Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 October, 2012

Sang Kancil Ku Yang Diingati....

Setalah 1 tahun 6bulan berlalu... ku imbas kembali gambar-gambar, kemudian terjumpa gambar kereta Kancil ku yang telah banyak berjasa kepada saya selama 7tahun ++.

Air mineral tu adalah bekas untuk letak kat petak parkir apartment saya.
Sesungguhnya sesetangah penduduk apartment tu sendiri TAK BERAPA NAK CERDIK sebab sah-sah dari awal setiap petak parkir tu ada pemilik rumahnya sendiri tapi tak faham, nak jugak parking!  Ada juga yang pergi sorok botol air tu @ paling best kena lenyek terus.  Juga pernah jumpa tong ni dalam tong sampah walaupun dah tertulis PARKING RUMAH 2-14-1.  Hmm tak pandai membaca agaknya kan?
 
Saya rasa Kancil ni merajuk sebabnya dari awal lagi saya tak mahukan dia (saya minta mami & arwah abah belikan Kembara tapi tiba-tiba dapat Kancil hehe).
 
 Enjin yang telah direpair tapi masih rosak dan terus rosak haih.

Banyak kenangan dengan Kancil ni.
Antaranya, mati kat tengah-tengah jalan di Wangsa Maju dekat Kafor, dah la kat traffic light tu saya depan sekali, tiba-tiba mcm "eh kenapa mcm tak bunyi enjin?" 

Kena buh bantal kerana tuan punya kancil ni rendang kaedahnya hehe.
 
Sekali memang betul mati.. paksa la juga tekan minyak & stop la tepi jalan tu tsk tsk.
Sudah lah tak ada kawan lelaki jadi, minta tolong la housemate yang ramai kawan lelaki.
Kena tow & repair uolsss!  Melayang duit!

Syok menyelit kiri kanan
 
Lepas tu eksiden dengan diri sendiri (tak libatkan orang lain pun).
Nak take over kaedahnya (sakit hati kereta depan macam siput sedut lane kanan pulak tu!),
apa lagi take over belah kiri.. tadaaaaa, tak perasan ada devider.. apa lagi, melayang & terhempas.. perghhhh macam kereta dalam drama la kaedahnya :D
Time tu dengan arwah makcik, lepas tu masing-masing senyap.. van belakang siap buleh sengih-sengih (kuang ajaqqqqq!).  Badan sakit-sakit ohhhh!  Kejadian di Briekfields.

Kenangan terakhir depan Toyota Wangsa Maju.  Bye bye Kancil.
Cina trade in kereta tu amik RM10,000 (sungguh ku terkejut.. ingatkan dia nak amik RM2000-RM3000 je sebab banyak rosak haha).
 
Since dari situ lah Kancil bagi banyak masalah.
Enjin kena angkat & totally kena repair, habis dalam RM4000++ (duit sendiri ok.. dah kereta free, takkan repair pun nak kena tanggung kan hehe).
Lepas repair pun enjin still problem.
Selalu berasap & hangit.

Kaler pun bukan kaler pilihanku.. camne kancil ni tak merajuk dari awal? :P
 
Dah lah kerja jauh di Damansara nun (33km gi balik pun kira jauh weiiiii sebab sesungguhnya saya tidak berminat untuk drive jauh-jauh, that's why la minta tukar pejabat di Putrajaya ke area KL he he he).
Kereta ni kadang-kadang gerak tak sampai 5minit pun temperature naik ke paling HOT... cuak weh!  Staff Perodua itself test 2hari pun pening tak tahu apa masalahnya (or else tak reti wat keje hehe).  Berasap banyak kali tu tak payah la cakap, memang selalu.. kereta-kereta sebelah pun asyik pandang je (kalau kat traffic light la huu).
 

Henry tengah bagi tunjuk ajar.  Kenal dari forum jugak, biasala saya.. mostly kenal kat forum ahaks.
Mula-mula drive Vios balik opis sorok-sorok gak sebab ada minah kepoh so malas bising-bising.  Tapi lepas dia dapat tau saya beli vios, terus dia kata "eleh Toyota tu asyik nak meniru design Perodua je kan?  Ntahephape, macam takde idea sangat"  Oh mai gucciiii?!  Perodua berapa tahun & toyota berapa tahun dah?  Mentang-mentanglah dia pakai Myvi siap ngaku MYVI TU KERETA UNTUK ORANG KAYA-KAYA JAH.. dia tak buleh le orang lebih dari dia.. maklumlah dia sendiri mengaku dia ORANG KAYA kahkahkah funny geli usus aku! :)) (rindu pulak dengan minah berlagak tu kahkah!)
 
Sudahnya decide jual je la dari duk merepair sokmo.
Amik Toyota Dugong pulok... dgn Henry kat Toyota Wangsa Maju.
Tu pun mami bayar untuk 2bulan then tiba-tiba saya buleh balik keje kat Kelantan.. mak oiiii, kalau tau, tak beli kereta tskkk!
So sekarang bayar sendiri la kan hehehe harap-harap bertahan.. jangan rosak.  Ailebyu Dugong, jangan rosak-rosak tau yangggg!  Muahxssss!
 

4 comments:

  1. wak pon dh pakai 12 kete uooolls jugakk.. ehhheEe, vahh bestnyer mek nk gi siem reap lagi tuuuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oiii 12 kereta.. tlg tukar utk sy sekali buleh? haha.

      Delete
  2. pergh die nye transform gempak gile.. nak la jugek. agak2 klau kelisa dia bertukar jadik ape yek?

    ReplyDelete
  3. Dari kancil ke ikan dugong.. Memang sangat best tu..

    ReplyDelete