Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 August, 2015

Pindah Kedai & Pembantu Kedai Diperlukan!

Waahhh tup tap tup tap... jarang lagi kita update blog.
Mmg bz gile la uolsss!
Nak-nak lg dpt bos yg super fussy... diam tak bertenet / jarang2 jenguk tablet & tak ter'ketekkk' bak ore kelate kato huhu.
Baru kau rasa dpt bos WANITA?  Pehhh!
Ni masa mula-mula nak pindah!

Ok back to my story mory!
kita nak pindah VENDOR BUTIK LA.
Dari Bandar Pasir Mas ke WAKAF CHE YEH.
Sbb tetiba kedai tu kosong.. so apa lagi, tanya & survey.. berkenan!
Kita pun rebrand as CHOMELISTA BOUTIQUE (dulu CORNERLOT BOUTIQUE).
Ada 2chiller.. masak nak angkut!
Nasib ada van buruk!

Mmmg superdekat le dengan umah kita.. 2.6km je.
Mlm2 pun boleh gi sbb mlm2 ramai org kedai mkn sebelah tu heee!
Selamat tinggal vendor butik pasir mas!

Kalau kat Pasir Mas, kesian kat abam.. tiap2 ari lps balik kija dia singgah so sampai umah pun dah 6.30pm,
then kita ofcourse la tak gi sbb jauh (18km dari umah).  Kita kesian kat Dina kalau amik lambat tiap2 ari.
Tuan kedai tak berjawab fon / sms / wassap.. walaupun dah berhari2 kita nak anto kunci, rupa-rupanya gi mengail kat laut huhu

So now bila dah pindah nanti, kita boleh singgah lps balik kija sbb mmg laluan kita tiap2 hari.
Sekarang masih lagi dlm proses ubahsuai & masuk barang.
Sbb kita kesian kat vendor2 lama.. 2minggu kita tak beroperasi..so sale vendor pun terjejas (kita lagi le.. dedua kedai kita byr sewa lagi utk ogos ni.. rabakkkk!)
Syg rak ni tapi terpaksa tinggalkan sbb tak muat van :-(

Proses pindah tu penat!
Tapi nasib baik ada van boleh la angkut sikit2 sehari.
Proses renovate pun mmg amik masa sbb abam sorg2, nak mintak tlg org kemain payah weh!
Kedai baru kita @ wakaf che yeh

InsyaAllah kita akan start beroperasi akhir Ogos ni.
So masih mencari vendor-vendor dari pelbagai barangan yang ohsem utk memenuhkan lagi slot kita!
Tapiiii... tapiiii... kita takde staff nih.. acaner?
Staff lama tak leh ikut sbb dia stay Pasir Puteh.. jauh gile.. tp kita syg dia sbb dia seorang staff yg bagus sobb!
Ni depan vendor butik kita!

Sesape yg tgh cari kija, tlg war-warkan k?
Tapi jgn lah mengharapkan gaji serupa diploma / degree.. luku kangg hehe!

VENDOR BUTIK KITA YG BARU:
  • DEPAN RTM WAKAF CHE YEH / SMK KOTA
  • SEBELAH RESTORAN MASAKAN THAI / TASKA ZHILAL AN-NUR
  • SABTU-KHAMIS: 10PG-6PTG (mlm to be confirm)

if minat jadi vendor kami @ nak jadi staff kami, sila wassap ke 017-9616119 / 012-3308551



28 July, 2015

Setahun Nam Bulan

27 Julai 2015 yg lepas genap Dina 1tahun 6bulan.
Pejam celik pejam celik, rasa mcm cepat je masa.
Gambo lama.. dari Dina 1hari-1tahun

As usual lah, gi timbang.. berat Dina tak naik2 pun.. still jugak 8.2kg sama mcm 1tahun 5bulan.
Cuma tinggi je naik 2cm = 76cm (but still ku rasa rendah je bg budak sebaya Dina).
Tukang mengubang

Dina dah tak mo BF masa dia 8bulan (hu hu hu sedehhh).
Duk minum susu Dumex.
Asalnya bagi Anmum tapi tgk DhA Anmum kurang skit dari Dumex so bagi le Dumex.
(setiap org lain2 aspek pemilihan susu formulanya... bg kita, kita pentingkan DhA) :-)
 Enjoy dgn turbanbaby nya
Dina bersama kakak sulungnya 2mggu sebelum raya

Actually tak susah pun jaga Dina nih.
Kasi susu apa2pun dia bedal.  Sumbangan bajir aritu dapat Dutch Lady.. try kasi.. Dina belasah jugak tanpa banyak soal sampai abis 1paket, cumanya kita tak beli la Dutch Lady sbb 'gula tersembunyi' banyak gile dlm Dutch Lady tu ++ DhA sikit.
Kena buli kat staff kitorg pakai tudung hehe

Try kasi susu @s6 (konon2 boleh menggemookkkkkan) tapi Dina awal2 lagi refuse to hisap, nasib baik le beli paket kecik je, sudahnya terpaksa campur S26 dgn Dumex.
Bila kaji2 kenapa susu S26 ni boleh menggemokkan.. rupa2nya S26 punya "susu tersembunyi" tahap paling tinggi dari susu2 lain.. no wonder la.. peh!
 Ready? TEmpurrrr~ 
Dina sendiri yg letak bekas tu kat kepala dia k?
Susah gila nak suh Dina jd model ni hishhh~

Lps tu bab2 botol susu ke puting ke...
Dina guna BOTOL SUSU BIASA2 JAHHH... tak guna yang brand2 bagai tu mcm AVENT KE, MIMIJUMI KE, MAM KE, NUK KE, TOMMEE TIPPE KE, TUPPERWARE KE.
Asalnya sebelum beranak dulu konon nak bg yg branded la, tp bila kasi yg biasa2.. Dina belasah je.. cuma kalau tukar dgn puting yg kaler coklat tu, Dina jd ruam.. so guna puting putih tu jah,
So mmg takde plan nak guna yg branded2 bagai.  Paling brand pun Disney.
 Nak pulak mek ni pakai tudung (tudung supplier kasi.. pasrah je lah walaupun lucu)
Bohhhh!

Sebenornya Dina belasah je apa2 puting tp kita kasi NUK la.. lembut skit

Puting aje lah brand sikit.. bg NUK.. sbb lembut sikit compare puting lain.
Gigi Dina hampir penuh, so kena le bg yg lembut,.. bg yg keras kang rosak gigi.
Bg puting tu pun dah 1hal.. nak rosakkan gigi anak lg ke huhu.
Dina senang je minum Caliph @ apa2 ubat.. tak lari.. siap mintak lagi ada le huhu

Dina spesis indiendent kot?
Kalau abah & uminya tido.. duk main sorg2 aje lah dia.. kalau tv tertutup.. main sorg2 jgk... (kita tak tido pun saje nak test Dina dlm 5minit, nak tgk dia buat apa hehe)... mulut pok pek pok pek.  Tp kalau abah dia tido.. Dina gi korek mata abahnya kehkehkeh, 
Draw dina draw what u want

Berniaga tu Dina sgt suka..
org sibuk dtg booth / kedai.. mula la dia sibuk layan org jgk.. dan time tu jgk dia sibuk nak berdokong bagai huk huk.
Then kalau dina marah / mengamuk.. dia cubit kita.. uuuhu sakit wohh!
Tp kita tak biarkan dia marah lama2, kalau marah, kena hug dia la, biar dina reda dari marah.. pastu dia sengih :D
Ckp pun dah boleh pelat2..
AYAM (mula2 sebut AYE... hoooohh.. pelat kelate terus hehe) / NOK / TAKDOK / TING (PUTING) / JATUH / SABAR / YOK (TIOK) / NYAW (KUCING) / BALL / KARRRR (BASIKAL) / PONG (TELEFON) / MOK (NYAMUK) / BUK (RAMBUT) / NOH (NOSE) / AKIT (SAKIT) / BIK (AMBIK) / AMAH (PANAS) heheheh / OKKK (HOT) / BI (TV) / PI PI (TEPI TEPI @ sebenornya JOM JOM) / OKCIR (TOKSIR) / BIRD / ENEK (NENEK) / ANGAN (JANGAN) / KAKAKAK (KAKAK.. terlebeh KA) / ABAM (ABG) / BIH (ABIS) / OMEY (COMEY) / ANTIK (CANTIK) / BIG (refer kpd semua lori / van / bas yg dia tgk as BESAR) / AIN (MAIN) / PISH (FISH) / NYO NYO NYO (NO NO NO) :-))
Aktiviti semasa di car boot sale.

Dina suka kawan dgn org.. certain2 budak takut dgn org baru tp dina nak kwn.. siap ajak "maiii maiii", hope senang lah bila dah masuk sekolah esok2.
So far takde la dia usik org sampai org nanges (unless ada budak tolak dina kat car boot sale je.. rasa nak penampo jepun je budak tu heshhh, dina hulur tgn nak salam.. budak tu gi tolak dina sampai jatuh.. heshh!).
Bab2 lasak toksah ckp.. letih makkkkk!
Bukan setakat lasak.. mulut pun mcm bertih jagung!
Hope Dina jadi anak yang baik2 ya?
Luv u.


24 July, 2015

Customer Vendor Butik Kita & Vendor Wanted

Assalam (entry autopublish.. taip awal2).
Nampak tak signboard tu?  Kedai kita dpn celcom tu haaa!

Sapa2 yg belum tahu, kita dah ada vendor butik kat Bandar Pasir Mas Kelantan.
Beroperasi 6 Jun 2015 yang lepas.

Bgtau ni bkn sbb nak berlagak tapi just nak inform k?  Jgn slh faham :-)
Vendor Butik ni based pada baby / kids / mommy.
So no wonder lah ramai para ibu2 suka masuk :-)
Asalnya kita cari vendor dari pelbagai barangan tapi ramai pulak vendor based baby / kids / mommy masuk so kita pikir2 balik.. better go on camtu je la kan?
Lagi pun kami sesatunya vendor butik yang terletak kat bandar pasir mas waima di jajahan pasir mas sekalipun.


Kalau kat bandar K.Bharu dah banyak sgt vendor butik berkembang pesat.
Kita sendiri pun masih lagi menjadi vendor di 1vendor butik kat KB & 1 lg kat Kubang Kerian.
Di Kok Lanas pun kita jadi vendor juga tapi bulan ini last lah kot eheh.
Kita nak jd vendor kat butik kita sendiri je sbb location kita senang access.. kat ground floor jah.
Akak ni nurse kat Klinik Abam.  Dia cam kita tapi kita tak cam dia huhu.

Vendor butik kita ada sorg staff jaga.
So kalau time office hour tu boleh la wassap dia untuk tanya stok.
 Kasut comel2 semua!
Boot ni RM40 sahaja.. nape, tak percaya ke? :D

Pelbagai barangan ada di sini:  TURBAN BABY KHUSUSNYA, headband, rompers, sleepsuit, jeans, kemeja, tshirt, blouse, pyjama, jubah, toys, kasut / selipar baby kids, pre walker shoes, alatulis, jubah, blouse wanita, tudung / shawl, handbag, kain pasang, baju kurung, jeans wanita, aksesori wanita, telekung, kosmetik, purse, biskut, coklat, kerepek.  Section chiller:  puding sedut, susu magic, air detox, air kotak dll.
 Ni yg sama2 join sukarelawan dgn kita dulu.  Sekarang kita susah nak bg komitmen dgn sukarelawan sumbang tenaga, tp insyaAllah ada sumbangan di sudut lain diberikan :-)
Kasut raya dina beli kat vendor butik kita je.. comel kan?
Tak menahan taste dina.. RM35 sahaja.. ada kaler putih & pink :-)

TAPI KITA STILL MENCARI VENDOR LAGI K?
IF SAPE2 BERMINAT NAK JADI VENDOR KITA, SANGATLAH DIALU2KAN.
TAK KISAHLAH BARANG APA SEKALIPUN, KITA TERIMA ASALKAN TAKDE YG SAMA KITA JUAL SEKARANG.

Haaa meriahnya uolssss!
Ni salah sorg vendor kita (kain pasang & shawl), sesambil hantar barang.. sesambil shopping :D

Kita cari vendor berikut:

  • BOTOL SUSU / STOKING BABY / SELIMUT BABY / BEDUNG / TOPI / CLOTH DIAPER / TOYS (sekarang ada soft toys sahaja) dll yang berkaitan dengan baby & kids
  • WANITA:  KASUT / SELIPAR, KURTI BLOUSE / JUBAH, KOSMETIK @ apa2 je.
  • LELAKI:  Kasut / selipar, baju melayu, kemeja, slacks, jam tangan @ apa2 je.
Boleh wassap abam k?  017-961 6119.
Sewa slot serendah RM30-RM100 sahaja :-)

Ajak maknya bergambar sekali tp takmo.. malu katanya.. jenuh asben dia paksa.. ekekek

Kami terima vendor dari mana2 negeri sekalipun, so far paling jauh vendor aksesori baby kids kita ialah dari KL.
No problem.. boleh pos kan?  Vendor kita tu jual headband / hair clip handmade.
 Tu dia, kita train dina dari kecik jadi usahawan.
Dina le yg paling sibuk layan customer dia.. mulut pok pek pok pek, duk hulur kasut / selipar suh customer try :P
Biar dina minat bisnes @ sukan
Mesti orang ckp "bestnya dah ada kedai sendiri".. best tu memang lah best tp bila dah ada kedai sendiri, otak memang sentiasa dikerah untuk berfikir.  Berbeza kerja mkn gaji.. tiap2 bulan dpt gaji tetap.  Bila dah bisnes sendiri.. takleh dah la rasa "dah ok sale 1k sebulan.. cukup lah tu"  (sebagai contoh la.. takkan la ada kedai sale 1k je sebulan dok?  tak logik la huhu)

 Baju kurung pun ado
Susu megik, air detox, puding seduts

Itulah org kata "org bisnes la kuat kuat berfikir utk memajukan bisnes"  (PM tu kuat pikir gak.. tp pikir nak memusnahkan negara.. ehhh relevan tak?  Tetttt!) :P
Lps tu cabaran tu mmg ada lah... bkn takde.. untung rugi tu biasa.. kalau takut rugi, jgn lah berniaga :-)  Kita ckp camtu bkn sbb kita sentiasa untung.. tak weh, ada 1hari tu kita mmg nak give up, rasa nak tutup kedai (padahal baru 1minggu bukak.. mana lah org nak tau lg kan heheheh sengal pulak kita ni).
Kemeja jeans Guess pun ada

 Customer cilik kita beli turbanbaby
Boleh follow instagram kita:  www.instagram.com/cornerlot.boutique
www.instagram.com/turbanbaby.borong

haa gittew, mesti 'orang tu' pandang enteng kat kita & kita tau 'org tu' nak tgk kita jatuh susah & papa kedana.
Tak apa lah, kita bertatih2 dari bawah, berusaha sendiri.. kita tak kaya tapi kita guna duit sendiri.
Doa2kan kejayaan kami k?
Sbb ni cita2 kita dari kecik, sejak darjah 3 lagi kita meniaga  :-)

ALAMAT:
NO. 153, JLN BESAR  PASIR MAS,
BANDAR PASIR MAS, KELANTAN
Sabtu-Khamis:  10pg-6ptg
Jumaat & public holiday:  TUTOPPP!
Landmark:  Dpn Celcom & cornerlot sebelum kilang roti florida 
(pandang kiri jah, jgn pandang kanan, kanan tu nak ke stesen bas, stesen keretapi bagai hehe


21 July, 2015

AidilFitri 2015 Kami

Assalamualaikum... againnnn, blog bersawang.
Walaupun dah 1minggu++  bos balik beraya tapi kita tetap bizi la.. takde bos pun bz ok, bukan boleh goyang kaki hehe!
3hari sebelum raya, berbuka dgn famili belah abam.  Dina nak dgn Pok Long nya jah.  Takmo dgn org lain selain abah & umi huhu.

Ok lah, i want make it fast (kalaunya cite jadi simple haha).

1st day buat open house (awalnya tak plan pun tp kazen kita 4org dari Seremban balik setelah 2org lagi tak balik 2tahun) so takkan lah kita tak raikan kan?
 See see.. budak tu takmo bergambo!  2ari sebelum raya baru dpt baju raya.  Sbb nya baju raya pempuan mostly berblink2 bagai.. eiii tak kosa makkk, tak minat!
 Dina duk pegang kamera, tak dulik dah org nak snap gambar dia.  Nak snap gambar kamera dia tak kasi, terpaksalah guna hp jah.  Lucu dia pakai tudung tu.. gift dari supplier kita :-)

So kita buat nasi dagang (order dgn mertua kita jah hehe) pastu kita order 150 cucuk sate dgn ofismet kita 100cucuk = RM75) serius sedap!  Sayangnya tak cukup... terpaksa berjimat cermat sbb kita tak jangka pun ramai yg dtg erkkk.  Kita siap beli yg belum masak konon lebih,.. nasib baik ada pemanggang ajaib, kejap je sate masak :P
Pakai tudung tak sampai 5menit heh

Kita jemput famili belah abam (tapi sayangnya tak sempat nak bergambar bagai hu hu hu).. sengal sungguh kan?
Pagi tu memasing dah kesiangan pulak.. kazen gi masjid tapi tak sempat solat raya sbbnya kat sini 8.20pg dah solat daaaa!
 Nasi dagang & lauk2 tu dimasak oleh mertua saya.
Sape nak order boleh lah ya?  Mertua kita mmg ada gerai makan kat Pintu Geng tu :-)

Pagi tu as usual la bergambor tp si dina ni takmo bergambo pulak.. adoiii!
Then gi kubur arwah abah & mami.
(mana janji makhluk tu nak letak belindan utk arwah mami ye?  anak kesayang konon,.. phuiii!)
Sate kita order dgn kwn kita.
Gerai sate dia sebelah Balai Polis Binjai.. serius sedap, lembut.
RM75 = 100 cucuk

Balik sibuk bersiap utk open house.
1st day tu mmg tak keluar lah sbb famili datang beraya.
Dina pun syokkk aaa sbb dia mmg suka kawan dgn org.
 Dina.. pilih la sendiri yeaaaa?

2nd raya:  Abam 2x gi umah anak2 dia yg 3org tu.. bekas wife abam langsung tak bagi anak2, siap nak bawak lari lagi... wow!
Petang beraya kat umah sedara mara kat Tumpat.
 Open house kat rumah my 3rd bos:  Dr. Siti Nurhaliza 
Cettum molek dina.. sbb dia baru lps yak ushukkk!

3rd raya:  Gi open house orang pulak
Umah poksu kpd abam.. mcm2 ada:  kucing, angsa, kambeng, arnab, burung.
Dina suka sgt main dgn sekor kambeng tu.. sbb asyik terlompat2 je.. kita pun suka main, sbb kambeng tu lucu :))

4th raya:  kerjaaaa hahaha!
Kononnya ni nak buat baju raya dina tp dina refuse to wear.. Adohhhh!
Kita jual jubah baby ni.. kain lycra, mcm2 kaler ada.  RM25 je :-)
Gittewwww... kita siap sms bos sbb kita takut le nak bukak opis tu, dah le gelap gulita.
Lagipun dah ramai staff sini "kena kacau" waima 2hari sebelum raya.  Jin masih ada k di bulan Ramadhan?  :-)

Dah dah.. bizi neh!
Selamat hari raya semua, maaf kalau ada tutur kata yg menyentapkan korang ya? :-)