Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

07 December, 2016

Pelanggan Pertama Chomelista Homestay, Pasir Mas

Pada 4-6 Disember 2016 (JUmaat-Sabtu) yang lepas, Hj. Zainal sekeluarga dari Klang telah menginap di Chomelista Homestay, Pasir Mas.
Seperti yang dijanjikan, hanya RM80/mlm.
Welcome drinks / food

Berdebar tak usah cakap.  Ye lah sebab nak entertain penghuni pertama kita ni.
Tak tahu apa persepesi dia nanti sebab kita tak ada pengalaman sedikit pun dalam bidang homestay servis (pengalaman buka vendor butik / carbootsale tu ada lah hehe).
Towel bilik utama

Kami jumpa di depan JPN Pasir Mas waktu Maghrib & follow kami ke homestay.
Pada mulanya Hj. Zainal ingin menukar homestay (gedebukkk rasa nak luruh jantung).. sebab katanya sangka BETUL-BETUL DI TENGAH BANDAR PASIR MAS.

Oh yang di tengah bandar pasir mas tu ialah KLINIK BANDAR P. MAS.
Beliau bertanya ada HOTEL KE DI P. MAS?
Ada.. bukan tiada tapi tiadalah hotel taraf2 mewah, ada bulan bintang.. sekadar hotel2 biasa sahaja.
Towel bilik tengah

Saya masuk rumah & beramah mesra dengan wife nya.
Wife Hj. Zainal memuji homestay kami cantik.
Saya juga minta maaf sekiranya ada kekurangan.

Towel bilik kecil

Macam biasa, Dina pun beramah mesra juga dengan wife Hj. Zainal.
Duk explain dgn ramahnya mengenai toysnya yg diletakkan di ruang beraktiviti kanak-kanak.

Selepas berdiskusi, Hj. Zainal setuju sahaja menetap di homestay kami.
Air kotak dalam peti.
RM1 sekotak ye (suka sebab lepas tu banyak rompong) :)

Bila hari check out, berdebar juga nak dengar khabar berita dari suami (sebab klinik suami berdekatan dgn homestay).  Lepas dengar, alhamdulillah... Hj. Zainal berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan kerana belum pernah ada homestay yang sedikan air kotak & welcome drinks specially makanan yang banyak.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur!

Berminat stay di homestay kami?
Wassap / call:  017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)
FB: chomelista-homestay
Instagram:  chomelista.homestay
Blog: http://chomelista-homestay.blogspot.com

23 November, 2016

Sekitar Majlis Tahlil Chomelista Homestay Pasir Mas

Alhamdulillah, majlis kesyukuran sempena pembukaan Chomelista Homestay di Pasir Mas telah berjalan dengan lancar pada 17 November 2016 (Khamis) yang lepas.

Kami suami isteri berhempas pulas menyiapkan homestay ni.
(Sebenarnya suami yang lebih buat kerja, sang isteri bantu je hehe).
Kami anak beranak gigih siapkan homestay di pasir mas ni

Sebelum dapat kunci
Yang kanan tu doktor pakar pergigian di Pasir Mas :-)

Tak susah-susah nak order makan sebab nya mak mertua kita memang jual nasi makanya, order dengan dia aje lah hehehe.  Buat lauk pauk simple ala-ala kampung je.
Solat zuhur.  Mereka ni semua pembantu pembedahan pergigian :-)



Suami jemput geng-geng Klinik / Hospital sebab tu lah dalam gambar kelihatan ramai uniform putih (sebab suami pun pakai uniform kan) :P
Suasana majlis
Solat hajat

12.40tghari geng-geng klinik suami dah mula menyerbu.. nasib baik baby sitter kita masa kita baby dulu datang tolong.. kalau tak... nanges kita :P
Inilah dia baby sitter kita masa kita kecik dulu.  Sekarang anak kita pula yang manja dengan baby sitter kita.  Wah off topic pulak ni.

Pada mulanya majlis kami bajet sehingga 5petang je tapi tetamu tak henti datang sehingga 6.45petang.  Tetamu yang datang lihat-lihat dalam rumah.
Suasana majlis

Alhamdulillah ramai yang puji sebab memang kita sediakan perkakasan cukup lengkap.
Tetamu yang nak datang boleh bawa badan je.  Towel / sejadah / telekung.
& tak kurang juga yang terkejut & tak benarkan kami letak harga RM80/MLM kerana mereka juga ada homestay di kejiranan sama dengan harga RM150/mlm tapi tak cukup lengkap.

Tak apa, kami buat harga promosi sehingga 31 Disember 2016 ni sahaja.
Petang-petang jemput kanak2 pulak, sebab dorang kan keluar bermain :-)

Jiran-jiran pun kita jemput juga.  Ye lah kita kan hidup berjiran, kena lah jemput kan.
Kanak-kanak pun ramai datang.  Memang happening kawasan tu, semua jiran-jiran tak sombong.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesiapa yang nak cari HOMESTAY DI PASIR MAS, kami antara pilihan yang ada.
InsyaAllah SELAMAT / SELESA / PERMAI TIADA PENCEMARAN BUNYI & LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN).

Hubungi:  017-9616119 (fizi)

06 October, 2016

Alhamdulillah.... milik kami.

Ingat tak cerita Ogos lepas yang cerita pasal tuan rumah kerek tu?
Goodbyeeee... sekarang RUMAH TU tak berpemilik baru lagi.. tu lah, eksen sangat!

Lepas kejadian tu, abah dina cari rumah lain.
Owner pun senang keccek kirro... deal harga rumah, terus byr booking RM1000 & kita proceed dengan Loan Bank.
Kita tak apply dgn LPPSA walau kita kija gomen... lambat kowtssss!

RUMAH KAT TUMPAT YANG KITA TAK JADI BELI.. OWNER KEREK SANGAT!

Bank cakap 2mggu boleh tau results tp oleh sbb kita beli rumah 2nd (TAPI RUPA MCM RUMAH BARU HOKKAY).. lambat la skit!  Takde CF so kena bg bill2 api air.

1st submission, penilai bg harga 100k jah.. hoiii marah giler kitorg (termasuk owner).
Mana kita nak cari balance lg nak byr tu?  Takmo lah buat personal loan!
Kitorg semua protes kat MANAGER BANK terus!
 Siap bawak mertua & abang ipar tengok umah
Tunjuk kat FB.. ramai terpesona kekonon rumah banglo... kikikik teres je lah!

So buat 2nd submission... penilai bagi 135k... fuhhh lega!
Kita apply loan 133k jah dah bg pulak 135k, kita terima je hehe.

Dina tido pulop... takpe nanti kita gi lagi ok!

Setelah selang sehari duk follow up dgn MANAGER BANK itself,
maka luluslah ia!  RUMAH TERES SETINGKAT BETUL2 BELAKANG HOSPITAL PASIR MAS MENJADI MILIK SAYA.... cheeeewah!
Umah kita kaler perpel... sebelah pun pepel jgk sbb owner ni adik beradik tp sebelah tu takde garaj huhuhu!

Kita apply 17tahun tp bank kata takleh.. kena 18thn.. elelelele rugi belah bank letttewww kalau kita amik kurang tahun.  Tu pun mula2 dia kasi 30tahun loan.. hoihhh takkan nak pencen dalam hutang kotsss, khennn?!

Semua bilik kaler ijau.. kaler peberet makkssss!

Petang ni baru nak gi sign agreement dgn lawyer & byr kos guaman / tukar nama semua2 tu!
Fuh mengalir wang tunai banyak neh.

Tapi takpe.. kita tengok apa akan jd dgn rumah ni k?  Yg penting kita tak pindah sini le!  Heheheh!