Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

05 March, 2014

Sedih + Pilu (Pondok Pak Ya)

Siapa dah tengok telemovie PONDOK PAK YA kat channel  #953?  (ASTRO BOX OFFICE TAYANGAN HEBAT).  Start tayangan dari Disember - Februari yang lepas sahaja.
Pondok Pak Ya
Sedih tgk drama yg berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 22 September 1989 (ketika tu aku berumur 9 tahun).  Kejadian ni berlaku di Kedah.  Seramai 27orang syuhada telah meninggal dalam kebakaran Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (dikenali dengan Pondok Pak Ya).

Click to view full size image
(gambar kredit to web taufikiahpondokpakya)

3 4x tengok telemovie ni pun, still rasa sedih + pilu.
Punca kebakaran ialah kerana sekumpulan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan memasang lilin kerana pukul 11malam, kesemua lampu mesti dipadamkan.  Ketika mereka sedang belajar, salah 1lilin yang dipasang jatuh di atas tilam & merebak dengan cepat sebab asrama dibuat dari kayu.
Mereka cuba memadamkan api tapi api merebak dengan cepat.
Gambar kredit to syuhadapakya.blogspot

Ada penghuni asrama yang sempat menyelamatkan diri & 27orang penghuni asama perempuan yang tak sempat menyelamatkan diri kerana tidur & terhidu asap yang tebal.

Serpihan mayat mangsa kebakaran :-(  (gambar kredit to syuhadapakya.blogspot)

Sebelum mereka terkorban, sudah ada petanda yang mereka akan pergi buat selama-lamanya.
Contohnya:

  • salah seorang syuhada membuatkan air kopi untuk bapanya sehingga bapanya berkata "tak pernah-pernah pun buat ayaq kopi untuk ayah?"
  • ada syuhada yang menyuruh adiknya mengambil gambar dia beberapa kali dengan mengatakan bahawa "ambil lah lagi.. yang ni gambar last dah ni.. lps ni tak dak dahhh!"  Lepas tu dia ambil semua baju-baju kurung & pesan kat mak nya "baju-baju ni ambil lah bg kakak (eh ke bagi adik.. sorry tak ingat).. tak pakai dah lps ni!"
  • semasa di asrama, seorang lg syuhada telah menyuruh bapanya membawa semula beras yg dibekalkan kat dia
  • masa ceramah agama, ustaz menceritakan mengenai mati syahid & ada antara syuhada bertanya "bagaimana untuk mati syahid tu ustaz?"  Lalu ustaz berkata "nak mati syahid ni senang ja... masa menuntut ilmu, orang yang mati di jalan Allah, mati kerana KEBAKARAN..." (ada lg ustaz tu ckp, aku lupa apa).
Mencari serpihan mayat mangsa

Cemana lah agaknya bagi mereka yang betul-betul mengalami kejadian ni eh?
Tengok drama pun dah sedih.. inikan pula yang betul-betul dialami oleh mereka.
Click to view full size image
Gambar kredit to web taufikiahpondokpakya.edu.my

Mujurlah Astro menyiarkan drama camgini, kalau tak.. aku pun tak pernah tau kejadian nih.
Ye la umur 9tahun.. apa je yg nak ingat... suratkhabar pun aku tak baca lagi time tu (Sekarang je wajib baca suratkhabar, tu pun mcm takut je nak baca dengan mcm-mcm kejadian) :-(


Mangsa yang masih terselamat masih lagi mendapatkan rawatan walaupun sudah 25tahun kejadian ni berlaku.
Maklumat detail, boleh baca kat http://taufikiahpondokpakya.edu.my/galeri/index.php dan BLOG NI.

Semoga mereka ditempatkan dlm golongan yang beriman.. aminnn...

(saya tau ada orang yg cakap ELEH GOOD-GOOD JE BUAT ENTRY CAMNI.  GOOD-GOOD PUN.. SAYA TAK AMIK HARTA ORANG MCM ORANG TU!   OUCHHH?.. sekian!)

12 comments:

  1. Itu lah.. dulu mcm pernah dengar tapi macam tak ingat mana.. alhamdulillah bila astro tunjuk benda ni .. dapat tahu kejadian nyer.. Moga semua keluarga mangsa redha dengan kejadian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kita pun buleh imagine cemana keadaan dorang masa kejadian tu.
      Harap2 begituah... amin....

      Delete
  2. JM pun tak tahu pasal kisah ni...sedinhnya Alfatihah buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum tengok, boleh la tengok tapi kat astro dah tak tayang.

      Delete
  3. sedihnya...rasanya noe mmg x sanggup nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yg tgk 3 4x ni pun still nangis lagi... mmg sedih :-(

      Delete
  4. sy mmg tertarik nk thu psal kisah nie ..
    sy tinggal d kedah ..tragedi nie berlaku pon sy belom lahir ..ayh sy seorg polis .ayh lhaa gthu sal nie ..tpi ayh tk ditugaskn pon ke tempat kejadian ..nasib astro tyngkn crita nie ..dpt lah sy thu serba sdikit ..sedih cita'ny ..al-fatihah kpd 27 syuhada ..

    ReplyDelete
  5. Dh byk kali tgk..masih mnngis.

    ReplyDelete
  6. Dh byk kali tgk..masih mnngis.

    ReplyDelete
  7. 22/9/1989 masa tu saya belum di lahirkan dan saya tidak tahu pasal tu..Selepas 4 tahun kejadiaan tu baru saya dilahirkan dan terkejut tengok tarikh dan bulan adalah sama cuma beza tahun saya dilahirkan iaitu 1991..

    ReplyDelete
  8. Skali lg dtayngkn mlm ni...sdih sgt....

    ReplyDelete
  9. Skali lg dtayngkn mlm ni...sdih sgt....

    ReplyDelete