Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

20 February, 2012

Cambodia Hari 2 Part 2- Other Temples


21/1/2012 (Sabtu)- The Bayon, Elephant Terrace, Leper King Terrace, Ta Phrom & Bntey Kdei


Selepas seight seing di Angkor Wat, kami dibawa pula ke The Bayon yang terletak berdekatan dengan Angkor Wat, perjalanan tidak sampai 10minit dari Angkor Wat. 
Kat The Bayon ni kalau perasan, paling atas sekali tu mereka ukir berbentuk muka. 

Sekali aku bertanya dalam hati, bagaimana mereka ukir sehingga begitu tinggi sekali sehingga memperlihatkan bentuk muka manusia?  Kat sini memang betul-betul kena memanjat tangga yang sangat curam ok?  Aku punya lah gayat tapi aku tak mahu ketinggalan, takkan lah nak duduk bawah ditinggalkan kawan-kawan kan?  Si Salim pun masuk juga (tapi tak perlu la dia pakai tiket kan, best betul & ok lah tu, boleh la snap gambar kami semua hehe). 
Temple yang tidak selamat 

Spastic playing instrument
Ek ah ek ahhh!




 Akar 'melilit' tembok

 
Ta Phrom

Ramai yang queue kat sini untuk snap gambar
Power sungguh Angelina sampai pecah batu hehe



Ta Phrom


 Lepas tu kami suruh driver bawa ke temple seterusnya.  Jalan area-area Elephant Terrece tu jalan ala-ala cowboy gitu maka bertabahlah kawan-kawanku sekalian.  Salim cakap “jaga-jaga ye?”  ha, ye memang kena jaga diri sendiri lah ni, bergegar habis satu badan.. tak payah pergi urut refleksologi dah rasa kekekeke. 

Budak ni jual fridge magnet kot.  Pandai je nak mengelak bila aku nak snap gambar dia

Tidak lama kemudian, sampailah kami ke Ta Phrom Temple di mana tempat Angelina Jolie shooting Tomb Rider.  Memang teramat ramai orang kat situ termasuklah kami turut menyemakkan temple :P  Ketika berjalan masuk ke Ta Phrom, ada 1kumpulan spastic tengah main instrument.  Ada yang tiada kaki, cacat tangan, tiada tangan.  As usual aku tak boleh la tengok sebab aku cepat jatuh kesian.  Mereka main untuk dapatkan donation.  Rasanya si Kashaz yang letak sedikit Riel.

Street seller mencari mangsa untuk menyerbu

Teruskan perjalanan untuk masuk Ta Phrom.. kena menapak lah sikit.. mula-mula masuk lagi dah nampak akar-akar kayu yang sangat besar & kelihatan pelik tu.  Berapa ribu tahun agaknya umur pokok-pokok tu ya?  (Tak ambil guide maka tak tahu + malas nak google erkkk). Ada 1stage di mana ramai yang queue untuk bergambar seperti dalam gambar yang aku tunjukkan tu.  Ye lah, siapa yang mahu lepaskan peluang bergambar dengan pokok dengan akar yang sebegitu besar & menjalar di dinding temple?  Baguslah masing-masing reti queue, maka tidaklah berebut-rebut.  Kat sini sekejap aje sebab orang ramai sangat & kat 1sudut tu semua berasak-asak ke depan.  Aku try lah pergi, oh lala.. semua nak bergambar kat akar yang besar tu aje.. aku terus patah balik la lemas le.



 
Kat Ta Phrom ni pun kena hati-hati sebab pintu-pintunya agak mengelirukan.  Boleh jumpa pintu yang sama kalau tak ingat.  Kami decide keluar aje lah sebab rasanya semua dah penat hehe. 

 Oh kat Ta Phrom ni, banyak yang rosak & sudah dibaikpulih tapi masih juga ada batu dinding yang diletakkan di tepi-tepi temple tu.  Aku cakap “power sungguh Angelina Jolie ni sampai pecahkan temple ni” heheh saje menghilangkan letih.

Leper King Terrace  (kat mana leper nya? hmmm)

Bila keluar, kami lepak kat tuktuk sekejap sambil isi perut, aku dah lapar nasi kaedahnya walaupun ketika tu baru pukul 11.05pagi.. ye lah, tenaga dah guna banyak!  Masa lepak tu, kami dihampiri street seller.  Jual fridge magnet lah, pen lah, tshirtlah, key chain lah, matt lah, shawl la... macam-macam lah.   

Bntei Kdey
Si amiza siap beli matt kot sebab kesiankan budak tu.  Aku tetap bebalkan diri untuk tidak membeli.. aku layan makan je tapi masa makan, budak-budak tu pandang aje.. aduh super kesian.. karang aku bagi roti aku kang, ramai yang serbu aku lagi.  Serba tak kena je rasa.  Cepat-cepat aku habiskan makanan, sebab aku tak sanggup tengok budak-budak tu minta simpati.    Sukar kehidupan budak-budak ni.. tak sekolah ke aaa?  (ops pergi hari sabtu, memanglah tak sekolah) tapi hari-hari lain aku rasa sama je, mereka tak pergi sekolah.

Lepas tu kami pergi ke temple yang terakhir iaitu Bntey Kdei.  Temple ni tak complicated sangat route nya.  Cuma macam biasalah ada orang offer colok untuk sembahyang.  Aku memang tak boleh bau colok, pening kepala.  Tapi apa-apapun, mereka tak tengok ke appearance kami semua bertudung, takkan nak sembah tuhan mereka pula?  Lepak kat luar, nampak tasik warna hijau tapi airnya pekat.  Kalau tasiknya bersih, aku yakin ianya sangat cantik!  Lepas tu keluarlah.   

Ngeri la aku tengok patung ni

Jalan keluar tu ada pula orang jual air kelapa.  Mereka berempat minum kelapa kecuali aku & welds.  Aku tak minum sebab kalau aku minum, mesti aku tak mahu lunch dah lepas tu... baik aku lapar terus hehe.  2biji kelapa untuk $1.  Lepak lama juga kat situ sambil tengok painting yang cantik tu.  Kalaulah aku rajin, mahunya aku beli tapi aku malas nak membawa, tu yang malas beli.  Si Amiza siap beli 2helai blouse lagi hehe.  Lepas tu kami decide tidak pergi mana-mana temple sebab dah penat.  Cukuplah 7jam kami melawat temple-temple tu walau ada lagi 200temple untuk dilawati.

Bersambungggg!

4 comments:

  1. akar pokok gaya mengangkang tu ada kat the bayon eh? tempat shooting citer lara croft kan?? omg. nak pegi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu baca abis sure tahu tp sbb entry ni panjang maka org mls baca (me snd pun mls hahaha).

      Akar giant tu kat TA PHROM.. gi lah.. serius bes!
      Rasa nak gi lg!

      Delete
  2. jumpa angelina jolie tak ke Ta Prohm tuu.. uhhhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat angelina jolie.. gambo angelina pun tak nampak kekeke.

      Delete