Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts

15 May, 2013

Worldless Wednesday- Kek Hantaran

Dari saya untuk beliau :-)

Related dengan kerjanya di klinik
 Ingatkan vendor letak gigi seketul tapi dia kata mcm tak sampai hati nak buat.. erkk :P
Disponsor oleh Kak Elly, rakan sukarelawan saya.. datang khas dari Kuala Lumpur :-)

30 April, 2013

Momen Kandid + Lawak

Dah dapat cd dari photographer.
80% sangat tak berpuas hati le dengan photographer kami.
Tak berbaloi langsung bayar RM650 tapi gambar sikit + takde apa-apa effect (macam bokeh, lighting bla bla bla) + outdoor pun sikit sangat dorang snap.  Udahla datang lambat, sesat pulak tu!
 Perantin laki datang.. nasib tak pakai kasut dari bawah hehe
 Hrmmm hrmmm... jangan main-main mata dengan bini akuuuu!
Moncong-moncong itek akak ipar ku itu.. awat kakkk?  hihi.

Sudahlah kita yang arahkan dorg (mereka berdua.. yg real photoghraper tu 3pm baru datang ok!
Yang datang 12pm tu ialah photographer ganti!
Ada ke patutu duduk je dalam rumah.. bengang gak kitorg!
 Pok amai-amai.. blakang kupu-kupu.. eh, belalang kupu-kupu!
Sempat lagi le pulok orang kat belakang tu ciom pale hahaha
(famili belah laki)

Tang outdoor tu lagi la.. tak sampai 30minit.. dah pulak dorang nak balik!
Adoyaiii!  Kita pulak yang arahkan dorang snap gambar kandid (ye la.. gambar dukung-dukung takde, gambar momen2 best pun tak ada.. semua biasa-biasa +gambar kejung.. hmm).
 Ni lah dia pasangan perantin yang tak reti duk diam + tak reti control macho / ayu.
Meme tak bules duk diam haha!

Bayar RM100 pun cukup le kot, yang dorang cuci tu.. gamba bodo-bodo je.
Guna kamera bodo pun buleh kalu gitu.. adus!
Nasib tak amik story book (Baik buat photobook sendiri je la uolsss.. below rm100 jah!)
Ek ah ek ahhh... nak makan kek, kita menari bujang lapok dulu!

Masa dapat cd tu, banyak gambar tak ada.. so kami cakap nak semua jadi ke tak jadi ke nak semua.
Dia jawab "kita amik gamba yang terbaik je",.. ces tak buleh terima!
Kata unlimited.. kalu UNLIMITED... BAGI AJELAH SEMUA.
Sudahnya depa bagi jugak hehe.

Bujang lapok tak jadi daaaa!  Lawok eh gamba ni!

Anyway.. jom view gamba kandid & gamba lawak hihi.

24 April, 2013

Resepsi Part 1: Kamera Sendiri

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Just tunjuk gambar-gambar resepsi pada 24 Mac 2013 (Ahad) je lah ye?

 Gambar baju ditangkap pukul 2.30pagi masa tunggu pekerja pasang kanopi.. gigih pengantin tido lambat!
 Aksi-aksi tak pandai posing.  Tebal gila kan mekap mak andam ni?  "I is" don laik!
 Terasa macam ansem pulak abam saya muahahah & saya tak kuasa dah nak duk sopan santun.. penat oiii!
 Gambar paling kiri is my besty since 5years old.  Dia lah tukang mekap hari akad nikah & bertandang heeee (lagi cantik mekap beliau dari mekap mak andam.. pfttt!)

 Guestbook & gambar paling kanan adalah bersama boss saya (beliau berdiri paling kiri).  Lelain tu p.a dato' pengarah & bekas driver dato' :D
 Pukul 5pm++.. kami lah pulak jaga meja guestbook.. penat nak layan tetamu (bukan sombong tapi seriously penat.. nak-nak lagi baju iolssss meleret2 kekeke).


Tak banyak gambar sebab famili semua sibuk melayan tetamu ehehehe.

23 April, 2013

Contact Lense: Sudah-sudahlah!

Untuk majlis respsi kat rumah saya, saya memilih untuk memakai contact lense.
Beli beberapa hari nak kawen.  Orang tu ajar cara pakai tapi yang best nya iols tak belajar cara buang wahaha.

Malam tu pakai contact lense tapi silau la.
Sudahnya pergi umah inchek tunang (time tu),
dekat 1jam gigih nak buang CL tapi tak berjaya.

Inchek tunang pulak marah-marah.
Berair mata iols (sebab nangis kena mare & sakit mata huhu).
Dah habis cara nak buang tapi tak berjaya.
Sudahnya jatuh secara tak sengaja lepas tu ilang terus.  
Tapi tak apa sebab ada 1pasang lagi.


Hari respsi tu pulak, mak andam cakap "awak ni pakai cermin mata ke?  Kalau awak pakai cermin mata, saya tak mahu mekap kan!"  Mak oiii kena sound lepas tu saya cakap le ada CL tapi takut nak pakai, mujur mak andam pakaikan hehe.

Malam tu terus suruh abam buangkan.. tadaaaaa tak sampai 1minit both CL dah buleh buang.
Dan yang paling bestnya saya buang CL tu dalam tong sampah.  Goodbye forever!

Saya tak akan pakai CL lagi hahahah.

(entry auto publish)
 

08 April, 2013

Majlis Akad Nikah

23 Mac 2013 (Sabtu)
Gambar sikit jah sebab yang tukang snap gambar ialah abang.. dia tak bagi lagi gambo huhuu.

Famili SIL datang dari KL hehehe

Minta tolong bespren datang mekap jah sebab kalau upah mak andam RM150sekali mekap.
Biasa la pengantin bajet + dekkut haha.
Booking tok imam mulanya 11pagi tapi dilewatkan sikit ke 11.30pagi sebab both pengantin lambat.
Yang bestnya kena marah kat tok imam sebab tak call pagi tu hahhaha miss communication... mana lah tau...
Lepas tu memandangkan both pengantin lambat bersiap maka call Tok Imam lewatkan kepada 11.30pagi pulak, buleh camtuh?  Hahah nasib baik tak ada orang kawen pada 23 Mac 2013 tu.  Kami je satu-satunya pasangan yang kawen kat area tu.
Pallete yang baru dibeli

Iolss kat atas suruh bagi kain sampin kat pengantin lelaki huhu

Sesambil saya mekap, sempat lagi keluar bilik buat kerja.  Mami pulak lambat gi kat dia, dia marah.. adoi serba salah makkkkk!  Kalau bukan iols kawen tak pe lah gak nak keluar masuk dapur.
Anak buah

Tok Imam betul-betul sampai 11.30pagi tapi pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi.
Saya call time tu, katanya belum siap.  Mak oiiiii patut pengantin tunggu tok imam tapi tok imam tunggu pengantin huhu cuak dah saya.
Ruang tamu rumah iolsss... penuh nih.. malu iolss!

Bukan cuak apa, kadang-kadang iols selalu pikir bukan-bukan macam "dia tak jadi datang, dia tak nak datang, dia tak jadi kawen dengan iolsss".. oh mai gucci, mana iols nak letak muka?  Huhu.
Mejlis simple jahhh!  Jamu nasi kerabu

Sudahnya pengantin lelaki sampai 11.45pagi, himself yang drive.
Sudahlah kain pelikat dalam bilik iols.  Meme sempoi habis (tak pasal-pasal abang iolss bebel kata "FIZI TU SELAMBA DIA JAH.. DAH LA DATANG LAMBAT, DENGAN TAK BERSAMPIN NYA... PAKAI SAMPIN KAT GARAJ JAH.. KALU KAT KL, TOK IMAM BALIK DAH!"  Huhu nak buat guane :D
Lepas tu himself terus naik.  Iols duk dalam bilik.  Tak sampai 5minit, tok imam panggil saya untuk minta izin saya samada nak kawen atau tak.  Iols kata izinkan je le (tok imam tanya sendiri sebab iols kan guna wali hakim).  Lepas tu terus masuk bilik.  Tak sampai 2minit lepas tu, iols keluar balik.. ehhhhhhh... DEN DAH SAH JADI BINIK ORANG.  Huk aloh, tak sempat dengar beliau lafaz.  So tak sempat la nak fefeeling syahdu gitu :-(
Duduk jah kat bantal tu, dah siap doa.  Huk aloh, very fast?  Maybe tok imam malas tunggu dah kot.. pengantin lama sangat hahaha.  Sekali lafaz je.. chaiyok abam! :D
Duit hantaran susun dalam album.. nasib baik tak gubah, kalu tak.. jenuh iolss nak bukak balik hehe.
Ada duit 4sen & 20sen sebab ikut no. i/c iolsss hehehe! ***324-03-5***

Lepas tu abam solat sunat.  Then abam menyarungkan cincin.  Amvoiiiii... segan i noksss... ramai mata memandang ehehe.  Gambar idoklah banyak sebab gambo dalam kamera abang.. nanti iols update lain!
Takde mekap, lepas makan ni.. malass eh nak tacap!

Lepas tu makan, selamba rock.  Lepak-lepak jap pastu tukar tracksuit.  Pengantin sempoi.  Arghhhhahahah!

Sambungggg....


02 April, 2013

Persiapan Walimatul Urus

Kita start dari awal lah ye?  :P
Persiapan buat awal lagi (beli barang sikit demi sikit, kemas bilik, langsir, etc).

Plan lepas kawen meme nak tidur kat main room tapi rasa takut sebab bilik tu luas + sebelah ruang tamu so tak syok la nak keluar masuk kalau ada tetamu.  Siap beli langsir segala tapi akhirnya buat sebagai bilik pengantin + bilik tamu je hehe.

Pelamin dipasang seawal 6hari sebelum walimatul urus.
Bukan pasang sepenuhnya tapi pasang tapaknya dulu la.. 2hari sebelum majlis baru siap.

Meja beradab buat kat garaj je lah!

Amik pakej MINI PELAMIN, MEJA BERADAB, BILIK TIDUR dengan KIKI SHAQIE BRIDAL yang terletak di jalan bayam, kota bharu (01116891926).  Best kija dengan abe ki ni.  Baju nya banyak yang lawa-lawa walaupun kedai tidaklah besar mana.

 Pemandangan dari luar rumah.

Alang-alang, saya amik semua dengan abe ki termasuk photographer (RM650 jah.. tak amik story book sebab buleh buat sendiri photobook) & kanopi sekali.  So pakej dalam RM3670 (kena cek buku sakti balik lah, tak ingat hehe)

Bertabahlah tengok rumah berkubang :P

Abam dengan gigihnya menggubah sendiri barang hantarannya.
Nasiblah abam kreatif orangnya (wahahahaha perasan la tu saya puji!)

Kaler hantaran tu meme tak ikut tema sebab sewa par pun dengan orang.. takde kaler tema lak tu huhu.
Tapi tak apa le, yang penting ada par.. kalu takde par.. letak je dalam plastik sampah itam tu hahahahah (abam la kata, bukan saya kata).

Sebelum tu terima tasbih dari N9.  15kg uolsss... berat!  Iols angkat sorang-sorang.. berpeluh!
Ye la, rumah saya mana ada lelaki.. kena la angkut sendiri :-(

Budak bulu menjaga segala gudibeg :P

Lepas tu isi dalam gudibeg... total semua sekali dalam 600paperbag + 120 kotak VIP + hampir 50 brown paperbag.  Penat mengisi.. sudahlah tak ada space dalam rumah tu (ada je space tapi mak tak kasi berselerak.. ala nama lagi nak kenduri.. harus lah berselerak!)

23/3 (Sabtu) baru lah pasang kanopi.  Dari 11.30mlm sampai subuh.
Ingat nak tunggu tapi takkan la pengantin nak tido lambat?
2.30pagi saya membungkang tido huhu.

Pagi majlis tu barulah pasang banner (amik kau... BANNER tu.. malu jugak!  Sebenarnya saya ni buta apa bezanya BANNER & BUNTING kahkahkah!)  So hasilnya meme jadi banner huhu!  Mati idea juga nak letak mana sebab besar sangat, nasib baiklah abang & jiran saya timbul fikiran nak letak kat gate he he he.

Meja guestbook tu pula, abam sendiri yang hias.  Nak suruh saya meme tak reti la heee!
Nasib baik beliau ada meja banquet.  Kain kuning tu beli aje lah.  Lapik meja tu beliau guna shawl hitam.
Saya rasa was-was juga sebenarnya nak buat sudut guestbook ni sebab nya sepanjang majlis kawen yang saya pergi di Kelate, baru sekali saya jumpa orang buat guesbook corner nih.
Tapi sebab saya ni bukan spesis SUKA IKUT CAKAP ORANG maka saya buat jugak guesbook corner.

Kalu tengok perbezaan... macam baju gergasi je pulak kan yang kuning hitam tu?  hehe!
Baju baru jahit uolsss.. korang mampoooo? :D

Ok itu aje la persiapannya kot?  Hihi macam banyak lagi tapi malas ne nak taip nih!
Sambung lain kalau ingat apa-apa nak update :P


01 April, 2013

Kami sudah sah....

Pada 23 Mac 2013 (Sabtu) yang lalu pada jam 11.50pagi.. dengan sekali lafaz (chaiyokkkk abam!).
Saya tak sempat dengar dia lafaz sebab saya dalam bilik.
By the time keluar, dah start berdoa.  Huk aloh, tak sempat nak fefeeling syahdu gitu huhu.

 Beli pallete tapi tak guna pun.  Mintak tolong kawan jah make up kan.

Malu jugak sebab ramai.  Iols udahlah cepat nebes kalu ramai-ramai nih.
Udahlah abang je yang jadi photographer, malu pulak hihi.

 Seksa weh pakai baju ni.. last minit tukar putih.. patut hitam.  Berlapis-lapis kena pakai!

Pengantin sempoi.  Kena tegur sebab mekap tak berapa nak nampak. 
Ok lah, tak mau over sangat sebab akad nikah aje pun.
Lepas makan, terus tukar track suit :P

 Lepas akad

Lepas lunch, takde make up dah~

Cincin kawen.. no berlian-berlian eh.. ada aiii kesah?

Rasa macam tak caya.  Betul ke dah jadi bini orang ni?  Ekekekek!

Sambung lain, mood bercerita masih belum mari + gambar banyak dalam kamera abg, nantilah cite lain:P