Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 January, 2012

Nak tukar currency, kena tunjuk IC???

Minggu lepas pergi tukar duit di salah sebuah money changer di kelantan.
Tiada pilihan maka terpaksa tukar di situ juga.

Aku mahu tukar RM ke USD.
Aku berharap sangat dapat notes kecil tapi rupa-rupanya semua notes besar.
100dolar, 50 dolar & 20 dolar.


Aku dah mula risau, ye lah nak pergi Kemboja aje pun.. takut mereka tak ada balance.
Tapi driver tuk tuk aku kata tak payah risau sebab mereka ada je balance.. selamattt!
(pernah tukar di KL, dpt aje notes 10, 5 & 1dolar hmmm!).

Tapi masa nak tukar, dia mintak IC.
Aku kata sebelum ni selalu aje tukar, tak perlu IC pun.
Dia kata rules baru.
Eh pelik betul.. mungkin muka aku macam muka rohingya kot muahaha.

2 comments: