Harini saya apply cuti Rabu ini secara tiba-tiba sebab saya rasa mahu hantar stray cat yang sudah beberapa lama lepak di rumah saya ke veterinar.
Bukan apa, saya sangat kesihan lah tengok dia.. darah berjejeran.. luka semakin teruk.
Mata pulak semakin tak nampak. Kalau beri makanan, kena letak betul-betul depan mata dia.
Dulu dia elok saja, tapi tak tahu kenapa tiba-tiba semakin hari semakin berkudis.
Sedih saya tengok dia. Ibu saya suruh buang saja kucing ni tapi saya tak sampai hati.
Saya pernah letak minyak gamat sekali tapi dia macam stress je so saya dah tak letak.
Tapi saya memang bagi stray ni makan termasuk ikan rebus, wet food & dry food.
Saya pun tak pasti lagi nak letak kucing ni dalam apa nanti ke vet :-(
(saya tidak mampu utk menanggung kos vet swasta yang mahal itu maka saya memang kena ambil cuti untuk ke government vet.. saya harap saya jadi lah hantar ke vet sebab ibu saya memang tak setuju saya rawat kucing ni) :-(
kucing akak pun kat vet sekarang ni sebab x sihat.
ReplyDeleteApa yg dekdaa buat tu dapat pahala...semoga dirahmati Allah
akak hantar ke vet mana?
Deletegomen ke swasta?
Sakit apa kucim tu kak?
huhuhu sy buat tak hrp apa2 balasan kak.. sy nak tlg sbb kucim pun bernyawa mcm kita :-)
kesiannya tengok kucing tu da. baik sungguh hati awak. akak doakan mak awak lembut hati dan izinkan awak bawak kucing tu ke vet.
ReplyDeleteerm nampaknya sy gi vet sorg2 je la esok kak..
Deletemak saya tak mau ikut.. tak apa lah, semoga vet gomen tu terima kucim ni.
Allahuakbar ...
ReplyDeletesemoga kucing tu cepat2 sihat ye ...
kalo jiran sebelah takde dia roger2 kami kat sebelah rumah ni mintak tolong bagi makanan / bersihkan cage dia ... merasalah jaga kucing jap (mahal wooo kucen dia, cecah ribuan2 fuhhhh) ... ... tp perlukan kesabaran tinggi kan .. salute kat gep dan orang2 yang sanggup bela kucing ni ...
tp bila tgk td.. makin lemah je kucim ni.
DeleteUmah sy mcm dah jd tempat stray cat dtg lepak lps tu mati wuwuwuw sedih.
amboih kucing baka apa tu?
tepek la gambo nak tengok hehe.
kucim tu mesti tak mkn whiskas / friskies segala bagai kan?
pencinta kucing yg tegar....
ReplyDeleteaku suka gitu2 aje kucing... nama nak bela tidak la....
;)
Tegar tak tegar.. hubungan sesama manusia haruslah dijaga.
DeleteSerupa dengan bunga.. nampak bunga kering / layu.. haruslah disiram walaupun aku benci dgn bunga :D
kesian giler zie tgk. Mulia tindakan dn niat awak utk hantar nyau tu ke vet. Nyau tu definitely akan sentiasa mendoakan awak. awak bagi dia makan setiap ari tu pun, dia doakan awak pd ALLAH SWT taw.
ReplyDeletekagum zie dgn sifat awak. Zie sbg pencinta kucing, sgt² bersetuju sekiranya awak pi bawa nyau tu ke vet. harap nyau tu kembali sihat. lepas ni adopt ler dia sebagai ur pet ek. pity dia being stray :)
thumbs up buat awak
zie- sbb me baca kat blog2/forum psl org hantar stray cat/dog ke vet.
DeleteAda yg lg teruk dari ni pun dorg hantar so sy fikir.. mereka boleh, sy pun mesti boleh :-)
Risau jgk nak buat entry ni nanti org kata 'nak glamer'.. tidak terniat langsung.
Cuma kita kena jg juga hubungan sesama makhluk kan?
Takkan sbb kucing ni buruk sgt rupanya, kita ketepikan dia kan? ;-)
Tp sy mampu jaga seminggu je lagi.. risau lps ni dia tak boleh survive :-(
zie.. sama2 lah kita jaga kebajikan kucing2 ni selagi termampu/