(Sila muak.. ini luahan hati aku je.. tak nak baca panjang-panjang.. ignore kan je!)
Yang dapat aku katakan sekarang ialah, hati aku hancur lebur.
Kenapa? Sebab adanya KRONI di situ!
Bersukan pun perlu kroni ke?
Pada dasarnya jabatan aku telah buat 3kali selection untuk boling, sukan Kementerian di Sabah bulan julai 2012 nanti.
Jabatan akan pilih 7 lelaki & 5 wanita.
Memang aku berharap sangat pergi sebab aku tak pernah pergi Sabah.
Maka aku bermain sesungguh hati & inilah kali pertama aku bermain di Jabatan ini kerana aku kan baru lagi kat sini ni (baru 6bulan).
• Selection pertama melibatkan 50++ wanita (akan pilih 15orang terbaik sahaja). Maka aku berada di kedudukan 8 dari 15orang.
• Pemilihan kedua pula akan ambil 10 orang & aku berada di kedudukan no. 6.
• Pemilihan ketiga yakni yang terakhir akan ambil 5orang terbaik.
Maka aku bermain sesungguh hati dan aku berada dikedudukan no. 4! Jadi pada zahirnya memang automatic la aku terpilih ke Sabah.
Tetapi selepas 1hari pemilihan, ada yang tidak puas hati katanya permainan tidak adil.
Tidak adil di mana kah?
Bukankan boling itu main secara individu & markah individu dan tidak ada sesiapa boleh bantu bagi markah? (melainkan main dalam kumpulan).
Yang paling menarik ialah, pihak lelaki sudah katakan bahawa WANITA-WANITA YANG BIASA TU MEMANG WAKIL JABATAN SUDAH LAMA. Oh jadi sudah jelas maksud dia di situ ialah KRONI.
Jadi lelaki-lelaki tu cakap, lawan saja geng-geng kroni tu.. takkan tak boleh bagi peluang kat orang baru?
Tapi sangat banyak jiwa & semangat aku merudum.
Kalau sudah begitu gayanya, untuk wanita tak perlu ada selection.. pilih saja KRONI-KRONI itu.
Sangat membuang masa, duit & tenaga aku! Sudahlah stress semasa selection ketiga. Asyik duk perli-perli , lepas tu dijeling-jelingnya aku. Aku mengadu pada kawan aku yang berada di kedudukan no. 6. Dia kata pihak lelaki suruh kami berdua pergi je selection tu.. lawan biar baek punya.
Adakah harus aku tarik diri?
Andaikata ada selection lagi, aku berharap aku dapat pergi berjuang dengan kawan aku no. 6 tu.
(haritu dia no. 4, aku no. 6. Kali ni dia no. 6, aku pulak no. 4 heheh).
Ye lah kalau pergi berjuang ke Sabah sekarang pun.. pasti aku keseorangan.. sebab yang 4 lagi TU MEMANG KRONI MEREKA!
Mereka tidak senang dengan kehadiran aku (aku dah le selalu lon renjes… kalau gi sabah kena lon renjes jugak ke? Yawnnnn like no fren le aku nih!)
Oh Tuhan, buka kan lah pintu hati mereka supaya tidak busuk hati!
toksah majuk la..meh ikut ambo gi denu... ambo gi 6-8/april.. meh la..saim ado denu, dio bwk gi jaley...
ReplyDeletebuleh sakit hati kalau ado ore kiro lagu ni.. mcm gampss jer kan... lagu tu xyah wat pemilihan la, pilih jah kroni tuh lalu... buang maso ya