Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

10 April, 2012

Tanpa Rehat


Siapa kata kerja kerajaan:
  • rileks?
  • 10pg keluar makan, 1pm makan, 4pm mkn?
  • banyak mengular?
  • balik ontime?
  • banyak borak kosong?
  • tidak jawab call?  



Aku tiadala istilah itu!
Kerana aku:
  • tidak rileks waima nak membayar bil di Maybank2u pada hari gaji, langsung tidak sempat!
  • tidak keluar dari pejabat untuk membeli.  Keluar rumah beli BRUNCH (BReakfast + LUNCH) sesiap.  Makan di pejabat pun ketika bos pergi meeting.  (itu pun belum tentu makan dengan tenang.. makan dengan gelojoh sebab kerja @ officemate sedang menanti untuk beri tugasan.  Makan pun di workstation)
  • mengular setakat update 1 status FB dan berbalas2 komen 4 5minit sepanjang office hour tu baru kira waktu aku berehat.  Alah korang tu a whole day duk berFB tak kira mengular?
  • Balik ontime?  Rasanya baru 4x aku balik ontime he he he.  Selebihnya memang balik lambat walaupun awal-awal lagi bos pulang, mahupun dia outstation.. aku masih juga balik lambat.  Aku kalau boleh selagi tak jejak 8pm aku tak mahu pulang tapi mami aku suruh aku balik awal (Susah dia nak faham kerja aku ni di mana memang menuntut tidak boleh balik awal) :-(
  • tidak tahu lunch hour 1-2pm ITU APA YA?  Sorry, aku memang tiada waktu rehat!  Alangkan 1.28pm pun bos aku masih suruh aku calling2 pegawai discuss segala.
  • tidak kusyuk utk solat zuhur.  Aku tengah berdoa pun, mereka masih boleh cakap "nak cepat nih!"  sehinggakan aku rasa sangat berdosa kerana melebihkan kerja dari beribadat.  Waima baca 1surah pun tidak sempat ku habiskan :-(
  • menjawab segala call, waima telefon kakak sebelah pun aku tolong jawab walau dia tiada di tempat (tapi kalau aku masuk toilet sekejap, siap jerit suruh aku jawab call... sungguh zalim!)
  • weekend juga pergi kerja.. sehingga kan aku rasa aku memang tiada life.  Aku rasa agak berbaloi bila O.T tu dibayar walaupun tidak lah sampai RM1000 sebulan, tapi aku tetap menerima rezeki ini.  Tapi jangalan ingat aku pergi pejabat hari minggu hanya kerana MENGEJAR O.T.. aku pergi BEKERJA ok!  (tapi bukan lah tiap-tiap minggu.  Sebulan tu selang seminggu aje la)
 Itu aje la kot yang buleh ku katakan.
Tetapi ada kalanya ketika aku stress, aku taip emel panjang-panjang kat kawan aku luah apa yang terbuku di hati ni.  Kadang kita perlu juga share dengan orang kan?  Karang tak pasal-pasal aku masuk wad jiwa sebelah pejabat tu keke.


Tetapi aku juga pernah sekali pergi tidur 3.50pm dan bangun 4.15pm sebab aku terlalu penat, sedangkan kerja memang masih belum nampak rupa untuk berhenti.  Masa tu aku baru nak rehatlah itu kalu... korang apa tahu?  Tahu mengutuk aje kan, padahal dari aku sampai pejabat 7.20am-2pm aku mana ada rehat? Makan nasik melahap 10minit tu kira rehat ke?


Itu aje lah luahan hati aku.  Aku terkilan sangat bila orang menuduh orang kerja kerajaan ni MAKAN GAJI BUTA / MENGULAR / TIDUR / PEMALAS / TAK JAWAB CALL / RILEX TAPI TIAP TAHUN NAK NAK GAJI BANYAK!
Aku bukan nak mengungkit tapi hentikanlah mengata kerana tidak semua orang mengular hu hu hu.

Sedih!

6 comments:

  1. siannya awak dik...tapi mmg akak sokong awak. bukan semua org gomen mcm yg org selalu labelkan. kitaorang pun ada jugak bertunggu tangga kat opis. balik umah pukul 2pagi. abis meeting pukul 7 mlm. time rehat pun buat keje. Jangan hanya kerana segelintir org gomen yg suka giyang kaki etc, semua org gomen dilabelkan sedemikian.kesianlah kami...huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.aida- uikh bertunggu tangga tu apa hehe.
      k.aida blk 2pg ke? sy takde la sampai 2pg.. blk 7pm tu pun mak siap kata 'lenkali blk la awl sikit, jgn tggu gelap baru nak blk' adoiii susah le.. tu pun sy rasa awal je 7pm sbb nya keje mmg tak settle2.
      Mmg pun k.aida, ramai sggh la yg menghentam org kija gomen.
      Siap masuk paper (yg sms tu), kata org gomen jah keluar tak kira masa.
      Eleh kalau org yg ckp tu tak keluar jgk, takkan dia tau ye dak? huhu.
      Ada jgk la yg komen balik ckp bkn semua kija gomen gitu.. pastu dia reply blk kata 'tak pyh tegakkan benang yg basah' sedih wooo. Maknanya org kija gomen ni tak berbakti la kat negara.
      Kalu gitu kalu nak buat pasport.. tak pyh gi imigresen.. buat lah snd.. kang terhutang budi plak he he he.

      Delete
  2. aku paham gep~~!!! kita sama...aku keje >40jam seminggu...keje gomen gak....makan b/fast tak ada...nak lunch tak de masa, tapau siap2...segala bil sume pakai internet banking je...mmg tak ada masa... aku boleh kata kerja 60jam seminggu.... hari2 balik kul8...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku tak sampai 60jam lg sbb aku limitkan time, kang mak aku marah plak.
      M2U pun aku tak sempat weh, siap 1bln tu aku lupa byr segala bil... ptt lah aku rasa mcm tiba2 bnyak je pulak duit aku kekeke.
      Penah 1mggu tu aku geram sgt, aku hold ganggang telepon.. geram aku, tak sempat 2saat aku letak.. ada je pulak org call bertalu2.. bihtu bila kija aku nak siap hahaha tp skang tak buat la :P

      weh ko claim cuti ke OT? heheh.

      Delete
    2. aku tak ley claim...tak layak katanya.. :(

      Delete
    3. Aaaa ko PTD kah zette?
      Kalu PTD no wonder la hehe.

      Delete