Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label fefeeling. Show all posts
Showing posts with label fefeeling. Show all posts

10 November, 2013

"Malas Layan!"

Suatu hari friend of mine tepek gambar 7-8-9ketui buku LONELY PLANET kat FB nya sebab katanya seriyus nak gi tempat tu.  (Ayu.. kalu ko baca, sila la komen ye hehe).
Maka aku berminat dengan salah 1tempat so aku kata la berminat nak gi.
Bila risik punya risik, bajet seorang all in 9k-12k (hampir 2minggu)- pergi sendiri lorrr, bukan agent!  Tiket flight saje almost 4k return.
Gulp sengih sendiri.. gile kentang 'semahal' itu (padan la dengan tempatnya hehe).
Harusla abam tak kasi pergi punya!  Maka aku teruskan pen'google' lanjut pasal tempat tu:
*climate / currency / attractions & seangkatan* pastu abam tertengok.
Pujuk-pujuk abam, katanya "MALAS LAYAN".... waaa sedihnya.. bukan nak pergi sekarang pun tapi tahun 2015, sempat le kumpul duit (sebab gaji bukan 30K pun sebulan.. 3k pun tak sampai tihtihtih!).
Johannesburg
Kuciwa di situ!
Kalau ikutkan, meme cukup bajet aku kalau 2tahun lagi tu (read:  1tahun ++ je lagi).
Sebab aku suka tempat-tempat camgini.

Pasrah :-(

04 July, 2013

Statistik Terkini Blog Ku.. ahaks.

Wah wah... tak pernah blog aiii mencanak-canak camgini statistiknya.
Sebab aiii tau lah blog aii ni, kawan-kawan blogging aii tak akan baca berulang kat satu entry tu even aiii dah balas (sebab aiii pun teramat jarang baca balik bila aiii komen kat blog org hi hi hi).
Sebabnya bila tanya BFF aii & kawan-kawan blogging aii, dorang kata "tak tau cerita / tak baca pun".. see see?  Bila suruh baca, baru dorang baca.. sebab blog aii ni bukannya ada 2000followers... ada 133followers je bhaiiii! ^^)
So now 'uols' sendiri la yang menaikkan statistik entry tu.  Meme aii cek setiap hari, entry ni akan bertambah statistiknya... kawan-kawan aii meme tak laaaaa mengklik nya :D
Wow.  Musti 'uols-uols' bercakap kan? "nanti baca blog dia ni.. dia buat entry pasal bla bla... geram betul aku.. bla bla.. aku dah reply.. bla bla", orang lain pun cakap "ye ke?  meme bodo kan dia tu?  reply je!".. "dia ada reply apa lagi?".. "dia reply itu ini.. nanti baca la"... orang-orang kamu pun baca la.. lepas baca bercakap lagi "eiii meme menyakitkan hati kan?  bla bla, dia gini gini".. "nanti balas lagi".. ha ha ha!~
Wow terima kasihlah bercakap pasal saya yang bodoh ni :D :D :D
Tak sangka pulak ada orang bercakap pasal aiii.  Aiii tak ada cakap pasal uolss pun dah kat luar.. terima kasih bagi pahala kat aiii yang sedia banyak dosa ni.

Akhir kata, wassalam :D

30 April, 2013

Momen Kandid + Lawak

Dah dapat cd dari photographer.
80% sangat tak berpuas hati le dengan photographer kami.
Tak berbaloi langsung bayar RM650 tapi gambar sikit + takde apa-apa effect (macam bokeh, lighting bla bla bla) + outdoor pun sikit sangat dorang snap.  Udahla datang lambat, sesat pulak tu!
 Perantin laki datang.. nasib tak pakai kasut dari bawah hehe
 Hrmmm hrmmm... jangan main-main mata dengan bini akuuuu!
Moncong-moncong itek akak ipar ku itu.. awat kakkk?  hihi.

Sudahlah kita yang arahkan dorg (mereka berdua.. yg real photoghraper tu 3pm baru datang ok!
Yang datang 12pm tu ialah photographer ganti!
Ada ke patutu duduk je dalam rumah.. bengang gak kitorg!
 Pok amai-amai.. blakang kupu-kupu.. eh, belalang kupu-kupu!
Sempat lagi le pulok orang kat belakang tu ciom pale hahaha
(famili belah laki)

Tang outdoor tu lagi la.. tak sampai 30minit.. dah pulak dorang nak balik!
Adoyaiii!  Kita pulak yang arahkan dorang snap gambar kandid (ye la.. gambar dukung-dukung takde, gambar momen2 best pun tak ada.. semua biasa-biasa +gambar kejung.. hmm).
 Ni lah dia pasangan perantin yang tak reti duk diam + tak reti control macho / ayu.
Meme tak bules duk diam haha!

Bayar RM100 pun cukup le kot, yang dorang cuci tu.. gamba bodo-bodo je.
Guna kamera bodo pun buleh kalu gitu.. adus!
Nasib tak amik story book (Baik buat photobook sendiri je la uolsss.. below rm100 jah!)
Ek ah ek ahhh... nak makan kek, kita menari bujang lapok dulu!

Masa dapat cd tu, banyak gambar tak ada.. so kami cakap nak semua jadi ke tak jadi ke nak semua.
Dia jawab "kita amik gamba yang terbaik je",.. ces tak buleh terima!
Kata unlimited.. kalu UNLIMITED... BAGI AJELAH SEMUA.
Sudahnya depa bagi jugak hehe.

Bujang lapok tak jadi daaaa!  Lawok eh gamba ni!

Anyway.. jom view gamba kandid & gamba lawak hihi.

09 April, 2013

Derma... Janganlah Pertikaian!

Minggu lepas Jabatan saya buat kutipan TABUNG WIRA NEGARA so saya bagilah sedikit.
Tu pun saya terdengar "sapa yang bagi RM** ni, banyak nya?  Aku masukkan RM10 tu pun fikir panjang.. ambil balik boleh tak?"   Whut?! 

Kalau rasa bagi sumbangan tu membebankan, tak perlula bagi.  Ayat-ayat yang dorang cakap tu pun macam terpaksa bagi!  Kalau tak ikhlas, tak usah bagi.. nanti berdosa kalau diungkit balik.


Lepas tu semalam saya call Mummy tanya nak bagi sumbangan ke?
Dia tanya ada berapa kat tangan saya?  Saya kata "baru amik duit ni.. nok wi berapo?  oyat jah hehe".
So lepas tu Mummy kata "wi RM....."  so saya kata  "oke 1...."
Terus akak sebelah saya yang terdengar.

Akak ofis:  Ooo mok awok wi RM1
Saya:  Ehehehe (lepas tu keluarkan beberapa note RM50 & kira).
Akak ofis:  Eh mok awok wi berapo?
Saya:  RM****
Akak ofis:  Oloh banyok teh, wi banyok-banyok wat gapodio gak?!  Suh dio derma ko masjid la etek!
Saya:  Erm biarlah kak, tak kesah la mok nok wi berapo-berapo pun (sesambil sentap gila).
Akak ofis:  Suh dio wi sikit sudoh la.. banyok lagi masjid-masjid nok sumbangan.  Ore lain wi RM10-RM20 jah untuk wira negara.
Saya:  Biarlah kak! 
Akak ofis:  Erm ye lah nok wat gano mok awok duit banyok!
Saya:   Ermmm
 
 
Sangat bengang!  Perlu ke pertikaikan & perlu ke akak tu yang tetapkan derma Mummy nak salur ke mana-mana?  Kalau tak sebab Jabatan buat tabung wira negara nih, tak kecoh-kecoh camni.  Baik bagi transfer online je, tak ada sesape nak kesah nak bagi berapa-berapa pun.

Nak tak nak kena tulis juga kat form tu berapa RM tapi saya memang tak tulis la nama saya waima nak Mummy sekalipun sumbangan dari siapa.
For me, besar @ kecil sumbangan tak perlu lah pertikaian, yang penting itu sangat membantu mereka yang memerlukan.
*notakaki:  tak faham dengan orang-orang macamni.  Bagi sumbangan salah, tak bagi sumbangan pun salah!  Buat kerja sukarela kata RAJIN, tak buat SUKARELA kata tak de sensitiviti masyarakat pulak.. sucks!*





08 April, 2013

Majlis Akad Nikah

23 Mac 2013 (Sabtu)
Gambar sikit jah sebab yang tukang snap gambar ialah abang.. dia tak bagi lagi gambo huhuu.

Famili SIL datang dari KL hehehe

Minta tolong bespren datang mekap jah sebab kalau upah mak andam RM150sekali mekap.
Biasa la pengantin bajet + dekkut haha.
Booking tok imam mulanya 11pagi tapi dilewatkan sikit ke 11.30pagi sebab both pengantin lambat.
Yang bestnya kena marah kat tok imam sebab tak call pagi tu hahhaha miss communication... mana lah tau...
Lepas tu memandangkan both pengantin lambat bersiap maka call Tok Imam lewatkan kepada 11.30pagi pulak, buleh camtuh?  Hahah nasib baik tak ada orang kawen pada 23 Mac 2013 tu.  Kami je satu-satunya pasangan yang kawen kat area tu.
Pallete yang baru dibeli

Iolss kat atas suruh bagi kain sampin kat pengantin lelaki huhu

Sesambil saya mekap, sempat lagi keluar bilik buat kerja.  Mami pulak lambat gi kat dia, dia marah.. adoi serba salah makkkkk!  Kalau bukan iols kawen tak pe lah gak nak keluar masuk dapur.
Anak buah

Tok Imam betul-betul sampai 11.30pagi tapi pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi.
Saya call time tu, katanya belum siap.  Mak oiiiii patut pengantin tunggu tok imam tapi tok imam tunggu pengantin huhu cuak dah saya.
Ruang tamu rumah iolsss... penuh nih.. malu iolss!

Bukan cuak apa, kadang-kadang iols selalu pikir bukan-bukan macam "dia tak jadi datang, dia tak nak datang, dia tak jadi kawen dengan iolsss".. oh mai gucci, mana iols nak letak muka?  Huhu.
Mejlis simple jahhh!  Jamu nasi kerabu

Sudahnya pengantin lelaki sampai 11.45pagi, himself yang drive.
Sudahlah kain pelikat dalam bilik iols.  Meme sempoi habis (tak pasal-pasal abang iolss bebel kata "FIZI TU SELAMBA DIA JAH.. DAH LA DATANG LAMBAT, DENGAN TAK BERSAMPIN NYA... PAKAI SAMPIN KAT GARAJ JAH.. KALU KAT KL, TOK IMAM BALIK DAH!"  Huhu nak buat guane :D
Lepas tu himself terus naik.  Iols duk dalam bilik.  Tak sampai 5minit, tok imam panggil saya untuk minta izin saya samada nak kawen atau tak.  Iols kata izinkan je le (tok imam tanya sendiri sebab iols kan guna wali hakim).  Lepas tu terus masuk bilik.  Tak sampai 2minit lepas tu, iols keluar balik.. ehhhhhhh... DEN DAH SAH JADI BINIK ORANG.  Huk aloh, tak sempat dengar beliau lafaz.  So tak sempat la nak fefeeling syahdu gitu :-(
Duduk jah kat bantal tu, dah siap doa.  Huk aloh, very fast?  Maybe tok imam malas tunggu dah kot.. pengantin lama sangat hahaha.  Sekali lafaz je.. chaiyok abam! :D
Duit hantaran susun dalam album.. nasib baik tak gubah, kalu tak.. jenuh iolss nak bukak balik hehe.
Ada duit 4sen & 20sen sebab ikut no. i/c iolsss hehehe! ***324-03-5***

Lepas tu abam solat sunat.  Then abam menyarungkan cincin.  Amvoiiiii... segan i noksss... ramai mata memandang ehehe.  Gambar idoklah banyak sebab gambo dalam kamera abang.. nanti iols update lain!
Takde mekap, lepas makan ni.. malass eh nak tacap!

Lepas tu makan, selamba rock.  Lepak-lepak jap pastu tukar tracksuit.  Pengantin sempoi.  Arghhhhahahah!

Sambungggg....


01 April, 2013

Kami sudah sah....

Pada 23 Mac 2013 (Sabtu) yang lalu pada jam 11.50pagi.. dengan sekali lafaz (chaiyokkkk abam!).
Saya tak sempat dengar dia lafaz sebab saya dalam bilik.
By the time keluar, dah start berdoa.  Huk aloh, tak sempat nak fefeeling syahdu gitu huhu.

 Beli pallete tapi tak guna pun.  Mintak tolong kawan jah make up kan.

Malu jugak sebab ramai.  Iols udahlah cepat nebes kalu ramai-ramai nih.
Udahlah abang je yang jadi photographer, malu pulak hihi.

 Seksa weh pakai baju ni.. last minit tukar putih.. patut hitam.  Berlapis-lapis kena pakai!

Pengantin sempoi.  Kena tegur sebab mekap tak berapa nak nampak. 
Ok lah, tak mau over sangat sebab akad nikah aje pun.
Lepas makan, terus tukar track suit :P

 Lepas akad

Lepas lunch, takde make up dah~

Cincin kawen.. no berlian-berlian eh.. ada aiii kesah?

Rasa macam tak caya.  Betul ke dah jadi bini orang ni?  Ekekekek!

Sambung lain, mood bercerita masih belum mari + gambar banyak dalam kamera abg, nantilah cite lain:P

04 October, 2012

Belangsungkawa- Che Su In Memory

Ibu Saudara saya yang paling rapat yang dipanggil Che Su (56tahun) telah pulang ke Rahmatullah pada 2 Oktober 2012 (Selasa) jam 5.45pagi kerana "letih-letih badan yang teramat" (saya tidak pasti apa sakit sebetulnya kerana banyak version yang saya dengar ).

 Che su paling kanan di Madinah ketika mengerjakan umrah April / Mei lepas

Saya seperti tidak percaya bila mami kata "che su dah takde" sambil menangis-nangis.
Ketika tu saya baru bangun tidur 6.20pagi.. dengan blur-blur nya saya macam "aaaaaa?  sakit apa?" dan saya berdiri je sebab memang blank yang amat.


 Che Su paling tengah di depan hotel di Makkah

Terus saya on streamyx & tengok flight KB-KL pukul berapa.
7.40pagi shoot ke airport KB sebab ada flight 9.25pagi.
Nasib baik ada tiket.  Kebetulan pula ada kawan baik Che Su pergi sama juga.


Che Su paling depan di padang pasir di Dubai
 
Semasa sampai, jenazah Che Su telah dikapankan & saya masih blur sambil mengawal air mata daripada menitis.  Ketika tu sudah ramai saudara mara, jiran, rakan-rakan & cikgu-cikgu sekolah datang melawat (beliau seorang guru besar di SK Sri Mawar, Seremban).
Saat yang paling sedih apabila hendak di bawa ke kubur.. lepas cium muka, barulah saya menangis kerana terlalu sedih.  Kami semua pergi ke kubur. 


Che Su kiri di dataran Masjidil Haram (mami syok tu makan roti mak arab bagi eheh)
 
Sehingga saat ini, saya masih lagi tidak percaya yang Che Su telah pergi meninggalkan kami semua :-(  Dan yang paling ralat ialah saya tidak beraya bersama tahun ini kerana Che Su tidak pulang ke Kelantan.

Beliau telah meninggalkan 4orang anak yang berumur 19, 21, 24 & 26.
Anak-anaknya juga telah yatim piatu.

Semoga rohnya di cucuri rahmat, Al-Fatihah.

(ada hikmah di sebalik kejadian.... kerana saya baik semula dengan mami di mana sebelum ini di mana masing-masing membawa diri seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain.  Hanya Allah yang mengetahui segalanya) :-)

 

03 August, 2012

Membawa Diri.....

Ke Kuala Lumpur 3-7 Ogos 2012 (Jumaat-Selasa).

Jadi saya tidak dapat untuk blog walking untuk beberapa hari.

KUALA LUMPUR.. AKU RINDU PADAMU :-)

30 June, 2012

Saya rasa....

Sangat sedih.....

Walaupun dia sudah minta maaf, saya tetap berkecil hati.
Saya harap dia tunaikan kata-kata dia yang "itu".
Kerana saya tidak mahu berhenti berharap.
 
*gangguan emosi* >,<

27 May, 2012

Susah kah untuk faham?

 (semua gambar adalah recycle.. tak sempat lah nak snap gambar baru!)

Kerja saya menuntut saya pulang lewat setiap hari,
mostly selepas 6.30pm.

Hari minggu saya overtime.
Kadang-kadang bos sms suruh pergi kerja on the spot ketika saya sedang enak tidur ketika hujung minggu hmmmm.

 Jadi saya fikir, susah untuk saya bertemu kawan-kawan.
Mereka mengajak saya keluar & apabila saya kata saya sibuk & TIDAK BOLEH BERJANJI.. mereka kata saya sememangnya SOMBONG.  


Mereka sukar untuk faham kerana saya hanya PENJAWAT AWAM  di mana orang hanya berfikiran tipikal- KERJA KERAJAAN MANA ADA KERJA, SELALU KELUAR MINUM, CURI TULANG, BERNIAGA, MENGUMPAT.


Saya tidak tahu bagaimana lagi harus terangkan yang sememangnya saya terlalu sibuk?  Bos sudah pulang tapi saya masih juga lagi terperap di pejabat.
Kadang saya fikir "nasib baiklah saya masih single, kalau saya sudah kahwin.. maunya kena hempuk kat laki" he he he.  Itu juga sebabnya saya takut untuk berkomitmen.

Tak tau sampai bila boleh bertahan.
Ikut hati, saya mahu resign, tetapi siapa mahu tanggung saya?


Entahlah labuuuuu :-( 

**entry ini berkaitan dengan kawan yang mengajak saya keluar tetapi saya sememangnya tidak punyai masa untuk itu walau hati kepingin sangat untuk bergembira- kawan yang kerja balik ontime memang tak akan memahami situasi diriku**

20 May, 2012

Jangan Harap Masuk Universiti!

JANGAN HARAPLAH KO NAK MASUK UNIVERSITI... INGAT SENANG KE?

Itulah kata-kata kawan-kawan sekolah saya ketika menunggu keputusan SPM (Vokasional).  Tersentap juga dibuatnya.  Tapi memang itu hakikatnya.

Ketika sekolah, saya tidak suka belajar. 
Sebab saya tahu saya tidak pandai walaupun sejak dari darjah 4 saya pergi tution, siap ambil kelas persendirian.. bayar memang mahal tapi tidak berbaloi sebab ajar lah macam-macamanapun, saya tetap tidak pandai.

UPSR saya hanya dapat 2A.
PMR saya dapat 1A, 1B (selebihnya faham-fahamlah sendiri) (",)

Selepas tengok result PMR saya teruk sangat maka parents suruh saya masuk Vokasional.. saya happy sebab tak banyak subjek yang perlu dibaca kekekeke... ye lah Sejarah & Geografi tak ada :P
Saya lebihkan kepada belajar secara teknikal dari membaca semua tu.. boring!

Results SPMV saya pun teruk juga Pangkat 2, 24agregat (patut agregat tu pangkat 1 lah kan heheheh tapi sebab saya meniru.. padan lah muka hehhh!).

Ketika menunggu results SPM (V) tu lah saya beriya mengisi borang masuk U, kawan-kawan siap perli supaya saya jangan berangan masuk U.  Tapi saya peduli apa?  Saya pilih kursus-kursus yang setara (walaupun tak minat tapi biarlah setaraf dengan otak saya yang tak berapa nak cerdik ni).

Akhirnya saya dapat, kawan-kawan yang perli tu siap cakap "ye ke?  macam tak percaya je?  Ada orang dalam lah tu"  Maka belajarlah saya di UiTM Pahang, itu pun memang extend (1class extend 2sem ok.. terima kasih) :P

Semua subjek dalam bahasa Inggeris (kecuali Agama Islam).
Tapi sampai sekarang saya tak pandai berbahasa Inggeris, that's why tak pernah berani travel secara solo (jujur kan).

Walaupun extend 2sem, saya tetap dapat offer Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat di UiTM Shah Alam tapi adalah kisahnya... saya bekerja sehingga sekarang & sudah tidak berminat untuk belajar sebab kemampuan bagaimana  :P 

Tapi saya tetap syukur dengan rezeki yang Allah telah tetapkan ini.
Tidak semestinya kita tidak berapa nak pandai, kita tidak boleh teruskan hidup.
Ada juga kawan-kawan saya memang pandai, pangkat 1 agregat 12.. masuk U kena tendang lepas tu masuk swasta.. sudahnya kahwin dengan lelaki yang tak benarkan dia jumpa kawan-kawan langsung, apatah lagi guna hp.. kesian... itulah besfren saya... tak tahulah dia macamana sekarang... sayang.. dia bijak Matematik.. SPM dpt 1.

Ada juga yang pandai Sains + Math + Add Math.. masuk UiTM tapi kerja... memang kesian... bukan saya nak mempertikaikan rezeki masing-masing.  Tp sebab dia pun pernah tidak percayakan saya kerana dapat masuk U.  

Ada juga classmate.. kami kelas ke-3 je pun, sekarang dia dah jadi pensyarah (aku pun terkejut sebab kami selalu gaduh mulut.. biasalah perempuan kekekek).

Ada juga kawan saya belajar di UiTM separuh jalan, tapi sekarang dah berjaya, kaya raya, ada bisnes sendiri... itu juga rezeki dia.

So moral nya di sini ialah.
Kita tak boleh nak tentukan masa depan dia dari pelajaran dia.
Tak semestinya dia pandai dia berjaya & tak semestinya dia tak berapa nak pandai dia tak berjaya terus.   Tak begitu?

Saya tidak ada segala-galanya tapi saya berusaha untuk mendapatkan segala-galanya :-)

15 May, 2012

Tiada Mood Berblogging

Sudah 6hari balik dari mengerjakan umrah.
Tapi mood untuk berblogging masih di tahap 0~
Tak tahu kenapa tiada mood untuk berblogging.
Mungkin sebab 2minggu ++ tak berblogging kot hehe.
 Tapi saya janji akan update cerita-cerita di Madinah / Makkah nanti :-)


10 April, 2012

Tanpa Rehat


Siapa kata kerja kerajaan:
  • rileks?
  • 10pg keluar makan, 1pm makan, 4pm mkn?
  • banyak mengular?
  • balik ontime?
  • banyak borak kosong?
  • tidak jawab call?  



Aku tiadala istilah itu!
Kerana aku:
  • tidak rileks waima nak membayar bil di Maybank2u pada hari gaji, langsung tidak sempat!
  • tidak keluar dari pejabat untuk membeli.  Keluar rumah beli BRUNCH (BReakfast + LUNCH) sesiap.  Makan di pejabat pun ketika bos pergi meeting.  (itu pun belum tentu makan dengan tenang.. makan dengan gelojoh sebab kerja @ officemate sedang menanti untuk beri tugasan.  Makan pun di workstation)
  • mengular setakat update 1 status FB dan berbalas2 komen 4 5minit sepanjang office hour tu baru kira waktu aku berehat.  Alah korang tu a whole day duk berFB tak kira mengular?
  • Balik ontime?  Rasanya baru 4x aku balik ontime he he he.  Selebihnya memang balik lambat walaupun awal-awal lagi bos pulang, mahupun dia outstation.. aku masih juga balik lambat.  Aku kalau boleh selagi tak jejak 8pm aku tak mahu pulang tapi mami aku suruh aku balik awal (Susah dia nak faham kerja aku ni di mana memang menuntut tidak boleh balik awal) :-(
  • tidak tahu lunch hour 1-2pm ITU APA YA?  Sorry, aku memang tiada waktu rehat!  Alangkan 1.28pm pun bos aku masih suruh aku calling2 pegawai discuss segala.
  • tidak kusyuk utk solat zuhur.  Aku tengah berdoa pun, mereka masih boleh cakap "nak cepat nih!"  sehinggakan aku rasa sangat berdosa kerana melebihkan kerja dari beribadat.  Waima baca 1surah pun tidak sempat ku habiskan :-(
  • menjawab segala call, waima telefon kakak sebelah pun aku tolong jawab walau dia tiada di tempat (tapi kalau aku masuk toilet sekejap, siap jerit suruh aku jawab call... sungguh zalim!)
  • weekend juga pergi kerja.. sehingga kan aku rasa aku memang tiada life.  Aku rasa agak berbaloi bila O.T tu dibayar walaupun tidak lah sampai RM1000 sebulan, tapi aku tetap menerima rezeki ini.  Tapi jangalan ingat aku pergi pejabat hari minggu hanya kerana MENGEJAR O.T.. aku pergi BEKERJA ok!  (tapi bukan lah tiap-tiap minggu.  Sebulan tu selang seminggu aje la)
 Itu aje la kot yang buleh ku katakan.
Tetapi ada kalanya ketika aku stress, aku taip emel panjang-panjang kat kawan aku luah apa yang terbuku di hati ni.  Kadang kita perlu juga share dengan orang kan?  Karang tak pasal-pasal aku masuk wad jiwa sebelah pejabat tu keke.


Tetapi aku juga pernah sekali pergi tidur 3.50pm dan bangun 4.15pm sebab aku terlalu penat, sedangkan kerja memang masih belum nampak rupa untuk berhenti.  Masa tu aku baru nak rehatlah itu kalu... korang apa tahu?  Tahu mengutuk aje kan, padahal dari aku sampai pejabat 7.20am-2pm aku mana ada rehat? Makan nasik melahap 10minit tu kira rehat ke?


Itu aje lah luahan hati aku.  Aku terkilan sangat bila orang menuduh orang kerja kerajaan ni MAKAN GAJI BUTA / MENGULAR / TIDUR / PEMALAS / TAK JAWAB CALL / RILEX TAPI TIAP TAHUN NAK NAK GAJI BANYAK!
Aku bukan nak mengungkit tapi hentikanlah mengata kerana tidak semua orang mengular hu hu hu.

Sedih!

07 April, 2012

Menunggu dan Menanti.......

setiap hari... seperti orang bodoh!

 Diriku sahaja yang mengetahui rahsia hati ini...
kerana aku tidak rela dikatakan BODOH OLEH ORANG LAIN >,<

31 March, 2012

Saya Cemburu

Saya CEMBURU!  Sesungguhnya saya TIDAK PATUT langsung rasa macamgini.
Saya ini siapa? 

Tuhan, tolong hilangkanlah terus aku dari rasa sebegini.
Sekali lagi, saya rasa saya bodoh!  >,<