Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

14 March, 2014

Susu Formula Oh Susu Formula

AMARAN AWAL:  KU TAHU LAH SUSU IBU ITU SUSU PALING BAGUS DI DUNIA SO JANGAN PERTIKAIKAN JIKA BACA ENTRY INI!

Dilema sungguh bab nak pilih susu formula nih.
Duk riki-riki pengalaman ibu bapa kat internet.. ada yang kata itu, ada yang kata ini.

DUMEX DULAC.
Dari hari pertama lagi Irdina diberi susu formula (di wad lah maksud saya!), sehingga hari ke-4.
Masa gi lawat dia tu bagi jugak le tapi tu pun kolostrum aje la yg keluar pun!
Yang paling bijaknya, saya tak tanya pun HUSM bagi susu FM apa ehehe!
Dumex Dulac 650gram RM18.10

Balik jumaat malam tu, Irdina duk nanges kelaparan je... ku pasroh aje la susu ku memang sendu!
Abam pun secepat kilat kuar 11.50pm cari susu FM, nasib ada 1kedai 24jam bukak kat Bunut Payong tu.. maka belilah Dumex Dulac 350gram (RM10.70).  It's better than nothing!  Nasib le Irdina minum!
Anmum Langkah 1.
200gram RM16.90
650gram RM50.50 di Manjaku & RM53.50 di Salamku. 

ANMUM LANGKAH 1.
Abis DUMEX DULAC.. saje gedik gatai nak try ANMUM.   Masa tu terpengaruh le dengan iklan bagus bagai + konon susu mahal tu lagi bagus (merepek je kan!).  Kali ni Irdina minum Anmum serupa macam ESOK DAH SELAMA2NYA DAH TAK STOK SUSU.. selera sungguh dia!  Tak pernah le tak habis! Sempat la beli 3kotak.
S26 SMA 650gram RM37.
SMA Gold 650gram RM58.

S26 SMA.
Then riki-riki lagi kat gugel "SUSU YANG MENAIKKAN BERAT BADAN" so para-para sakura ibu bapa mencadangkan susu S26 SMA @ S26 Gold untuk menaikkan berat badan.  AGAINNNN saya terpengaruh!  So belilah S26 dengan harapan berat Irdina naik mencanak-canak. Tapi nampaknya TAK BERJAYA!  Irdina tak suka hokkay!  Terus dia muntahkan susu tu.. tak pasal-pasal 2hari minum S26... asyik tukar baju je kerja Irdina (ye la muntah kena baju.. tukar le hehe).  Maka riki-riki lagi... then baca komen-komen yang menyedarkan dirku ini dari LENA!
Ni berdasarkan kandungan DHA dalam setiap 100gram.  Nutrisi utk perkembangan otak.
Kalau gitu, kandungan DHA Anmum rendah sikit berbanding Dulac 45.4mg hu hu hu.
Tapi tak semestinya minum susu yang sedikit kandungan DHA tu tak cerdik.. takde kajian eh cakap minum susu DHA banyak tu otometik jadi CERDIK / CERDAS / PINTAR BIJAKSANA :D

DUMEX DULAC & ANMUM LANGKAH 1.
Maka abam gi beli DUMEX DULAC (ku rasa suruh abam beli DUMEX DUGRO ehehe tak apa lah!) & Anmum.
Tengok Irdina minum sampai abis je.  Haaa nampaknya Irdina rasi dengan Dulac & Anmum je kot.  Tapi kalau dia minum Anmum lagi berselera huhu!  So lepas ni stick dgn Dumex Dulac & Anmum aje la!

Oh ye.. saya bf ye.. bkn tak bf.. tapi kuantiti nya sikit je kalu pam pun. sian le Irdina.. udahla kelaparan, takkan le nak biarkan kelaparan lagik kan?!  At least saya bagi dari tak bagi langsung, berselang seli bf dgn fm!!  Parents mana yang nak anaknya kelaparan?  Iskkk!

Moralnya, susu bagus bukan bergantung pada mahal @ murahnya harga tapi asalkan sesuai & rasi dgn baby anda!  Kdg2 mahal tu sebab pengiklanan yg gah, kita duk byr he he he!  Ala dulu2 pun mana ada susu fm mahal2.  Korang membesar dgn Dumex / Nestle / Nespray / Dutchlady je jgk kan?  Tapi korang tak dungu kan?  Sihat je kan?  Masuk U je kan?  Dapat gi oversea jugak kan?  He he he!  Negara omputih tak galakkan sgt iklan2 susu fm ni sebab dorang mmg menyokong 100% pada bf.  Manaku tau?  INCHE GOOGLE KAN ADA?!
Pernah terbaca komen seorang ibu ni:  KORANG INGAT ANAK KORANG TU LEMBU KE NAK BAGI FM?!  BAGI AJE LAH SUSU IBU!  PAYAH-PAYAH SANGAT CARI IBU SUSUAN.  Wah seorang ibu bercakap itu macam kah?  Setiap orang ada la masalahnya sendiri, jangan ingat orang lain KAYA MELIMPAH RUAH susunya seperti dia!  Cakap fikir perasaan orang lain jugak!  

Sekian panjang lebar :P

47 comments:

  1. Yer betul tdak semua susu formula sesuai ngan bayi dam mmg dudu formula d perlukan kerana x semua ibu leh bg susu ibu sepenuhnya
    Hambi jm ckp cam ada pengalaman je ek heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe takpe, tu semua pengetahuan.. cpt ke lambat ke... kena tahu jgk...

      Delete
    2. Hubungi / WhatsApp : 013 6448499
      Web : www.susuinsan.blogspot.com
      fb : www.facebook.com/susuinsanselangor

      Delete
    3. Sebelum ni ibu pernah guna susu yang sis kongsikan tu. Lama jugaklah pakai brand dumex ni. Tapi ibu tak mula pakai dari dumex dupro langkah 1. Mula mula pakai brand susu s26, lepas anak dah besar sikit baru kita pakai susu dugro sebab murah sikit. Oklah, susu ni anak anak suka sangat. Tapi yang kurengnya macam cepat basi.

      Delete
  2. kata orang kalau kita amalkan minum air pegaga susu ibu banyak... tapi lalu ke nak minum air pegaga yang dah di blander tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkye ke?
      Rasanya mcm penah minum 12thn yg lps... tak ingt plak rasanya guane.
      tp kalu suh buh gula... blh la minum kot hihi.

      Delete
  3. betul-betul.. memang susah nak cari the best milk tuk si manja.. Rasanya Macam semua yang ade kat pasaran semua bagus-bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua bagus2,,, cuma nak tau sesuai ke tak dgn baby kita yg pyh tu.
      Ptt tiap brand buat pek kecik.. senang nk try sbb tak semua brand ada pack kecik.

      Delete
    2. Hubungi / WhatsApp : 013 6448499
      Web : www.susuinsan.blogspot.com
      fb : www.facebook.com/susuinsanselangor

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ngah cari susu fm yang sesuai gak untuk baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi / WhatsApp : 013 6448499
      Web : www.susuinsan.blogspot.com
      fb : www.facebook.com/susuinsanselangor

      Delete
  6. Salam.. bleh tau brp portion susu dan air utk Dumex Dulac tu? Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam...ank saye thun ni 3thun...tp still mnum susu Dulac...sye dh try tukar langkah 2 tp die jd sembelit yg terok..
    Skrg Dulac dh tkr packaging ke Dupro 0-12bulan..tp ank sye sembelit jgk...sye dh buntu...Dh la beli susu stok sebulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi / WhatsApp : 013 6448499
      Web : www.susuinsan.blogspot.com
      fb : www.facebook.com/susuinsanselangor

      Delete
    2. Cuba beri step3 pastu kurangkn scoop.. Anak sy mcm tu gak lepas kurang sukatan susu baru ok..skrg dah 4tahun still minum dumex step4.

      Delete
  8. Assalam...
    Untuk Susu yang terbaik, menjamin anak-anak gembira sihat...
    Memperkanalkan SUSU INSAN, susu yang dirumus khas dengan Makanan Sunnah & Ekstrak buah-buahan terpilih serta dibacakan 30 Juzuk Al-Quran. Terima kasih.

    Hubungi / WhatsApp : 013 6448499
    Web : www.susuinsan.blogspot.com
    fb : www.facebook.com/susuinsanselangor

    ReplyDelete
  9. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Bahaya susu formula bayi

    ReplyDelete
  10. Apa perbezaan antara dumex dulac dan dumex dupro step 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun bf + fm...skrg bby 5 bulan..first try anmum tp sembelit..pastu beli dumex dupro 1..ok tapi berak kaler hijau plak...last2 sy cuba dutch baby 0-6 bln..alhamdulillah ok serasi..najis bby pun x ijau..blh katakan tiap hari berak..paling lama pun selang sehari...

      Delete
    2. Sy pun bf + fm...skrg bby 5 bulan..first try anmum tp sembelit..pastu beli dumex dupro 1..ok tapi berak kaler hijau plak...last2 sy cuba dutch baby 0-6 bln..alhamdulillah ok serasi..najis bby pun x ijau..blh katakan tiap hari berak..paling lama pun selang sehari...

      Delete
  11. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete
  12. setuju tu.... bukan seme org rezeki byk susu

    ReplyDelete
  13. 4028A
    ----
    ----
    ----
    ----
    matadorbet
    ----
    ----
    ----
    ----

    ReplyDelete