Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

17 December, 2012

Kampuchea Day 2 Part 3- Phnom Banan

Kampuchea Day 2 Part 3- Phnom Banan, BATTAMBANG
12/11/2012 (Isnin)

Selepas selesai naik bamboo train (ENTRY SEBELUMNYA KLIK SINI), kami meneruskan perjalanan & abe nasir tanya kami nak singgah 1park ni tak?  (tak ingat park apa, monyet ke, kelawar ke) tapi kami decide tak nak sebab nak memanjat tangga kat Phnom Banan ehe! 
Cuma kami sempat snap gambar kelawar kat atas pokok.

 Tengok kelawar, ingat pulak filem JEEPERS CREEPRS.. horror & geli la.. yek~


Lepas tu terus pergi Phnom Banan.
Entrance fee $3.  Lama juga fikir nak masuk ke tak nak tapi alang-alang pergi, masuk aje lah.

Tak faham langsung.. hehehehe (sebelah jambatan).

Kat Phnom Banan, kena daki 350++ anak tangga.
Saya risau juga sebab memang dah lama gila tak buat aktiviti lasak ni.









 Mula-mula daki tu semangat tapi macam nak men'kecundang'kan diri jah kat tengah-tengah tu.  Tapi dengan AZAM & TEKAD, saya sampai ke atas.
 Yang paling bestnya ialah ada 2orang budak tu asyik duk follow saya & 'orang sebelah'.  Yang bestnya, tak adapun budak-budak duk follow geng-geng yang lain.. pandai je dorang cari duit kan?

 Yang tak tahan tu, budak tu siap kipas kitorg hahaha ok jugak.. panas weh naik tangga.
'Orang sebelah' lg le sempat racing naik tangga dengan budak laki tu sampai budak tu give up.. tengok gambar sebelah je sudahhhh.. siapa yang kena kipas siapa?  Muahaha.
 Oleh sebab budak tu asyik duk mengekor je, kami buat la ala-ala pengantin gitu.. kahkahakah banyak je pula gambar pre-wedding kami (tak buleh publish sangat, sbb gambarnya gambar ramah mesra.... ohoks).
Sampai atas tu, kami upah coklat je 2ketui sorang.  Terus dorang senyap lepas tu gi cakap kat kawan-kawang dorang yang follow mat salleh tu, kata saya bagi coklat.  Uih sori naik lori... sesiapa tak kipas.. takde habuan hehe.
 Then kami ingatkan nak turun ikut tangga, tapi budak tu cakap kena pergi gua tapi kalau nak pergi gua tu kena turun bukit tanpa tangga.  Saya macam dah "aaaa?  takde tangga?"  Saya bab-bab turun tanpa tangga ni memang gigil kaki!
 Saya kata nak turun tangga je (tapi tak jumpalah gua nya), akhirnya turun juga tapi saya memang orang last sampai la hahaha.
Gambar-gambar turun bukit yang azab tu ada dalam kamera kawan-kawan (nanti saya cilok) :P
'Orang sebelah' la yang menggagahkan diri menahan saya dari jatuh (dah ada pengalaman daki Gunung Datuk pahtu tergelincir jatuh huhuhu).

Geng-geng lain yang sampai dulu syok aje la lepak-lepak tunggu kitorg.  Saya je yang gigih & gigil turun bukit haha.

 Kemudian, sampailah kami ke gua tu.
Saya siap cakap "eh ada penunggu gua"  hahahaha memang ye pun, dia akan bagi head lamp kat sesiapa yang nak masuk gua.

Pengalaman baru bagi saya kerana saya tak pernah masuk gua.  Keadaan dalam tu lembab & sejuk.
So kena hati-hatilah sebab licin + kena menunduk untuk masuk section lain (nama lagi gua) :P




Kalau ikutkan, saya memang takut gelap he he he!
Masa tu ada geng-geng mat saleh masuk.
Setiap kali tengok mat saleh dengar penerangan guide mereka, saya sangat kagum sebab mereka suka bertanya itu ini.
Kalau kita yang bertanya.. hanya jawab "oooo"  ahehehe.













Sebelum keluar, ternampak spiderman ni... besar nih.. ngeri aiii!










Lepas keluar.. maka pulanglah kami ke entrance tangga Phnom Banan.  Yang bestnya, abe nasir dah memang tapaukan nasik untuk kami dari rumah lagi.
Kalau boleh nak tidur jah tapi ada misi yang perlu diselesaikan hehe.








Bersambung.. ke Phnom Sampeu pulak!

9 comments:

  1. very determined gigih budak2 tu dok kipas korang mcm pengantin baru yee.. ammboiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Hahahah depa suh amik berkata kaedahnya :D

      Delete
  2. Yong pun tak larat dah bab2 mendaki ni....lemah longlai lutut....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kena beli tiket kak.. pergi baru sampai :P

      Delete
  4. weiiii.. baik giler abe nasir siap tapaukan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khennn? Mcm menyusahkan dia je pulak.

      Delete