dengan H@R@M pants huhuhu.
Comey weh... tak snap gambar dina pakai harem pants sbb dia dokleh duk diam haiyooo!

Seperti biasa ada famous vendor (BELLA AMMARA / PUDORE / OSRA)- sorry actually saya tak kenal pun depa (alamak, matila kena ketuk kat die hard fan dorang hhuhu).  Ada Azza Elite (kerap pulak dia dtg Kelate.. ke laki dia org kelate?  Erkk) / Nor Khiriah / Situ Fazurina / Chef Riz & Syikin Maembong (tak kenal sape pulak syikin ni weh).  Tak kesah lah sape2pun, kami nak gi menjual barang je kottt hehe!
Seperti biasa, ini keadaan biasa sebelum pergi meniaga hehe!

Booth Cakna Palestine & Bridge Kelantan pun ada.
So sesape nak menderma pakaian terpakai / mainan or apa2, boleh la kasi dorg.
Kami juga buat 1tabung untuk SANGGARSURI.  Setiap pembelian kami akan masukkan RM1 dalam tabung tu lah.  Yang tak nak membeli di booth kami tapi nak menderma pun, kami terima dengan hati yang sangat gembira.. alhamdulillah :-)


K lah, datang beramai-ramailah ya?  :-)

11 November, 2014

Kelantan Festival Day 2 (penat tapi besh)

1 November 2014 (Sabtu) - Sambungan dari entry Kelantan Festival Day 1 (beshhh weh)

Kami sampai 9.20pagi.
Bawak Irdina.
Tokey booth sebelah duk jaga Irdina hehee sempatlah kami setting booth.
Tapi sangaaaatlah sekejap Irdina duk situ sebab dia yak lah pulak hadoihhh!
So abam hantar Irdina ke kedai kopi ma.
Tengok pagi tu, memang tak ramai orang.
Mood dah agak down + booth2 pun banyak yg buka pukul 10++.
Dah la kami pergi tak brekpes, lapar dahaga semua ada huhuh.
Udahla abam balik lama gila.. pukul 11lebih baru datang semula erghhh!

Sehingga 11pg++ tu baru beberapa org customer yang singgah.. serius down gile ++ tak ramai orang.
Tokey booth sebelah cakap ada 2lg event besar kat tempat lain ++ ada artis yg femes.
Oh no wonder la.. huhu.
Tapiiii.. selepas je solat zohor, berduyunnnn duyuuuun yang datang.. tak menang tangan dibuatnya.
Baru la naik semangat sikit nak menega huhu.
& yang paling best, ada customer berulang datang.
Hari jumaat dah borong 10helai turban, 2nd day tu datang lagi, siap amik gambo wassap2 kat famili depa kot tanya yang mana berkenan hehe.
Pastu adalah pulak makcik mintak nak beli ulat lamaze & turban total RM30 tapi saya kasi RM32.. dia kata ALAH RM2 JE.. TAKKAN TAK LEH?.. hamboi la makcik, makcik pi amik dgn supplier sendirik lah senang... Kalau 40orang customer mcm makcik, saya rugi RM140... tu pun dah kurangkanRM7 tauuu?  Kalau modal turban rm3 je itu kalu... aku kasi je wahahaha!
Pastu ada la games dgn retis2 tu semua.  Nak volunteer jadi model Azza pun boleh + dia siap bg shawl free lagi.. wah gituu  Then ada jugak mana2 booth boleh volunteer nak kasi free gift utk orang ramai.  Kami ingat nak bagi jugak.. sudahnya tak bagi apa2 huhu.
Maghrib tu saya balik sekejap nak mandi2 then lps Maghrib tengok2.. alamak dah banyak pulak booth yang start nak tutup (maklumla ada final bola malam tu weh).  Tapi saya cakap kat abam.. boleh simpan tapi turban2 tu 9.30pm la kita simpan hehehe.
Ha memang ada pun orang beli, alhamdulillah turban baby jualan penutup haritu.
Tengok barang tu gileerrrrr lah banyak.. saya tak yakin muat keta pung.  Sekali abam cakap muat aje!
Nasib baik la adik ipar gi, boleh la dia tlg angkut.
Inilah rupa kereta kami selepas berniaga 2hari 2mlm.
Rosak vios aiii, jadi mcm prebet sapu huhuhu.
Nak cari van buruk pun jadi la asal vios aii tak buruk.

SUKA GILA FESTIVAL!



07 November, 2014

Kelantan Festival Day 1 (beshhh weh!)

Oklah, sambungan dari entry PERASAAN SEBELUM FESTIVAL ni, inilah dia sambungannya hehe.

31/10/2014 (Jumaat).
Event start 10pg-10mlm tp organizer bukak pintu utk seller ni start 7pg.
Kami punye le plan ckp nak pergi awl gile sbb kami kan tak setting apa2 lagi.
Sekaliiiii... 9.10pg baru sampai Dewan huhu.  Irdina saya tinggalkan di rumah mertua.
Pukul 10>>, dah ada orang tapi masih lengang :-)

Tengok seller lain dah hampir siap berbanding kami yang tak siap apa2 lagi.
Dengan beg troli 2ketui + rak2 besi / kayu / storage box / plastik.. pergh gile banyak, kami 2orang ulang alik.. penat weh!
Pukul 11>>.. dah start ramai org

Seller booth sebelah ingatkan kami tak jadi meniaga.  Dia kata kami bukan lewat sikit tapi LEWATTT BANYAKKK! Pahtu abam pulak buleh pulak selow motion duk setting rak2 tu.  Katanya SABARRRLA, pahtu duduk termenung2 jap.. huk aloh, sabar tak sabar... belum 10pg, dah ada customer.  Dapat la RM10 BUAT GORRI ore kelate kato hehe.
kita bergambo dulu hehe!  Hari 1st, display meja camni.. kurasa mcm tak perlu je meja sebab sempit!
 
10.40pg baru le kami siap settle semua.  Masa tu dah ada customer tapi tak ramai.
Sekaliiii 11lbh, booth kami diserbu.. fuhhh kecoh seketika sebab 1famili ni dtg 3dewasa pastu anak2 depa 3 4org. Pakat try turban uolsss!
1Famili datang serbu booth kami.. berlaga montot sebab sempit huhu.  

Sekaliiii.. dorg rembat 8piece turban.  As usual la turban kami memang fix price tp dah depa beli banyak.. saya suruh depa diskus dengan abam sebabnya dorang mintak kurang kaw2 punya.  Ades kalau kaw-kaw sangat, sian lah kat kami sebab modal selai turban tu bknnya RM5-RM6... lebih tawwww.. so takkan la margin untung turban RM1-RM2 je?  Baik menega kat car boot sale je huhu.
 Turban kiri kanan pada hari pertama

Kami rasa RM18 tu dah ngam-ngam hooo je.. semua mampu beli.. bkn nya 1-2bln boleh pakai tapi up to 3tahun :-)  Saya pernah gugel, sorang seller ni jual almost RM30 + tak banyak pilihan sangat.
Ni officemate saya :-)

Lepas Zohor barulah berderu2 orang datang + booth kami pun laku mcm goreng pisang panas specially TURBAN BABY.  Yang lain ada gak orang beli tapi customer focus TURBAN hehe.
Ada yang saya dengar dorg berbisik "eh cantik2 la turban, sebelum ni kito tengok yang biaso2 jah"  Kembang sekejap orang puji ngeh ngeh!
Booth kami (erkk ni display hari ke-2... silap masuk day 1 plak kekeke)

Kalau ikut event tu, Wak Doyok sampai 3ptg tapi kami sikit pun tak amik gambo retis2 tu (WAK DOYOK / PUTERI SARAH / ABBY ABADI / AZZA ELITE sebab kami bukan nak jumpa retis tapi kami nak menega.  So gambar lain memang takdok.. kalau nak tengok.. boleh #KELANTANFESTIVAL la, beratus2 gambo dalam tu hehe.
Kat stage tu ada la buat acara games, kuiz, cabutan bertuah.. memang meriah all the time la.
Muka gumbira sebab turban banyak laku hehe

So far, kami berpuas ati sebab ada event camnih ++ MC pun datang setiap booth utk introduce barang2 kita.. cuma nya kawan saya suggest.. artis patut datang every booth bergambar + at same time orang kenal kita yang picisan ni.. bernas gak idea.. ku tak terpikir langsung.. yg kami komen hanya 2ND DAY TAK BERI AIR MINERAL + TAK SEDIAKAN PLASTIK SAMPAH kekeke.
Bapak mertua saya.. Irdina boleh pulak tido dlm keadaan gegak gumpitaaa ituuuu!
Kalau abah saya masih ada, musti dia suka borak dengan bapak mertua saya.. sesama cool all the time.. tapi apakan daya, tak sempat jumpa pung sob sob.  Miss my late abah sob lagi.

Conclusionnya hari 1st memang best... jualan kami dah lepas modal sewa 2hari... memang dapat lebih RM450 la hehe.  Malam tu saya bawak pak mertua & pok long Irdina utk rasai kemeriah KELANTANFESTIVAL ni.  Pastu kami gi makan2 besor (bkn apa, dari pagi tak makan.. tak rasa lapar sgt sebab buat menda yang kita minat + RM masyukkkk kekeke.

Eh sambung lagi lah ye...

05 November, 2014

Perasaan Sebelum Kelantan Festival

Akhirnya debaran mengharungi 1st time join FESTIVAL SELLER ONLINE sudah selesai.
Serius best gile weh.
2hari sebelum event, berkubang gile.. ++ 1guni dari China yang tercicir tu baru sampai!

Kwn yang dah biasa join festival ni siap ckp "tak padan kita nak join & nak lawan sebab KELANTAN FESTIVAL ni ramai yang fames2 & ternama yang join, nama besar2 saja."  Means kami faham la dia maksudkan.. KALAU KITA MENIAGA SEKALIPUN, MCM TAK LAKU la. Huhu!
Kami di Booth A8.
Mek Collections tu ialah MEK SALAM PANTAI TIMUR hehe.
Abby Abadi & Azza Elite pun ado!
Dalam lists tu ramai yang femes ames!

Tapi saya ni spesis ADA AKU KESAH?  RUGI KE LAKU KE.. BKN TERLETAK PADA KE'FEMES'AN SESEORANG TAPI PADA PRODUK YANG KITA BAWAK TU.  ABISTU, KESIAN LA KAT SAPE2 YANG BARU NAK MENEGA.. SEMUA PAKAT TAK LAKU SEBAB ORANG CARI YANG FAMES~
Bagi saya: KALAU ASYIK DUK DENGAR ORANG CAKAP, TAK KE MANANYA KITA!  Betul tak?
Wak Doyok, Puteri Sarah (wifey Shamsul Yusof Haslam pun adooo).
Pastu ada 2 3 artis lain seriosly saya tak kenal huhu sorry!

2hari sebelum event, organizer bagi layout kat kami.
Alhamdulillah booth kami tepi dinding so senang la nak setting barang.
Keluasan 8 X 6 shj dengan sewa RM450 untuk 2hari (mahal sebab ada retissss!).

Produk hot kami.. TURBAN BABY hehe!

Memula kawan cakap MAHAL LAH RM450 tu.. aku dah telan air liur & fikir.. BALIK MODAL KE TAK NI AAAA?  Tapi kami over confident sebab kami ada jual yang tak ramai lagi orang jual iaitu TURBAN BABY hehe.  Kalau ada yg jual pun, ada le 3orang termasuk kami kot hehh!
Tapi kami satu-satunya di Kelantan :-)
Kami jual borong & runcit :-)

Sebelum kami join festival, kami perati & studi festival sebelum2 ni which is mostly nya jual dari yg kelainan + cute + pyh jumpa + creative :-)
Barang2 utk dibawa ke festival

Ok lah back to our story.
Khamis malam loading barang.
Yang bestnya abam tak nak bawak pun barang2 yang nak dijual tu.
Tu pun bawak sikit je tempat utk display barang.
Booth depan udah siap buh bunting

Abam cakap agak2 le nak bawak barang pun.. KITA BUKAN GUNA VAN, TAPI KERETA.. Hmm ye laaa ye laaa!
Malam sebelum festival.
Kami tak mo meja yang besar gabaks ni

Tapi bila sampai, most of the booth dah siap susun2 barang yang nak diniagakan.
Sy ckp banyak kang abam mare so dendiam je sudah.. biarkan je la booth kami kosong tak semenggah mcm booth org lain dah meriah huhu.
Booth kami :-)

Saya mls nak cakap apa, biarkan abam duk fikir cemana dia nak setting.
Booth sebelah dah siap susun handbag2 dorg.
Bunting last menit.  Dina pakai baju sama, susah giler weh nak snap gambar budak lasak sorg nih!
2 X 4:  RM12 sajo hehe

Saya siap gi melawat booth kawan saya, dia lagi le.. 1hari sebelum event dia register.
Saje ajak sebab dia ada kedai tapi tak laku mana (tempat tak strategik) so ajak le dia... sesama la kita share rezeki Allah nak beri ni :-)
Kelihata vespa di situ.  Ku sangkakan LUCKY DRAW, rupa2nya depa jual huhu!

Sudahnya hampir 10mlm kami pulang dengan booth yang kosong + kitorg tolak meja, takde function pun kalau guna meja besar gila tu huhu.  Kami nak guna meja sendiri.

Sambungggg!