Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

23 April, 2014

Surprise untuk Irdina- from 'Aunty Syieda'

((LAMA TAK UPDATE SEBAB KABEL TM KENA CURI LAGI.. TENSEN MAKKKK... SO MAKKKK DECIDE SUBSCRIBE CELCOM  4G YES PULOK!))

Petang 2hari lepas, tengah lepak-lepak tengok tv, tetiba bunyi hon "pin pinnnn".
Nasib baik abam amik off haritu so saya suruh abam je gi collect.
Ku agak "musti van poslaju ni... abam beli apa pulakkkk?  Rasanya dia tak beli lagi set lampu motor tu"

Tengok... abahnya excited... tak nyempat-nyempat nak snap gambo, dah bukak dulu.. lepas bukak baru ingat nak snap gamba :P

Tengok-tengok abam bawak kotak besar.. abam tanya awak "nah, barang anak awak dah sampai.. beli gapo?"  Aikkkk mana beli menda-menda?  Kompius kompiussss!  Tengok sender.. SYIEDA dari Johor.  Pikir lagi "Syieda blogger ke nihhh?"
Tadaaa.... buka pun dah kiut tau?!
Berapa RM lah agaknya ni eh syieda?  :-)

Sekali bukakk... tadaaa... wah banyak nya adiah utk Irdina!
Baca kad... oh meme kompim Syieda blogger... hehehe terharu makkkk!
All about PINK :D

Bukan Irdina yang excited bukak sesatu, tapi abah & uminya yang excited.
Time tu tengah duk pujuk Irdina meragam sebab baru lepas kena inject 3bulan huhuh.
Isi dalam kotak... nak jugak kucing makkk enterprem!

Semua comel-comel... very the pink sangatttt.. seriyus kiut.
Dalam kotak tu ada:  BAKUL PINK YG COMEL, BAJU ANAKKU, MITTENS & BOOTIES, BIB, PUTING MINNEY MOUSE & MAINAN.
Untuk uminya Irdina.. tang tu jgk tepek kat peti hehe

Untuk umi Irdina pulak ada keychain, fridge magnet & pen.  Aduh banyak sungguh.. tak tau nak cakap cemana.. petang tu jugak sms Syieda ucap terima kaseh banyak-banyak... tak tahu nak balas apa.

**terima kasih jutaan lemon tau Syieda, nanti Irdina pakai baju tu iolsss buat entry ye?**  ;-)





14 April, 2014

Projek Photobook Tak Siap-Siap

Saya purchase PHOTOBOOK FREE ni 5bulan yang lepas (November 2013)... lama gila kan?
Tak buat tak rugi apa-apa sebab free tapi rugilah jugak kot hehe.
Harga asal RM79, dah namanya diskaun 100% maka FREE lah!
Walaupun size nya hanya 6' X 6'... ada jugalah kenangan untuk Irdina nanti!
Zaman saya dulu mana ada benda-benda ni semua.  Yang hanya ada gambar dalam album,
tu pun kira dah cukup bagus ada gambar hehe.
Oleh sebab dah nak expired, maka barulah terburu-buru nak buat.
Baru buat frontpage & page 1.  Ada lagi 38pages nak kena creat hu hu hu masakkkk!
Abam la yang jadi mangsa buat sampai habis ni nanti, maklumlah partime designer katanya hihi.



11 April, 2014

Botol Susu Ajaib?

Haritu secara tak sengaja terklik website yang jual Botol Susu Thermos (BST) which is functionnya lebih kurang thermos. So kalau buat susu dalam BST ni, suamnya akan tahan selama 4-6jam (sama function dengan thermos la).  Wahhhh!
Photo: Purchase BOTOL SUSU THERMOS utk Irdina.
Harap2 suit lah dgn dia.
Kalau jadi, senangla kija!
Botol susu thermos kaler pink jadi pilihan.  Harga RM89.90.  Free berus botol.

Lepas baca info, hati terus terdetik "eh, macam beshhh je?  Boleh jimat susu / tak yah duk rendam dalam air panas lagi kalau susu tak habis"
Lepas beberapa hari fikir & tanya abam.. maka kami belilah seketui!
Lagipun boleh tahan 1tahun & boleh tukar puting TOMEE TIPEE.
Asal duk dalam stroller je mesti behave.

Mulanya risau juga takut Irdina tak mau hisap sebab pernah bagi pacifier brand OKBB yang murah dia taknak.. pacifier NUK yang mahal tu pun dia tak nak, adui makan hati.. membazir sajoook!
Sekali dengan puting MUAI ni, Irdina minum dengan syoknya.  Maybe puting sama dengan ibu-ibu punya kot hehe.
Irdina dengan botol susu thermosnya.  Nampak unik kan?  Hehe.  Beratnya 300gram

Memang terbukti tahan suam.  Tapi kami guna botol susu thermos ni masa nak jalan-jalan je.  Malas nak renyah-renyah buat banyak kali.  So dengan tanpa bersalah kami buat susu full terus.. ye lah tak habis buleh bertahan suam lama kan hehe.

Di gerai makan tok ma Irdina

Ni ciri-ciri botol susu thermos!





Saya memang tertarik dengan semua ciri-cirinya... tak salah pun mencuba benda baru kan?  :-)
Hope Irdina happy sebab susu nya sudah sentiasa suam :D

*yang tak bestnya cumanya ialah tak nampak susunya tinggal berapa banyak selepas dihisap heh*

08 April, 2014

Tabung Ayam?

Sape masih ada tabung ayam?
Masuk duit dalam tu &bila nak guna kena pecahkan?
Saya ada seketui, tu pun kwn bg tp saya tak guna la.. buat hiasan je hehe.
ex-officemate bg sempena besday saya yg ke-31, tak pernah buh duitpun.

Sekarang ada banyak tabung sebab kalau tak buat gitu, harus saya boros gile (nak-nak lagi masa duk kl dulu... adaaaaa je benda nak buat hehe).
Ni samada masukkan setiap hari @ bulan.
Kalau tiap2 hari tu, tetapkan berapa2 RM setiap hari.
Jarang2 sekali failed masukkan setiap hari.
Tabung dah bertingkek-tingket, tu pun saya rembat tabung abam yg dia tanak guna hehe!

Dulu ada 3 4 tabung je tapi sekarang sudah bertambah.
Buat atas inisiatif sendiri... lagipun orang bergaji kecik mcm saya kena buat camni.. lainlah gaji berkoyan-koyan lps tu harta pun tak tau nak campak mana, tak perlu kottt buat camni hehe.
Start buat dari kat KL tu lagi.
Devide untuk beberapa tabung.  Eloklah amik takaful utk Irdina dari kecik.

Sesetengah dari kwn saya jawab "aku tak gigih mcm ko nak buat tabung camni / aku mls buat cam ni / aku tak cukup duit nak buat camni / aku pernah buat camni tapi sekerat jalan je" dan mcm-mcm lagilah bila saya up gambar ni kat FB.  Err terpulang lah, maybe dorang ada cara mereka sendiri simpan duit kan?  :-)
Untuk lebih selamat, tolak terus saving Tabung Haji dari gaji.  RM300 utk saya & RM20 untuk abam.  Sejak 7 8thn lps masukkan utk arwah mami RM150/month, tapi ada orang tu tengah sedap2 guna duit tu sekarang.. opsss!

Untuk Tabung Haji Irdina start Mei ni & juga plan nak bg utk pengasuh saya yg jaga saya dari kecik tu. Tak salah pun memberi kepada orang yang memerlukan kan?  & ada lg tempat saya invest setiap bulan which is lambat le dpt duit kalau purchase.
Tabung atm untuk kanak kanak  - Image
Nak beli la 1 untuk Irdina, ala-ala ATM.. sekolah esok2 buleh dia cucuk sendiri je kekeke!

Ada 1taska di kelantan ni mmg bagus lah, ajar anak2 kecik bawak tabung setiap seorang & HARUS masukkan setiap hari.  Eloklah ajar gitu dari kecikkan?  Jangan dah kertu macam saya baru nak ada tabung harian kikikiki.

ORANG LAIN CEMANA?  :D

04 April, 2014

Survey Nursery / Taska

Kami dah start survey nursery / taska.
Ikutkan hati tak mahu bagi orang jaga tapi apakan daya, saya wanita berkerjaya (ceh, berkerjaya lah sangat kan hihi).
Photo: Ralit sungguh tengok abahnya drive, sampai tak berkelip.
I'll be missing u abah.. See u tomorrow.  Sob!

(jgn lupa batik ganung umi nya ye).
Irdina ralit tengok abahnya drive sampai tak berkelip langsung!  Ye, tengok le puas-puas, abahnya nak outstation.  

Antara yang kami survey:
  • RM140/month.  Bila gi survey... HAMBIKKKK KAUUUUU!  Berpadananlah dengan bayaran RM140 tu!  Baby / kanak-kanak tersangatlah ramai (40orang kot) dengan penjaga hanya tak sampai 10orang.  Tengok keadaannya CAMTU LAH!  Anak doktor pakar / pegawai2 pun ada tapi walaupun saya KULI BATAK, rasanya tak sanggup letak Irdina kat situ huhuhu!
  • Taska Manjaku RM200 (senang nak balik ke ofis semula)

  • Taska Nurkasih RM190 (susah nak keluar sebab kena cross jalan, udahla jalan tu sibuk gila kekdahnya!  Saya sanggup ikut jalan jauh kalau jalan yang kena cross-cross nih!).  Akak tu briefing dulu sebelum letak, rekemended oleh kawan saya
  • RM250 (home based).  Akak tu sempoi, gila-gila mcm kitorg.  Anak sulung dia pun dah form 5. Dia jaga 3 4orang je.  Orang Johor, buleh la ajar Irdina bercakap 'di luar pagar' selain loghat kelate heeee.. mcm ok tapi lorong umah dia scarry gila heh!
  • Homalee RM250.  Femes sejak dulu, dkt gila la dgn ofis.. tapi tak gi survey lagi.
Entahlah, keliru sungguh.. mana nak letak?  Nak gi survey lagi kot?!

  • Makcik yang datang bersihkan umah saya offer nak jaga tapi tak tahulah abam kata nak survey nursery jugak.. dia tak nak lah tu.  Cucu-cucu makcik yang dia jaga tu jaga semua bijak apa... UPSR 5A &4A huhu.  Maybe makcik tu ala-ala kampung kot, abam tak nak heh!
  • Ma Abam pun kata buleh jaga tapi dengan syarat letak Irdina dalam buai.  Aiyak... saya tak mo ajar anak saya tido dalam buai pulaks.  Sebab Irdina jenis tido atas tilam, kot ajar buai pahtu bila letak kat tilam tanak tido pulak.. susah la aiiiolss huhu.
Tolong, saya keliru!
Saya sayangkan budak tecit nih, takut weh dengar kes-kes dalam tv / suratkhabar tu.
Tak nangis langsung Irdina duk dalam ni.  Sudahnya kami angkut sekali carseat ni ke kedai makan, senang kan?!  :P

BILA LA BULEH JADI SURIRUMAH NI hi hi hi!