Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

28 December, 2012

Memburu air kotak

85hari lagi......

Weekend lepas kami memburu air kotak untuk goodiebeg.

                                                                1kartoon RM14.88

Asalnya tengok sale dalam flyers Billion / Ceria / Pantai Timur kata 1kartoon air kotak F&N tu adalah RM14.88 so apa lagi kami terus pecut ke Billion.

 10kartoon pun berat gila nak tolak hooo~

Sekali tengok kat situ... Marigold 1kartoon RM12.99 (harga asal RM15.50)... wahhh?!
Terus kami grab 10kartoon! Harga tu untuk perisa Soya, Teh Bunga & Laici sahaja, tak kisah, asal murah hehe!..
So jadi 54sen sekotak... mana mau dapat woooo?~

Semua 22kartoon.
Buleh la saya bukak bisnes jual air kotak kehkeh

Paling bestnya survey air kotak kat kedai borong.
RM16.50/kartoon  (69sen sekotak).. mak aiii mahalnya.
So decide beli kat Billion.  Semua stok baru ok!  Dapat sarung angpow lagi kat kartoon tu :D

Gigihnya 'abang' saya... nanti saya bagi upah (lepas kawen ya) ngeh ngeh ngeh!

Kena beli lagi 8kartoon.
Ala, tak rugi kalau tak habis.. saya juga tukang habiskan hihi.
Selamat duit.. sebab semua ini disponsor mami eheheh terima kasehhh~

25 December, 2012

Kampuchea Day 2 Part 3- Phnom Sampeu

Kampuchea Day 2 Part 3
12 November 2012 (Isnin)
Phnom Sampeu, Battambang


Selesai mendaki di Phnom Banan, kami terus gi Phnom Sampeu.
Dekat jah, tak sampai 15minit... baru berangan nak tido.. sekali dah sampai lah pulak.. erkkk!

Inilah rutin harian mereka

Tersangat letih dah sebenarnya.
Ye la, tak fit.. mana nak laratnya?
Dulu-dulu buleh le.. setakat lari 12km pedehalll?  (sure kena gelak kat orang sebelah he he he).

Baru tengah jalan mendaki ni

Si guide tu pulak cakap kat sini lagi tinggi kena daki.. saya dah cuak.. nak naik ke taknak?
Lagipun nak kejar masa!

Sikit lagi nak sampai

Bila sampai tu, yang jaga parking tu marah sebab van masuk parking tepi.
Kalau nak parking, kena bayar berapa entah.. $3-$4 kot?!
Mahal gile la!
Monyeksss

Masa tu ada beberapa saya menang motor tengah menunggu kami nak culik kami. nak jadikan kami penumpang dorang untuk naik ke atas.

Cer tengok betul-betul ada apa kat atas tu?

Mereka kata, KALAU JALAN KAKI.. JAUHHHH!  Dalam beberapa 5 6km kot + jalan kaki dekat 1jam.
Lepas tu kena panjat tangga beribu-ribu anak tangga!
Kami macam dah ragu-ragu.. betul ke ni?


Dorang minta $5/motor.  Mahal gila ok!
Saya fikir "saya dengan orang sebelah pun tak pernah naik motor, inikan pulak dengan PERFECT STRANGER"!  Oh tidakkkk~  (bukan tunjuk suci tak naik moto dengan orang sebelah tapi SAYA SESUNGGUHNYA MEMANG GAYAT + PHOBIA naik motor hahahaha).

Hey youuuuuuuuuuu~

Kami decide jalan kaki setakat yang termampu je.  Itu pun budak-budak rempit motor asyik duk follow kami, duk offer-offer $5 + duk kata  nak daki jauh, nanti penat lah segala bagai.
Hello... aiii ni suka hiking.. setakat daki sampai keluar peluh kat tiyak tu biasa aaa (ok tapi tu cerita 2tahun lepas semasa saya aktif... sekarang lembik la hahahaha)


Kami memang redah gila.. tak tahu hujung pangkal di mana.
Rasa nak give up tapi bila tengok beberapa ketul orang mat salleh, maka kami teruskan perjalanan je la.
Tup-tup nampak sign board dah nak sampai.. loll, not too far actually!


Rasanya nak sampai atas sampai tonggek muntut tu dalam 25menit kot (tanpa snap gambarlah.. kalau dah getik-getik snap gambar itu ini.. mahunya 40minit baru sampai hehe).  Dan kami bajet 1way tu adalah 3km jeeeee!  (alah nak detail, uolss gugel aje le.. aiii mls nak gugel ni hihi).


Kat atas tu macam biasala ada kuil segala bagai.
Cuma kami tak jumpalah starting tangga nya kat mana yang orang duk kata sangat sampai beribu-ribu lemon anak tangga tu.


Jumpa gak monyet-monyet yang comel.
Tengok monyet.. ingat pulak monyet-monyet yang mencuri & menogok air 100++ kat Kuala Selangor.
Gile comel ok hahaha.  Tapi monyet ni tak mencuri kot sebab takde orang letak makanan hehe.


Turun tu jumpa  Khairul Fahmi (apek).
Tapi jersey nama dia aje la kat sana muahaha.


Tengok dari atas, view tak berapa nak lawa (or else kamera saya tak canggih haha), amik gambar ala-ala kadar.  Pastu abe nasir sms pesan jangan turun lewat sangat nanti sampai gelap.
Ye tahu.. memang kami tak mahu lama-lama atas tu, boring gak duk kuil lama-lama huhuhu.

Pandai je pulak tetiba bergayut kat kaki mak masa saya nak snap gambar ni

Lepas tu turunlah kami.  Rasa macam kejap le pulak.
Ye la, sebab kita dah tau jarak nya kannn?!

Belakang ni ialah gua kelawar yang mempunyai berjuta-juta ekor jeepers creepers kelawar.

Syok & lawak tengok gelagat bebudak kat kampung tu.
Tengah lari-lari, selamba kodok je pulak kencing.. uhhu rare gila oke!
Pastu ada pakcik ni pembersih la (ingat arwah abah aku huhuhu).. sapu-sapu sampah.. ye la kemboja kan terkenal dengan kotor bagai.

Sebelum menjamu selera.. masing-masing pakat nak lari bila saya nak snap gambar :-(

Ok pastu kami terus balik.
Apa lagi.. kami hentam tido le dalam van.
Perfectly tired, sampai tu kalau buleh tak nak bangun.. nak tido je ehehe.
Sampai tu pun dah gelap.. ye laaa dkt 6pm pun dah gelap gulita!

Inilah daging loklak!

Balik tu kami dijamu dengan meriahnya.
Dari dalam van lagi duk terbayang-bayang NASIKKKKK!
Balik betul-betul dapat nasik lauk LOKLAK + sup ayam + sayur.

Makan memang tak ingat dunia.. malu ilang lah sebab lapar kannn?  Hihi.


Meriah uolssss~

Sebelum dorang hidang dinner, kami tengok drama.
Eh macam kelakar.  Even kami tak faham sepatah haghammm pun bahasa dorang, tapi kami gelak gila-gila sebab memang kelakar lah, pulak tu cerita hantu.
Lepas tu ada lah mandi kena berteman kehkeh (bilik mandi di luar rumah kaedahnya).

Hahahahahah lawok gila si faridah.. marah apa tu?!

Lepas mandi, memang tak nak fikir apa-apa dah.. terus bermalas-malasan atas hammock.
Ingat nak tido dalam bilek pahtu dah ghalit pulok lepak kat luar.. terus tido kat luar beramai-ramai hehe.
Yang bestnya bunyi cicak tokek.. erk ngeri le bunyi hewan tu!
Dan tido sehingga esoknya... bersambunggggs.


24 December, 2012

Bercuti

Malam ini saya & 'orang sebelah' akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk membeli barang-barang keperluan kahwin.  29/12/2012 (Sabtu) baru pulang ke Kelantan.
Orang lain sibuk beli keperluan anak-anak sekolah tapi kami sebaliknya hehe.


Sudahlah musim hujan sekarang ni.
Doakan kami selamat pergi & pulang ye? :-)

23 December, 2012

Genap 5 tahun



Pada 21 Disember 2012 (Jumaat) yang lepas,
genaplah 5tahun pemergian abah.

Terasa sangat rindu dengan abah yang cool tak garang langsung.

Kalaulah abah masih ada.... :-(
SEmoga arwah abah tenang di sana....