24/1/2012 (Selasa)
Selepas keluar dari Killing Field maka kami ke CM untuk 'shopping kecemasan' hehe.
Masa ontheway tu, ada tarian naga tapi tidaklah semeriah di Malaysia :)
Sebelum sampai CM, sempat lagi aku hai hai bye bye dengan mat saleh yang naik motor.. sempat juga aku snap gambar dia hehe.
Kedai-kedai di luar tu banyaklah buka tapi kedai di dalam CM itself masih ditutup sehingga lagi 2hari tak silap aku. Aku masih lagi 'memburu' backpack tapi tiada 1pun yang berkenan kerana aku tengok bagpack 65L tu sikit punya kecil dari aku punya 45L.. hairan!
Macam-macamlah ada di CM tu seperti pakaian wanita / lelaki / kids, toys, footwear, pinggan mangkuk, souvenirs, aksesori, foods, wet food, vegetables, seafood but as usual aku tidak teruja lah (aku sendiri kagum aku memang tidak mempunyai perasaan untuk shopping hehe).
Pakaian wanita... adakah anda teruja? Tidak bagi saya :D
Pakaian wanita... lebih kurang sama dengan yang dijual di Rantau Panjang @ Mundok jah.
Made in Thailand kah? :P
Begpack yang banyak tapi size ni tidak memuaskan nafsu aku le!
Lepas tak memenuhi hajat untuk membeli backpack, maka kami berbondong-bondong ke Surya Complex untu memburu (shopping mall yang agak famous di Phnom Penh). Tiba-tiba berkenan kat footwear, ish tak boleh jadi.. aku tahan nafsu, selagi tak beli backpack, tak boleh beli benda lain haha.
Dalam Surya Complex
Pusing punya pusing, tiada apa menarik juga. Kat tingkat paling atas tak silap aku, banyak kedai jual cd / vcd lagu, movies, games bla bla. Murah la aku rasa kot (aku bukan penggemar dvd).
Lepas tu turunlah, ada poster VISIT MALAYSIA (something like that la) dalam Surya Complex tu.. wah kagum seketika hehe.
Pinggan manguk ayun pun ada jual di CM
Haaaaaa... ingat Malaysia je ke ada produk Zebra nih.. kat Kemboja pun ada!
Dah nama lagi jiran Thailand kan? :-)
12.30pm kami lunch di D'Nyonya buat kali terakhir. Aku memang tak tahu nak makan apa tapi aku order juga NASI GORENG SPECIAL kot.. tak ingat. Tak habis sebab memang tak kena dengan selera aku (Waima kawan-kawan lain cakap sedap). Makan pun tak selera.
Ike kering.. ingat di kelate jah ko ado ike kering heheh
Pisang kering? Eh sorry aku tak tau untuk apa tapi memang dorang keringkan & jual.
Nak buat kerepek kot?
Lepas bayar dan bergambar dengan tokey D'Nyonya (gambar dala kamera siapa aku tak ingat) & kami meneruskan sisa-sisa untuk SHOPPING KECEMASAN lagi. Tak sangka kali ini semakin banyak kedai dibuka.
Inilah kedai yang SERBA MAK NENEK ADA JUAL... ailoike!
Sempat lagi aku merembat Fridge Magnet. Walau tak berapa nak cantik tapi dari tak ada, baiklah belikan? Mujur aku nak bagi je.. kalau tak bagi cakap aku kedekut pula! Lepas tu beli kain sarung kemboja... cantiklah bagi aku tapi tak tahulah bagi orang lain. 1lagi benda aku beli ialah (aku tak ingat haha) tapi total semua is $10.
Geng-geng lain pun gigih shopping kecemasan.
Bangunan Parlimen kah ini? Tak sempat tanya driver tuk tuk sebab dia bawa kami merempit keke
Kat 1kedai ni.. segala mak neka ada, hah apa lagi kami masing-masing dah rambang mata. Masing-masing dah buat hal masing-masing, tak peduli each other dah.
Ye lah... pakat nak beli untuk diri sendiri @ as souvenir.
Tak lama kemudian driver tuk tuk sampai untuk hantar kami ke Phnom Penh Airport.
Rasa macam happy gila naik tuk tuk 2orang ni sebab sporting.
Driver tuk tuk nama NIM sporting, mula-mula tak mahu pun snap gambar dia, dah dia tunjuk BEST.. snap lah juga haha
Ada ke patut bawak kami merempit. Driver aku selow lepas tu driver sorang lagi take over pastu driver aku take over driver 1 lagi lepas tu dia pulak take over driver aku hahha sabar je lah.
The real monyet. Jaga kau monyet jagaaaaa! :P
Tak rasa takut tapi kami siap gelak-gelak lagi.. sempat lah aku snap gambar driver yang gila-gila tu.. mungkin muda lagi umurnya, tu yang jadi sengal sikit tu kekekeke.
Maka sampailah kami di Phnom Penh Airport.. kami minta no. driver tuk tuk tu sebab dorang pun macam ok so nak promote lah kat sesiapa yang nak naik tuk tuk di Phnom Penh. Driver aku tu aku tak tahu nama sebab lambat sangat lah dia nak tulis rumi. Yang driver seorang lagi tu nama Nim.
No. atas tu tak tahu apa nama.. dia teragak-agak nak tulis, mungkin dia tak tahu menulis :-) Tapi tak apa, just call je mereka ok? ;-)
Masa nak check in tu aku tanya Welds mana kopi aku (Ah cerita kopi lagi.. malas cerita panjang drama kopi ni.. biarkanlah berlalu... AKU DAN KOPI ADALAH KISAH SEDIH) hahahah. Menangis-nangis faridah.. adui lepaskanlah masalah kopi.. past is past.. KOPI ITU TAK AKAN DATANG BERJALAN MENCARI TUAN ahaha (tapi cerita KOPI NI SANGATLAH PANJANG, sampai balik Malaysia pun masih bersambung-sambung.. hebak betullah KOPI ni) :))
Masa check in, ada seorang lelaki Malaysia nak tumpang letak luggage. Errr risau juga tapi sebab kesian, maka kasi lah tumpang. Aku & Nina share beli beg 30Kg.. sekali timbang 21kg je okkkkk?!!!!! Kalau bubuh kopi mungkin 25kg (hahaha KOPI lagi! Ades!).
Rupa-rupanya putera kodok saya berada di di cambodia.. ku mahu angkut kamu pulang, tapi apakan daya jauh la + luggage terlebih pulak nanti kangggg :P
Masa kat depature hall tu, masing-masing shopping cokolat lah pulak.
Aku rasa Ya Allah lama gila aku tunggu depa duk shopping. Aku tidak teruja walau 1jenis cokolat sekalipun sebab aku memang tidak gemarkan coklat. Pelikkan? Biasa perempuan suka gila dengan coklat.. tak sejati betullah saya :P
Duk pusing-pusing test perfume. Ok la kot price nya.
Buku merah jangan lupa tinggal.. supaya boleh lepas kat imigresen (tukar lirik lagu bulehhh?)
Aku ada lagi $92 tapi aku tidak akan sia-siakannya untuk membeli benda-benda yang tidak penting.
Ingat nak beli air... mak aiiii mahalnya he heh heh!
Malaysia, kami akan pulang ke pangkuanmu (",)
Tibalah masa menaiki pesawat. Kami meninggalkan kemboja tepat 4.45petang. Sngguh aku sedih & aku berjanji dengan diri sendiri untuk pergi Kemboja lagi, tapi dengan misi lain bukan sekadar untuk travel- biar aku sahaja yang tahu :-)
Sampai LCCT 7.30pm, pulang terus ke KL Sentral. Miss you cambodia :-)
(menjejakkan kaki ke Cambodia & Phnom Penh banyak mengajar ku erti bersyukur.
Sejak dari itu aku mula berjimat cermat, tidak lagi boros + aku rasa tak perlulah orang lain sinis-sinis / perli-perli dengan kemiskinan mereka.. bukan mereka pinta jadi begitu! INgatlah, semua rezeki yang kita dapat ni dari Allah.. kalau bangga sangat kamu tu kaya, kalau Allah mengkehendakinya musnah.. sekelip mata saja ia hilang! Bersyukurlah!) :-)
betul la gep,
ReplyDeletesangat terkesan la visit p negara diorang kan ...
klu bagi diriku plak yg plg terpahat di memori anakku darjah 1 ni dia dah hafal mesti tengok tanda halal bila carik atau nak beli makanan ke jajan...
ye la bila dah smpi mesia ni insyaAllah tak diragui status halal nya bila jual barang2 kat kedai2 tu...
Oh, molek jugak anak2 SZ gitu, kurang2 dia pun take note apa yg dia tgk kat sana & dia learn something la kat sanun.
DeleteNampak gayanya kena bawak lagi tu ke negara2 yg kais pagi mkn pagi mcm india pulak ke he he.
Err tapikan kat Mesia ni.. walaupun ada logo HALAL.. tp ada jah yg menipu :-(
ehhh ni mak encik | sz tau...kemalasan nak log out email encik suami ...ngeh ngeh ...
ReplyDeleteHhahahah kantoiii guna hubby punya.. ok tuh sempat promote bisnes haha.
Deletekopiiiii....
ReplyDeletei like kopiiiii
Saya dok suka kopi huhu.
Deletemane total bajet? plan nk p cambo gak ni..ingt nk p bln 11..
ReplyDeleteOpsssss baru teringat.. nanti saya buat entry expenses k?
Deletesyok nya nak gi kemboja.
gep, bas paling awal dari siem rep ke phnom penh, kul berapa ye?
ReplyDeletehai tuan rumah..
ReplyDeletetq utk perkongsian
singgah sini masa ari info ttg pnomh penh
Asalamualaikum all beloved friends dan sahabat members MBC dan BBM,maaf saya
ReplyDeleteSaya promote Tuk-Tuk driver & Tour Arrangements in Siem Reap-Cambodia.
Make your wonderfully holiday with us,
Our service
-Free pick up International Airport to Hotel and Everywhere Guesthouse in Siem Reap.
-Free Cold water
-Free pick up Hotel around 6:30pm-11:30pm to Town,Night Market,Old Market,Pub Street.(Returns to Hotel)
I will do the best our service here.
* Please connect me my facebook Safy Angkor Wat
WhatsApp (+855)90 473747
Email: tuktukangkorsafy@yahoo.com
My cellphone (+855)97 905 1515
Terima kasih