Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh....
Surat dari penaung Persatuan Pekerja Islam (PPI) HRPZ II, Kota Bharu
Saya bukan sesiapa tetapi atas dasar kemanusiaan & saya melalui Persatuan Pekerja Islam HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ingin war-warkan mengenai Madrasah Al-Ghazaliyyah yang hampir siap dibina di daerah Kompong Tralarch, Wilayah Kompong Chhnang, Kemboja yang dijangka siap Julai 2012.
Bukti kewujudan Kompong Chhnang
Madrasah ini dibina atas hasil sumbangan seorang pakar perubatan dari negeri Kelantan. Kos pembinaan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM50,000 dan akan dijadikan Pusat Pengajian Agama Islam untuk membantu rakyat Islam di Kemboja.
Gambar aktiviti pembinaan madrasah sedang giat dijalankan
Madrasah Al-Ghazaliyyah ini dijangka siap pada Julai 2012 dan insyaAllah akan dirasmikan pada Hari Raya Qurban 2012 nanti bersama-sama penduduk di sana sambil bergotong royong sempena Hari Raya Qurban.
Senarai barang-barang yang diperlukan sebagai sumbangan
Jikalau anda ingin menyumbang barang-barang keperluan, boleh hantar / pos kepada saya. Emel ke deidaa@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Contoh-contoh keperluan selain yang surat tu lists kan- yang ni saya fikirkan sendiri dirasakan sesuailah. Jikalau mahu tambah perkara lain pun boleh, kami akan bawa terus sendiri ke sana :-)
BIL. | PERKARA |
1. | Tasbih |
2. | Selipar Jepun |
3. | Cermin |
4. | Kain lap |
5. | Rehal |
6. | White board (kat kedai alatulis ada yang kecil) |
7. | Marker pen |
8. | Penunjuk Al-Quran |
9. | Rak / kotak buku (yang kertas keras tu) |
10. | Songkok |
11. | Alas kaki |
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang dana, bolehlah secara cek, tunai @ bank in kepada sebelum @ pada 15/7/2012 (Ahad):
- Bank Islam 03018010037623 (Persatuan Pekerja Islam HRPZ II) sebelum @ pada 15/7/2012 (Ahad).
- Jika ingin melalui Maybank2U, boleh bank in kepada 164016969083 (Nor Afida bt Mohd. Noor)- deidaa@gmail.com & nyatakan tujuan + bank in + no. telefon (supaya saya tidak keliru duit dari siapa & untuk apa).
Semoga dengan sumbangan anda, dapatlah menggembirakan mereka yang serba daif di sana. Ingatlah, walau anda menyumbang RM1 & setelah dikumpulkan bersekali dengan penyumbang lain, terkumpullah ia & boleh digunakan oleh mereka ;-)
Wassalam :-)
-serius saya tidak pandai menyusun atur ayat secara rasmi, harap anda semua faham-
dh nk siap, syukur kanns..
ReplyDeleteAlhamdulillah :-)
Deletesaya pun tak pandai menyusun kata tapi saya paham apa yg mek gep ingin sampaikan ;)
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan srgala urusan mek gep & teman2
baru jah join persatuan nih, bos tak minit pun lagi tapi sbb eksaited sgt.. maka tu mintak sumbangan hehe.
DeleteTQ2.
Semoga usaha murni ini mendapat balasan dari Allah
ReplyDeletetidak mengharapkan apa2 balasan, cuma ingin membantu apa yg patut ;)
DeleteAminn...segala budi baik hanya allah yg akan membalasnya...
ReplyDeleteMembantu mengwar-war kan sahaja... tidak mengharapkan apa-apa balasan ;-)
Delete