Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

20 October, 2016

Air Asia KB-KL 11 Okt.2016

11 Oktober 2016 (Selasa).

Flight KB-Kl 6.55ptg-8mlm.
Dina bersemangat betul bila tgk flight @ sebut je AEROPLANE, mesti dia nak naik.
 Umi dina buntu tak tau nak bwk mana 1.  The end, abah dina lipat & susun semua hehe!

Dina siap beli beg troli utk dia bawak sendiri.
Thn lps bila kasi beg sandang kecik kat dia, dia tanak bawak pung.
 Aksi dina dgn beg nya
 Peace yo!
Dina 2tahun 9bln
 Bah bah bah... nak naik opelane
 Bye bye semua!  Dina nak naik opelane ni.
 Aktiviti dlm flight.

Alhamdulillah dina tak meragam sbb dia mmg suka naik flight.
Toys2 dina memang banyak aeroplane / car hehe
Sesambil tunggu shuttle van, dinner kat Texas dulu.

Penantian sia sia.. grrrr.. kalau tahu.. amik cab je ke hotel.
nanti next update.


Ok lah kita sambung lain... kita bz larrr tak sempat berblogging sgt pun huhu.

16 March, 2016

Bandung Day 1 Part 3- Pasar Baru

Sangat lama kan nak sambung cerita Bandung ni?
Takpe nanti saya usahakan sampai habis.

BADUNG DAY 1 PART 1
BANDUNG DAY 1 PART 2

Luar Pasar Baru


Lepas pergi Garaha Persona, kami terus menuju ke Pasar Baru.
Rasa mcm lama sangat dalam Avanza tu so kita tanya "Berapa jauh lagi ya pak yayat?"
Katanya "gaa jauhhhh... kalau tak jem, 30menit lagi"  huhu ok!
Yang ni dia nampak.. yang ni lah dia nak... duk heret je beg troli tu tapi nampak yang lain, dia tak nak dah beg ni hehe

Masa ontheway tu, lalu 1jalan yang kiri kanannya ada gerai2 jualan so tanya pak yayat lagi apa menda tu?  Katanya itu Cihampelas Walk.  Ohhh itulah dia?  Pernah masuk dalam SESAT kat Astro Ria.  Rasa mcm menarik jugak tempat tu.
Ok kita try beg spiderman pulak

Penat betul perjalanan asyik macet je tapi akhirnya sampai juga.
Kami sampai di Pasar Baru tu.
Keliru jugak mula-mula tu sebab masuk parking memang gelap sangat.
Cahaya pun malap-malap je.
Kitorg dah cuak sangat nih haih.. pak yayat naik dan terus naik.. eiii gerun pulak.. betul ke ni.. kang tak pasal kitorg jd mangsa bunuh huhu sampai camtu sekali kita pikir.
Kasut kanak-kanak

Bila sampai tu, kami dijemput seorang hero bernama HERO untuk mengendalikan kami.  Pak Yayat kata takyah risau.. dia akan tolong bawakan kita ke mana tempat yang murah & bagus.  Tak perlu bayar pun kat HERO sebab dia memang dari Hayukka Bandoeng tapi perasaan cuak + risau masih menebal dalam diri.. rasa macam tak caya je.. kot le tetiba HERO bawak kami ke tempat yang "udah diarahkan" iaitu kedai yang dia dapat komisen.
Kasut kanvas cantik tapi memang tak berkenan di hatiku

HERO bagus gile ok... setiap apa yang kita beli tu, mesti dia amik & bawa kan.  Kawan kita beli beg troli pun.. dia tlg bawak beg troli tu.
Kita "kehilangan" abam dari pandangan mata pun.. HERO tolong kasihtahu kat mana abam duduk (abam tu besa lah.. tak pandang dia 2saat pun.. cepat je ilang,.. kalah budak tecik hih hih).
Abam rambang mata pilih kasut

Pasar Baru ni memang banyak tingkat.
Kita start dengan yang paling atas.
Ada food court dorang.
Memang terliur tapi oleh sebab kami baru aje makan, makan lupakanlah hasrat.. nak minum pun kot kenyang sangat.
Lagi-lagi kasut
Beg troli pulak.. murah kot... tak tanya harga sbb tanak beli beg

Tingkat atas sekali ni jual kasut / handbag / bag.
Kita pusing-pusing tapi 1pun kita tak teruja dengan kasut-kasut tu.
Maaflah, bukan kasut depa low class tapi sebab attitude kita sendiri yang memang cerewet dgn kasut.. susah nak berkenan di hati.
Makan minum... sedap je nampak
Tak tahu nak bezakan Malaysian @ Indonesia yang tengah makan minum tu

Akhirnya di Bandung ni lah abam terjumpa size dia.... iaitu size 5.
Kat Malaysia susah weh nak cari size dia.. paling kecik pun asyik size 6 je!
Tu pun punyalah lama abam pilih... penat kita tunggu!
Bermacam-macam jenis handbag / bag tapi tak beli.
Berkenan nak beli tapi bila fikir2 balik.. kita bukan tukar beg tiap2 hari pun, koyak baru beli hehe

Dina pun sibuk duk mengetest kasut / selipar.
Tapi kita tak beli pun sebab takde size dia!
Dina sibuk duk gelek beg troli je hehe.
Sneakerz stylo mylo.
Bujang2 mungkin pakai lah kot, sekarang be simple jah la
Abah.. omeyyyyyy chuh tu (abah.. comey shoes tu)

Pastu pusing lagi.... kita belek-belek handbag.. ada lah yang berkenan tapi kita bukanla gile sangat dgn handbag maka tak beli lah.. lagipun kita fikir payah le nak sumbat2 handbag ni.
Budak ni pulak yang rambang mata pilih spek
Abah dina le mengjor buat mulot selpi nehhh!

Turun tingkat bawah... dina berkenan dengan spek.
Dalam banyak-banyak barang.. spek jugak dia minat hahaha.
Dapatla seketui harga 10ribu hahah!
Tengok benda lain dina tak minat pun mcm mainan apa semua-semua tu.. minat spek je.
Rumah kaos
Nak cari kaos cecantik & murah2... dtg kedai ni k?

Kita pusing-pusing lagi kekonon cari turbanbaby... tp alahai buruknya!
Sah lah memang kena order online je heheheh!
Pastu tak tahu nak beli apa... orang lain gile shopping,.. kita tak la shopaholic sangat (kaki shopping mesti bosan gile dgn kita!)
Antara kaos yang banyak pilihan

Turun bawah terjumpa satu kedai kaos ni.. cantik!
Kat Malaysia ada la jual kot tapi mahal.
Kat situ berapa rb je heheheh!
Kita rembat 3helai.
Kedai ni HERO rekemenkan juga.
Upah air untuk dina

Di Pasar Baru ni kita akan sentiasa diekori dengan penjaja2 seperti jual keychain / fridge magnet / beg / air / kipas dll.  Kita beli beg telekung.. 10unit = 100k.
Kita beli untuk kasi souvenir.
Fridge Magnet pun kita beli kat Pasar Baru.  1keping 50sen je pun hihi!
Jaket pun murah2 gila hokkay!
Abam rembat 1 (tak ingat harga tapi below rm100)
Dia udah uk ukkk!
Ingatkan kedai jual turbanbaby kids tapi rupa2nya pesen dolu2 punya turban.. hu hu beli online aja dehhhh lagi cantik!
Yang bawak beg kat depan tu hero kami nama HERO :P
Cakkkkkk!   Dina nih suka sgt main eskalator... pantang nampak.. kalau tak kasi dia jerit la sama itu Pasar Baru
Grosir kain batik & pelekat pulak
Kita turun lagi, aras jual kain pasang pulak.
Tak minat la.. so jangan ditanya berapa harga, kita memang tak berminat nak tanya pun huhu.
Ada kain cotton / renda / kain sulam / telekung / sejadah dll.
Pastu turun lagi... kita decide nak beli kain pelikat / kain batik untuk sedara mara.
Punya syok membeli... untuk kitorg selai pun nan hadooo hadoihhh!
Kat sini banyak gile abis... bukan beli yang dogol2 ye.. yg ini mahal sikitlah utk sedara mara rapat kannnn!  Borong dalam 25helai.
Dina dah penat
Masa nak turun lif ni.. tetiba jumpa mamat jual keychain cakap kelate.. huhhhh?!!!!
Kompius kita.. org kelate ke orang Indonesia?  Huhuhuhu!
Cihampelas Walk

Lepas beli kain pelikat / batik tu... kitorg decide nak balik.
Kalau ikut hati kita, nak sambung lagi sampai bawah sekali tapi oleh sebab kita pun pergi dengan kawan, kita kesian jugak kat dia.
Kita bagi tips sikitlah untuk HERO... tapi serius lupa lah nak snap gambar dia.  Sokmo senyum... eiiii baguih budaknya.. muda lagi dalam 20-an.
Dia tak nak amik pun sbb katanya dia udah dapat gaji dari Hayukka tapi tak apa lah, rezeki dia yang sangat murah dengan senyuman & ringan tulang angkut barang kitorg :-)

Kelihatan menggiurkan

Bila keluar bangunan Pasar Baru tu, macam nak singgah beli belah kat luar tu tapi malas lah sbb pergi ramai-ramai, tak syok aaa hehehe.
Kita mintak Pak Yayat singgah Cihampelas Walk kalau masih awal.
Mahu jadi apa?  Pilihlah coklat apa yang anda mahukan :D

Sepanjang perjalananan tu Dina tido.
Sampai C-Walk pun Dina tido adoiii.
Bila masuk C-Walk Mall pun dina tido.. tak dapat lah dia makan nasi goreng di Tea House.
Sedap ok!  Sila cuba!
Rasa nak try semua!
Kita jalan-jalan dlm C-Walk tu kejap je.
kawan kita makan kat McD.. hehheh kita tak minat la sbb kat Malaysiapun ada.. gi negara orang pun makan McD... bila gi negara orang, kita suka merasa makanan di sesuatu tempat tu.. janji Halal :-)
Kita try mkn roti tu.. sedap gak!

Lepas tu kita jalan-jalan kat Cihampelas tu.. kalau banyak masa, memang kita jalan je tapi tengok kawan kita dah tunggu dalam kereta so nak taknak memang kena cepat lah.  Kita cari tshirt utk staff dan ex-staff kita.. boleh dari takde langsung kan?
Masing-masing makan nasi goreng.
Abam nak order sama dgn kita tapi kita suh try lain le... at least boleh merasa kannn?!
Serius sedap!

Kat cihampelas tu mcm2 ada jual.. ala2 kat Wakaf Che Yeh la... pandai keccek kirro.. dapatlah murah. Area2 tu pun ada jugak mall2 yang jual murah2.  Pastu kita teruskan perjalanan balik hotel lah.
Penat gak sbb jauh dari hotel.. dekat 1jam baru sampai sbb jalan asyik macet je.
Tak puas berjalan huhuhuhu!

Ok kita sambung!

14 March, 2016

Terbeli tiket Air Asia lagik Utk Kali Ke-2

Haduih kita ada masalah!
Masalah kita ialah TERRRRRRRbeli tiket utk Oktober 2016 ni.
Aritu kita update sini kita TERRRRRbeli utk Mac 2017 hehe.

Aritu saje jah cuba nasib utk tahun 2016 sbb rasa gedik gatai merenyam la tahun 2016 takde travel mana2 tuptup beli utk 2017.  Klik sana sini tapi takde yg murah.  Pastu cuba nasib gi on Wednesday.. eh ada pulak hehehe!  So amik cuti Rabu-Khamis aje le!
View dari atas (hasil guggling)

Kalau ikutkan tidaklah murah pun RM387 utk 3orang.  Ada je same date RM260.09 tapi sampai KLIA 7pm.. abes tu.. kami nak balik ke KB pukul berapa pulak?  Ada je pukul 9lbh tapi kalau tertttttiba dari "sana" delay mcm Bandung haritu hampir 2jam?  Matilahmakkkkk kena beli tiket lain huhu!
Pasar Bawah
Shopppppinggggggg!  Tapi bila sampai, tidaklah shopping sangat kowtttt~

Kita tanya abam nak gi tak.. dia kata TAK NAK LAH, TAKDE DUIT.
Tp kita degil.. klik punya klik.. lps beli kita cakap kat abam DAH BELI DAH PUN KIKIKIKI... nak tanak terpaksarela lah abam & dina ikut hahahah!
Tempat ni terkenal dengan industri kelapa sawit :-)
Semua gambar hasil gugel... tq!

anyway.... kita gi dekat-dekat jah... rasanya lepas tahun 2020 baru mampoooo gi yang jauh-jauh :-)
Umingggg.... abah.... jangan tinggalkan dina kalau nak travel ye?   heheheheh haruslah bawak dina travel khennnnn? (gambar lama!)

07 March, 2016

Membeli Tiket Air Asia Murah Untuk 2017

Haha tak tahu nak letak tajuk apa.
Mood nak berbloggging di tahap 30% sahaja sbb blogging bukan keutamaan hidup (sbb bz huguguguguguggu).
Ada yang dah grab?

Ok sambung... kita tahu Air Asia buat sale ni thru FB.   Kalau tak memang tak tahu.
Utk priority day, kita cuba nasib main klik2 sbb tak tahu nak pergi mana.
Memang jumpa murah tapi bila nak bayar.. PC off dengan sendiri.. hantu betullah ehehehhe!
Lepas on semula.. terus tak dapat bukak web Air Asia!
Web AirAsia asyik jem je.. terpaksa print screen kat emel je lah.

So kita sambung klik2 malam kat rumah,
memang jenuh jugak la try bulan Oktober & November tapi sik ada murah dah la.. banyak naik harga... sudahnya try Mac 2017.. ek ehhh dapat le, so kita beli terus.. tak bagitahu abah dina pun hahahahah.  Sbb kalau diskas nak gi mana, kompim tak jadi beli!
Image result for air asia
So dapatlah KL-tetttt-KL RM309 utk 3orang (haruslah bawak Dina kannnn!)
23-26 Mac 2016 (24 Mac tu besday kita + anniversary kita ke-4).. amboiii anniversary ke-3 pun tak lepaih lagi, acaner hahahaha tak apa lah.. janji beli! Tak ingat lah pulak pasport expired bila... rasa mcm expired 2018 kowtttt!

Ni Dina dalam flite BDO-KL.. sepanjang dlm flight mmg tak tido + tak meragam langsung.. mulut pok pek pok pek hehehe + duk "flight schooling" :-)

Utk tiket KB-KL dah beli, KL-KB belum beli sebab tetiba mahal pulaks!
Next promo lak beli!
Dina kompim suka naik OPELANE (aeroplane) hehehe

TAHUN NI TAKDE TIKET GI OBERSI LAGIK... HAIYOOO!