Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

03 January, 2014

Booking untuk bersalin - private

Kerja last minit!  Padahal kurang dari 1bulan lagi nak beranaks.
Rabu lps pergi register untuk bersalin salah sebuah Klinik Swasta Bersalin di Kelantan (lepas bersalin le nanti saya update kat mana).
Photo: Last minute decision!
Pilih swasta la pulak.  Nasib terima lg walau 2- 4mggu lg nak due heeee :D
Booking minimum RM50 je tapi kalau tak jadi bersalin kat sini... kira BAKAR je la ye hehe.

Lepas doktor cek semua macam normal, dia amik darah untuk Hepatitis B.
Katanya kalau ada problem, mereka akan still refer hospital kerajaan.
Harap2 normal le.. lagipun baby saya kecik kata doktor.
Saya target kalau keluar pun dalam 2.6kg-2.7kg je kot.

Walaupun saya kerja pejabat Kesihatan tapi bab2 bersalin saya kalau boleh nak DOKTOR PEREMPUAN tapi hospital gomen mostly adalah DOKTOR LELAKI yang conduct bersalin + tak boleh mengada-ngada nak request DOKTOR PEREMPUAN. Saya ni dah le pemalu so saya decide nak ke swasta which is hanya PEREMPUAN yang conduct.  (Sedangkan masa dr. perempuan scan pun saya malu2 kambing.. inikan pulak nak bersalin dgn doktor lelaki, kena kangkang2 bagai?!!!.. oh no!)

Tapi kalau saya tak boleh bersalin normal, Klinik ni akan still refer ke hospital kerajaan.. pasrah!

Hospital Bersalin di Kelantan untuk reference pembaca blog lain:
  • PUSAT PERUBATAN AN-NISA':  Boleh cari details KAT SINI!  Semua pakar wanita.  Saya pernah pergi beberapa kali untuk scan... RM40 sahaja.  Tiada 3/4D.  Bersebelahan dengan Pejabat Pos Besar Kota Bharu.  Normal RM1500 (tak termasuk bilik).  Kalau termasuk semua RM2000-RM2500.  Czer RM6000 ke atas.  Kena check up at least sekali di situ.
  • USAINS (Private HUSM) 09-7672367:  Pakej normal RM2000-2500 & Czer RM6000-RM7000.  At least kena buat 2x appointment sebelum boleh bersalin di sini. Semua pakar lelaki seramai 3orang.
  • Kota Bharu Medical Centre (KBMC) boleh refer gambar di bawah ni:
  • Rumah Bersalin Lily, Pasir Mas 09-7908000:  Normal RM1500 untuk anak sulung (2hari 1malam) @ RM1200 untuk anak ke2 ke atas (RM1200) termasuk sunat kalau baby girl / BCG & sarapan pagi.   Pakej normal sahaja.  Pakar nama Dr. Wan Malihah.
  • KPJ Perdana, Kota Bharu 09-7458000.  Tak pasti le berapa ribu.. rasanya lebih RM4000 kot kalau normal, apatah lagi czer.  Tak survey pun sebab tahu memang mahal hihi.  Kawan nak D & C tu pun hampir RM7000, doktor siap suruh cuci kat kerajaan je.. tak payah buang duit gi swasta katanya hehe.
  • Rumah Bersalin An-Nur Kubang Kerian 09-7644392:  Pakej Normal bilik ber4 RM1290, bilik ber3 RM1390,  bilik single RM1690.  Czer RM7200.  Tambahan lain Vacuum / Forcep RM450-RM550, Epidaural RM680.  Pakar nama Dr. Siti.
Kat mana lagi tak pasti, itu jah sempat survey.
Harap membantu!


41 comments:

  1. sedang menghitung hari lah ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn setakat hitung hari.. hitung jam dah ni hehe.

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan oleh Allah...

    ReplyDelete
  3. Macamana bersalin kat kbmc? Ok x? Sy ni dalam dilema nak bersalin kat mana.

    ReplyDelete
  4. Akak pernah bersalin kat kbmc 3thun lpas....so far ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ok hehe.
      Sekarang ada arahan tak boleh kot.

      Delete
  5. slm utk correction..saya baru bersalin kt annisa kb.harga kt atas tu harga lama.bersalin normal deposit rm1000.total termasuk bilik dan khitan baby rm2900+.bilik 2nd class sbb 1st class dah habis..kalu czer deposit rm4000,total rm7000+ <rm8000.total tu termasuk bilik 3hari 2mlm..harga saya tu pun utk 3hari 2mlm..hope dpt bntu ibu2 yg tgh survey nk bersalin kt mana..

    ReplyDelete
  6. Saya br col kbmc harini...dorg ckp dlm ms terdekat xterima untuk betsalin sbb labor room dorg rosak.xsure smp bila..huhu...br plan nk bersalin kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya nak bersuara pun serba salah.
      Rasanya bkn sebab labor room rosak tapi sebab kes lain tak boleh terima ibu-ibu utk bersalin di situ buat sementara waktu seperti yang diarahkan :-)

      Delete
    3. sis bersalin kt mn yer.. ngtau la psl kbmc ni yg...

      Delete
    4. Assalam. Sy pernah bersalin di KBMC pd 28 April 2014 kira2 dua tahun lepas. Lahir normal dgn dr.lily . SO far, layanan ok.. cuma biasalah, nurse yg tua2 skit agk sinis, tp alhamdulillah ada nurse muda2 yang very supportive ms meneran, bg semangat.. doc ok, cume strict n quite unfriendly. bilik ok, tp room toilet kurang bersih. masa dalam LB, dorg pasang bacaan alquran sampai hbs bersalin.. also suami n mak pon boleh masuk LB

      Delete
  7. Biar saya teka. Ada kes kematian melibatkan ibu atau baby k? Biasa mesti ada kes mcm tu... takutnya... baru plan nak g sana. Seblm ni ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya tau ada maintenance work kat labour room after audit process hari tu. tapi tak tahu sampai bila.

      Delete
  8. Setahu saya...klinik lily pasir mas dan klinik annur..bukan doctor pakar...mohon pencerahan??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah bersalin ank ke 2 di annur...doktor siti ok je..sebelum bersalin,dia sapukan minyak selusuh...harga rm1550 termasuk khitan baby girl..tapi,kalau ank sulung better annisa sbb dia ada biik..annur hanya terima bila kita dah betul2 nk bersalin..

      Delete
    2. Yes bukan pakar! Annur tu doktor buasa jer lah.. tp charge mcm pakar. Bodoh betol doktor indon!

      Delete
    3. istighfar byk2..charge beliau brtepatan dgn pengalaman perbidanan beliau yg dah bertahun2..bkn baru grad..sape yg mlahirkan normal dgn beliau je yg phm.

      Delete
  9. salam. saya seorang pengamal perubatan. betul tu..2 klinik yang saudari nyatakan diatas memang diurus oleh bukan seorang pakar perbidanan dan sakit puan (o&g) tapi kedua-duanya merupakan pegawai perubatan bertauliah (MO) yang ada banyak pengalaman dalam urusan bersalin. terpulang pada pendapat masing-masing untuk dapatkan rawatan pakar o&g atau tidak asalkan ibu-ibu fikir terlebih dahulu kesan komplikasi terhadap kelahiran dan bayi jika bersalin di tempat-tempat yang tidak diselia oleh pakar bertauliah. wallahualam.

    ReplyDelete
  10. rasanya klinik annur xmenyediakan prkhidmatan utk ceazer..normal shja diterima disini..

    ReplyDelete
  11. Agak2 sekarang hrga kos bsalin di annur & annisa brp ye?

    ReplyDelete
  12. Agak2 sekarang hrga kos bsalin di annur & annisa brp ye?

    ReplyDelete