Alhamdulillah tahun ni dapatlah saya & keluarga menunaikan umrah. Plan dari 2011 lagi dan akulah yang sibuk-sibuk duk riki agent-agent Umrah. & akhirnya ambil keputusan untuk pergi dengan Al-Quds Travel Sdn. Bhd. yang berpusat di Kota Bharu (betul-betul depan KB Mall). Kebetulan dorang buat promo di KB Mall maka aku beriyalah ajak mami pergi (walaupun dia malas pergi & dia suruh aku pergi sorg je sebenarnya hehe).
Gambar recycle... antara yang kami dapat
Sebelum tu macam-macam agent lah aku riki macam Syarikat Perlancungan Yaskin, Ash-Har Travel (Ust. Hj. Abdul Basit yang selalu masuk TV), Rayhar Travel, Muhammadiyah Travel, Rakyat Travel & ada beberapa lagi yang aku riki (tak ingat sebab banyak sangat hehe).
Packing jgn tak packing.. pergi 2beg jah.. balik pun 2beg hehe~
Kalau di Kelantan ni, yang biasa orang pergi ialah Yaskin, Ash-Har & Citra Travel.
Tapi aku biasalah, yang biasa tu aku tak berapa nak sangat, apatah lagi Andalusia tu, lagilah aku tak mahu... aku suka mencuba sesuatu yang baru kekeke.
Walaupun Al-Quds ni bukan lah baru sangat pun (ditubuhkan tahun 2000 tapi aku baru jah tau kewujudannya 2 3tahun ni huuu). Penat juga aku riki-riki testimoni kat google bagi yang dah ada pengalaman gi dgn Al-Quds tapi tak ada la pulak haih!
Sebelum kursus umrah.. duk depan sekali
Tapi daftar juga dengan Al-Quds Travel, setelah berbincang dengan seorang makcik.. katanya dia free selepas March maka pilih tarikh yang sesuai (akulah pilih sebab nya aku je yang masih period huuu), akhirnya decide pilih 27/4-9/5. Sebenarnya kalau boleh nak pilih awal lagi (Februari @ Mac) sebab nya cuaca Mei tu dah panas tapi nak buat cemana.
Pinjam dari web Al-Quds Travel... inilah bangunannya
Maka daftarlah kami untuk 14hari 12malam dengan harga RM5290 X 4orang= RM21,160 tapi kena bayar terus (takleh deposit sebab nya harga promo) maka bayarlah melalui transfer Tabung Haji to Tabung Haji lah selamat sikit. Mami yang sponsor kami semua, tunggu duit aku... memang tak cukup aje le memanjang huuu.
Itulah kesahnya. Antara yang kami dapat ialah beg troli, sling bag, uncang kasut, losyen / lip balm gamat. Untuk yang berumur 55tahun ke atas, akan dapat wang saku SR100 (diberi ketika di Madinah @ Mekah).
Pergilah kami kursus yang diadakan pada hari jumaat 8.30pagi-12tenghari.
Aku pergi 2x jah.. 1st time tu tak ingat pula ustaz mana & kali ke-2 tu lah mutawwif group aku sendiri yang bagi ceramah.. iaitu seminggu sebelum kami berangkat ke Tanah Suci. Pada hari tu 2orang mutawwif yang bagi ceramah sebab kali ni 1st time Al-Quds buat dalam 3group (biasa 1group jah). Aku dapat bas n0.1 & bas no.2 tu ustaz tak ingat nama (opssss) tapi dia selalu ada di radio kelantan mengajar ngaji.. aku tak tahu sbb tak pernah dengar (opsss kantoi lg haha).
Mutawif bas no.3 tak datang haritu sebabnya dia baru sampai dari umrah sehari sebelum tu :-)
Selepas pulang dari umrah, mami mengatakan insyaAllah kalau ada rezeki lagi.. mahu pergi dengan Al-Quds Travel lagi :D :D :D
Ok lah bersambung!
ALHAMDULLILAH..bila service bagus ni sure nak guna lagi dan lagi..
ReplyDeletesetiap agent ada kelebihan & kekurangan.
DeleteAl-Quds pun sama tapi sbb hotel nya dekat sikit kot, tu yg still nak guna.
Pengalaman kwn2 mak... service agent lain yg kwn2 dia pernah gi tu bagus juga cuma hotel nya agak jauh sedikit :-)
Salam
ReplyDeletePromo promo, mesti best service agent ni, nanti citer lagi k.
Aheheheh bukan promote, cuma cerita pengalaman jah :P
DeleteKalau buleh nak try agent lain tapi dah mak nak guna quds lagi.. kita ikut jah la hehe.
nanti cerita lah pengalaman di sana.. :)
ReplyDeleteInsyaAllah tapi sungguh, tatau la nape malas nak menaip ni... ni pun tak abis kemas lg... mak dah bebel suh kemas dlm beg tu kekekek.
Delete