Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

10 October, 2012

Semua sekali..........

Kena repair....
Kerana keadaan seluruh rumah ni sudah sangat uzur + rosak (ada anai-anai, bumbung bocor, toilet rosak, kabinet reput, dinding retak).
Rumah ini sebenarnya kepunyaan mami tetapi telah dipindahmilik kepada saya.

 Keadaan dapur yang tak selera di tengok

Kali terakhir saya menjenguk rumah ini ketika saya sekolah rendah (1987-1992) & 20tahun kemudian (awal tahun 2012) barulah mami bawa saya tengok rumah ni, itu pun selepas penyewa nya (cikgu yang telah bekeluarga) mahu berpindah tetapi meninggalkan sampah sarap macam tu aje adoi.
2nd bedroom tapi lagi besar dari master bed yang ada toilet hmmm
Penyewa nak beli rumah tu dengan harga yang sangat rendah (rasanya 40K-50K je kot) dan dia sanggup baiki sebab dia seronok duduk situ (sangat dekat dgn HUSM Kubang Kerian & business centre) tapi macam rugi sebab sudah tiada "pendapatan menerima duit sewa" setiap bulan (walaupun mami ambil sewa RM230 sahaja sebulan huhu) jadi saya tak mahu jual jadi penyewa pun terpaksalah berpindah dari rumah tu.

Bilik cucian tapi besar buleh buat stor.. reno please!
Toilet pula memang tak sanggupku jeling! 
 "orang sebelah" mencari ilham apa nak buat dengan rumah ni :D
(sebenarnya nak snap gambar ruang tamu tu.. enterprem pulak dia hehehe)

Semak samun yang tinggi ke langit.. ngeri weh!

 Laman rumah juga bersemak samun. 
Banyak wang yang harus disediakan untuk repair keseluruhan rumah ini.. tapi mana lah saya nak cari duit?  Sebabnya mami dah cakap "nanti ada duit, repairlah rumah ni"  Errrr!
 
Tak taulah makhluk mana yang baling kotak dalam laman rumahku ini

Kalau boleh memang tidak mahu buat loan.. letih!
Tapi kalau sudah terpaksa, kenalah juga buat loan :-(
unless mami nak sponsor sebarang 30K, tak perlu la saya buat loan  he he he.

 Kelihatan buruk tapi tidak mustahil 'buruk' ini akan lenyap :p

Masih berfikir samada repair untuk duduk sendiri (berdikari di Kelantan pulak sebab dah biasa berdikari kat KL) @ repair untuk disewakan.
Kalau repair untuk duduk sendiri, haruslah kena design mengikut kehendak dan nafsu sendiri kan?  Hihi.
Kalau repair untuk diberi sewa, haruslah sewa pun sudah naik! 

  Pintu grill itupun sudah berkarat.. haiyaaa.
Tapi yang bestnya, sebelum gate tu dikunci, ada juga yang tampal nota kat sliding door kata berminat nak menyewa, siap bagi no. telefon lagi hehe kan dah kata.. kawasan ni memang strategik :-)

Apa-apapun kita tungu dan lihat sahaja lahkan?
Nak repair dalam masa terdekat kalau boleh.

Rumah ni kurang dari 7km dari KUBANG KERIAN BUSINESS CENTRE (HUSM Kubang Kerian, Mydin Mall, Jakel, Tutti Frutti, D' Klassik Kopitiam, Salem Aziz, Pusat Pakaian Hari-Hari, Maybank, CIMB.. eh banyak gila lagi.. tak ingat eh pulak eheh).

2 comments: