Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

08 February, 2017

1st Update 2017- Dina Masuk Taska

Assalam... wah gilerrrr la lama tak update.
Memang bizi.. serius bizi ya amat haha.. Itu hari nak update blog... aci nak taip tajuk..ada kija pulakk!  Hu Hu!

Back to story lah (bukan ada nak baca pun taip panjang2 + blog dah bersawang tebal, takde reader dah rasanya heee)


29/12/2016 (Khamis)
Tetiba dina asyik ckp NAK GI SKOOL.. pagi petang siang malam.
Umi & abah pulak tak plan pun nak hantar dina skool sbb nak kasi dia kawan puas2 dulu dengan tok mek dia (pengasuh).
Ish tak boleh jadi ni so last minit decided cari taska.
Hari test duk taska 30minit, tak nak masuk dalam sebab nak main kat playground.
Baju merah tu kak wani (pendidik situ).

Cari punya cari, dapatlah yang dkt rumah ni.
Tertarik dengan aktiviti yang dorang update kat FB.
Sbb certain-certain taska... IT'S JUST A TASKA.. jaga budak without any activities.
++ taska ni ada CCTV.
Nak main je walau mata dah ngantuk

So try bawa Dina 30minit, eh suka pulak dia.. so memang confirmlah hantar situ hehe.
Situ terima dari 3bln-4years only with 5pendidik + 1pengurus.
Total 16kids only 😎

1/1/2017 (Ahad).
REGISTER DINA KAT TASKA.

Registration fees:  RM205 (insurans / uniform dll- tak ingat haha)

Montyly:  RM250 (3-4tahun) / 3bln-2tahun (RM300).
Ahad-Rabu:  7.30pg-5.30ptg / Khamis:  7.30pg-4.30ptg.

Kita apply cuti 2days kekononnya nak stay for a whole day situ kut dina nanges.
Tp alhamdulillah, kita duk 1jam je (for registration & briefing)... pengurus guna kaedah dia la nak suh kids leka & tak bg ikut parents balik.  Dina sempat nanges 2minit je kut hehe.
So esoknya kita cancel la cuti (Sayang weh, better tolak GCR banyak2 heeee).
Control your body

Hasil dari 1st day, Dina tak nak balik.. handoiiii!
Penat pujuk baru nak balik hehe.
 Secure

Selepas 3minggu Dina kat taska, 1kemajuan bila Dina dah diaper free (not fully 100% la).
Dah pandai cakap nak kencing / nak uk uk.
Seminggu pertama tu bocor lah jgk tp proses pembelajaran beb!
 Cakkkk

Tak apa-apa masalah lagi setakat ni.
Dina memang seronok gi skool.
Dah boleh hafal ABC, numbering, alif ba ta.
Kalau kat umah paksa kita baca doa mkn dulu heehe.
Belajar Alif Ba Ta

Kita pun suka sebab taska tu memupuk aktiviti menabung.
Dorang akan catit setiap hari.  Once tabung full, dorang akan bg semula 💗
Collage

Pagi abah dina hantar (sebab mmg dah ontheway kija).
Balik kita amik (walaupun memang tak ontheway langsung!)
Tabung Dina kat taska (rase secure sikit.. kalau simpan kat umah.. tahun lepas penyangak amik tabung dina.. rasanya almost 1k kot dlm bekas besar gabak dari ni)
Ahad wajib pakai uniform.. semua hensem & tomey.

Ok itu saja kisah dina & taska.

3 comments: