Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Irdina Ufairah. Show all posts
Showing posts with label Irdina Ufairah. Show all posts

09 April, 2017

Kids Catwalk- Dina Naib Juara

Pada 7-8 April 2017 yang lepas, kami pergi Family Day Taska tempat Dina belajar di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.
Taska dina tu khusus dari 2bulan-4tahun je so rasa mcm cute2 je kalau join hehe.
Naib juara out of 20++ kids/
Bulu ayam beli kat MR D.I.Y jah.
Bagus juga naik sorg2, boleh built in confidenc kids tu

Part KIDS CATWALK tu, terpulang kepada parents nak hias anak cemana termasuk dengan aksesori2nya.  Yang ni open to anak2 family lain yang join family day.
Kita nak dina pakai kebaya brukat dari Indonesia tu tapi abah dina pulak suruh pakai baju princess.. bertegang lidah di sittu ekekeke.
Princess Dina

Itu hari kebetulan kami pergi Surabaya, jumpa kedai pakaian princess kat ITC Mall maka beli lah.
150rb (50hengget bak hangggg!) tapi tak pe lah, contest punya pasal.  Kalau nak beli sesaja buat basahan, mmg tak beli la hehe.
Sebelum contest 
Bunga kat kepala beli kat ITC Mall jgk 20rb ?(RM6)

Mula2 risau jugak sbb kita suka LAIN DARI YANG LAIN.  Kalau baju princess tu biasala, girl2 mesti pakai baju princess punya.  Tapi redah je la.  Kids yang lain ada pakai baju doktor, Elsa, pakaian muslimah, bollywood, spiderman, baju korporat dll.
Pelbagai ragam.  Yg pakai tudung tu 4tahun, bff dina.

Juri adalah parents sendiri.  Abah dina lagi best, bagi markah full untuk dina haha.
Ada 3kategori:  CUTENESS / CONFIDENT / POSING.
Masa umum ni, dina tgh main kejar2 dengan kawan2 dia.  Lps amik hadiah, terus cabut lari main.  Balik bilik baru kecoh2 bgtau dia menang hahah adoi anak ku!

Kat bilik kita ajar mcm2 kat dina supaya jalan tu lambai tangan, jgn la CAT WALK mcm pendidik ajar tu:  kelakar, dina jalan hampir terlanggar dinding hahaha.  So kita suh jalan biasa jah!
Masa dina nak naik stage, kita yang nervous youuuu!  Nasib baik dina tak nanges sbb kita suruh dia tido dulu sebelum contest :-)

Yg kiri tu juara, mia 4tahun.  Pakai baju saloma gittew haha.  Kebetulan 1meja jugak dengan kitorg.

Abah dina siap bagi markah ++ lagi untuk mia sbb mia memang confident :D


Apa2pun, kita enjoy join family day taska, buleh kenal parents2 lain jugak :-)


08 February, 2017

1st Update 2017- Dina Masuk Taska

Assalam... wah gilerrrr la lama tak update.
Memang bizi.. serius bizi ya amat haha.. Itu hari nak update blog... aci nak taip tajuk..ada kija pulakk!  Hu Hu!

Back to story lah (bukan ada nak baca pun taip panjang2 + blog dah bersawang tebal, takde reader dah rasanya heee)


29/12/2016 (Khamis)
Tetiba dina asyik ckp NAK GI SKOOL.. pagi petang siang malam.
Umi & abah pulak tak plan pun nak hantar dina skool sbb nak kasi dia kawan puas2 dulu dengan tok mek dia (pengasuh).
Ish tak boleh jadi ni so last minit decided cari taska.
Hari test duk taska 30minit, tak nak masuk dalam sebab nak main kat playground.
Baju merah tu kak wani (pendidik situ).

Cari punya cari, dapatlah yang dkt rumah ni.
Tertarik dengan aktiviti yang dorang update kat FB.
Sbb certain-certain taska... IT'S JUST A TASKA.. jaga budak without any activities.
++ taska ni ada CCTV.
Nak main je walau mata dah ngantuk

So try bawa Dina 30minit, eh suka pulak dia.. so memang confirmlah hantar situ hehe.
Situ terima dari 3bln-4years only with 5pendidik + 1pengurus.
Total 16kids only 😎

1/1/2017 (Ahad).
REGISTER DINA KAT TASKA.

Registration fees:  RM205 (insurans / uniform dll- tak ingat haha)

Montyly:  RM250 (3-4tahun) / 3bln-2tahun (RM300).
Ahad-Rabu:  7.30pg-5.30ptg / Khamis:  7.30pg-4.30ptg.

Kita apply cuti 2days kekononnya nak stay for a whole day situ kut dina nanges.
Tp alhamdulillah, kita duk 1jam je (for registration & briefing)... pengurus guna kaedah dia la nak suh kids leka & tak bg ikut parents balik.  Dina sempat nanges 2minit je kut hehe.
So esoknya kita cancel la cuti (Sayang weh, better tolak GCR banyak2 heeee).
Control your body

Hasil dari 1st day, Dina tak nak balik.. handoiiii!
Penat pujuk baru nak balik hehe.
 Secure

Selepas 3minggu Dina kat taska, 1kemajuan bila Dina dah diaper free (not fully 100% la).
Dah pandai cakap nak kencing / nak uk uk.
Seminggu pertama tu bocor lah jgk tp proses pembelajaran beb!
 Cakkkk

Tak apa-apa masalah lagi setakat ni.
Dina memang seronok gi skool.
Dah boleh hafal ABC, numbering, alif ba ta.
Kalau kat umah paksa kita baca doa mkn dulu heehe.
Belajar Alif Ba Ta

Kita pun suka sebab taska tu memupuk aktiviti menabung.
Dorang akan catit setiap hari.  Once tabung full, dorang akan bg semula 💗
Collage

Pagi abah dina hantar (sebab mmg dah ontheway kija).
Balik kita amik (walaupun memang tak ontheway langsung!)
Tabung Dina kat taska (rase secure sikit.. kalau simpan kat umah.. tahun lepas penyangak amik tabung dina.. rasanya almost 1k kot dlm bekas besar gabak dari ni)
Ahad wajib pakai uniform.. semua hensem & tomey.

Ok itu saja kisah dina & taska.

20 October, 2016

Air Asia KB-KL 11 Okt.2016

11 Oktober 2016 (Selasa).

Flight KB-Kl 6.55ptg-8mlm.
Dina bersemangat betul bila tgk flight @ sebut je AEROPLANE, mesti dia nak naik.
 Umi dina buntu tak tau nak bwk mana 1.  The end, abah dina lipat & susun semua hehe!

Dina siap beli beg troli utk dia bawak sendiri.
Thn lps bila kasi beg sandang kecik kat dia, dia tanak bawak pung.
 Aksi dina dgn beg nya
 Peace yo!
Dina 2tahun 9bln
 Bah bah bah... nak naik opelane
 Bye bye semua!  Dina nak naik opelane ni.
 Aktiviti dlm flight.

Alhamdulillah dina tak meragam sbb dia mmg suka naik flight.
Toys2 dina memang banyak aeroplane / car hehe
Sesambil tunggu shuttle van, dinner kat Texas dulu.

Penantian sia sia.. grrrr.. kalau tahu.. amik cab je ke hotel.
nanti next update.


Ok lah kita sambung lain... kita bz larrr tak sempat berblogging sgt pun huhu.

21 March, 2016

Mini Playground: Hadiah delay dina

Kita memang suka tengok flyers / iklan dlm newspaper dkt2 Raya Cina.
Kenapa?  Sebab sale kaw2 & barang murah luarbiasa.
Aritu kita tertengok iklan Giant.... Mini Playground RM298.. wah giler murah?
Kita jumpa orang jual RM420paling murah termasuk pos.
So kita apa lagi, pergi ke Giant Kota Bharu untuk beli.. sekali staff Giant tu kata Giant Hypermarket jah ada.. KB ni Giant kecik jah... alorrrr kuciwa di hati.
Katanya paling dekat Giant Terengganu.. aduh takde kija pulak aiihhhh nak gi sana.. kos minyak lagi!
Sah 3hari je aritu!

Otak ligat berfikir nak kirim kat siapa!
tinggggg.... teringat kat kazen duk seremban.. rumah dia memang dkt Giant.
Dia kata boleh jah tlg beli & tang tu gak kita transfer RM.
Giant KB share dgn parkson (gambar gugel)

Esoknya dia gi beli, bapakkkk besor... 24kg sian dia.. dah la dedua tu pempuan huhu.
Kita mintak dia pos sbb pos RM30-RM50 je.. sekali kazen angkut kat pos ofis katanya RM300++ pos laju.. eiii aku kurang percaya betullah.. sudahnya kita suh dia angkut wat blk semula.. sian dia!
 Abah dina sampai tak rehat.. terus pasang demi dina

The end kita kata nanti kita amik nanti wedding adik dia 27/2 tu.. ok fine memang kita gi amik.. memang kotak besar gabak.. tak muat kereta tp bila buka2.. alahaiiiii sumbat2 dlm kereta camtu muat je.. kotak aje besor huhu!
Dina tak menyabor2 nak main dah.
Kita kata 28/2 boleh main sbb dah balik Kelate.

Sepanjang dalam perjalanan KL-KB dlm keta tu... dina memang meragam... tido je!
Gerak sikit dia marah, kita garu gatal sikit dia mrh... mmg kena cam patung lah hahah.
Nak gurau dgn dia pun takmo!
Heheheh tak siap pasang lagi neh dah main dah!
Ilang terus meragam dia tu

The end sampai umah 7mlm tu.. dina masuk umah nampak basikal dia.. terus elok je tak meragam.
Bila pasang playground tu lagi la dina tak meragam.
Waduh waduh... Dina memang tak suka angin KL kot :D
Gambar tak berkait dgn playground... ni lah kija dina... tiap2 kali lps mandi mmg jenuh nak bajukan dia huhu!  Tu menyorok lah konon :P

Kita nak Dina happy & tak bosan kat umah.. at least ada benda dia buleh buat hehe.

18 March, 2016

Budu? Budu?.....

Jumaat lepas kami 3beranak keluar ke Kubang Kerian nak gi cari barang untuk sumbangan (hasil sumbangan para dermawan).
Sebelum tu singgah dulu untuk breakfast.
 Masuk je parking..  Dina bersuara.

Dina:  uming.. nok acikkkk?!!  (umi.. nak nasik!!!)
Abah dina:  Nasik dgn telur nak?
Dina:  (sesambil angguk)... budu? budu?
 Acikk dgn lor (telur) jah.. budu takdok!
Uncle tu bg free jah nasi sbb sikit.. dia kira telur jah.
Kami laki bini mkn roti canai.

Haaa?  kakakakak terkejut makkkkkkk tetiba dina mintak budu!
Next time jln2 kena bawak budu lah kot hehehhe!
Ye betul... memang dina makan budu, kita tak tipu :-)
Bakul untuk sumbangan.  Kenapa beli bakul?
Senang nak buh brg2 keperluan spt gula / tepung / biskut / gula / susu dll.
At least penerima sumbangan boleh guna bakul ni :-)
(sumbangan apa dalam jenis bentuk kami terima.. memang sentiasa on)

Dina memang terserlah "pure kelate" sbb kecek pun kecek kelate... umi abah dina "bercakap di luar" pun.. dina still ckp kelate sbb nya keliling umah pengasuh dina tu semua "orang2 lama".. pengasuh pun "orang lama dah bercicit"... dats why la hahahaha!

SATU, TIGE, LIME, TUJUH (aik.... dina kira langkau2... hahahadus)

16 March, 2016

Bandung Day 1 Part 3- Pasar Baru

Sangat lama kan nak sambung cerita Bandung ni?
Takpe nanti saya usahakan sampai habis.

BADUNG DAY 1 PART 1
BANDUNG DAY 1 PART 2

Luar Pasar Baru


Lepas pergi Garaha Persona, kami terus menuju ke Pasar Baru.
Rasa mcm lama sangat dalam Avanza tu so kita tanya "Berapa jauh lagi ya pak yayat?"
Katanya "gaa jauhhhh... kalau tak jem, 30menit lagi"  huhu ok!
Yang ni dia nampak.. yang ni lah dia nak... duk heret je beg troli tu tapi nampak yang lain, dia tak nak dah beg ni hehe

Masa ontheway tu, lalu 1jalan yang kiri kanannya ada gerai2 jualan so tanya pak yayat lagi apa menda tu?  Katanya itu Cihampelas Walk.  Ohhh itulah dia?  Pernah masuk dalam SESAT kat Astro Ria.  Rasa mcm menarik jugak tempat tu.
Ok kita try beg spiderman pulak

Penat betul perjalanan asyik macet je tapi akhirnya sampai juga.
Kami sampai di Pasar Baru tu.
Keliru jugak mula-mula tu sebab masuk parking memang gelap sangat.
Cahaya pun malap-malap je.
Kitorg dah cuak sangat nih haih.. pak yayat naik dan terus naik.. eiii gerun pulak.. betul ke ni.. kang tak pasal kitorg jd mangsa bunuh huhu sampai camtu sekali kita pikir.
Kasut kanak-kanak

Bila sampai tu, kami dijemput seorang hero bernama HERO untuk mengendalikan kami.  Pak Yayat kata takyah risau.. dia akan tolong bawakan kita ke mana tempat yang murah & bagus.  Tak perlu bayar pun kat HERO sebab dia memang dari Hayukka Bandoeng tapi perasaan cuak + risau masih menebal dalam diri.. rasa macam tak caya je.. kot le tetiba HERO bawak kami ke tempat yang "udah diarahkan" iaitu kedai yang dia dapat komisen.
Kasut kanvas cantik tapi memang tak berkenan di hatiku

HERO bagus gile ok... setiap apa yang kita beli tu, mesti dia amik & bawa kan.  Kawan kita beli beg troli pun.. dia tlg bawak beg troli tu.
Kita "kehilangan" abam dari pandangan mata pun.. HERO tolong kasihtahu kat mana abam duduk (abam tu besa lah.. tak pandang dia 2saat pun.. cepat je ilang,.. kalah budak tecik hih hih).
Abam rambang mata pilih kasut

Pasar Baru ni memang banyak tingkat.
Kita start dengan yang paling atas.
Ada food court dorang.
Memang terliur tapi oleh sebab kami baru aje makan, makan lupakanlah hasrat.. nak minum pun kot kenyang sangat.
Lagi-lagi kasut
Beg troli pulak.. murah kot... tak tanya harga sbb tanak beli beg

Tingkat atas sekali ni jual kasut / handbag / bag.
Kita pusing-pusing tapi 1pun kita tak teruja dengan kasut-kasut tu.
Maaflah, bukan kasut depa low class tapi sebab attitude kita sendiri yang memang cerewet dgn kasut.. susah nak berkenan di hati.
Makan minum... sedap je nampak
Tak tahu nak bezakan Malaysian @ Indonesia yang tengah makan minum tu

Akhirnya di Bandung ni lah abam terjumpa size dia.... iaitu size 5.
Kat Malaysia susah weh nak cari size dia.. paling kecik pun asyik size 6 je!
Tu pun punyalah lama abam pilih... penat kita tunggu!
Bermacam-macam jenis handbag / bag tapi tak beli.
Berkenan nak beli tapi bila fikir2 balik.. kita bukan tukar beg tiap2 hari pun, koyak baru beli hehe

Dina pun sibuk duk mengetest kasut / selipar.
Tapi kita tak beli pun sebab takde size dia!
Dina sibuk duk gelek beg troli je hehe.
Sneakerz stylo mylo.
Bujang2 mungkin pakai lah kot, sekarang be simple jah la
Abah.. omeyyyyyy chuh tu (abah.. comey shoes tu)

Pastu pusing lagi.... kita belek-belek handbag.. ada lah yang berkenan tapi kita bukanla gile sangat dgn handbag maka tak beli lah.. lagipun kita fikir payah le nak sumbat2 handbag ni.
Budak ni pulak yang rambang mata pilih spek
Abah dina le mengjor buat mulot selpi nehhh!

Turun tingkat bawah... dina berkenan dengan spek.
Dalam banyak-banyak barang.. spek jugak dia minat hahaha.
Dapatla seketui harga 10ribu hahah!
Tengok benda lain dina tak minat pun mcm mainan apa semua-semua tu.. minat spek je.
Rumah kaos
Nak cari kaos cecantik & murah2... dtg kedai ni k?

Kita pusing-pusing lagi kekonon cari turbanbaby... tp alahai buruknya!
Sah lah memang kena order online je heheheh!
Pastu tak tahu nak beli apa... orang lain gile shopping,.. kita tak la shopaholic sangat (kaki shopping mesti bosan gile dgn kita!)
Antara kaos yang banyak pilihan

Turun bawah terjumpa satu kedai kaos ni.. cantik!
Kat Malaysia ada la jual kot tapi mahal.
Kat situ berapa rb je heheheh!
Kita rembat 3helai.
Kedai ni HERO rekemenkan juga.
Upah air untuk dina

Di Pasar Baru ni kita akan sentiasa diekori dengan penjaja2 seperti jual keychain / fridge magnet / beg / air / kipas dll.  Kita beli beg telekung.. 10unit = 100k.
Kita beli untuk kasi souvenir.
Fridge Magnet pun kita beli kat Pasar Baru.  1keping 50sen je pun hihi!
Jaket pun murah2 gila hokkay!
Abam rembat 1 (tak ingat harga tapi below rm100)
Dia udah uk ukkk!
Ingatkan kedai jual turbanbaby kids tapi rupa2nya pesen dolu2 punya turban.. hu hu beli online aja dehhhh lagi cantik!
Yang bawak beg kat depan tu hero kami nama HERO :P
Cakkkkkk!   Dina nih suka sgt main eskalator... pantang nampak.. kalau tak kasi dia jerit la sama itu Pasar Baru
Grosir kain batik & pelekat pulak
Kita turun lagi, aras jual kain pasang pulak.
Tak minat la.. so jangan ditanya berapa harga, kita memang tak berminat nak tanya pun huhu.
Ada kain cotton / renda / kain sulam / telekung / sejadah dll.
Pastu turun lagi... kita decide nak beli kain pelikat / kain batik untuk sedara mara.
Punya syok membeli... untuk kitorg selai pun nan hadooo hadoihhh!
Kat sini banyak gile abis... bukan beli yang dogol2 ye.. yg ini mahal sikitlah utk sedara mara rapat kannnn!  Borong dalam 25helai.
Dina dah penat
Masa nak turun lif ni.. tetiba jumpa mamat jual keychain cakap kelate.. huhhhh?!!!!
Kompius kita.. org kelate ke orang Indonesia?  Huhuhuhu!
Cihampelas Walk

Lepas beli kain pelikat / batik tu... kitorg decide nak balik.
Kalau ikut hati kita, nak sambung lagi sampai bawah sekali tapi oleh sebab kita pun pergi dengan kawan, kita kesian jugak kat dia.
Kita bagi tips sikitlah untuk HERO... tapi serius lupa lah nak snap gambar dia.  Sokmo senyum... eiiii baguih budaknya.. muda lagi dalam 20-an.
Dia tak nak amik pun sbb katanya dia udah dapat gaji dari Hayukka tapi tak apa lah, rezeki dia yang sangat murah dengan senyuman & ringan tulang angkut barang kitorg :-)

Kelihatan menggiurkan

Bila keluar bangunan Pasar Baru tu, macam nak singgah beli belah kat luar tu tapi malas lah sbb pergi ramai-ramai, tak syok aaa hehehe.
Kita mintak Pak Yayat singgah Cihampelas Walk kalau masih awal.
Mahu jadi apa?  Pilihlah coklat apa yang anda mahukan :D

Sepanjang perjalananan tu Dina tido.
Sampai C-Walk pun Dina tido adoiii.
Bila masuk C-Walk Mall pun dina tido.. tak dapat lah dia makan nasi goreng di Tea House.
Sedap ok!  Sila cuba!
Rasa nak try semua!
Kita jalan-jalan dlm C-Walk tu kejap je.
kawan kita makan kat McD.. hehheh kita tak minat la sbb kat Malaysiapun ada.. gi negara orang pun makan McD... bila gi negara orang, kita suka merasa makanan di sesuatu tempat tu.. janji Halal :-)
Kita try mkn roti tu.. sedap gak!

Lepas tu kita jalan-jalan kat Cihampelas tu.. kalau banyak masa, memang kita jalan je tapi tengok kawan kita dah tunggu dalam kereta so nak taknak memang kena cepat lah.  Kita cari tshirt utk staff dan ex-staff kita.. boleh dari takde langsung kan?
Masing-masing makan nasi goreng.
Abam nak order sama dgn kita tapi kita suh try lain le... at least boleh merasa kannn?!
Serius sedap!

Kat cihampelas tu mcm2 ada jual.. ala2 kat Wakaf Che Yeh la... pandai keccek kirro.. dapatlah murah. Area2 tu pun ada jugak mall2 yang jual murah2.  Pastu kita teruskan perjalanan balik hotel lah.
Penat gak sbb jauh dari hotel.. dekat 1jam baru sampai sbb jalan asyik macet je.
Tak puas berjalan huhuhuhu!

Ok kita sambung!