Che su paling kanan di Madinah ketika mengerjakan umrah April / Mei lepas
Saya seperti tidak percaya bila mami kata "che su dah takde" sambil menangis-nangis.
Ketika tu saya baru bangun tidur 6.20pagi.. dengan blur-blur nya saya macam "aaaaaa? sakit apa?" dan saya berdiri je sebab memang blank yang amat.
Che Su paling tengah di depan hotel di Makkah
Terus saya on streamyx & tengok flight KB-KL pukul berapa.
7.40pagi shoot ke airport KB sebab ada flight 9.25pagi.
Nasib baik ada tiket. Kebetulan pula ada kawan baik Che Su pergi sama juga.
Che Su paling depan di padang pasir di Dubai
Semasa sampai, jenazah Che Su telah dikapankan & saya masih blur sambil mengawal air mata daripada menitis. Ketika tu sudah ramai saudara mara, jiran, rakan-rakan & cikgu-cikgu sekolah datang melawat (beliau seorang guru besar di SK Sri Mawar, Seremban).
Saat yang paling sedih apabila hendak di bawa ke kubur.. lepas cium muka, barulah saya menangis kerana terlalu sedih. Kami semua pergi ke kubur.
Che Su kiri di dataran Masjidil Haram (mami syok tu makan roti mak arab bagi eheh)
Beliau telah meninggalkan 4orang anak yang berumur 19, 21, 24 & 26.
Anak-anaknya juga telah yatim piatu.
Semoga rohnya di cucuri rahmat, Al-Fatihah.
salam takziah, dekdaa & Al-Fatihah buat arwah
ReplyDeleteTerima kasih...
Deleteaminnn....
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha buat mak sedara kamu tuu..
ReplyDeleteYa begitulah yang telah tertulis.
DeleteAmin untuk che su :-(