27/4/2012 (Jumaat)
Flight sampai di airport Madinah pada pukul 2.10ptg (7.10mlm waktu Malaysia).. awal 10minit dari jangkaan.
Dalam bas... rules sahaja tapi tiada yang menyelia ;)
Tapi macam biasa, sesiapa yang naik wheelchair kena turun last sekali so saya, abg saya & makcik saya terus naik bas untuk ke terminal.. isi borang visa on arrival & tunggu... keadaan sangat sesak.
sekejap sgt naik bas ni, tak sampai 1minit pun haha.
Yang wheelchair kena naik skylift.. sekali tengok macam transformer plak masa turun tu :P
Lama juga nak tuggu skylift tu.
Lepas tu terus pergi imigresen, alhamdulillah sekejapan je selesai & masa untuk ambil luggage.
airport madinah
Selepas ambil luggage, kami keluar & staff Al-Quds Madinah memang sudah sedia menunggu di situ untuk mengutip pasport kami & guide kami pergi bersama.
Sumbat lagi beg banyak-banyak kat troli kecil tu... kan dah jatuh!
Ketika menunggu dalam bas (tak tahulah apa yang driver arab tu tunggu.. dalam 20minit juga kami di dalam bas tu), maka saya tengoklah gelagat orang ramai di airport Madinah tu, banyak yang mencuit hati. Siap buleh terhibur lagi hehe.
Masih gigih untuk tolak dalam 1troli, yelah.. kalau ambil troli lain, kena bayar kalau tak silap saya (kalau tengok dari cara pekerja airport tu lah!)
Saya memang suka snap gambar tapi tiba-tiba driver cakap "no photo no photo".. lepas tu dia gelak gelak.
Huk alohhhhhh! & mutawwif cakap "di perkarangan airport madinah ni tidak dibenarkan ambil gambar ya.. kalau nak ambil tu sorok-sorok lah" hehehe sengih jah la jadi saya snap sorok-sorok jah la. Tak tau apa motif tak boleh snap gambar di perkarangan airport Madinah. Saya snap gambar dalam airport tu ok je?
Kalau tak silap dari pemerhatian saya, kalau sesiapa nak guna troli airport, kena 'pakej sekali dengan staff' yang tolak troli tu. Saya rasa lepas tu mungkin mereka akan mintak upah @ dgn kata lain "tips" (serupa di India pula, segala minta tips!).
Orang-orang arab tu pula siap main tarik-tarik troli lagi dengan staff tapi staff tak bagi, aduh macam-macam :D
Di sana juga ada carrefour :-)
Tak lama kemudian, kami meneruskan perjalanan & mutawwif kata kita bernasib baik kerana akan singgah solat Zuhur & Asar di Masjid Quba' di mana kalau ikut jadual asal akan ziarah Masjid Quba' pada hari ke-3, jadinya 2x lah kami pergi Masjid Quba' ;-)
Ini restoran kalau tak silap saya- AlBaik
Tidak sempat kami mengejar solat Asar maka kami Jama' Takhir di situ.
Alhamdulillah syukur sangat boleh solat di situ selepas selamat sampai di Kota Madinah.
Masjid Quba'
Masih masjid Quba'
Kami meneruskan perjalanan terus ke hotel.
Seminggu sebelum pergi, agent kata duduk di Hotel Durrat Al-Fayroz tetapi bila sampai, kami duduk di Jawrahat Al-Fayroz tetapi tidak mengapa sebab memang sebelah menyebelah je :-)
Bas no.1
Tapi kami diminta untuk terus makan malam.
Dining hall tu memang kecil.. sekali makan muatlah kut dalam 100orang maka kena bertolak ansur lah, tak boleh lah mementingkan diri sendiri berlama-lama.
Bab makan saya tak mahu komen sebab bagi saya, saya terima semua.
Saya memang boleh dikategorikan sebagai 'big eater', sedap tak sedap semua saya sebat. Nasib saya tak 'big a.k.a gemuk' ehehhh off topic pula.
Oh ye, kami memang diberi masakan melayu :-)
Looks like design Masjid Nabawi tetapi bukan, ini ialah salah 1hotel di Madinah :-)
Selepas makan, saya pergi kaunter untuk ambil kunci bilik tetapi sudah ada orang ambil. Kebetulan mutawwif saya ada di situ jadi saya bertanya berapa orang.. katanya 5orang.. oh saya sangat terkejut kerana sebelum pergi agent kata 1bilik hanya 3-4orang sahaja & saya gambarkan bilik kami sempit.
Dinner pertama kami di Madinah, semua rasa sedap heheh
Bila masuk bilik, kakak tu kata "toilet rosak teruk, tak boleh guna" & bila saya masuk, terkejut juga.. sebab memang teruk tapi bila tengok dalam.. memang luas... oh no wonderlah 5orang.. tiada masalah lah kalau 5orang pun :D
(oh ya, roomate saya ialah kak za & anaknya syikin yang masih belajar di UiTM).
Saya terus call ustaz ilyas (mutawif saya).. mengadu pasal bilik, siap buleh suruh datang bilik kami, bukan sengaja suruh datang bilik hotel tapi sebagai bukti bukan sengaja kami nak tukar bilik,
Tak lama kemudia dia datang & dia akan adjust untuk dapatkan bilik lain tapi saya rasa mustahil sebab kelihatan penuh dengan jemaah.
Berselera nampaknya
Tak lama kemudian pekerja hotel datang baiki sink tu dalam 20minit.. tampal macamana saya tak tahu. Katanya besok baru buleh guna sink tu. Tak lama kemudian.. tadaaaaaaa.... blackout pulakkk! Pekerja hotel tu cakap 5minit je takde.. aaaa 5minit apanya pulak hehe. Jadi kami decide pergi je ke masjid nabawi. Terpaksalah menapak turun tangga dari tingkat 4.. hinfss!
Kalau ke entrance lelaki, memang tersangat dekat lah.. tapi kalau ke entrance wanita.. kena ke hujung sanun pula. Memang dekat tapi bagi mami saya yang sakit lutut tu, bagi dia jauh juga kena menapak tu.
Scarry kan toilet bilik saya?
Berdebar juga, tapi alhamdulillah.. terpana seketika rasa macam tak percaya.
Tapi sudah banyak sangat berubah dengan 14 tahun yang lepas. Kami solat di luar sebab ketika tu memang tengah solat Maghrib.
Selepas solat Maghrib, saya masuk ke dalam masjid sedorang diri untuk meneruskan misi saya iaitu minum air zam zam hehe kepingin sangat. Mami & makcik saya masih solat di luar.
1bilik 5orang- luas dan selesa
Ketika masuk tu, macam biasalah kena cek segala bagai dengan guard pakaian serba hitam tu. Saya tidak plan membawa handphone sebab nak tengok flow guard tu dulu cemana, takut kena rampas.. tak kuasalah!
Selepas Isya' terus ke luar & pulang dengan mami& makcik.
Tiada singgah mana-mana sebab mereka penat, ok tak apa saya faham.
Mari mengubang
Bila naik bilik, mami & makcik terus tidur. Ala saya belum mengantuk.
Dan-dan abg saya sms tanya nak makan shawarma tak?
Haaa apa shawarma tu? Abg kata kebab.. oh hehehe nak jadi saya turun ronda-ronda belakang hotel sekejap dengan abg saya & beli shawarma & topup mobily.
Lepas tu balik hotel lah apa lagi, tak tidur pun, kemas-kemas dulu
Sambung esoknya hari ke-2 :-)
tetiba rindu pulak kat madinah airport.. ituari me kena tungu dlm bas sblom blepas ke hotel 2 jam yee.. me ulangi, 2 jam walopon naek bas nombor 1! ahahaa..
ReplyDeleteMak oiii lamanya 2jam?
DeleteSbb apa tu lama sangat?
Tp airport madinah tak mcm airport kan kat luar tu? huhu
chop, nasik tambah.. esok baru nk terbang ke siem reap yee.. ihiks
ReplyDeleteAdoii ni yang membuatkan hati ku cemburu ni hahaha.
Deletesalam dekdaa, best browse citer dekdaa & mengimbau kenangan kros kat sana. Yang xleh lupa kes 1st time smp ke masjid nabawi (kami p madinah dulu)... mmg perasaan bercampur baur & agak telupa dgn pesanan ustaz (actually confuse, ingat amaran ustaz tu utk kat mekah rupanya kat madinah)......huhuhu!!!nak sorok dari minah guard tu punya pasal, langsung hilang kamera d hari pertama.
ReplyDeleteSalam.
DeleteLaaa ye ke?
Hehe ye lah 1st time, banyak benda bermain kat minda ni.. risau, eksaited, happy semua ada. Kdg2 dah noted tp tak ingat.
Guard tu amik ke kamera tu?
Takde rezeki :-(
scary siut bilik air tu...ehhehe
ReplyDeleteLps repair tak scarry dah hehe
Deleterindunya pada rumah Allah ni
ReplyDeleteyg pergi sudah pasti merindui ;-)
Delete