Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

20 April, 2016

Saya masih wujud... tapiii...

Saya tersangatlah bizi!

Image result for busy

Nak sangat update blog tapi kita akan update bila tak bizi k? :-)

17 December, 2015

Busy Dengan Penilaian Prestasi

Assalamualaikum.. good morning!
Wah gittew.. tengah bz ni hokkay?
Dats y lah mmg tak sempat pun update pasal travel huhu.
Dokto gigi- contoh jah nama2 tu deh.. ubah le.. takkan nak tunjuk yg betol kot?
Ni sbg format supaya daerah buat le tp ada jugak yg tak ikut pun,, buat suka ati dia jah huhu

Sape2 yg kija gomen & dipertangunggjawabkan buat Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) semua staff seluruh Pusat Tangunggjawab (PTJ) di jabatan beliau tu bekerja tu tahu lah betapa hazab nya nak buat menda ni!
Kumpulan sokongan 1

Asal ujung tahun je mesti masa UNTUK TIDAK BERCAKAP DGN SESAPA & TAK BULEH BERGURAU SENDUK!  Orang lain coti2 ujung tahun.. tp kita takde maknya nya lah.. aritu pening pun dtg kija sbb risau kat LNPT  ni ho hoho!
Kumpulan Sokongan 2
Yg biru tu calon2 APC tahun nih!

Bukan senang nak buat menda nih.. nak kena tally dgn perjawatan, kena fokus betul2 (ni tgh taip blog.. tak fokus la jap.. gile kauuuu pagi2 buta sampai ofis sampaiiii le waktu balik.. duk ngadap benda ni jah.. penat.. serius penat.. badan / otak / tgn / mata semua penat.. blk umah tido pun awal).
Login hrmis la benda yg ku paling malas dolu2.. sekarang wojib tiap2 hari huu!
Pstt... kita dah tolak GCR 6hari so total sekarang dah 52 hari.. boleh pencen awal lah kot kahkahkah (sorry, tak cukup syarat umur 40tahun lg!)

Ye la mana buleh buat main2 dgn markah orang.. ni untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tu nanti.  Bior lah kita tak penah dpt markah best pun, biorlah bos kata kita tak buat kerja pun.. tak apa.. penilaian manusia siapa2pun buleh buat

Dolu2 suka la tgk markah orang tp sekarang.. muak kauwww.. serius muak tgk markah org.. nak susun sesatu pergh mata panda jadinya!
Jabatan Kita ada 10PTJ (pusat tanggungjawab):  Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, T. Merah, Bachok, K. Krai, Jeli & G. Musang... ada 1000++ pegawai & k/tangan.. ko hadapppp le khennn?!
Untuk penjanaan data

Dah la kita buat sengsorang.. mintak tlg org lain, ado je le jawabannya!  Lg pun mmg kena buat sorang2..,. markah SULIT lah.. gile kau nak tunjuk org hwhhehehewehehe!
Urusetia & big2 bos jah buleh tgk merkah2 nih.
Daerah KB le paling ramai... 304orang

Ok lah ku undur diri dulu.. mahu sambung buat LNPT nih!
Lupakan coti2 hujung tahun sob sob!

(kita kuciwa kot markah tahun ni the worst sepanjang 13tahun kerja.. tak apa bos, terima kasih sangat! Kita kdg2 nak kencing pun tertahan2 semata buat kerja.. punch kad tak pernah merah pung, balik awal pun tak pernah!
Kita siap beli PC kat umah semata-mata nak buat kerja opis kat umah!-  ini balasan yg manusia beri- markah tersangat rendah!  Nanges?  Memang.. memang kita nanges (tgh taip ni pun kita nanges)... sungguh.. takde manusia lain pun lg rendah dari kita dlm 1000++ ni :-(
Yg kena tatatertib pun dapat 90%.. kija pun tak buat.. banyak EL, banyak kija luar.. kija dia bg orang buat.. still dapat 90%.. nanges aku taw.. manusia tidak adil!) :-(


01 April, 2015

Start GST Kita Pindah Opis!

Ish orang lain sibuk sgt cite pasal GST.. nak cite jugak lah.
Tapi bukan pasal GST tapi pasal saya tukar ofis baru.
My new room!

Sebab apa tukar?
Suka sama suka.
Eh ye ke?
Macam SUKA SAMA TAK SUKA JERRRR?  Hu hu huuu aperrrr aperrrr jerrrrlah!
Tapi masih di Jabatan sama, cumanya bahagian ni bukan di Wisma Persekutuan Kelantan.
Ini bahagian saya.  Sama bahagian dengan abam lah pulok cuma bezanya abam kat klinik, saya kat opes hehe!

Kat sini staff dalam 20 orang jerrrr!
Bos takde lagi sbb bos baru pencen oktober 2014.. mas
ih belum ada pengganti.
Cuma ada doktor lain la yang tanggung tugas bos tu :-)

Sini kena bayar parking RM80/month kalau amik monthly pass tapi BULEH CLAIM LA!

Tapiiiikan?  Dugaan sangat banyak kat sini.
Dugaan apa?  Nih diaaa:

  • Parkson / Giant / The Store / Guardian / Pizza Hut / 7-11 depan mata.  Lintas jalan je dah sampai.. camno?  Tapi hari 1st berjaya lagi la tak gi hahaha.
  • Nagoya / Mydin / Pasar Besar Siti Khadijah / Pantai Timur semua by walk in wadusss!
  • Kedai / Gerai makan berlambok lambokkkk!  Abis la makkkkk duk mkn je kali ni hehe

Dari aras 7... yang tinggi tu Tabung Haji.

Pastu ok jgk la lelain pun senang:

  • Tabung Haji / CIMB / Maybank / Stesen Bas / TM Point boleh menapak je... cumanya pejabat pos ajerrrlahhh yang jauh sikit (menapak tu buleh la tapi berpeluh la ketiyak hihi)
Hope kat opis baru ni tak stress2 lah compare opis lama.

02 June, 2014

Malindo- kali pertama

Fuh sedar tak sedar.. dah 1tahun 1bulan saya tak naik flight.
Last time masa gi Batam honeymoon kali ke-3 pada Mei 2014.. tu pun naik FireFly (rasa macam tak best.. sakit telinga huhu).
Pergi kali ni for exam purpose.
So tak kesah le harga tiket berapa-berapa pun, gomen bayar hihi.
Balik ni saya komen lah cemana naik Malindo Air ni ye hehehe orang lain dah berzaman nak naik.. saya baru nak naik.. ketinggalannya aii ni uolsss!
Nak kena bermalam yang tak bestni, sebab exam 9.30pagi... 9pg tu ada taklimat dulu, takut tak sempat.. KL tahu le jem. lainlah exam kat airport Subang ke.. ok gak!  Dulu ok je, sekarang manyak susah ooo.. pasti saya rindu sama itu Irdina (apaknya harus lah kikhkihkih).  Hmmm!


09 October, 2013

Kursus kat Intan Bukit Kiara

1-3 Oktober 2013 (Selasa-Khamis),
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi 4/2013.

Haaa ni la kursus yg aku apply & berjaya dapat.
Tak sangka dapat sebab memang susah nak bekursus kat INTAN ni.
 Bilik memang 2orang sebilik tapi aku duk sorang2... bahagia jugak tapi bila malam.. mbikkkk kau, 3malam tak buleh tido (aku gedik nak tido kat lengan laki aku je kot hahaha). 

Oleh sebab laki aku pun dapat maka decide drive je la.
Awalnya aku nak try naik MALINDO, tak tercapai jgk
Rutin... sampai2 je terus kemas gobok!

5.05pm register masuk hostel.
Masing-masing tak berani mintak 1bilik.. sudahnya dapat bilik asing-asing.
Notis belakang pintu hostel menyatakan bahawa IBU BAPA / SAHABAT & SUAMI tidak dibenarkan masuk hahaha nasib baik tak minta, kalau tak.. malu sesaja :P

Dewan Makan punyalah kena naik tangga, letih aku!
Makan memang tak memenuhi nafsu makan ku.. hu hu hu!
Kelas punyalah jauh, nasib baik pergi dengan kereta, kalau nak menapak dari hostel tu jenuh la aku.
Aku bkn buleh jalan jauh sgt skang, mula la lenguh tumit kaki.
 Brekpes:  nasi goreng + kerang yg pedas giler adoi!

Rehat 10.30pg, kuih juga tak memenuhi nafsuku huhu.  
Teh o rasa mcm kopi=  KOTE opsss... TEKO!

Kelas hari pertama best.  TAJUK KEWANGAN PERIBADI.
Kelas hari ke2.. ya ampung boring!  TAJUK PELABURAN! Aku siap main games bagai :D
Kelas hari ke 3 best!  TAJUK WASIAT & HIBAH.  Tak boring langsung.  Fasilitator tu lawyer & katanya lepas kursus ni kalau apa-apa nak tanya, emel je kat dia... OKAY, GOTCHA.. NANTIKAN! :D
Hasil SAMSUNG SMART CAMERA!  Sape2 yg mls edit gambo, buat aje SPLIT SHOOT camni, banyak design, plh jah :D
(dlm kelas duk sebelah abam.. mula2 duk asing pastu NAKKKK JGK DUK BERSAMA wahaha)

Kursus hari ke-2:  PELABURAN... so boring!  Ada kakak sorang tu asyikkk dia je bercakap sampai org perli dia "kakak tu dah jutawan la kot, semua benda dia tahu" kahkah!
Nampak cam menarik tp memang tak best di tekakku!  Nasib kursus 3hari jah, bkn 6bln mcm PTD tu!

Kelas sampai 4.30pm je so malam-malam kita merayap la! :D
Hari Isnin Lapor diri- malam lepak bilik.
Hari pertama kursus (Selasa)- gi midvalley
Hari kedua kursus (Rabu)-  Ikea & The Curve (waaaa ada adik beradik siti aisya la... ada lelaki meroyan duk sebut BODO BODO BODO kat money changer).. ramai gile tgk, rasanya ada yg rakam hehe.
Hari ketiga kursus (Khamis)-  Stay hotel kat KL..... Sabtu baru balik he he he!
Hari last kursus, saje sedondon!  Dpn ASRAMA MELOR (baju adiah kawen dari cekgu faridah... bln 8pakai longgar lg, sekarang SENDATTT!)
Jg hasil SAMSUNG SMART CAMERA.. kami tak bersama pun dalam gambar ni, percaya tak?  hehe!

Lepas ni tak tau bila lagi buleh kursus bersama.
Tahun depan la kot!
Sebab tahun ni dah cukup 7hari kursus!


Sekian :P

25 September, 2013

Kursus Laki Bini.. opsss!

Aku apply kursus ni Julai lepas, tak sangka dapat sebab meme susah nak dapat kursus kat sini.
Bila berjaya, aku paksa abam apply kursus ni haritu gak.. ye la, tak syok aaa gi sorang-sorang.. beberapa malam tak buleh tido atas lengan, mana buleh kehkehkeh!
Surat tawaran untuk aku tarikh 30 Ogos 2013

Bila dah dekat tarikh kursus, tiada jawapan lagi so aku suruh abam buat rayuan.
Urusetia jawab kat abam lain sedangkan dia jawab kat aku 40peserta & kat kawan sorang lagi cakap dia tak berjaya tapi bila call kata BERJAYA.. erk apa ke pening URUSETIA nih?  Bila aku tanya MAKAN MALAM DISEDIAKAN ATAU TAK... Jawabnya:  KELAS BERMULA DARI 8PG-4.30PTG hu hu hu tak menjawab persoalan!
Jawapan urusetia kepada rayuan abam.
Aku tak puas hati!  Cemana buleh jadi camni?
Aku dah plan "pergi dengan malindo air (saje nak try)" tapi abis kursus tu, aku suruh abam jemput.  hehehehe.
Surat tawaran untuk abam bertarikh 20 September 2013.  Ok jugak abam emel rayuan.. kalau tak, urusetia bagi kat orang lain he he he!  

Sekali jumaat lepas... tadaaaaaa.... TETIBA ABAM BERJAYA JUGAK GI KURSUS ni ngehehehe!
Gumbira la oiii.. walaupun hostel tak mungkin sebilik.. tapi tak mengapa la.. lepas kelas buleh MERONDA-RONDA KOTARAYA KL- tak plan nak soping pun tapi saje jamu mata + nak mewayang!).

Yeaaaa tak sabar nak kursus sesama kat Kay Hell (laki aku excited gak nak kursus sama.. kalu tak, dia tak call urusetia kan kan kan?  kantoiii!) :P

10 September, 2013

Kagum?!!!

Semalam tiba-tiba ada seorang pegawai datang cari surat, tiba-tiba:
  • Pegawai:  saya kagum la dgn awk sebab bos kata apa-apa & kata mcm-mcm kat awak pun.. awak sengihhhh je!  (Masa tu kami berdua je.. opss... dia perempuan ye he he he!)
  • Aku:  Aaaa?  Heheheh biasa la saya meme camtu.. orang nak cakap apa.. cakap lah!  Dah biasa dahhh.. sengih je la :D  Kalau lawan bukan buleh apapun.. buleh sakit hati je :D
  • Pegawai:  Erm tu la, saya tengok orang lain lawan jgk.. awak buleh sengih & sabar je (sebab staff lain selalu melawan jgk ckp bos.. aku je tak kuasa nak melawan hehe).
  • Aku:   Malas nak layan.. biarla dia nak marah, dia kan bos :D

Erkkkk hahaha ada jugak yang perasan.

Sorg lagi opismet aku cakap aku ni hati KENTAL.... TAK LUT ORANG NAK CAKAP APA!

Ala muka je sengih, tapi dalam hati apadahalll?
Balik umah, ngadu la kat orang sebelah hehe!
Agaknya sebab aku KENTAL HATI sangat la, sampai sekarang ADA ORANG TU SAKIT HATI DENGAN AKU KOT  hehehe kasihannn!

(entry ni buleh refer kepada ENTRY NI yang aku malas nak komen dalam ayat 'bos camgitu') :D


notakaki:  kalau yang baca blog ni yang rasa sakit hati dengan aku kan.. lupakan lah.. korang yang sure sakit hati akhirnya nanti he he he!

27 August, 2013

Bertuah la sangatttt!

Ahad lepas ada jamuan hari raya wisma persekutuan yang dihadiri oleh Dato' Mustapha Mohammmad (Menteri MITI) + RTM & sape lagi VIP aku tak sure hehe.

Seperti tahun-tahun sebelumnya setiap warga wisma diberi no. cabutan bertuah.
2tahun kat situ tak pernah bertuah.. tiba-tiba tahun ni bertuah pula kekekek.
Dapat juga walaupun aku naik awal (jenuh tunggu weh sejak 10.30pagi... kata suruh turun awal tapi yang banyaknya karaoke.. aku bukan minat dengar orang 'menyumbingkan' suara ni).
Lepas menapau makanan (gerai banyak tapi menu berulang- nasi dagang / sate / lontong / mee + kuetiow goreng... boring hokkay!)
Penilaian aku, hamper-hamper ni range RM26-RM29 + ada kat makanan tu, dorg tak buang harga lg opsss! (aku biasa dah beli untuk beratus-ratus hamper, so tau le hehehe).

Naik lepak-lepak buat kerja kat ofis, tiba-tiba kawan call cakap aku dapat lucky draw.. ada org tolong amik walaupun TUANNYA tak ada kat situ hahhaha wuuu bestnya :D 
Orang last-last tu la best dapat barang elektrik hehe.

*kalau lucky draw, aku lebih suka dorang bagi VOUCHER so kita buleh beli sendiri le apa yg kita nak.  Voucher GIANT KE, TESCO KE, CARREFFOUR KE, JUSCO KE kannnn?!*

02 July, 2013

Penangan APC 2013

Tahun ni SKT ku berubah sebb tiba-tiba kena jaga SEGALA MAK NENEK MARKAH PEGAWAI / KAKITANGAN DI SEMUA PTJ + seterusnya segala data-data SULIT calon & penerima APC seramai hampir 1000orang. 

Nasib baik le aku ni hati bebal / keras hati / kepala dinding segala bagai.
Kalau tak.. ko nangis la tak berlagu kat situ dengan maki hamun, kena caci, kena carut, bebel berpuluh-puluh bakul. 

Imagine le tersalah taip 1 benda je... gred U36 pun kena hamun (patutnya U17) kakakak meme patut la kena marah, jauh benar lari topik nya tu! :P
Ada juga PTJ itself yang tersalah buh dalam sistem.  Patutnya "bin" tapi diletakkan "binti" & sebaliknya tapi aku takde la carut-carut, sengih ada la.. manusia bukan maksum pun, tak buat salah bukan manosiaaa namanya!


Aku sentiasa buat muka bodoooo & muka kewlll & muka kental je.
Nak minta tolong sub sub kat staff lain meme tak buleh le.. nama lagi SULIT!

Pernah laki ku menjejakiku di pejabat kerana balik lambat... penangan APC punya pasal.. kahkah!
 


18 February, 2013

HRMIS oh HRMIS...

Saya memang pembenci tegar sistem HRMIS!
Orang suruh isi cuti / SKT / LNPT melalui HRMIS... saya isi secara manual!
Tapi start tahun 2012 saya isi online, itu pun setelah dipaksa isi haha.


Tup-tup saya pulak DIBERI TUGAS SUPAYA GENERATE REPORT LNPT SEMUA PTJ DI SELURUH NEGERI KELANTAN (under Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk tahun 2012. Geli hati 1minit.  Tapi oleh sebab SAYA YANG MENURUT PERINTAH, buat aje la.


Rasa macam nak muntah cair pun ye jugak.
5jam mengadap HRMIS, baru 6hospital yang dapat digenerate.. atas kekangan LINE SELOW / PUTUS-PUTUS.  Bertabahlah wahai saya.
Seputnya saya buat segera tapi 4.40pm saya dengan tidak bersalah langsung.. terus thumb print & balik tido.. hahaa matilah kena bambu! :P

02 July, 2012

Jauhnya ku bersukan.....

Demimu Kelantan, ku sanggup terbang 2.5jam ke Kota Kinabalu hahahaha poyo tak?

Ni 1st time saya mewakili Kesihatan Kelantan dalam tenpin boling.
(kalau ada lumba lari, saya join tapi tak ada maka pilih boling)!

Rasa muak pula tengok semua baju sponsor adalah merah & inilah kali pertama saya ada tshirt merah setelah lebih 5tahun tak ada tshirt merah heh.
Apa-apapun KELANTAN BULEH heeee!

Bukan senang nak wakil Kelantan sebab pemilihan demi pemilihan di lakukan (sampai nak tarik diri sampai sekarang pun ada, sebab tekanan terlalu tinggi).
Sebenarnya saya sendiri tidak pasti siapa yang akan jadi PEMAIN SIMPANAN.
Kalau saya jadi pemain simpanan, saya redha... yang penting semangat kesukanan ;)

Saya akan pergi dari 2-9/7/2012,
maka tiadalah update blog :-)

10 June, 2012

Soalan Biasa Untuk Saya~

Selalu saja orang bertanya kepada saya begini di pejabat:

  • Rehat pukul berapa?  Nak pergi hantar surat ni!  (saya tiada rehat!)
  • Hari Khamis Kelantan balik awal kan?  Pukul berapa balik?  Nak faks sebelum awak balik (Khamis ke tak Khamis ke, balik lewat jugak la itu kaluuu!  Bos outstation pun kebarangkalian nak balik awal tu adalah 30% ja)
  • Eh pukul berapa ni tak balik lagi?  Sudah-sudahlah tu!  (balik 7ptg, kerja tak mahu juga sudah-sudah tapi kalau boleh nak balik lagi lambat, nanti kena hempuk kat mami saya hehe!)
  • Dah nak rehat ni, saya hantar lepas lunch hour lah ya?  (hantar ja bila-bila, saya memang tak rehat!)

Hahahahah penat nak jawab tapi kena lah jawab dengan berhemah heheh (ni mengular sebab Ahad tergendala banyak le kaedahnya... negeri apa je kerja pada AHAD?!).

Semoga saya tidak mengalami otak kacau bilau (tapi wad jiwa ada kat sebelah ni hahahahahaha pengasan... rasa nak buat bisnes sendiri tapi sorang-sorang payah jua!!)
  

11 April, 2012

Ku Juga Merasai Gegarannya~

Aku juga merasainya di Pejabat pada 11/4/2012 (Rabu) lebih kurang 4.45pm gitu lah- walaupun CUTI UMUM SEMPENA PERTABALAN AGONG, TAPI AKU TETAP KERJALAH ITU KALU!  Rate 7/4 ok hahaha sempat lagi!


Aku tengah syok-syok buat kerja mengadap PC, tiba-tiba aku rasa macam ada orang tolak kerusi aku.  Aku cuba keraskan badan, tetapi masih terasa mcm ada orang tolak.
Aku berpaling tapi masih rasa gerak-gerak kerusi ku.

Aku siap bangun 3 4x pastu siap cakap "weh aku tak kacau ko, jgn le kacau aku nak buat keja nih!"  (bodo pulak kurasakan masa tu tapi sebab HOSPITAL kannnn... walau aku tak percaya mistik-mistik tapi ada kalanya nak percaya juga hehe).


Tiba-tiba bos aku lambai suh masuk bilik dia (akupun terkejut kaedahnya bos aku pergi kerja huhuhu)
  • bos:  eh awok raso gegar dok?  saya raso gegar ni, guano eh.. biaso gegar ni gempa bumi
  • aku:  ha ah raso gok kusi saya gegar sakni
  • bos:  hooo, acu tengok kipas tu (sambil tunjuk kipas yg tak on- ngeri seyyyyy... goyang gila).. keno turun kalu gempa nih.  Acu tanyo sapo2, raso dok gegar?
  • aku:  ok nanti sayo tanyo (dlm hati aku cakap.. sapa le pulok yg keja ari cuti ni adessss bos aku ni punnn!) :P
Jadinya aku terus update status & lps update tu le baru baca wall kwn-kwn, rupa-rupanya memang ada gempa bumi adoi patutla.
Terus aku cakap kat bos aku hehe.

Semoga tiala lagi kejadian buruk terjadi di Acheh seperti 8tahun yang lalu.
Bumi sudah letih dan sakit :-(

12 March, 2012

Serabut / Stress / Sememeh

Aku masih baru bekerja di pejabat sekarang (belum 1bulan).
Tapi aku rasa seperti sudah 3 4tahun bekerja di situ.
Kerana aku tidak punyai masa untuk berehat umpanya seperti brekpes, blogging, bayar kat maybank2u waima untuk 15minit sahaja ketika 'office hour' melainkan semasa bos outstation @ cuti.  Itu pun tidaklah rileks mana pun!


Bayangkanlah nak 'mengucilkan' diri pun selalu tahan (walaupun toilet 3langkah aje pun dari kerusi aku tu).  

Semua SERABUT / SERABAI / SAMPAH / STRESS / SARAP & segala macam S tu adalah peninggalan kakak yang kerja situ selama 17tahun tanpa pindah ke mana-mana pejabat.  



Aku sendiri pun memang TIADA MASA AT ALL untuk kemas.
Tiap-tiap hari pun balik lambat la itu kaluuuuu!  Isk isk stress oi!

(tp jgn lupa, aku masih la sempat untuk update status FB- setakat 1status burn 2minit tu apa lah sangat kan hehe).

12 February, 2012

Tukar Lagi? Elaun Pun Kurang........... :-(

Buat kesekian kalinya aku kena tukar pejabat lagi.. tadi baru dapat surat.
Sudahlah aku bekerja di pejabat ni baru 7bulan, kena tukar pula ke Hospital tapi di masih di bawah Kementerian yang sama.
Sedih jugalah sebabnya aku baru nak get along dengan officemate sekarang.
Nasiblah Hospital ni sebelah je dengan pejabat sekarang (memang nampak & jalan kaki pun kurang dari 10 minit).  


Malangnya ialah elaun kuranglah sedikit.  Aduh camana nak bajet untuk travel ni?  Harap-harap skim gaji SBPA yang terbaru Mac 2012- (orang lain belum tengok lagi hahaha) tu betullah, banyak naik.. boleh la cover apa-apa yang patut.
Nasib badan tapi memang pertukaran ni dah ikut saluran yang betul.  Sekarang bos Jusa B & di Hospital bos Jusa C, sebab itulah elaun turun sikit huwaaa.  Dapatlah kiranya aku mengorat doktor nanti (motif getik benor aku ni hahah).