Apa yang 34 tahun lagi?
34tahun lagi ialah..... di mana giliran aku mengerjakan haji iaitu pada tahun 2046.
Aku pergi daftar tadi.
Kena gigih untuk guna PAKEJ le kaedahnya ni supaya cepat sikit tapi fulus mahu besar lah.. bajet 15tahun lagi kot.
Tak larat la mokcik tunggu sampai 34tahun, entahkan mati @ hidup lagi tika tu.
Jadi, kepada kawan-kawanku semua, tak perlu tunggu "sampai seru" baru nak pergi daftar.
Cukup lah sekadar akaun Tabung Haji anda ada minimum RM1300... sudah layak mendaftar.
Yang penting daftar lah ya.. semudah ABC..
A) Pergi Tabung Haji
B) Bagi Buku Akaun Tabung Haji dan daftar di kaunter
C) Tadaaaa siap sudah dalam masa kurang 5minit!
Tak susah kan? (padan muka aku siapa suruh lambat daftar he he he!)
No comments:
Post a Comment