Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label guangzhou. Show all posts
Showing posts with label guangzhou. Show all posts

18 March, 2015

Barang Dari Guangzhou Udah Sampaiiii!

Akhirnya setelah 5minggu kami tunggu barang dalam kepasrahan, sampai jua diaaa!
Ye la sebab masa 1st time tahun lepas, 3minggu barang2 yg kami shipping sampai, ni 5minggu.
 Masa 1st time aritu lori masuk area umah, ni anto angkut je.. ye lahhh lori besar gabaks weh!

Bos company shipping (en.saiful) cakap, kalau MUSIM RAYA CINA & RAYA POSE... memanggggg lambat sampai.  CNY puak2 chinese ni COTI 2MINGGU OK!  Dan kebetulan pulak kami pergi 1minggu sebelum CNY.. puak2 depa sendiri ramai giler duk shopping.
 Haaa seksi lah pulop!
 Ni jah barang yg kami shipping.. takdak duit mana eh!
 Sibuk mengangkut rompers

 Nampak tak rompers atas sofa tu?
Itu semua dina yang angkut ok.. kami tak de letak 1pun atas tu :P

 Tokey kusyuk kira stok

Dah kalau contoh rate sekarang:  memborong sleepsuit 1pek 50yuan = RM29.50 X 100pek: RM2950
Kalau rate dulu sleepsuit 1pek 50yuan=  RM25 X 100pek= RM2500.
Beza RM450.. fuhhhlamakkkk!
So nak tak nak terpaksala kami naik kan rega borong sikit huhu.


(harga sepeket sleepsuit tu sebagai contohlaaaa... takkan le kami nak kasitau harga sebenar KOTTTT?  hahahah!)
Usahawan cilik

Shipping cost kami pun RM180 je untuk 2guni tu.
1st time aritu RM200++.  Dulu sodap le memborongg nak rak sbb rate kita ok!
Hope next time currency kita naik lagi!
Kepala budoks 30ketui.
Aii tak tau la motip abam beli 2patung kecik tu.
Aiii nak patung display atleast buleh jual baju2 tshirt / pants.. tp abam tanak.. majuks aii~

Kami beli kepala patung lagi 30ketui, yang sedia ada 20ketui je.
Ramai pulok yang menanya nak beli (specially yang borong turban dgn sy & nak jual turban) tapi kami tak jual sebenornya ye la sebab kami nak bawak ke festival2.
Yang ada jual kat mesia pun susah nak dpt yg mcm ni (adaaaa tapi kat kl jah.. yg duk luar kl sian le.. muka tak cantik huhuhu).
Dalam bilek hotel susun2 dulu, seperate nak bawak balik & shipping

InsyaAllah ada rezeki lebih & panjang umur, kami mahu pergi lagi ke Guangzhou tapi nak berdua dengan abam jah.. nak kasi sesat barat redah naik metro / train / bus dorg hehehe.
Kata buat pakej.. kalu buat pakej, kena lah tau tempat mana2 kan?

-murahkan rezeki kami-

11 February, 2015

Bestnya Guangzhou!

Salam... pergh lama gila tak update.  Tak sempat campur MALAS :P

GUANGZHOU 5-9/2/2015
Just a short story!  (cerita panjang later later lah!)
My kazen 3org & jiran kat car boot sale :-)
Tertubuhlah juga pakej GI-MAGHI TEAM hasil idea kami laki bini.
(Jom amik pakej kami)
Kami dah bawak beg beranak 2ketui tapi masih tak cukup maka belilah beg hello kitty ni hihi

Yang nak follow asalnya 2orang, tertttiba jadi 7org hohoho.
Layankan je :-)
Muda mudi udah mau pulang ke Malaysia... beg masing2 beranak pinak hahha.

Sambung lagi!

23 January, 2015

Misi Ke Guangzhou!

Misi ke Guangzhou?  Misi apa pulak ni?
Hhehehhe apa lagi, misi memborong le kekekek.

Asalnya kwn carbootsale lakibini tu yang beriya nak follow kami sampai kami serba salah, sudahnya kebetulan kami pun duk menega kat festival so stok tinggal sikit & KEBETULANNYA LAGI ADA TIKET MURAH so grab la!  Kazen kami 3orang pun nak ikut jugak :-)
9dewasa + 1baby okeh?!
Kami laki bini urus semuanya dari beli tiket flight / visa / hotel / transportation / itinerary:-)  (kazen kami je beli tiket sendiri.. kan dah salah beli.. waktu tak sama huhuhu).


Tapi kami tak bawa Irdina, sbb cuaca time tu sejuk.  Sbb sayang lah kami tak bawa.
Kami dah nasihatkan kawan tu supaya tak bawak baby tapi dorg nak bawak jgk, tak boleh buat apa la.
Ni semua barang kami masa 1st time gi Ghz September lps :-)


NEXT TIME INSYAALLAH KAMI LAKI BINI AKAN BUAT GROUND PACKAGE KE GUANGZHOU 3HARI 2MLM @ 4HARI 3MALAM (biasa pakej company lain 4h3m ni RM1600++ kan?  takde maknanya lah uolsss!  Dah la TERPAKSA GI TEMPAT URUT/UBAT SEGALA BAGAI!)
Pakej kami laki bini special (murah + berbaloi sangat sebabbb... haaa tunggu kami publish pakej kami lepas kami balik Ghz Februari ni ok?)
 :-)



23 December, 2014

Guangzhou Part 8- Repeat Fuli Kids

Lama gila nak tunggu habiskan cerita gi Guangzhou ni kan?  Haha!


Ahad 28/9/2014 kali ni kami laki bini nak aci redah je gi Fuli Kids & Kids Wholesale tu.
Dah Saiful kata bukak puku 8pagi maka kami 8.20pg dah tercongok tunggu cab.
Senang je dapat cab depan hotel kami ni.
Sebelum naik, tunjuk aje tulisan FULI KIDS dalam bahasa Cina.. terus driver angguk.
Mujurlah sampai ke destinasi hehe.
Sekaliiii sampai 8.40pg... Fuli Kids tak bukak lagi daaaa!  Tercongok la kat situ dalam 15minit.
 View dari bilik kapel Johor.  View bilik kami huduh hehe!

Then kami decide nak ke plaza kids yang 1lagi, jln selow2 aje la sbb kami expect pun tak bukak lagi.
Tapi bila tengok, dorang mcm dah start bukak.
Plaza ni lagi menarik bagi kami kot (walaupun kalau amik gambar, FULI KIDS lagi menarik kekekke).
Ni kat Fuli Kids.. kedai tutup lagi!

Gi haritu dengan harapan blh la membeli pakaian utk Irdina pulak.
Kat sini banyak yang lambak-lambak.
Kat sini banyak yang jual lambak2 tapi banyak baju tebal dahhhh!

Kat sini jgn keliru ya, sb kat sini banyak lorong-lorongnya hehe.  Abam punyalah payah nak pilih nak beli apa utk anak dia yg 3orang tu sudahnya sy decide BELANJA BEG HELLO KITTY utk depa 3orang.  Abam belanja baju & jeans utk dorg.  At least ada dari takde langsung (aku dah tak duliklah mak budak2 tu nak ckp hodoh ke apa, janji ada!)
Comel2 kan? :D  (saya bukan maksudkan aunty tu ok hahah)

Saya cari baju utk Irdina.  Banyak yang berkenan tapi malangnya udah banyak baju2 tebal / baju sejuk terjual (sedangkan musim sejuk disember baru start huhu).
Kami kagum la dgn dorang sebabnya semalam tu kami datang, banyak gile lagi baju2 nipis & baju2 biasa.
Agaknya malam kot peniaga2 tu tukar terus pakaian musim sejuk.
Serius kitorg salute huhu!
Dah jenuh kitorg pusing 1 plaza tu.. memang banyak baju sejuk je.
Kalau ada baju biasa, KENA BORONG.. TAK BOLEH BELI 1PIECE.. KALAU NAK JUGA.... BAPAKKKK MAHAL!  Kitorg dah mula frust sebabnya baju utk Irdina tak beli lagi :-)
Memang best kat sini.. serius!

At last beli juga set blouse + legging.  Ok la dari takde, walaupun mahal.  Kang majuk Irdina kalau tak beli hehehe majuk la sangat, mcm le budak tu faham kalau tak beli apa-apa utk dia :P
Naik cab nak redah ONE LINK PLAZA.. tak susah pun nak redah Guangzhou ni sebenarnya kalau GET READY DIRECTION @ NAMA2 TEMPAT YG NAK GI DLM BAHASA CINA :-)

Kami tak berlama pun kat situ sebab takde apa yang nak dibelikan maka kami decide nak gi One-Link Plaza which is nak beli plastik comel2 :-)

Sambung!


04 December, 2014

Guangzhou Part 7: Nite Life


Fuh banyak sungguh part2 cerita Guangzhou kami ni.
Ye la cerita panjang2 pun, bukan korang baca sgt pun.. duk view gambar je kannn?  Hehe!
Pilih purse jahitan tangan.. comey2 belako!

Lepas hampir 2jam rehat kat bilik hotel,
sampai masanya utk DINNER setelah hampir 1hari kami tak mkn hahaha giler semangat shopping sampai tak ingat makan.
Comey kan?  hehe!

Mula-mula plan nak makan restoran biasa tu je tapi sebab dah alang-alang datang negara orang, tak salah kot mencuba makan lain-lain restoran so kami decide makan restoran MINT LEAF betul-betul depan hotel kami.
Aksesori

Rupa-rupanya owner restoran tu adalah India Muslim dari Utagha cheqq!
Saya tanya AIR TEBENG ADA?  Dia jawab ada.. fuh apa lagi.. masuk la hahaha.
Dia dah duk 13tahun di Guangzhou.. fasih giler cakap mandarin.
Mmg ramah la dia tapi tak terlintas pulak nak snap gambar dengan dia huhu.
Tapi kalau korang jenis yg sayangkan duit, dinasihatkan takyah gi MINT LEAF RESTAURANT sebab bapakkk mahal hehe.  1orang makan 50yuan ++ Heheh tapi sesekali apa salahnya kot?!
Shawl!  Semua made in China la!

Masa tu kapel dari Johor ada jugak.
Cerita pengalaman masing2 masa memborong kat Kids Plaza.
Pahtu mcm2 la citer kuar, banyak mulut gak dorang ni.. kiranya ramah la (as usual aku bukan ramah mana pun.. diam aje lebih, tumpang sengih & gelak je heee!)
Hiasan pun ada!

Lepas makan kami ronda-ronda area hotel.
Meriah!  Murah!  Rambang mata!
Paintings

Kami pergi ke 1mall tu (tak sure apa nama mall, murah2 semua tp tak banyak le bukak sebab dah malam kan?!!!  Mcm menarik jgk, ada jual mcm2 tapi mcm mall biasa la.. ada pakaian laki / pempuan / kosmetik / underwear / toys / beg dll.
Baju tido tapi rasa mcm mahal!

Kami target beli 1beg troli utk sumbat barang sebab barang dah terberanak pinak.
Bg saya, alang2 cari beg troli, biarle yang rare tapi abam duk pilih yg design dolu2 mcm style jakpar tonggek.. ish geram sungguh la... sampai part beli beg troli pun buleh gaduh hi hi hi.
Jual sport shoes camni je.. kau adooo?

Akhirnya kami berjaya beli beg troli POOH 115yuan je kot tak ingat pulak.
Kononnnya nak jual balik bila sampai Malaysia tapi tak jadi sbb rare ekekeke.
Tengah mengejas harga utk purse jahitan tangan.. sempoi je apek tu heeh!

Abam pulak sempat memborong purse jahitan tangan.
Abam borong lebih dkt 20piece utk jual.
saya beli utk bagi orang.. harga takyah tanya, mmg murah hahaha.
Balik jual RM25 yang panjang & RM22 yang pendek.. laku mcm goreng pisang paneh~
 Bawak beg pooh di tengah bandar Guangzhou... ko mampooo? :P

Menu MINT LEAF RESTAURANT

Pastu saya beli la beberapa barang mcm aksesori kepala.
Hairband cecantik je semua, beli sikit jah utk jual sbb rasa mcm mahallll je.
 Portion banyak tapi as usual kami mkn utk sorg2.. kuat kami makan kan?  Haha!

Maaf.. tak berapa sedap pun!  Huhu.

Pastu balik bilek hotel dengan hati yang tak puas lagi sebab belum banyak lg barang yg dibeli utk jual balik.
Ini semua barang kami utk dibawa ke bilik hotel.. utk cek :-)

Malam tu kami bukak semua sampai berselerak bilik hotel fuhhh nasib la dapat bilik besar :D

Ok lah sambung lagi! :P

02 December, 2014

Guangzhou Part 6- Shopping Timeee Yeyyy!

HAHA LAMA GILA NAK ABISKAN CITE TRAVEL NI KAN?
MAKLUMLAH AIII BIZI WEH.. EHEHEH!

GUANGZHOU PART 1 / GUANGZHOU PART 2 / 

Hari ke-3 (28/9/2014= Ahad)
Tibalah masanya untuk jalan sendirik sendirik suka ati kooo le nakgi mana pung!
Happy gila weh! sebab yuan pun ada banyak gile lagi hihi.
Tunggu Saiful tokey shipping kat lobi hotel

Pagi tu gi brekpes dulu kat hotel.
As usual la, amik yang boleh di mkn je la:  Telur / buah.  Yang lain tak berani makan sebab diragui kehalalannya huhu.
Hotel Lido.. kami akan stay sini lagi kalau pergi lagi (ramai dah pulak yg mintak tlg kami bawak gi sana huhuhu.  InsyaAllah kalau kami dah expert plaza2 di sana, kami nak tlg jgk warga Kelate gi sana) :-)

Patut 9pagi janji jumpa Saiful (Dia ada company shipping di GHZ & di Malaysia).  Kuli2 dia semua orang cina okeh.. dia juga fasih mandarin.. kagum sungguh aku hehe!

Tunggu cab luhhhh!  Depan hotel!

Nasib baiklah kapel johor tu jual barang baby jugak so sekali harunglah pergi tempat yg sama iatu Fulli Kids- plaza utk pakaian baby & kanak2 (mainan takde ye sbb itu kat plaza mainan pulak).  Ini hanya pakaian semata-mata!.
Cab di Guangzhou memang pasang besi camni.  Depa takut penumpang peras ugut dorang :D
Kami dapat lady driver :-)

Terpaksa naik 2cab sebab 1cab boleh sumbat 4penumpang je sedangkan kami ber-5.
1st trip tu kapel dari Johor naik, dapat pulak CAB HIJAU sedangkan Jenny dah pesan JANGAN NAIK CAB HIJAU SEBAB MAHAL SIKIT (cab utk hanter ke luar GHZ).
Kita boleh naik cab samada MERAH @ BIRU SAHAJA.  Nasbib baik kami dapat cab BIRU & NAIK DENGAN SAIFUL.
Certain2 bas di sana ada wayar mcm ni.. senanglah, ikut laluan.. tidaklah melintas suka hati!

Yang kesiannya, driver cab dari johor tu entah ke mana hala salah hantar jugak, nasib baik la saiful fasih gile mandarin so dia bg arahan thru phone calls je.  Tapi dia tak pandai tulis & baca mandarin ehehe!  Nak jadi macam dia jugaklah (terrrrtiberrrr) :P
Akhirnya Fulli Kids depan mata kami, selama ni baca je dari blog2 orang :-)

At last, sampai juga ke destinasi, dalam 25minit dari hotel.
Pagi-pagi jalan jem sikitla sebab clash dgn orang yang ni gi kerja.
Tambang cab dari hotel kami ke Fulli Kids hanya 17yuan (RM8).. murah lah kiranya tu.
For your information, Fulli Kids bukak pukul 8pagi lagi ehehe.
Cab kapel dari Johor hantar depa jauh sangat, so kita bergambar duluuuu.. pakai selipar jepun je sudahhh!

Kami dengan kompidennya bagitau Saiful yang kami nak look around sendiri tanpa dia (mcm yakin je boleh pusing2 riki2 dulu baru beli barang hehe).  Bukan apa, sebab kami rasa Fulli Kids tidaklah besar mcm Midvalley.  Midvalley pun aku buleh tawaf tempat sama 6 7round.. inikan pulak FULLI KIDS heh!  Kami kasi kapel johor tu jalan2 dengan Saiful.. apa2hal tak faham baru lah kami akan call Saiful :-)
Rambang mata hokkayyyyy!

Kami fokus nak beli SLEEPSUIT / ROMPERS / GIFT SET dulu tapi tak banyak pulak pilihan, penat pusing.. kalau ada pun GILER MAHAL?!  Senang je kat sana.  Depa akan tanya ONE PIECE or MANY2?  So tanya le harga 1piece dulu, baru tanya MANY2.  
Memang jauh le beza 1piece dengan many2 tu.

Kami pusing2 cari pre-walkershoes.  Sape2 dah pernah memborong tu biasalah.. takde yang jual loose... semua jual LOT (1DESIGN = 1LOT =3SIZE).
Tapi kami bernasib baik jumpa 2kedai yg jual loose hehe.
Gila babas punya murah hooo!  Sampai berpinau bijih mata kami dengan pre-walkershoes yg tomey2 tu.  1kedai tu kami borong pre-walker yg tak branded punya tapi seriyus chanteksss!
Then 1kedai lg jual pre-walker branded... beli loose.  Tokey tu kompius sbb biasa org beli lot2 tapi kami beli loose kehkehkeh!
Kedai kasut

Pastu kami turun bawah sekali.  Comey2 gila la pulaks sleepsuit cuma kena beli lot2 la..
& kami berkenan kat kedai 1lg.. ya rabbi.. 1habuk english words pun dia tak faham.
Mmg ayam itik, sudahnya call Saiful mintak dia datang.. bedesuppp dia datang.  Ooo bau faham kena beli lot2 huhu adesss!  So kami borong jumpsuit kat situ :-)
Lepas tu Saiful pergi balik kat kapel johor tu sebab depa nak cari produk Frozen je.
Borong pre-walkershoes tanpa brand di sini.  Tokey mintak tlg tokey sebelah sbb dia ni takleh english sepatah habuk pung!

Actually kami kat situ sehinggakan Saiful call kata dah sampai mall sebelah.
Katanya 500meter je dari situ... erkkk kami tak sedar pun dah lewat tengahari.
Memang dah lupa langsung psl makan minum.. terus jadi kenyang hehe.
Actually saya tak minum sebab tak nak kencing.. gila geli akuuuu nak masuk public toilet huhu!
Masa nak keluar tu, kami terjumpa kedai mannequeen so apa lagi, beli aje la patung pale budak tu.
Harga?  Don't ask, memang murah hahaha.  So tanpa sedar diri, kami borong 20ketui pale baby, 20ketui pale budaks.  Hanger2 besi / plastik semua kami borong!
Borong topi (sesapa nak borong topi memurah dengan kami, boleh lah habaq ya?  Semua topi / beanie kami jual RM10 jah.. kat online lain belas2 RM... kat Manjaku topi sebijik sebijan kami jual RM17.90.. perghhh)

Kami decide nak gi mall sebelah.  Kami siap lintas jalan lagi.
Tapi mcm sendu je mall tu so kami call Saiful tanya betul ke kena lintas jalan...
dia kata takyah lah.. jalan straight je akan jumpa mall 1 lagi.
Abam pulak dah sakit kaki & stop tepi & mcm dah nak give up separuh jalan tapi dah alang2 sakit.. teruskan jugak. alahai.  Nasib baik jalan depan sikit sebab tak sampai 30langkah tempat stop tu.. memang mall pakaian baby / kids.  Haihh hehe!
Kedai terakhir kami borong kat Plaza Kids.  Dia bagi pree mainan kat Irdina sebab kami borong banyak gile hihi

Haaahhh kat sini baru lah kami rambang mata sesungguh hati ok!
Tapi dinasihatkan di sini, kalau boleh takyah lah duk riki2 sangat.. jadi mcm kami.. dah pening2 lalat tak jumpa kedai kekeke.  Sini besar sikit dari Fulli Kids & banyak lorong2 dalam mall tu. Tapi small matter sebab ada lot kedai kan?
Cuma sbb abam sakit, tu yg jadi limited + lewat petang dah pun kami sampai situ.
Apek kat depan ni bawak guni kami.. gila mcm belangkas dia jln.. kami pulak kena kejar dia jalan hahaha.  Kami bagi tips kat dia 10yuan walaupun dia tak mintak, lps letak guni terus blah tapi kami panggil dia balik utk bagi tips tu :-)  (kalau kat India.. terang2an dorg mintak tips) :P

Kat sini kami borong rompers / sleepsuit / jumpsuit / topi.  Kat sini kena pandai riki sebab setiap kedai harganya banyak beza.  Contoh rompers kami riki kedai pertama 70yuan, kedai kedua 55yuan (sorry, ni harga tipu jah.. bkn harga betul.. cuma nak membezakan berapa jauh harga dorg letak hehe).
Barang kami depan fulli kids

Kami buat speed borong sebabnya kejar masa weh (padahal esoknya ada je nak cari lagi tapi memandangkan kami plan nak gi tempat lain so beli teruslah).
Abam lagi sedap.. tiap2 kali beli kat kedai, sikit sgt bayarnya.. dalam 200-300yuan je, padahal total betul dalam 1000++yuan / 3000++ yuan.  Tu yang sedap membeli kat kedai lain tu.
Sudahnya kat kedai last tu, tinggal beberapa yuan je hahaha nasib baik apek tu takde stok, so potong hampir 1k ++.  So moralnya byr 1/2 terus lah senang.
Kat sana, nak beli barang.. bgtau je.. dorang akan gi amik stok kalau takde dalam kedai.. dia akan bagi kita masa 30min-1jam bergantung kepada berapa banyak kita nak so masa tu la buleh pusing2 lagi.
Barang kami.. eh jgn percaya, tipu je.. tu barang group lain hehe!
Org thailand pun beli kat sini jugak mehhhh!

Kami sempat lah jalan2 kat bawah tu... ada baju lelong2 tapi kami tak beli, katanya nak datang esok hari.  Apek kedai patung kat Fulli Kids tu dah call suh amik barang sebab depa tutup kedai 6pm, tapi 5.15pm dah call haihh tak menyabor!
So nenongnenong kami suruh pekerja kedai rompers tu hantar guni kitorg ke fulli kids.
Awalnya 1kedai tu tak nak hantar tapi apa lagi, kami kasi cakap dengan Saiful.. dia terus kata OK BOLEH, KAMI AKAN HANTAR KE FULLI KIDS.  Penting jgk kalau boleh ckp mandarin!

Laju gila apek tu bawak guni kami.. abam dah banyak kali stop sbb sakit.. aku follow je apek tu (jauh jgk menapak weh).
Patung2 semua dah ready dorg letak depan fulli kids.
Pastu geng2 van ramai pulak suh kami naik van dia.
Ini je barang kami, nampak mcm tak banyak, tp dlm tu padat gile sebenornya fuhh!
Masa ni 6.30ptg

Tunjuk je kad hotel.. dorang charge 70yuan.. ye la takkan nak naik cab kot.. sah2 tak muat!
So kami amik je la.. sampai depan hotel.
Abam cakap ok dah price tu sebab dia bagi 90yuan kat negro yg membeli jgk tu huhu.
So kami balik ke hotel penat hoohhh.. dengan kebulur nye lagi.. kaki dah sakit!
Lepak luuuhh kat lobi hotel.. tak lama kendian kapel johor balik tanpa bawak apa2 sebab depa tinggal kat kedai & tak abis shopping lg.  Esoknya depa nak sambung lg.. ohhh!

Ok la sambung lg aaaa.. gila panjang.
Gambar banyak tapi dalam tablet.. mls nak transfer.. bolehhh?:P