Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

17 May, 2012

Teringatkan dia.....

Tengah upload gambar-gambar kucing di Tanah Haram kat Facebook,
tiba-tiba saya teringat & terkenang kepada kucing sakit yang telah pergi meninggalkan dunia fana yang penuh kejam ni.

Bekal sebelum bawa gi vet, aku siap bekalkan ubat supaya vet dapat rawat arwah sakit.. tapi apakan daya vet terlalu kejam untuk tidak terima arwah sakit.  Aku offer nak bagi deposit RM300-RM400 pun vet tak mahu :-(
 
Saya tidak tahu kenapa hati saya sangat walang pabila mengenangkankan arwah sakit ni.
Sampaikan dalam flight nak pergi umrah, waima berada di Tanah Haram pun saya terkenangkan arwah sehingga saya menangis.
Saya terlalu sedih walaupun arwah sakit bukanlah kucing peliharaan aku.
 
Gambar terakhir arwah sakit sebelum di bawa ke vet.  Apalah yang dia renung di luar carrier tu ya?  Hanyir sangat bau dia, tapi saya tak kisah :-)
 
Mungkin rasa terkilan & sakit hati kerana vet memperlakukan arwah sakit seperti itu.  Mentang-mentanglah dia buruk + hodoh + hanyir!

Gambar arwah sakit semasa sihat.. hensem kan? :-)
Yang kiri tu pun mati sebab sakit tua (jua ku ubati semasa sakit) 
 
Tak apa lah arwah sakit, semoga engkau tenang di sana.
Baik kamu mati dari hidup dibenci manusia lain + menanggung sakit.
Aku akan sayang kamu sentiasa (tika entry ni ditaip pun aku menangis terkenangkannya arwah sakit) :-(

2 comments:

  1. innalilillahiwainnailahirojiunnn...
    bila arwah nya pegi?
    masa gep kat makkah/madinah ye ...

    dah2 jgn sedih2, arwah mmg masuk syurga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa jam sebelum me gi umrah... dia tgh menggelupur dala 11.50pm.
      Ingat nak tunggu tp ngeri lah pulak mlm2 buta, takut le nak tercongok bawah tangga tu eheh.
      Ingat nak tengok dia buat kali akhir 4pg tu tp sedara dtg cepat lah pulak.. adui, just pesan kat tukang sapu tlg tanam arwah sakit.

      sedih laaaaa... tatau le nape, dgn yg ni sedih sgt.

      Delete