Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

19 April, 2012

Kisah Stray Cat ke Vet

18/4/2012 (Rabu) aku ambil cuti semata-mata untuk pergi ke government vet di Kubang Kerian (sebelah masjid kubang kerian) bagi merawat stray cat.

Beberapa minit sebelum di sumbat ke dalam pet carrier.. hodoh kan mukanya?
Korang tengok mesti rasa jijik kan?  Kucing yang jijik ni lah aku bagi makan pagi petang siang malam
 
Sebelum pergi tu, aku terkejut bila tengok stray tu semakin putih which is pucat lah.  Color coklat nya semakin hilang..lepas tu bila berjalan terus terduduk & cirit.
Mak aku terus marah, katanya tak payah susah-susah gi vet dah la.. tak berfikir ke kerja banyak lagi nak buat selain dari hantar ke vet?


 Mamat ni bising masuk pet carrier, maklumlah tak pernah kena kurung kan?  hehe!

Terus aku rasa macam sedih & down sangat.
Termenung juga aku depan stray cat tu dalam 10minit sebab hati sudah ragu samada nak bawa atau tidak.  Ye lah keadaan semakin teruk.. nak jalan pun tak larat apatah lagi berdiri.  Tapi aku ambil keputusan.  Aku kan memang degil orangnya.  Sebab aku dah janji dengan diri sendiri untuk vet rawat stray tu.
 
Daftar di sini!
  
Maka bawalah aku ke government pet dengan harapan supaya stray dirawat dengan betul.  Mak aku duduk dalam kereta saja sebab dia malu sebab kucing tu begitu.  Erm aku jawab aku sedikit pun tak rasa malu.


Ketika sampai, tiada orang lain.. aku jah maka isi borang sebab 1st time pergi.  Sekejap tu pen. pegawai veterinar tu suruh aku bawak stray masuk BILIK RAWATAN.  Dia suruh aku letak kucing atas meja treatment.  Nasib baik aku bawa sarung tangan siap-siap  sebab dorang baru le sibuk-sibuk nak cari sarung tangan selepas tengok aku bawa sarung sendiri & kiranya itulah 1st time aku pegang stray cat tu actually.  Agak scarry sebab boleh rasa tulang temulangnya yang timbul tu wuwuwuw sedih aku.

Bilik rawatan yang ku masuk.  Tapi tiada gambar sebab aku pegang kucing dari awal.  Gagah juga kucing tu walaupun sakit.. penat aku tarik dia tak kasi gerak
 
Pen. pegawai veterinar tu just cakap "luka-luka kucing ni boleh berjangkit kat awak kalau dia cakar awak.. awak kena hati-hatilah.. nanti luka awak tu boleh jadi macam dia juga".  Aku cakap "ya saya tahu" walaupun sebenarnya aku tidaklah tahu sangat pun.  Aku takut stray tu ada penyakit SPORRO je which is memang le bahaya kepada manusia.  Tetapi bila aku tanya apa sakit kucing tu, katanya luka lama.  Ermmmm!


 Pen. pegawai tu suruh aku pegang untuk cucuk.  Tadaaaa tak sampai 5minit letak kucing atas meja & cucuk.. dia suruh aku balik.  Aku blur gila.  Balik?  Aik takkan secepat tu?  So aku tanya dia cucuk apa?  Katanya INJECT ANTIBIOTIC.  Ceh dalam hati aku cakap "lerrr kat rumah aku pun ada antibiotik kucing, kalau tau awal-awal aku jab dalam mulut kucing tu hmmm".

 Pertandingan kucing cantik tapi aku tiada di Malaysia lah ketika ni :-)

Lps tu aku tanya lah... "luka kat muka tu tak cuci ke?"  Baru lah nak amik kapas lap..tu pun 2x kali jah lap.. errr adoi aku tak puas hati tapi aku diamkan saja.
Katanya kucing tu akan makan masa yang lama untuk sembuh.  Aku cakap tak apalah bekalkan ubat untuk 1minggu saja sebab aku pun nak pergi umrah lepas tu.

Vet bagi 3jenis ubat (tahan bengkak, vitamin bulu & fluconazole apa mende ntahhh).. total RM35.

Lepas tu terus tak bawa baliklah, bawak gi jalan-jalan HUSM, gi lunch dengan mak.  Ikut hati nak bawa balik terus.. kesian weh panas dalam kereta.

Bila balik tu terus aku bagi dia makan tapi dia tak makan.  Serius tak larat.. duduk je!  Nak berdiri pun tak larat.  Tapi bila bagi air... ambik kauuuu.. banyak gila dia minum hehe.

Mlm nya aku bagi makan pun tak berapa nak makan.
Esoknya tu pagi-pagi minta makanan, aku bagi wet food.. terus makan.. lapar le tu!
Aku tengah fikir nak hantar ke vet swasta tapi aku kekurangan dana but at the same time aku nak kucing tu sihat walaupun aku tak tahu kucing buruk siapakah itu.

Makanan pertama setelah 8jam pulang dari vet
 
Ya Allah Ya Tuhanku.. tolonglah hambaMu ini diberikan jalan penyelesaian :-(

*tadi call Vet Dr. Che Azila.  
Boarding tanpa treatment:  RM10/day
Boarding with treatment:  RM15/day (tapi dia tak tau betapa buruknya rupa kucing tu)

Belum lagi masuk jab / ubat-ubatan.
Kena boarding 16hari lah kalu serius nak boarding.
16hari sebab aku nak pergi umrah.
Aku berserah padaMu sahaja ya Allah.. andai kesakitan kucing tu buat kucing tu terseksa.. Kau ambil sahajalah nyawa kucing itu.. semoga dia tenang di sana* :-(

6 comments:

  1. sedihnyaaaa...
    lama gak gep p umrah ye ... selamat berangkat ye, tak berapa hari lg kan...
    takde calon lain blh tolong nengokkan vet eh...

    errr tak de plak gambo snap2 kucen jiran tu, hihihii..ntah baka apa lah nnt i interview pak encik nya sbb dia yg tukang uruskan ...mak encik tukang tgk je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. umrah 14hari tapi 2hari lg tu stay umah makcik kat seremban pastu baru balik.
      Errrm tak rasa ada sape2 sanggup nak jg si sakit ni.. kelate tak mcm kl.
      Kalu kat kl ramai je yg sudi hantar stray ni gi treatment.

      hahahah takde takde... nak jgk tgk gambo kucim mahal tu.. sila seludp snap gamba :D

      Delete
  2. baiknya kamu, nak rawat kucing segala..semoga urusan umrah kamu dipermudahkan..

    watie

    ReplyDelete
    Replies
    1. watie mana ni eh? eheh.

      dah cuba bg ubat, dia tanak mkn walau dah sumbat dlm mulut dia.
      Harini hancurkan pil2 tu jd serbuk & gaul dgn ikan rebus... tau je dia tu ubat.. langsung tak mkn :-(

      Amin :-)

      Delete
  3. aslmkm.
    tlg bagi num acct. sy tk mampu bg byk tp harap membantu.
    here's my email: lovelybones2121@rocketmail.com.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.

    Siapa nama anonymous ni ya?
    Serba salah saya dibuatnya ni.
    Nanti saya tanya pendapat kawan lain dulu ya?
    Kalau saya perlukan dana, saya emel :-)
    Terima kasih banyak2 utk anon kerana berniat utk membantu :-)

    ReplyDelete