Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

20 May, 2012

Jangan Harap Masuk Universiti!

JANGAN HARAPLAH KO NAK MASUK UNIVERSITI... INGAT SENANG KE?

Itulah kata-kata kawan-kawan sekolah saya ketika menunggu keputusan SPM (Vokasional).  Tersentap juga dibuatnya.  Tapi memang itu hakikatnya.

Ketika sekolah, saya tidak suka belajar. 
Sebab saya tahu saya tidak pandai walaupun sejak dari darjah 4 saya pergi tution, siap ambil kelas persendirian.. bayar memang mahal tapi tidak berbaloi sebab ajar lah macam-macamanapun, saya tetap tidak pandai.

UPSR saya hanya dapat 2A.
PMR saya dapat 1A, 1B (selebihnya faham-fahamlah sendiri) (",)

Selepas tengok result PMR saya teruk sangat maka parents suruh saya masuk Vokasional.. saya happy sebab tak banyak subjek yang perlu dibaca kekekeke... ye lah Sejarah & Geografi tak ada :P
Saya lebihkan kepada belajar secara teknikal dari membaca semua tu.. boring!

Results SPMV saya pun teruk juga Pangkat 2, 24agregat (patut agregat tu pangkat 1 lah kan heheheh tapi sebab saya meniru.. padan lah muka hehhh!).

Ketika menunggu results SPM (V) tu lah saya beriya mengisi borang masuk U, kawan-kawan siap perli supaya saya jangan berangan masuk U.  Tapi saya peduli apa?  Saya pilih kursus-kursus yang setara (walaupun tak minat tapi biarlah setaraf dengan otak saya yang tak berapa nak cerdik ni).

Akhirnya saya dapat, kawan-kawan yang perli tu siap cakap "ye ke?  macam tak percaya je?  Ada orang dalam lah tu"  Maka belajarlah saya di UiTM Pahang, itu pun memang extend (1class extend 2sem ok.. terima kasih) :P

Semua subjek dalam bahasa Inggeris (kecuali Agama Islam).
Tapi sampai sekarang saya tak pandai berbahasa Inggeris, that's why tak pernah berani travel secara solo (jujur kan).

Walaupun extend 2sem, saya tetap dapat offer Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat di UiTM Shah Alam tapi adalah kisahnya... saya bekerja sehingga sekarang & sudah tidak berminat untuk belajar sebab kemampuan bagaimana  :P 

Tapi saya tetap syukur dengan rezeki yang Allah telah tetapkan ini.
Tidak semestinya kita tidak berapa nak pandai, kita tidak boleh teruskan hidup.
Ada juga kawan-kawan saya memang pandai, pangkat 1 agregat 12.. masuk U kena tendang lepas tu masuk swasta.. sudahnya kahwin dengan lelaki yang tak benarkan dia jumpa kawan-kawan langsung, apatah lagi guna hp.. kesian... itulah besfren saya... tak tahulah dia macamana sekarang... sayang.. dia bijak Matematik.. SPM dpt 1.

Ada juga yang pandai Sains + Math + Add Math.. masuk UiTM tapi kerja... memang kesian... bukan saya nak mempertikaikan rezeki masing-masing.  Tp sebab dia pun pernah tidak percayakan saya kerana dapat masuk U.  

Ada juga classmate.. kami kelas ke-3 je pun, sekarang dia dah jadi pensyarah (aku pun terkejut sebab kami selalu gaduh mulut.. biasalah perempuan kekekek).

Ada juga kawan saya belajar di UiTM separuh jalan, tapi sekarang dah berjaya, kaya raya, ada bisnes sendiri... itu juga rezeki dia.

So moral nya di sini ialah.
Kita tak boleh nak tentukan masa depan dia dari pelajaran dia.
Tak semestinya dia pandai dia berjaya & tak semestinya dia tak berapa nak pandai dia tak berjaya terus.   Tak begitu?

Saya tidak ada segala-galanya tapi saya berusaha untuk mendapatkan segala-galanya :-)

6 comments:

  1. mek, so jah kawe nok oyak rezeki masing2 tuhe hok tentukan. panda stro mano pun...belom tentu hidup sene atau berjayo.

    peace.

    ReplyDelete
  2. heheheh yo lo dos tu bdk2 weh.
    contoh hok paling femes - GHAZALI PERABOT... dio anok murid mok aku.. mok kato, maso skoloh dio mallah + meme dok pandai lasung lah!
    Sudohnyo ado kedai perabot ternamo.. kayo rayo... merc berjujukkkk!
    Huuuu it's all about inisiatif & rezeki masing2 dih? :D

    ReplyDelete
  3. rezeki masing2..itu la yang telah dijanjikan oleh Allah pada tiap2 hambaNya. apa yg ade, bersyukur lah. lagi satu, mulut org mmg begitu. xblh nk tutup kekdahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tu lah psl... maybe masa sekolah aku MEMANG TAK BERSINAR LANGSUNG + sukan pun memang takkk!
      That's y le kwn2 semua mcm tak caya yg aku masuk U.
      Lps abis sekolah... mmg aku tak berminat langsung nak contact dorg.
      Malas nak tunjuk life aku skang ni... maybe ada yg kata berjaya, maybe ada yg kata masih tak berjaya... mulut org biasa ah!

      Delete
  4. betul2 tu mek gep ...
    insyaAllah semua insan yang lahir ke dunia ni memang takde level cerdik ke pandai ...
    semua atas usaha dan doa berterusan ...
    bila usia makin meningkat ni kita jupe macam2 jenis orang kan...

    nnt ku repeat qada' baca entry2 sebelum eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ada juga manusia bijak pandai (mcm saffiyah tu)... bijak gila kan... tp tengoklah life sekarang cemana!
      Adi putra yg bijak math (bkn adi putra pelakon huuu)... bijak2 math, sudahnya dia tak berminat sgt nak sekolah sbb dia rasa dia dah bijak hmmmm!

      Tu sbb la suka sgt lone ranger... huhu.

      Tak yah baca takpe.. entry tak best pun erkkk :P

      Delete