Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

03 February, 2012

Cambodia Hari 1- 20/1/2012 (JUmaat)

Sebelum bertolak ke Cambodia, aku gerak 1hari lebih awal dari Kelantan dengan memacu kenderaan sendiri (sebenarnya sudah beli tiket Air Asia malam 19/1/2012 tu tapi aku burn sebab bawa mak aku sekali tinggalkan di rumah abang kat KL).  Sudahlah penat drive dapat tidur pun tak sampai 1jam petang tu sebab janji dengan geng-geng lain di KL Sentral).

Bas Aerobus dari KL Sentral-LCCT paling awal 3pagi, beli tiket pergi balik lah jimat sikit (RM14).. aku tak suka naik Skybus sebab lambat dan kurang kekerapan sangat berbanding Aerobus setiap 15minit sekali.  Penat dah tunggu kat KL Sentral tu sejak 12pagi, siap makan-makan di McD.  
Kami dah bajet, naik bas terus aje tidur.  Sampai LCCT baru sedar.   




Tak sangka teramat ramai orang walau ketika itu baru pukul 4.15pagi.  Kelihatan mereka selamba bentang kain / tikar / kain tidur di kaki-kaki lima dinding.  Kalau aku sampai awal, aku akan buat begitu juga he he!






 Aduh sila lah sediakan toilet!------------->


Si Kashaz kata akan sampai 5.30pagi & nak tumpang liquid dalam beg kami.  Aku ok je sebab aku share 20kgs dengan Nina walaupun ketika itu berat beg kami sudah 20.2kg tapi swipe la baju aku masuk beg kashaz.  Oh ketika itu beg aku 7.4kg & bila adjust jadi 7.2kg :D


Dan-dan pulak aku sakit perut, aku berdoa janganlah buat hal dalam plane nanti.  Kami tunggu 3yang lain di McD... makan McD lagi hmmmm tapi memikirkan kalau sampai PNH nanti sempat makan ke tidak, maka aku makanlah juga walaupun seseungguhnya aku memang tidak gemarkan langsung dengan fast food waima KFC / Pizza sekalipun.











<-------- Driver tuktuk yang amik tips tapi macam penipu jah tiket gi PNH tu $10

By 5.45pagi, kami sudah cukup korum 6orang.  Lepas makan, kami pergi timbang beg then terus pergi drop baggage.. eh sangat keliru sebab drop baggage di kaunter penerbangan dalam negeri.  Kenapa tak sistematik?  Depature hall pun di gate sebelah penerbangan dalam negeri.  






Kabel elektrik berselirat.. mencacatkan pemandangan------------------------------->
Dan yang paling best nya ialah DEPATURE HALL TU TIADA TOILET OK!  SEGALA KESULITAN HARAP DIMAAFI.  Masalahnya ialah aku dah terasa SULIT sangat masa tu sebab aku nak terkucil hhahaha.  Nak keluar dah tak boleh sebab dah lepas Imigresen bagai.  Aku hanya berdoa supaya dapat melepaskan hajat dalam plane. 
Ah tiba-tiba pula hujan lebat selebat-lebatnya sehingga flight kami delay 35minit.  Patut berlepas 7.05pagi maka delay ke 7.40pagi.  Masa tengah tunggu tu aku berkira-kira nak masuk balik tapi confirm tak boleh.  Aku jenguk juga kat tepi-tepi bangunan tu kot le aku buleh melepaskan hajat (tak tahan weiii nak terkucil sangat walaupun sebelum tu aku dah masuk toilet).  Bila naik plane pun, kena tunggu isyarat tali pinggang di padamkan dulu baru boleh pergi toilet, harus la kena tunggu lagi.. tuhan je tahu cemana SULIT nya aku time tu kekekek.
Nasiblah seat aku sebelah Nina.
Masa dalam flight tu ada drama.  Orang cambodia aku rasa... duk terjerit terlolong tak tahu kenapa.  Dari sebelum naik flight lagi dia nak lompat gate tu untuk naik flight.. apa cerita la tu agaknya ye?  Lepas tu tak sampai 5minit isyarat tali pinggang dipadamkan, terus aku pergi toilet.  Sepanjang 6 7tahun aku ulang alik naik flight, inilah kali pertama aku masuk toilet flight.. harap ini kali pertama & akhir :D
Dalam flight kami diminta isi visa on arrival & aku tidur beberapa ketika je bertemankan MP3... tak sempat snap gambar sebab tertidur tak sedar, isyarat tali pinggang dinyalakan pulak diumumkan menandakan dah nak sampai Phnom Penh.. alah ruginya!  Kami sampai lebih kurang 8.10pagi (9.10pagi waktu Malaysia). 
KUL-PNH mengambil masa 1jam 40minit je.  Tak rushing sangat sebab dah tahu terlepas bas 8pagi ke Siem Reap.. ye lah nak lepas imigresen lagi, nak amik luggage lagi, nak pergi toilet lagi.. tak logik la sempat kejar 8.30pagi kan.. nak pergi City Center pun sudah ambil masa.




<---- pakai pyjama di siang hari adalah pemandangan biasa di Cambodia :D
Pegawai Imigresen line aku tu punyalah garang.  Manalah aku tahu kena pandang kamera sebab kat Malaysia tak perlukan.  Aku blur-blur, terus dia jerit “see camera.. see camera”.. aiyakkkk :D  Sudahlah kena letak 4ketui batang jari both tangan atas scanner lepas tu ibu jari pula.

Lepas tu masing-masing bergambar depan DUFFRY (DUTY FREE kaedahnya haha hodoh gila nama + tak commercial) :P  Keluar aje terus orang bagi salam tapi aku tak jawablah sebab aku tak pasti dia orang Islam ke tak.. kalau kita tak tahu dia agama apa tapi dia bagi salam, makruh untuk menjawab (kalau salah, tolong betulkan). 
Ada kaunter tuk tuk $7 ke City Center.. rasa macam mahal tapi ambil jugalah 2 tuk tuk.  Mereka bawa ke stesen bus.  Aku ingat stesen bus tu boleh pilih nak bas ekspres mana-mana tapi rupa-rupanya untuk syarikat Paramount aje hmm no choice.  $10 ke Siem Reap 10.45pagi jadi dijangka sampai 4petang. Driver tuk-tuk tu siap mint tips lagi, sudahlah tak bagi kami pergi kaunter untuk beli tiket sebab dia yang beriya nak belikan.. kami tak fikir apa-apa masa tu sebab ingat driver tuktuk tu baik aje.  Then aku sms Salim siap-siap cakap sampai pukul berapa.
Mula-mula naik bas tu ok lah tapi lama-lama tak rasa aircond, aduh terseksa jiwa raga.  Barulah kami rasa bas tu macam $7@$8 aje tapi nak buat cemana, dah terkena!  Bas buruk, siap ada basikal / motor lagi naik bas (bas double decker).  Memang aku tidur aje.  Bangun-bangun tidur aduh tak sampai lagi.. 5 6x tidur bangun tidur bangun, tak juga sampai-sampai, aku rasa macam sudah lebih 10jam naik bas huhu. Nasib dah sarapan McD kat LCCT.  Tapi ok lah sekurang-kurangnya aku dapat tengok sisi kehidupan warga Cambodia.  Anggap ajelah kehidupan mereka miskin ibarat kais pagi makan pagi, kais senja makan senja.. tak kais maka telan air liur aje lah (untuk aku juga, nak je dapat nak je dapat... kalaulah aku jadi mereka, aku tak dapat bayangkan).

Tengok jam 4.30pm... aiseh tak sampai lagi & aku tak pasti pun berapa jauh lagi akan sampai.  4.45pm aku sms Salim & dia call (sungguh aku hairan, asal aku sms mesti dia call.. tak pernah balas, mesti call punya).  Salim tanya aku U KAT MANA DAH?  Haaa?  Aku nak jawab apa?  Sign board pun tak ada! Hahaha. Aku cakap tak tahu & aku bagi nombor & company bas maka pandai-pandailah Salim tunggu kat mana.  Akhirnya 5.30pm barulah sampai.
Masa tu aku sendiri pun ingat-ingat lupa muka Salim tu (sebelum ni tengok kat blog aje) tapi masa nak turun tu ada 2lelaki senyum & lambai kat kami.. yang lambai tu bukan muka macam Salim tapi aku kata “kawan dia kot sebab kami sewa 2 tuk tuk”  Masa tunggu tangga bas, tengok 2orang tu aje yang macam tunggu kami.. aku dengan selamba jerit SALIM EHHHH?  Nasib betul, kalau salah orang.. malu aku weh hehe
.

Si Kashaz dan dan aje cakap “ensem gila driver tuk tuk, kalau macam ni ensem, tiap-taip hari aku naik tuk tuk dia” hahahah (olahan ayat aku sendiri tapi maksud kashaz macam SIMILAR la dengan apa yang dimaksudkan.. mampuih aku kalau salah ekkeekek).  Kami dihantar ke Hotel Bun Seda di mana sepatutnya Salim janjikan aku di Tanei Guest House tapi sudah penuh sebab dia terlupa booking awal hmmm tapi aku tak marahlah sebab hotel Bun Seda ni 1minutes walking distance to Nite Market :D

Lepas check in, kami pergi letak beg cuci muka (1hari sudah tak mandi, gila!) then turun balik lah.  Kami arahkan Salim & Nasir (abang kepada Salim) bawa kami ke kedai makan yang sedap & murah sebab kami lapar.  Ye lah makan aje lah aktiviti nya.. nak buat aktiviti lain tak boleh sebab sampai lambat kan?  Adalah 2 3aktiviti yang di cancelkan, sangat kecewa tapi sudah ditakdirkan begitu. 





Kami dinner di D’Halal Cafe, sangat lah selow service nya tapi oklah, makanannya lazat juga.  Aku order Fried Chicken Rice + Sprite ($6.50).  Ketika membayarnya juga lembab, sudah nak keluar, baru minta bayar tax.. apakah?  Selepas itu kami minta driver bawa kami ke Angkor Market untuk membeli sedikit sneaks bekalan sehari suntuk di Angkor temple.
Mulanya kami nak pergi Night Market tapi memanangkan semua orang penat & nak simpan tenaga untuk keesokan harinya maka driver arahkan kami rehat aje lah & dia akan ambil 5.15pagi for sunrise at Angkor.  Aku ok aje sebab aku memang tiada masalah bangun pagi.  

Ok lah sambungggg!

7 comments:

  1. ooo tak habis story mory lg ye cik gep... ;)

    ~suzaimi~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Suzimi- banyak entry lagi.. hari kedua ada 4part hehehe tunggu!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hhahha dah taip dlm words.. mls sungguh nak publish :P

      Delete
  5. hahahaha...lucu weh.. meme pung imigresen denu ganas2.. mujur maso ambo gi ari tu ambo lalu VIP lane, so tak payah la `see camere' letak 4 jari tu... buke sbb ambo mari nge VVIP mahupun anok rajo tapi ambo mari sbb nak tgk site, bakal tempat kijo baru..(extend epot) so ambo lalu nge staff epot & future boss x jadik tuh... muahahaha... tapi nak kuar still x bleh lari dari byr tax USD25 tuh... cetttt

    ReplyDelete
  6. ahahaha hampeh sero maso tu sbb maso tu meme tok ramai.
    sore sor lane amik.. tok dey nok ngitai ore lain lagu mano sbb masing2 bilo turun plane.. gaduh nok gi toilet.. hampeh takdok paip huhu.

    Ooo beh nyo main lalu imigresen jah.. tok pyh renyah2 amik gamba.
    Tp loni takdok doh tax $25 tu sbb wat masuk dale rega teket terus.

    ReplyDelete