Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

20 October, 2014

Guangzhou Part 2- OneLink Plaza & Malam Hari

Salam all.. wehhhh seriyus saya bizi.. tak tahu nak cakap cemana tapi memang bizi haha.
Ni pun tengah bizi sampai otak sakit, so kita update la blog dulu :P
Aksesori.. berpinau bijih mataku


Sambung
Lepas gi Leather Plaza tu, Jenny bawak kami ke One-Link Plaza which is saya memang nak sangat gi tempat ni (bukan apa, studi kat blog2, depa duk kata plaza ni best, so saya pun excited la nak gi)
Beg / purse / beg hp

Kami diberi masa 1 1/2jam berada dalam tu.
Sebelum masuk One-Link tu, terjumpa sate orang Muslim jual.
Kekonon nak beli time balik udahnya tak lalu situ dah sob sob.
Jam yang murah gile uols!

Masa masuk tu memang excited gile sebab barang yang dijual semua cantik2 / kiut / comel & segala adalah!  Cakap je nak apa!
 Segala mak neka ada!
Frame cecantik but i'm not into it :-)

Tapi kami tak gi pun tingkat atas sekali sebab abam malas.
Boleh camtu?  Ahehehe!
Tak tergoda ke?  But i'm not into it too!
Tapi yang pastinya, seller borong kat sana tapi jual kat Malaysia beriban-riban RM!

Tapi tak gi atas tu tak pe kowt?
Sebab tak menarik minat kami, mcm perabot kot?  (sorrylah tak amik tahu pulak!)
Barang-barang kat sini meme murah la.. rasa macam nak borong wat balik Malaysia je!
Kedai 1st yang kami beli haritu.
Beli beg sekolah budak & purse for souvenir!  
Abam mintak BISNES CARD.. tapi tokey tu cakap PENGKAD (apa-apa je la labu.. jangan PENGKID udah muahaha)

Saya dah start paksa abam beli barang utk bisnes, dia pulak duk mention dia nak beli barang dia nak jual (tokleh bgtau apa heheh).  Saya hampir majuks.. benci tau... dari duk simpan duit pahtu tak jumpa apa, baik lah beli kan.
Abam survey dengan muka tak berperasaan hmmm!

Berkenan kat kedai beg.
Beg owl budak2 comel gila.. ku hampir tergoda nak borong semua pulak purse2 tu tapi tak la.. banyak lagi nak beli ni.
Kedai souenir yang jual FM murah.
Saya borong 30piece ngehehe!
Buleh le dia cakap melayu skit2.. nampak benor ramai Malaysia gi situ :P
Oh ya.. kedai dia kat Ground Floor ye?  :)

Pastu majuks dengan abam sebab dia malas nak jalan (dia malas sebab dia sakit.. tu le, orang suruh urut awal2 tak mo.. ni dkt nak gi baru nak gi urut, dah taw sakit saraf.. sengaja lambat2kan jgk hmmm).
Sessi memilih FM sampai Jenny mai cari kitorg kihkih!

Saya pun berlalu sorang2 diri konon bawak diri.
Tetiba terjumpa kedai souvenir & fridge magnet banyak gila.
Murah hokkay!  Padahal studi sebelum ni kat blog, ada yg kata FM tak banyak pilihan tapi kat sini banyak je pilihan, rambang mata den hehe!
Street artis.. main music gapo tok tahu!

Pastu Jenny jemput kitorg sebab saya & abam je yang lambat, yg lain dah tunggu kat luar.
Rupa-rupanya 2kapel lagi tak tau nak beli apa loll!
Kapel dari Kedah tu beli FM sebijik kitorg tapi kedai yang mahal, sian dorang huhu!
Bilik kami.. besar dakkk? 
Katil single pulok dia bagi.. tapi takdak halll la.. buleh berhimpit 1katil opsss:D
Next time kami pasti duk sini lagi & pasti datang sendiri dahhh!

Masa nak lintas jalan naik van tu, ternampak lah kedai2 plastik shopping yang comel gila.. haaa mark dah kat mana!  Next time gi sendiri!
Boleh pulak si Jenny tertukar van, kitorg dah lintas jalan, sekali dia kata salah van.. gile careless.. dah la peak hour jalan jem gile time tu, sabar je la hahaha.
TV pun clear & banyak channel.. tapi ofcourse la takfaham hehe!

Kita dah nak dibawa check in.  Aku dah tak reti penat ok, sebab excited kat One-Link Plaza tu hehe.
Rupa-rupanya dekat gile je Plaza One-Link dengan Hotel Lido kat Beijing Road tu.. dalam 10minit pun tak sampai!
Toilet.. takde getah paip.. tapi no sweat, kami bawak cebok!
Tong sampah tu abam jadikan baldi.. kreatip tak kitorg?  hehe!

Si Jenny siap tanya prayer time kita bila sebab dia tau kita muslim kan, perlu hantar ke masjid ke, solat ke hotel ke cemana.  Kita decide kat hotel je la.. ye la sebab dah 1hari suntuk tak mandi.. gila busuk cam kambeng kauuuu hahaha (tapi sorry ya aii tak busuk).
Dia lah yang tolong check in kan.  Kami kena kat level 22.  Tinggi tapi lif nya laju!
Masa check in terjumpa orang Malaysia.. alhamdulillah dia bagi contact orang Malaysia yang ada company shipping di sana... kebetulan semua tu sebab kami takde contact langsung dengan mana-mana company shipping :-)
Wah laki aku selamba kodok pakai kain pelikat di tengah banda guangzhou ni :P

Kat sana gelap cepat.  6pm tu dah gelap mcm 8mlm kat sini.
Tapi siangnya awal le.. 6pagi tu dah cerah ceraca bak ore kelate kato!
Bilik kita best.. besar... senang nak campak hasil tuaian hihi.
Yang penting, kami bawak cebok (dan ku pasti 2kapel lagi tak bawak pun hahahaha gelak jahat!)  :))
Kami beli simkad di sini!
By the time balik malaysia lepas cakap lama gila dengan Irdina pun, still ada 23yuan huhu!

Malam tu kami menapak cari simkad cina.
Ye la nak call Irdina, takkan nak guna no. mesia kowt?
Dah Tan Sri mana pulok yang nak tolong byr bil nya?
Jual bra tepi jalan camni je.. buleh pilih nak tali bra cemana.  Custom sendiri lah senang! :D

Studi sebelum bertindak.
Saya tanya Jenny kat mana nak beli simkad murah.. dia kata beli sebelah 7-11 murah (kedai tepon) & jangan beli yang jual tepi jalan sebab mahal.
Jauh gak menapak ke 7-11.. saya takde erti letih dah, cuma kesian kat abam la.. DAH LA PAKAI KAIN PELIKAT KAT TENGAH JALAN GUANGZHOU NI, JALAN PULAK SENGET2 SEBAB SAKIT SARAF hahaha sabor je la.. RARE GILE :))
Depan hotel.. sesaja nak menyemak dengan orang Guangzhou!

Saya lagi la.. kalau perasan.. baju 25/9 & 26/9 adalah baju yang sama.. see.. kambeng di tengah guangzhou tak mandi kuakuakua!
Meriah walaupun malam!

Lepas beli simkad (68yuan jah = RM34), kami menapak ke hotel.  Hajat di hati nak menyinggah kedai kiri kanan yang still meriah tapi abam sakit khennn.. balik je la!
Sebelah hotel kami tu ada McDonals tapi DAH SAH-SAH KO TAU MENDE TU TAK HALAL KAN.. buat apa singgah & makan?  (Sebab ada baca blog org Mesia gi sana siap tunjuk best gila makan mekdi.. phewwww!   Aii gi KURSUS MEMBORONG.. MEMANG TAK HALAL ye.. sekian!)
Nasi kat sini lembik2.. huhu tapi pasrah, makan je!  Nasib baik kami bawak instant drink :-)

Ok la sampai bilik baru la aii suci murni tak seperti kambeng.
Makan siap-siap yang Jenny tapaukan.. gila banyak... lauk kentang & daging 2 3ketui je.. tapi ku sebat jugak la.. lapar weh!  Pahtu sibuk duk wassap.  Kat sana tokleh FB, gile boring huhu!

Tak sabar nak nunggu esoknya :D

4 comments:

  1. Pakai kain pelikat tu yg paling rare. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Tu dia kedai2..meriah kaler2... kt sini ke org beli2 borong dn jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, di sinilah syurga memborong :)

      Delete