Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

06 November, 2013

Flamingo Hotel by the Beach- Penang

Cerita sebelum ni kat sini:  http://gi-maghi.blogspot.com/2013/10/hanimun-superstar-cruise-libra.html?showComment=1383695471408#c3019981300440279532

17 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

Lepas tido kat cruise 1malam, tido kat Hotel Flamingo plak.  Kiranya dalam pakej la.  SIL yang stay kat Penang ajak tido umah dia tapi kalau tak tido kat hotel ni meme rugi la, sebab dah bayar hihi.
Bilek kami.. besar gila kan?  Buleh main kejar-kejar!
Dapat double bed 2ketui.. huiii buleh tido4orang di situ eheheh!

Menarik jugak hotel ni.  Hotel 4bintang.  Kalau harga biasa DELUXE SEA VIEW RM220++ 1malam tapi dalam pakej GROUPON ni kira berbaloi la!  Nak suruh aku purchase sesaje hotel 4bintang, memang tak aaaa hehe.

Toilet (ni pun snap gamba kaaa?) :P
View dari beranda bilik kami (Tingkat 9 dari 17tingkat)

 Check in 2.20pm, dapat bilik no. 911 again (masa honeymoon kat Cameron Highlands dulu pun dapat bilik no. 911 hehe).  Best sebab menghadap laut, buleh la skodeng orang.    Wi fi laju gile pulak tu.    Bilik ni nak sumbat tido 4-5orang pun buleh sebab ada 2katil double + luas gile.  Semua ada 17tingkat tak silapnya.  Badan dah penat sangat, membuta dulu le!
Toiletteries
Ironing room (nasib baik ada 2ketui iron so iron la baju masing2 ye hehehe)

5.10pm gi iron baju kat bilik iron.  Then turun gi pantai.  Fuh ramai gile rupa-rupanya orang arab stay kat Hotel ni.  Best gamaknya + sesuai dengan bajet dorang yang kaya raya tu heh
Bilik no. 911

Buleh dikatakan 70% orang arab, 15%  cina,  10% melayu & 5% india.
Turun pantai, abam bawak aku jalan jauh tepi pantai.. adoi tak larat!  Penat hoooo… dulu buleh le kalu nak ajak jalan 3-4km pun aku sudi, sekarang tak buleh la!  Bukan berat perut tapi berat tapak kaki kihkihkih.
Background hotel kami
Sedikit gemuks (sikit jahhhh heheh)- 25minggu
 
Sedapla orang yang buat pakej PARASILING / BANANA BOAT / SCUBA DIVING tu.. harus la untung  gila.  Orang-orang arab tu main je walaupun ber’jubah’ & ber’buqa’ segala bagai :D  Dorang offer jugak kat abam.. kalau aku bawak diri sendiri, nak jugak try kalau murah eheheh.   Aku duduk melepak je kat kerusi tu tengok orang-orang arab buat aktiviti.  
Outdoor
Together forever (insyaAllah)
Lepak, tak larat eh nak berpeleseran jaun-jauh, abam je gi record video orang-orang arab naik parasailing dengan jubah +burqa bagai hehe!
 
Tengok ada budak makan eskrem.. eh sedap le pulak.. apa lagi, 7pm ajak abam balik bilik & singgah beli eskrem Cornetto.  Mak oiii RM10 utk 2cone.  Eh lupa pulak, barang jual kat hotel kan meme mahal so beli la jugak, dari aku kempunan terliur (dah la nak makan durian creepe tak dapat-dapat ni huwaaaa sedihhhhh!).
Kolam ikan depan swimming pool
Kesian parrot ni.  Stop animal abuse!  Parrot ni kat sebelah dining hotel.
Muka stress je dia, diikat & ada signboard "plis take my picture, don't touch me"... hmmmm hidup mereka di hutan, bukan di eksploitasi :-(


Balik bilik bersiap-siap nak gi Batu Ferengghi pulak... bersambung!

30 October, 2013

Hanimun @ Superstar Cruise Libra

16 Oktober 2013 (Rabu).
Lepas check in, buleh le masuk cabin!

Ni kali kedua aku naik cruise. Kali pertama tahun 2011 semasa bujang dengan geng2 travel. 2nd time dengan abam plak. Saje nak bawak dia merasai naik cruise (walaupun aku tau naik cruise ni boring sebab aktiviti untuk orang melayu tak banyak pun hehe).
Masuk cabin… alaaaaa… kabin takde tingkap… gile lemas! Tempat tingkap tu dorang gantikan dengan cermin! Dapat bilik 3dari depan kepala cruise. Kat deck 2 (tingkat 2).  Dalam cabin ni ada tv (buleh tengok kedudukan cruise / iklan-iklan dalam cruise / astro tapi tv 1, 2, 3 tak ada lah ye hehe) / towel / shower gel / shampoo / hair dryer / telefon / almari then passanger dapat gift dari Genting Hong Kong (teh).

Purchased kat Groupon Julai lepas. Pakej RM596 for two (1mlm kat Libra Cruise & 1mlm kat Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah). Means RM298 seorang. Harga agak reasonable sebab
  • dulu aku naik cruise utk standing pax (tanpa cabin- hang tido la merata ikut suka kat mana-mana pun) RM167/ pax, itu pun dah promo tapi ini siap cabin bagai hehe.
  • Hotel Flamingo by the Beach adalah hotel 4bintang. Harga DELUXE DOUBLE ROOM SEA VIEW paling murah pun RM220++.
See... katil super single dipotong 2.. kecik gile kan?  hehehe!  Dalam box tu ada teh utk kita.

Bertolak dari Kelantan 10pg, sampailah kat parking Padang Kota Lama tu 5.55ptg (selepas GPS lembab benor bg arahan masuk jalan mana hehe). Menapak sikit je nak naik cruise tu, tak sampai 5menit pun. Terus gi check in cruise. Dapat KAD WORLD CRUISER color biru. Masuk macam nak naik flight la, kena scan beg bagai. Tapi sekarang nak masuk cruise menapak sikit je, dulu menapak punya jauh baru buleh masuk cruise.
Ni je dinner aku.. cemanala tak naik 200gram je dlm masa 2minggu huhu!

Sebelum masuk cruise, dorang spray hand sanitizer + dorg suruh bergambar dengan mascot… eiii berpeluh-peluh mascot tu! Tak dibenarkan guna kamera sendiri sebab dorang jual gambar tu.. tak kuasa nak beli.. sekian!
Abam kelihatan tidak berselera.. tak suka le tu!

Lepas kemas beg, mandi dan terus gi dinner. Abam dinner sikit jah, walaupun makanan berlambak-lambak (aku ingat lagi si Kashaz & Faridah makan.. perghhhh macam dah tak ada esok.. hehehe alamak mengutuk pulak.. bkn kutuk tapi syok tengok dia makan) :P Aku macam biasalah, makan tak beriya mana kalau takde TEH AIS hahaa. Makan kat Marinate Dine tu halal ye.. dah dapat sijil halal dari JAKIM. Makan mlm & pagi memang dah dalam pakej ni so tak payah gedik nak gi bayar plak! Ada juga resto mamak & cina tapi kami tak gi le sebab kena bayar :P
Belum 9pm so cruise belum belayar

Lepas dinner, pusing-pusing dalam cruise tu jah tengok apa yang ada. Tengok show pun.. tak sesuai untuk orang melayu (melainkan ko suka FITNESS / KARAOKE / SWIMMING / MAIN GOLF / MAIN TENNIS) hehe.
Tak berapa nak nampak LIBRA kat belakang tu

Kitorg bergambar je tu pun cruise tak gerak lagi. Muka melayu memang tak jumpa.. kitorg 2 je erkkkk so kami decide nak tengok RUSSIAN SHOW (best part dancing tu je.. part selingan boring!).. show 45menit (9.20pm-10pm). Ingatkan ada magic show, rupa-rupanya hari depart lain je yang ada magic show. Sebelum masuk show tu, ada orang offer abam main judi.. gile apa? Hahahah… tengok orang le nak offer pun~ :P
Belakang tu saloon.. sebelah kanan abam yg tak nampak tu kedai souvenir.
Dulu2 best sekarang mcm selalu tutup je so tak buleh nak tengok apa yg dijual!
Mujur la sempat beli FM cruise masa 1st time dulu.  Tp nak bg org tak le.. FM seketui tu belas2 hinggit heh!

Lepas tu pusing-pusing kapal & lepak kat Deck 5 (tingkat 5).. org cina naik cruise sesaja untuk berjudi.. syok lah dorang.. RM yang menang tu lumayan oiiii! Aunty-aunty tua yang lepak depan kami tu keluarkan note RM100 berpuluh-puluh keping.. phewww! Lepas tu Abam macam berminat nak join LUCKY DRAW.. 1keping tu berapa belas ringgit je tapi dapat adiah berapa puluh ribu ntah, tp sound abam awal-awal “duit gapodio tu? Kalu duit cina berjudi yang dapat kalu menang.. baik toksah” huhu. Macam boring pulak ronda-ronda, so balik cabin. Pukul 11 ada movie OBLIVION tapi malas pulak nak keluar bilik so decide tido aje le. (balik ni baru tau tom cruise berlakon, ruginya!).
Lepak tak lama kat sini, tetiba datang aunty2 cina datang lepak bawak duit berkepuk2 utk berjudi.. udahla cakap mcm cruise tu dorg punya.. bingit telinga aku huh!

Mula-mula berhimpit jugak lepas tu abam kata tersekat kat penyendal katil tak buleh gerak, so aku decide ‘balik ke katil aku’. 12pg aku tido… 2.45pg tersedar… arghhhh tak bleh tido! Tengok orang sebelah syok aje tido… ni yang mendatangkan kejelesan ni sob sob. Terus tengok tv & main games. 4.30pagi abam tanya kenapa. Adoiiii toksah la tanya kenapa.. HARUSLA TAK BULEH TIDO TANPA LENGAN (padahal buleh nampak ‘lengan’ kat sebelah tu je.. gatainya aku kan? Hihi) :P
So abam terus ajak tido sama.. apo laie, terus off tv & tablet… lompat ke katil sebelah ngeheheh. Uiii tak buleh tido pulak, budak tecit tu menggegar perut tak mo stop dkt 15minit gak.. happy gamaknya aku dah jumpa ‘lengan’ ahaks.
Dalam jugak swimming pool dorang tp takdak orang mandi manda pun!

Awl pagi bangun tapi malas nak kuar awal-awal. Lepas mandi 8.30pagi, baru sedar yang check out 6-8pg.. mula menggelabah! Bgtau abam, aku kena mare pulakkkk sebab katanya aku dah ada pengalaman, tak kan tak tau. Masalahnya dulu dkt 12pm baru aku kuar cruise. Nak gi brekpes 8.50am tu tengok housekeeping tengah kemas cabin-cabin lain.. alamak semua orang dah check out le plak! Terus gi Deck 4 (tingkat 4) untuk tengok ada orang check out ke tak.. alamak tadak orang check out! Decide gi brekpes dulu.. ALAMAK AGAIN… dah tak ramai orang. Kalau ada pun dorang dah siap bawak beg!
Gambo lain2 so aku kelihatan gemok di situ huh!  Dpn swimming pool!

Perasaan sungguh la penyanyi ni... ada 5 6org je duk tengok dorang nyanyi sbb tu buleh tengok kamera kitorg hihi.. belakang tu ada band.. tak nampak plak.
Brekpes!  

Keluar cruise, tercongok bukak tablet cari info mana nak gi hehehe sekian pengalaman hanimun dalam cruise yang melepak semata-mata :P
Lepas2 ni nak try SUPERSTAR lain pulak.  Virgo ke!  Tapi nak bermalam lama sikit mcm gi Thailand ke kan.
Banyak lagi gambar tapi line selow gila le lepas TM sambung kabel baru ni, asyik putus-putus je.. sakit hati!
Cukup le dengan gambar ni kot huhu!