Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

09 April, 2017

Kids Catwalk- Dina Naib Juara

Pada 7-8 April 2017 yang lepas, kami pergi Family Day Taska tempat Dina belajar di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.
Taska dina tu khusus dari 2bulan-4tahun je so rasa mcm cute2 je kalau join hehe.
Naib juara out of 20++ kids/
Bulu ayam beli kat MR D.I.Y jah.
Bagus juga naik sorg2, boleh built in confidenc kids tu

Part KIDS CATWALK tu, terpulang kepada parents nak hias anak cemana termasuk dengan aksesori2nya.  Yang ni open to anak2 family lain yang join family day.
Kita nak dina pakai kebaya brukat dari Indonesia tu tapi abah dina pulak suruh pakai baju princess.. bertegang lidah di sittu ekekeke.
Princess Dina

Itu hari kebetulan kami pergi Surabaya, jumpa kedai pakaian princess kat ITC Mall maka beli lah.
150rb (50hengget bak hangggg!) tapi tak pe lah, contest punya pasal.  Kalau nak beli sesaja buat basahan, mmg tak beli la hehe.
Sebelum contest 
Bunga kat kepala beli kat ITC Mall jgk 20rb ?(RM6)

Mula2 risau jugak sbb kita suka LAIN DARI YANG LAIN.  Kalau baju princess tu biasala, girl2 mesti pakai baju princess punya.  Tapi redah je la.  Kids yang lain ada pakai baju doktor, Elsa, pakaian muslimah, bollywood, spiderman, baju korporat dll.
Pelbagai ragam.  Yg pakai tudung tu 4tahun, bff dina.

Juri adalah parents sendiri.  Abah dina lagi best, bagi markah full untuk dina haha.
Ada 3kategori:  CUTENESS / CONFIDENT / POSING.
Masa umum ni, dina tgh main kejar2 dengan kawan2 dia.  Lps amik hadiah, terus cabut lari main.  Balik bilik baru kecoh2 bgtau dia menang hahah adoi anak ku!

Kat bilik kita ajar mcm2 kat dina supaya jalan tu lambai tangan, jgn la CAT WALK mcm pendidik ajar tu:  kelakar, dina jalan hampir terlanggar dinding hahaha.  So kita suh jalan biasa jah!
Masa dina nak naik stage, kita yang nervous youuuu!  Nasib baik dina tak nanges sbb kita suruh dia tido dulu sebelum contest :-)

Yg kiri tu juara, mia 4tahun.  Pakai baju saloma gittew haha.  Kebetulan 1meja jugak dengan kitorg.

Abah dina siap bagi markah ++ lagi untuk mia sbb mia memang confident :D


Apa2pun, kita enjoy join family day taska, buleh kenal parents2 lain jugak :-)


08 February, 2017

1st Update 2017- Dina Masuk Taska

Assalam... wah gilerrrr la lama tak update.
Memang bizi.. serius bizi ya amat haha.. Itu hari nak update blog... aci nak taip tajuk..ada kija pulakk!  Hu Hu!

Back to story lah (bukan ada nak baca pun taip panjang2 + blog dah bersawang tebal, takde reader dah rasanya heee)


29/12/2016 (Khamis)
Tetiba dina asyik ckp NAK GI SKOOL.. pagi petang siang malam.
Umi & abah pulak tak plan pun nak hantar dina skool sbb nak kasi dia kawan puas2 dulu dengan tok mek dia (pengasuh).
Ish tak boleh jadi ni so last minit decided cari taska.
Hari test duk taska 30minit, tak nak masuk dalam sebab nak main kat playground.
Baju merah tu kak wani (pendidik situ).

Cari punya cari, dapatlah yang dkt rumah ni.
Tertarik dengan aktiviti yang dorang update kat FB.
Sbb certain-certain taska... IT'S JUST A TASKA.. jaga budak without any activities.
++ taska ni ada CCTV.
Nak main je walau mata dah ngantuk

So try bawa Dina 30minit, eh suka pulak dia.. so memang confirmlah hantar situ hehe.
Situ terima dari 3bln-4years only with 5pendidik + 1pengurus.
Total 16kids only 😎

1/1/2017 (Ahad).
REGISTER DINA KAT TASKA.

Registration fees:  RM205 (insurans / uniform dll- tak ingat haha)

Montyly:  RM250 (3-4tahun) / 3bln-2tahun (RM300).
Ahad-Rabu:  7.30pg-5.30ptg / Khamis:  7.30pg-4.30ptg.

Kita apply cuti 2days kekononnya nak stay for a whole day situ kut dina nanges.
Tp alhamdulillah, kita duk 1jam je (for registration & briefing)... pengurus guna kaedah dia la nak suh kids leka & tak bg ikut parents balik.  Dina sempat nanges 2minit je kut hehe.
So esoknya kita cancel la cuti (Sayang weh, better tolak GCR banyak2 heeee).
Control your body

Hasil dari 1st day, Dina tak nak balik.. handoiiii!
Penat pujuk baru nak balik hehe.
 Secure

Selepas 3minggu Dina kat taska, 1kemajuan bila Dina dah diaper free (not fully 100% la).
Dah pandai cakap nak kencing / nak uk uk.
Seminggu pertama tu bocor lah jgk tp proses pembelajaran beb!
 Cakkkk

Tak apa-apa masalah lagi setakat ni.
Dina memang seronok gi skool.
Dah boleh hafal ABC, numbering, alif ba ta.
Kalau kat umah paksa kita baca doa mkn dulu heehe.
Belajar Alif Ba Ta

Kita pun suka sebab taska tu memupuk aktiviti menabung.
Dorang akan catit setiap hari.  Once tabung full, dorang akan bg semula 💗
Collage

Pagi abah dina hantar (sebab mmg dah ontheway kija).
Balik kita amik (walaupun memang tak ontheway langsung!)
Tabung Dina kat taska (rase secure sikit.. kalau simpan kat umah.. tahun lepas penyangak amik tabung dina.. rasanya almost 1k kot dlm bekas besar gabak dari ni)
Ahad wajib pakai uniform.. semua hensem & tomey.

Ok itu saja kisah dina & taska.