Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

05 November, 2014

Perasaan Sebelum Kelantan Festival

Akhirnya debaran mengharungi 1st time join FESTIVAL SELLER ONLINE sudah selesai.
Serius best gile weh.
2hari sebelum event, berkubang gile.. ++ 1guni dari China yang tercicir tu baru sampai!

Kwn yang dah biasa join festival ni siap ckp "tak padan kita nak join & nak lawan sebab KELANTAN FESTIVAL ni ramai yang fames2 & ternama yang join, nama besar2 saja."  Means kami faham la dia maksudkan.. KALAU KITA MENIAGA SEKALIPUN, MCM TAK LAKU la. Huhu!
Kami di Booth A8.
Mek Collections tu ialah MEK SALAM PANTAI TIMUR hehe.
Abby Abadi & Azza Elite pun ado!
Dalam lists tu ramai yang femes ames!

Tapi saya ni spesis ADA AKU KESAH?  RUGI KE LAKU KE.. BKN TERLETAK PADA KE'FEMES'AN SESEORANG TAPI PADA PRODUK YANG KITA BAWAK TU.  ABISTU, KESIAN LA KAT SAPE2 YANG BARU NAK MENEGA.. SEMUA PAKAT TAK LAKU SEBAB ORANG CARI YANG FAMES~
Bagi saya: KALAU ASYIK DUK DENGAR ORANG CAKAP, TAK KE MANANYA KITA!  Betul tak?
Wak Doyok, Puteri Sarah (wifey Shamsul Yusof Haslam pun adooo).
Pastu ada 2 3 artis lain seriosly saya tak kenal huhu sorry!

2hari sebelum event, organizer bagi layout kat kami.
Alhamdulillah booth kami tepi dinding so senang la nak setting barang.
Keluasan 8 X 6 shj dengan sewa RM450 untuk 2hari (mahal sebab ada retissss!).

Produk hot kami.. TURBAN BABY hehe!

Memula kawan cakap MAHAL LAH RM450 tu.. aku dah telan air liur & fikir.. BALIK MODAL KE TAK NI AAAA?  Tapi kami over confident sebab kami ada jual yang tak ramai lagi orang jual iaitu TURBAN BABY hehe.  Kalau ada yg jual pun, ada le 3orang termasuk kami kot hehh!
Tapi kami satu-satunya di Kelantan :-)
Kami jual borong & runcit :-)

Sebelum kami join festival, kami perati & studi festival sebelum2 ni which is mostly nya jual dari yg kelainan + cute + pyh jumpa + creative :-)
Barang2 utk dibawa ke festival

Ok lah back to our story.
Khamis malam loading barang.
Yang bestnya abam tak nak bawak pun barang2 yang nak dijual tu.
Tu pun bawak sikit je tempat utk display barang.
Booth depan udah siap buh bunting

Abam cakap agak2 le nak bawak barang pun.. KITA BUKAN GUNA VAN, TAPI KERETA.. Hmm ye laaa ye laaa!
Malam sebelum festival.
Kami tak mo meja yang besar gabaks ni

Tapi bila sampai, most of the booth dah siap susun2 barang yang nak diniagakan.
Sy ckp banyak kang abam mare so dendiam je sudah.. biarkan je la booth kami kosong tak semenggah mcm booth org lain dah meriah huhu.
Booth kami :-)

Saya mls nak cakap apa, biarkan abam duk fikir cemana dia nak setting.
Booth sebelah dah siap susun handbag2 dorg.
Bunting last menit.  Dina pakai baju sama, susah giler weh nak snap gambar budak lasak sorg nih!
2 X 4:  RM12 sajo hehe

Saya siap gi melawat booth kawan saya, dia lagi le.. 1hari sebelum event dia register.
Saje ajak sebab dia ada kedai tapi tak laku mana (tempat tak strategik) so ajak le dia... sesama la kita share rezeki Allah nak beri ni :-)
Kelihata vespa di situ.  Ku sangkakan LUCKY DRAW, rupa2nya depa jual huhu!

Sudahnya hampir 10mlm kami pulang dengan booth yang kosong + kitorg tolak meja, takde function pun kalau guna meja besar gila tu huhu.  Kami nak guna meja sendiri.

Sambungggg!

11 comments:

  1. event apa ni dekda, jual-jual barang ke, siap ada retis lagi join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Event yg mengumpulkan seller online & offline :-)

      Delete
  2. cepat sambungggg.. Nak amik semangat dekda nii

    ReplyDelete
  3. menarik gak jual turban baby nih..kat sni rasanya2 takde penah plak nampak orang jual turban nih..kiut plak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi mahal sis eheh.
      Kira mcm trending la turban sekarang ni :-)
      Saya juga ada jual borong ala2 kodar (limited) kekeke.

      Delete
  4. Hebat la.. setaraf dengan artis ni hahhaaa.. apa pun rezeki berniaga mmg seronok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggian tu mungkin setaraf tapi kefemesan memang tak setaraf hahaha.
      Ha ah bila dpt rm yang syok tuuuu :P

      Delete
  5. asslamualaikum.... boles bg event management tu puny phone no tk?...ingat nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Info2 event ni banyak update kat IG sis.. mcm2 event ada lps ni.. actually dorang ni lain2 orang / lain2 company :-)

      Delete
    2. Jom join kami di Suasana Festival pada 13 &14 Februari 2015 nanti di Di Dewan Balai Islam, Kota Bharu. 50 vendor yang terawal diberi keistimewaan untuk memilih kedudukan booth kesukaan masing-masing. Follow instagram www.instagram.com/suasanafestival

      Delete