Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

26 March, 2014

Besar lah sangatttt!

Biasa dengar tak perkataan ORANG KATA / ORANG CAKAP?
Saya dah lali bila bercakap dengan kawan-kawan @ sesiapa saje.. mesti kuar perkataan ORANG KATA / ORANG CAKAP.... mcm annoying pulak!
Bukan tak nak dengar atau percaya tapi ntah lahhhh!  Huhu!
Kat wad kanak-kanak... kecik je kannn?

Masa saya peknen, all the time meme saya minum ais.
Tak kira pagi petang siang malam.. ais la yg saya minum.
Lepas tu orang itu duk cakap "ORANG KATA MINUM AIS BABY BESAR.. NANTI SUSAH NAK BERANAK.. KURANGKAN LE AIS, BIAR BABY KECIK KAT DALAM, BESAR KAT LUAR, ORANG KATA LAAAA!!"
 Baju ni dah muat2, sebulan lg ketat le kot :D

Ada yang bercakap beriya dengan mimik2 mukanya sekali tunjuk risau sebab saya minum ais.
Eiii tak tau lah nak cakap apa!  Serius tak suka!
Biasa la, kena buli kat abahnya ni hi hi hi.

Pastu ada pula makhluk2 yang tegur "EH KECIKNYA PERUT... MCM 4 5BULAN JE"  (walau masa tu dah 7-9bulan dahhh)... dah kata MINUM AIS BABY JADI BESOR.. NI TEGUR PERUT KECIK PULEK!  Aihhh korang ngandung sendiri lah senang, adjust sendiri nak perut @ baby tu kecik ke besor! Khannn?!!!!
Muka toya kena pakai headband ahaks.

Selesai beranak... kuar budok beratnya 2.67kg saje.  Tak besar kan kan kan?
So mitos aje tu kata MINUM AIS BABY JADI BESAR!
Muka teruja gila hahahahah!

Moralnya... jangan dengar "ORANG CAKAP / ORANG KATA"

04 February, 2014

Sehari sebelum bersalin!

Saya dijangka bersalin 27/1/2014 (Isnin) tapi saya minta cuti bersalin awal iaitu dari 19/1/2014 (Ahad) walaupun kwn2 duk cakap rugi amik cuti bersalin awal... ish suka ati saya lah kan?  Annual leave saya tahun ni ada 36hari lagi hehe.

20/1/2014 (Isnin)
  • check up mingguan seperti biasa kat Klinik Desa Pendek.  Tanya nurse tu kalau 27/1 tak bersalin jgk cemana?  Dia kata doktor akan buat surat le bila date kena serah diri.. uii takut!  Time nak cek perut tu mcm biasa la sakit gila kat punggung & celah kengkeng.. rasa mcm nak nangis wuwuw
Chicken chop kat D'  Klassik... buleh la dari takde!
  • Ptg tu ada stain coklat kat panties, sms abam tanya APA MENDA MAKSUDNYA?  (hihi dia kan udah ada pengalaman.. haruslah saya refer abam dulu) tp dia ckp suh tanya Ma.  Tp aku gugel je la.  Kuar stain coklat means PETANDA AKAN BERSALIN dalam masa beberapa jam / hari @ minggu.  Tp saya rasa akan beranak besok je heeee instict sungguh!
  • Saya pun terus baca pengalaman bersalin kat blog2.
Takda kaitan dgn cerita.  Beli Drypers New Born so ada no. kod utk dapatkan baju tido baby ni.. tak sangka plak dapat betul hehe.

  • Malam tu saya ajak abam makan chicken chop sebab saya rasa pasti sangat-sangat dah yang saya akan bersalin esoknya hahah.  Ajak makan kat Restoran Cik Siti sbb chicken chop situ sedap tapi tutup la pulak... kuciwa, nasib ada D'Klassik sebelah Restoran Cik Siti tu.. ok la dari takde.. hmm!
Ok la sambung lagi.. motif sangat kan? :D

24 January, 2014

Saya Sudah Bersalin...

Pada 21/1/2014 (Selasa) 8.32pm di HUSM.
Awal 6hari dari tarikh EDD buku merah.
Alhamdulillah secara normal & dipermudahkan (rasa mcm bersalin koboi je hi hi).
Kat Rumah Bersalin Lily Pasir Mas... dah terbuka 4cm time ni.

Cerita secara detail kendian-kendian lah ye?
Mari kita view gambo baby 'I' nih he he he!
Baby "I"  (taknak reveal nama selagi tak gi daftar kat JPN).  Ekslusif letak kat blog je.. kat FB belum letak lagi tau hehe.

Sebelum baby kuar, mcm2 fikir weh "cemana la gamaknya fizikal baby aku nih??"  Ye la sbb mcm2 jadi masa peknen... "terlanggar kitten sampai kitten patah kaki... jumpa ular dalam washing machine & abam spin dia sampai mati"... oiii banyak fikir.. runsing weh!  Sekali tengok baby "OIII COMELNYA DIA"  Opsss standard la mak puji anak kan? :D
Photo: 36jam selepas deliver.. Kurus tak?  Hihi. 
Tp mkn nasi takde kuah pun mkn bnyak.. Cemana nak kurus lg ni?  Hoho.
36jam selepas deliver.  Baru turun 4kg huhuhu.. Gigih nak turunkan lagi 5-6kg.  Ni nak gi tgk baby "I" kat HUSM.

Ok kita sambung lain kali.
Now baby kat wad paediatrik HUSM... berjangkit demam dengan aku daaa, kena masuk antibiotik, takut kena kuman!  Sian dia  :-(

Kesian... both tangan baby lebam & kaki kanan lebam sebab nurse tak jumpa cari urat... meraung2 dia :-(
Hope dia buleh balik petang ni sob!


16 January, 2014

Kerja Hari Terakhir

Harini last day kerja.
Saja minta cuti awal 9hari dari EDD Buku Merah sebab KEMALASAN MELANDA + TAK TERDAYA NAK JALAN LAJU2.  Tapi masa nurse BUAT LAWATAN KE RUMAH SELASA LEPAS, dia siap cakap WEH DA.... BULEH JALAN LAJU LAGI TU!  Ha ha ha time tak sakit buleh le jalan laju... katakuuuu!  :D
Dah dapat kelulusan!

Kawan-kawan cakap rugi cuti awal sebab hari pertama cuti tu dah dikira HARI BERSALIN walaupun belum bersalin.  Ish tak kesah le.. kalau rasa macam tak cukup 90 hari tu.. buleh sambung CUTI JAGA ANAK TANPA GAJI KANNNN? Tapi takda lah sampai 4 5bulan segala bagai heh!
Sure la ada orang perli ELEH GAJI KECIK PUN NAK UNPAID LEAVE.  Aik.. suka hati aiii la, rezeki di mana-mana saje!  Asal jangan merompak /amik harta orang sudah la kan hehe!

~menunggu masa (rasa semakin senak-senak muntut / kelangkang huhu).. doakan saya ye kawan2~

EDD:  27/1/2014 (Isnin)
EDD Scan:  25/1/2014 (Sabtu)


13 January, 2014

38minggu & EDD!

Semalam masuk 38minggu.....
Nurse pun cakap BERAT AWAK DAH TURUN + BABY DAH KE BAWAH... get ready la ye?!
Hu hu hu... GET READY?  Aiii nebes nya aiii!

Arini pulak last scan kat Klinik Kesihatan.
Sebabnya haritu doktor kata KETUBAN AWAK SIKIT TAPI STILL OK.
So tiap2 mggu kena gi scan.  Bila gi scan swasta kata KETUBAN NORMAL.
Harini dengan doktor lain.. ramah & baik.. katanya DOKTOR HARITU SCAN KAT URI KOT.. SITU MANA ADA SPACE, MMG LA KETUBAN MACAM SIKIT he he he!
 Gambar harini.. saya still nampak kurus kan?  Senang sikit.. takyah sesusah beli baju maternity :P
  • EDD Buku Merah:  27/1/2014 (Isnin)
  • EDD Scan:  25/1/2014 (Sabtu)
  • Abam nak saya beranak pada:  14/1/2014 (Selasa- Maulidur Rasul)
  • Saya bajet beranak pada:  23/1/2014 @ 24/1/2014 (Khamis @ Jumaat)- (kalu beranak 23/1 no. i/c mcm comel jah 140123 heheh motif sangat!  @ pada 24/1 tu tarikh besday saya walaupun bulan berlainan!)
Beg harimau malaya tu keperluan saya, beg tecit tu keperluan baby 'I' (eceh.. dah ada nama kan.. letak baby 'I' la hehe!

Eh tak kisahla beranaks bila2 pun kan... jangan overdue sudah.. rugi cuti yang saya apply awl tu heh!
Apa-apapun, abam dah print GL dia (walaupun saya dah booking kat swasta, mana le tau saya ni berubah fikiran gi spital gomen pulak ke hehehe!).



08 January, 2014

Cabaran Pileh Nama Baby...

Cabaran sungguh bila pilih nama.
Mula-mula abam nak bubuh NUR kat pangkal nama sebab semua anak-anak dia NUR... saya pulak tak nak NUR heh!

Hampir 2jam pilih nama... terlists 3nama jah masa 1st time plh tu.
Cabaran minda sungguh!
Saya pulak kalau boleh salah 1 ejaan tu nak kena ada HURUF F.
Ye la sebab kami FIDA & FIZI kannnn?
(eh motifff sangat... orang lain beriya nak kekalkan keturunan NIK / WAN / RAJA / TENGKU / SYARIFAH / SYED segala bagai... saya pelik.. nak kekalkan F kakakaka!).
So saya decide pilih 2nd name @ nama sampingan sahaja.
Kerja abam.. pilih nama panggilan baby.  Sampai tahap bertegang urat jugak la dibuatnya hehehe!  Tapi ada juga le nama yang tak ikut kriteria (takde Nur & F).
Takde la pilih nama canggih manggih segala bagai.. cukup le yg ada makna dalam Islam tapi tetap comel namanya ++ tak nak la nama yg sedara mara dah guna @ nama lebih kurang dengan dorang... sukar kan?  hehe ;-) (tapi abam cakap saya pilih nama yang rare- mana ada rare... kan ada dalam lists pilihan nama Islam tuuu!).  So far belum decide lagi nama apa walauuupunnnnn 1-3mggu lagi nak kuar budak ni nih!  Tskkkk!
*saya & abam lists kan nama-nama ni tapi kami tak setuju sebab:
-  Wafa (kesetiaan):  Sebab ofismet dia ada nama ni.. nanti meniru katanya.  Saya pun reject sebab ada doktor di ofis saya nama Wafa huhu.
-  Afifa (jujur):  SAYA TAK SETUJU SEBAB NAMA ANAK ABAM TU IALAH AFIFAH... grrrr!
So far saya dah shortlists berbelas nama.. tapi abam mintak shortlists lagi 2 supaya senang combine.. time ni la bertegang urat... MANA BULEH?  Semua nama tu saya suka!  Bila shortlists, abam pulak tak setuju... baik serupa tak payah shortlist... grrrrrrr marah sungguh saya!  Tunggu & lihat aje la nanti!


03 January, 2014

Booking untuk bersalin - private

Kerja last minit!  Padahal kurang dari 1bulan lagi nak beranaks.
Rabu lps pergi register untuk bersalin salah sebuah Klinik Swasta Bersalin di Kelantan (lepas bersalin le nanti saya update kat mana).
Photo: Last minute decision!
Pilih swasta la pulak.  Nasib terima lg walau 2- 4mggu lg nak due heeee :D
Booking minimum RM50 je tapi kalau tak jadi bersalin kat sini... kira BAKAR je la ye hehe.

Lepas doktor cek semua macam normal, dia amik darah untuk Hepatitis B.
Katanya kalau ada problem, mereka akan still refer hospital kerajaan.
Harap2 normal le.. lagipun baby saya kecik kata doktor.
Saya target kalau keluar pun dalam 2.6kg-2.7kg je kot.

Walaupun saya kerja pejabat Kesihatan tapi bab2 bersalin saya kalau boleh nak DOKTOR PEREMPUAN tapi hospital gomen mostly adalah DOKTOR LELAKI yang conduct bersalin + tak boleh mengada-ngada nak request DOKTOR PEREMPUAN. Saya ni dah le pemalu so saya decide nak ke swasta which is hanya PEREMPUAN yang conduct.  (Sedangkan masa dr. perempuan scan pun saya malu2 kambing.. inikan pulak nak bersalin dgn doktor lelaki, kena kangkang2 bagai?!!!.. oh no!)

Tapi kalau saya tak boleh bersalin normal, Klinik ni akan still refer ke hospital kerajaan.. pasrah!

Hospital Bersalin di Kelantan untuk reference pembaca blog lain:
  • PUSAT PERUBATAN AN-NISA':  Boleh cari details KAT SINI!  Semua pakar wanita.  Saya pernah pergi beberapa kali untuk scan... RM40 sahaja.  Tiada 3/4D.  Bersebelahan dengan Pejabat Pos Besar Kota Bharu.  Normal RM1500 (tak termasuk bilik).  Kalau termasuk semua RM2000-RM2500.  Czer RM6000 ke atas.  Kena check up at least sekali di situ.
  • USAINS (Private HUSM) 09-7672367:  Pakej normal RM2000-2500 & Czer RM6000-RM7000.  At least kena buat 2x appointment sebelum boleh bersalin di sini. Semua pakar lelaki seramai 3orang.
  • Kota Bharu Medical Centre (KBMC) boleh refer gambar di bawah ni:
  • Rumah Bersalin Lily, Pasir Mas 09-7908000:  Normal RM1500 untuk anak sulung (2hari 1malam) @ RM1200 untuk anak ke2 ke atas (RM1200) termasuk sunat kalau baby girl / BCG & sarapan pagi.   Pakej normal sahaja.  Pakar nama Dr. Wan Malihah.
  • KPJ Perdana, Kota Bharu 09-7458000.  Tak pasti le berapa ribu.. rasanya lebih RM4000 kot kalau normal, apatah lagi czer.  Tak survey pun sebab tahu memang mahal hihi.  Kawan nak D & C tu pun hampir RM7000, doktor siap suruh cuci kat kerajaan je.. tak payah buang duit gi swasta katanya hehe.
  • Rumah Bersalin An-Nur Kubang Kerian 09-7644392:  Pakej Normal bilik ber4 RM1290, bilik ber3 RM1390,  bilik single RM1690.  Czer RM7200.  Tambahan lain Vacuum / Forcep RM450-RM550, Epidaural RM680.  Pakar nama Dr. Siti.
Kat mana lagi tak pasti, itu jah sempat survey.
Harap membantu!


30 December, 2013

Barang Untuk Saya!

Asyik cite beli barang untuk baby jahhh!
Kali ni nak cite beli barang aku le pulak!

1.  BREASTPUMP SNOW BEAR RM179 + postage RM8=  RM187
(beli kat Butik Amna - mudah.my)
Breastpump baru lagi tahun ni, tengok dapat banyak good review maka beli le seketui.
Ringan & mudah dibawa... buleh guna bateri @ elektrik.
Harap-harap sesuai dengan aku & tak menyakitkan
SNOW BEAR Electric Breast Pump (BPA FREE)
(gambar dari website mybabycare... mls snap sendiri.. sebab menda sama je semua hehe!)

2.  SET PANTANG ANUGERAH NORMAL (RM166.95 termasuk pos)- beli kat SHOPSINI.
Aku suka survey-survey so jumpala paling rendah (harga asal RM199 tapi ada diskaun lagi).
Survey kat kedai di KB pun paling murah dorang bagi RM190  so better beli online le!
Aku pilih set ni sebab tak da pil yang kena ku telan which is bab telan menelan ni aku meme tak suka!
Semua kegunaan luaran + dibaca dengan ayat-ayat Quran.

  • 1botol minyak telon 50ml
  • 1botol minyak pilis 30ml
  • 1botol minuman kesihatan ubat bijian 250ml (nasib 1je yang kena telan!)- 2table spoon sehari.
  • 1botol minyak sejuta rahsia 200ml
  • 6uncang mandian sauna
  • 1botol rahsia kebersihan wanita 100ml
Mula-mula berkenan dengan set Tanameera pastu banyak pulak benda kena telan.. malas le aku hihi!
Minyak afiat murah tapi ada pil la pulak.. malas le nak beli kaedahnya!

Ok chow!

27 December, 2013

Malas Kerja Maka........

Ahad 22 Disember 2013 apply COTI GANTIAN le kaedahnya!
Abam off Khamis (19/12) & Ahad (22/12).
Aku tanak le off Khamis sebab Khamis kan kija sampai 3pm je ++ KB super jammed.
Plan asalnya keluar berdua je tapi x-wife abam call Sabtu tu suruh temankan anak-anak dia gi sekolah untuk beli buku latihan (eh, cemana dia tau kami coti?).  Aku ok je!
Lepas beli buku, balik umah kejap sebab abam nak amik bola boling dia.
So anak beliau sempat pulak masuk bilik GIGIRL yang siap dicat pink, cantik katanya & main dgn teddy bear orang utan. (TAPI MALAM TU ADA ORANG SMS CAKAP TERASA HATI SEBAB ABAM CAT BILIK BABY + SIAP CARUT-CARUT KAT KITORG... KO PEHAL NAK TERASA HATI.. KO BUKANNYA BINI ABAM LAGI... CHOIII!).
Lepas tu gi KB Mall, abam lps gian main boling 3games (rasanya 1tahun dah tak main hehe).
Anak-anak main tablet.. aku?  Tengok aje la.. takkan nak main boling kot!?
Rasa nak let go bola boling aku tapi sayang le pulak (bukan syg tuan asal bola boling tu ye.. the past is past kihkihkih- saje kasi abam jeles) :P
Then bawak anak-anak makan kat food court.
Aku order ABC jah sbb dah kenyang makan sebelum beli buku latihan.
Tu diaaaaaaa ABC tinggi melangit... tak sangka ABC setinggi tu kakakakak adoi share je la makan tapi tak abis jgk heh!
Lps tu gi footwear shop & shopping alatulis budak-budak tu.
Settle semua, abam tanya KATA NAK BELI KASUT & BAJU BABY?
Aku pulak la majuks.. aku cakap DAH PENAT LAAAAA... HARI NI 1 APA PUN TAK DAPAT! PENAT JAH DAPAT.. NAK BALIK... PETANG-PETANG NI LA KUAR BALIK.  ehehehe bkn apa, meme aku penat berdiri lama.

So hantar le anak-anak balik umah.
Sampai umah 2pm.. kasi aku tido la kejap.  3pm kuar balik gi Veterinar KB sebab kucing aku luruh buluh sebab kutu... kasi inject sama dia!  Berat gila budak jantan ni.. nampak je selim tapi 4.50kg uolsss!
Gi maybank nak tukar ATM.. ramai gilas.... so gi pulak cari lawyer untuk tukar nama rumah (saje nak survey-survey berapa kos TUKAR NAMA PEMILIK RUMAH) tapi lawyer tu dah pindah Kubang Kerian.. mls dah nak gi sebab jalan jem.... so balik!
Balik tu duk snap gambar perabot rumah untuk diletgo... sampai pulak POSLAJU barang-barang yang aku beli online... tiba-tiba abam ajak KITA GI MANJAKU NAK?  Hahahah aku apo laieeee... harus lah nakkk!
Tapi survey dulu online.
 8.10pm sampai Manjaku.. main capai je baju baby (ye la baru ada 10-11 lai.. mana nak cukup?  Unless ko rajin nak basuh tiap2 hari hehe).  Playgym kat Manjaku RM93... kat online tak sampai RM80 termasuk pos so decide beli on9 aje lahhh!  Kali ni borong baju baby / besen & kelambu jah.
Ramai gile queue (sebab Manjaku buat sale)...
Abam balas dendam... 1helai pun dia tak amik kaler pink hahahahahah marah aku le tu, kot kuar boboy :P

Maka itulah aktiviti off sehari.
Besoknya aku terus dapat MC keh keh keh!



23 December, 2013

Barang Baby Online Pulaks!

Aku meme selalu shopping online (nak-nak lagi time 2009 dulu masa MC 6minggu hampir setiap hari posmen datang rumah hantar parcel hi hi hi.  Mana tak nya MC dapat gaji, shopping la hehe, dengan arwah mak aku sekali terjebak beli barang online nge nge nge!).
Ni beli kat hanyayangindahje.blogspot.
Tak sengaja jumpa... murah compare web lain :-)

Sekarang pun ada shopping online dan yang paling latest sekali ialah 4barang ni, 1st time beli utk anak.... tadaaaa!
1.  CARTERS ROMPERS GIRL SET size 3bulan (4carters + 6pasang stoking)=  RM30

2.  CK SLEEPSUITS GIRL SET size 3-6bulan (3helai)=  RM40 (5 6bulan lg buleh le pakai sebab besar)

3.  BEDUNG DENGAN PELEKAT=  RM27
(busha tu free he he he).

4.  APPLE LEARNING SET (RM24):  ada dalam gambar atas sekali.

Ape-apepun, tanya abam dulu le.. buleh tak beli online sebab aku mintak claim dengan dia.
Dia kata BULEH.. TAPI DENGAN SYARAT TAK LEBIH RM300 he he he apo laie pileh la, guna M2U aku dulu pastu claim aje le!  :D

Very the gigirl sangat kan?
Rugi tak beli boboy punya sebab lg banyak pilihan kaler  :P

09 December, 2013

Saya @ 32 Minggu

Buat pertama kalinya, saje nak mem'publisiti'kan diri sendiri he he he.
Gambar saya pada 6/12/2013 (Jumaat) masa 32minggu (8bulan):  saya bukan rajin nak snap gamba 'kebonjolan' perut ni... segan ehehee.

                    Gambar syok sendiri sebab snap sendiri ke ke ke.

Bukan apa, sebab pernah sekali tepek gambar kat FB dari depan, kawan-kawan cakap "patut le berat tak naik, perut tak nampak langsung + senang nak beranak nanti, baby kecik".. wuk aloh.... dari depan meme aaa tak nampak + saya pakai gelap he he he!
Ye saya akui, tidaklah besau seperti yang korang bangga2kan BUMP BESAR TU BEST.   Bg sy bump kecik best sbb tak payah la saya sesusah beli baju maternity bagai.  Seluar maternity pun ada selai jah.. tu pun size S  (tetap longgar) ha ha ha untungnya tak yah shopping khennn?! :D

Besar ka, kecik ka... sakit beranak takda rasa SAKIT BESAR / SAKIT KECIK.... koyak rabak sama je, betul tak? :D
Rasanya doktor takde pulak cakap "KALAU PERUT KECIK ADA MASALAH TAPI AWAK KENA BESARKAN PERUT AWAK BARU KANDUNGAN OK"  Rasanya tak pernah lagi dokto guna terms tu kotttt?!  :P

9/11/2013 (Sabtu):  28minggu (7bln) @ wedding anak Dato' Pengarah Kesihatan Kelantan  (silap mata kan.. saya tetap KURUS ahahaha).

6-8weeks more to go!
Ngeri oiii hu hu hu!
Hope semuanya go smooth!

04 December, 2013

2nd Time Kena Minum Air Gula

3 November 2013 (Selasa).

Kena minum air gula 2nd round.
1st time September lepas & results ok!
7.37pg register tapi aku orang ke-5minum air gula.  Chesss ada lagi yang awal.
Orang 1st minum air gula 7.50pg tu pun dia minum sikit-sikit, 8.20pagi baru dia abiskan.  Aku berdoa nurse panggil aku cepat-cepat sebab orang 1-4tu meme lama gila nak abiskan (lebih 10minit).  Tapi 8.32pg baru nurse panggil  (orang ke-4 tu dipanggil 8.25pagi).
Masuk bilik, amik darah, amik air gula & duk kat luar.. terus teguk.
MAK OIIIIIII MANIS LENTIN DARI YG 1ST DULU + PEKAT NAK MATI.  Telan 4teguk terus berpinau bijik mata... patut le mommies2 sebelum tu susah nak abiskan.
Tapi kalau MINDSET kata AKU TAK BULEH ABISKAN... lambat le abiskan so aku betulkan mindset AIR NI MEME MANIS GILA.. LAMBAT ABISKAN, LAMBAT LE BULEH BALIK... TELAN JE SELAGI BULEH TELAN.  Mommies2 lain tengok aku minum macam orang gila.  Memang aku abiskan kurang dari 3minit jgk ha ha ha (berlagak gila aku!).  Padahal dah melekit2 kat tengkuk + pening!
Results minum air gula 2bulan lepas!  4.4ok!  Jangan lebih 6.1 je hehe!

Masuk bilik nurse, dia suh datang 10.35pg untuk amik darah pulak. Kesian kat mommies turn ke-4 tu (aku dah siap gi kencing / cek HB / cek tekanan darah, dalam 9.05pg tu, suku gelas pun dia belum habiskan air gula.  Laki dia suh dia sabar minum sikit2 hahaha kalu laki aku gi.. aku jadi manja jgk kot.. lambat abiskan.. baik aku gi sorang2) :D
Scan tanpa gamba isk isk isk~  semua normal... sekian!

Masa scan, cam biasa la dokto cina tu tanya "ADA RASA NAK TERBERANAK TAK?  KETUBAN ADA KELUAR TAK?"  Aku tak tau sebab tak tau rasa NAK TERBERANAK TU CEMANA, AIR KETUBAN TU CEMANA huhuhu.  Semua ok, baby dah duk tengah-tengah laluan (hoooiii takut weh), air ketuban ok & dokto kata TAK NAMPAK BATU.. MUNGKIN PEREMPUAN (hihi skima gilas dokto ni!).  Berat baby 1.940kg (kalau ikut carta untuk 32minggu is 1.702kg).  Walaupun aku selalu sentap orang duk komen KECIKNYA PERUT AWAK, TAK NAMPAK SGT PUN MCM DAH 6-8BULAN!  Ada aku kesah?  Korang ke yang gi check up tiap2 bulan kata perut kecik tu tak ok?
Antibiotik... huh tak best lah kena makan!

Dokto suruh aku kencing sekali lagi sebab kencing ada kuman.. nak anto pi makmal katanya.
Dia suh minum air kosong banyak-banyak sebab kalau kencing ada kuman bahaya.. kot premature pulak erkkk ngerinya?  Tunggu januari la nak kuar pun.. tak best beranak akhir tahun hahaha.  Dokto suh makan antibiotik sampai abis.... Baekkkk (belum tentu aku abiskan hahaha).
Me'reward'kan diri kat Restoran Hover

10.35pg tajam nurse amik darah 2nd time & abam pun jemput (nasib la kami ada cuti gantian, buleh la cuti.. tak yah guna cuti tahunan hehe)... yeaaa buleh makan.
Lihatlah apa HABUAN yang ku dapat setelah berpuasa lebih 12jam hehehehe!
Aku makan banyak tapi tu le.. berat tak naik-naik.. tensen aku weiiii.  SEPANJANG PEKNEN... BERATKU NAIK TAK SAMPAI 10KG pun lagi huhuhu!  Tp ok kut, lps beranak tak payah sesusah aku nak turunkan berat ke ke ke!

Sekian!